Bikesrepublic

Berita Terkini

Sebanyak 20 saman dan 3 motosikal disita atas kesalahan mengubahsuai ekzos motosikal dalam Operasi Motosikal di kawasan Bukit Ampang Saujana, semalam (7hb. April 2024).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan dianggotai seorang pegawai kanan dan 14 anggota.

Menurutnya, operasi terbabit seperti kebiasaannya lebih memfokuskan kepada kenderaan jenis motosikal.

“Ini kerana kenderaan berkenaan sering kali dilihat melakukan pengubahsuaian struktur, terutamanya pada struktur ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman awam.

Motosikal CFMoto 1250MT dilaporkan sedang dibangunkan.

CFMoto merupakan rakan kongsi KTM dalam penghasilan enjin untuk beberapa model, iaitu siri 790 dan 890. Namun model yang tidak ada di dalam banjaran CFMoto ialah motosikal adventure kelas besar. Itu mungkin akan berubah kerana 1250MT ini akan menggunakan enjin yang sedang digunakan di dalam model pengembaraan 1250TR-G. Enjin itu merupakan jenis LC8 V-Twin daripada KTM 1290 Super Duke dan Super Adventure sebelumnya.

Menurut sumber, versi CFMoto bagi LC8 dikecilkan kepada 1279cc daripada 1301cc. Ia menghasilkan 140hp seperti yang terdapat pada 1250TR-G untuk menyaingi BMW R 1300 GS dan Triumph Tiger 1200. Terdapat juga khabar bahawa 1250MT akan memberi tumpuan jalan sahaja, tidak seperti KTM 1290/1390 Super Adventure yang mempunyai dua varian – satu untuk jalan raya, satu lagi untuk off-road.

Walaupun gambar itu dari CFMoto, tiada apa-apa yang disahkan setakat ini. Apapun, ia seharusnya menampilkan semua yang ciri terdapat pada KTM termasuk mod tunggangan, kawalan cengkaman, ABS selekoh, lampu selekoh, quickshifter, skrin TFT dengan sambungan telefon pintar, dll.

Perlu dikatakan bahawa beberapa pengeluar motosikal China menyasarkan pasaran dunia dan telah beralih daripada salinan murah pakai-buang. Industri automotif negara, terutamanya untuk EV kini mencabar yang terbaik yang boleh ditawarkan oleh dunia. Ia hanya masalah masa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran mereka akan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang dilaporkan atau dikesan merakan video TikTok ketika memandu.

Badan itu berkata demikian berhubung perbuatan seoang pemandu bas ekspres yang dikesan membuat rakaman langsung melalui aplikasi TikTok ketika memandu. JPJ akan mengambil tindakan serta-merta terhadap pemandu tersebut.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata pihaknya akan menempatkan pegawai penyamaran di dalam setiap bas ekspres bagi memastikan tiada pemandu yang melakukan kesalahan itu.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama orang awam merakam video atau gambar pemandu yang bertindak sedemikian juga dialu-alukan.”Mereka boleh menghantarkannya kepada kami berserta tarikh dan lokasi perjalanan bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan.

“Sebelum ini, memang ada kes seperti ini tetapi untuk Ops HRA kali ini, belum ada aduan diterima setakat ini.

“Jika dikesan melakukan kesalahan itu, mereka boleh diambil tindakan terus. Bagaimanapun, perjalanan tetap boleh diteruskan,” katanya lagi.

Pada operasi itu, beliau turut melakukan pemeriksaan pada bas ekspres menggunakan peralatan khusus bagi memastikan ketebalan tayar supaya tidak botak, selain lampu isyarat berada dalam keadaan baik.

Varian Suzuki V-Strom 800RE Tour telah dilancarkan dengan penambahan bagasi untuk jelajah jarak jauh anda.

Suzuki V-Strom 800RE telah dilancarkan tahun lepas sebagai varian atas jalan bagi barisan V-Strom 800, manakala saudaranya, V-Strom 800DE ialah versi pengembaraan yang tertumpu kepada off-road.

Seperti namanya, Tour mementingkan pembawaan untuk perjalanan jarak jauh. Ia termasuk boks atas 38 liter dan dua boks sisi 37 liter untuk jumlah 112 liter.

Ya, ya, boks tersebut bukanlah baharu kerana mereka dijual sebagai pilihan berasingan untuk RE standard. Cuma harga boks-boks itu lebih rendah apabila anda membeli pakej V-Strom 800RE Tour. Satu set boks sisi berharga £938 (RM5,627.53) manakala boks atas berharga £515 (RM3,089.74), sekiranya dibeli berasingan untuk versi standard. Aduh.

Jadi, Suzuki meletakkan harga V-Strom 800RE Tour pada £11,199 (RM67,188.40) berbanding versi standard pada £9,699 (RM58,189.15). Oleh itu, anda menjimatkan £706.94 (RM4,241.29) untuk boks-boks tersebut.

Terdapat dua warna untuk boks tersebut iaitu warna hitam atau perak. Namun, V-Strom 800RE Tour masih dijual dalam warna yang sama dipanggil Pearl Vigor Blue, Metallic Matt Steel Green, dan Glass Sparkle Black yang sama seperti RE standard.

Semua ciri kekal sama antara edisi standard dan Tour.

Satu-satunya soalan ialah: Adakah Suzuki akan menjual versi Tour di Malaysia?

Seorang penunggang motosikal maut akibat terlanggar pintu kereta yang dibuka oleh pemandu kereta di Kampung FELCRA Teratak Batu, Jalan Pasir Puteh-Machang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pemandu sebuah Proton Persona  menghentikan keretanya di tepi jalan dan membuka pintu untuk keluar. Ketika itu, mangsa yang menaiki motosikal Honda Dash dari arah sama melanggar pintu kereta sebelum hilang kawalan dan tercampak ke laluan bertentangan.

Malangnya, mangsa dilanggar oleh sebuah Perodua Alza yang datang dari arah yang bertentangan dan merempuh mangsa.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

“Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Henry Dass Tevatus di talian 016-5072413,” kata Superintendan Zaizul Rizal lagi.

Kami telah memaparkan berita mengenai sepasang suami isteri yang berazam untuk menunggang motosikal dalam Kembara Jelebu-Makkah bagi menunaikan haji. Mereka terpaksa mengikuti laluan Banjaran Himalaya kerana laluan melalui Myanmar tidak selamat. Namun, mereka berdepan dengan detik cemas apabila isterinya diserang AMS.

Mohd Rahmat Mohammed Amin, 38 ketika dihubungi oleh Berita Harian berkata mereka berdepan detik mencemaskan apabila isterinya Nurazlinda Mohamad, 36 diserang gejala sindrom gunung kritikal (acute mountain syndrome/AMS) pada ketinggian 5,000 meter ketika melalui laluan Lhasa-Tibet di Banjaran Himalaya.

“Ketika dalam keadaan cemas ada penduduk yang kebetulan melalui laluan itu memberi pertolongan kepada isteri dengan memberi bantuan oksigen selain dibawa menaikki kereta.

“Mereka melarang isteri membonceng motosikal sebaliknya menumpangkan isteri dengan kereta sebelum dibawa ke kawasan lebih rendah di laluan itu.

“Ada juga yang memberi isteri saya minuman glukosa dan ketika ini keadaan isteri semakin baik,” katanya.

Mohd. Rahmat berkata sepanjang lima hari melalui laluan itu, dua kali dia menunggang dalam keadaan ribut salji dengan suhu dari satu hingga 0-darjah celsius.

Dengan berbaki kira-kira 700km sebelum sampai ke sempadan China-Nepal, cuaca sejuk turut mengganggu perjalanan yang sudah lewat sehari daripada jadual asal. Justeru itu dia akan berusaha untuk tiba di sempadan Nepal pada Isnin ini.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan urusan mereka sepanjang perjalanan dipermudahkan supaya selamat tiba di Makkah pada 5 Mei ini.

Mohd Rahmat dan isteri memulakan perjalanan bermotosikal dari Jelebu pada 19 Mac lalu dengan merentas 13 negara meliputi jarak 14,000km.

AMS terjadi apabila seseorang didedahkan kepada ketinggian yang terlampau lebih dari 2 jam kerana kekurangan oksigen. Sila rujuk infografik daripada laman Facebook Mount Kinabalu di bawah.

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube