Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang kontraktor di Pekan lesap lebih RM14,000 selepas ditipu penjual di laman Facebook.

Lelaki berumur 53 tahun itu membuat pembayaran RM14,412 bagi membeli sebuah trak pikap jenis Ford Ranger yang telah diiklankan di Facebook dengan harga RM36,000 pada 3 Oktober lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, mangsa membuat bayaran pertama berjumlah RM2,500 di samping menghantar salinan dokumen dan penyata bank kepada penjual menerusi aplikasi WhatsApp.

Penjual kemudiannya meminta mangsa membuat satu lagi bayaran kali ini sebanyak RM11,912 dengan alasan untuk cukai jalan, insurans dan tukar nama.

Mangsa kemudiannya dimaklumkan bahawa Ford Ranger terbabit akan dihantar ke rumah di Pekan, Pahang menggunakan servis ‘tow truck’ dengan si penjual turut menyerahkan nombor telefon perkhidmatan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa terus membuat laporan polis selepas ‘tow truck’ tersebut tidak menghantar trak pikap itu seperti yang dijanjikan. – The Star

Selepas dua musim bersama PETRONAS Sprinta di Moto3, pelumba negara, Khairul Idham Pawi (KIP) akan meninggalkan pasukan itu hujung musim ini.

*Khairul Idham Pawi bersama John McPhee

Perkara itu disahkan sendiri prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali dalam satu kenyataan, hari ini.

*Datuk Razlan Razali

“Walaupun mengenali kemampuan dan potensi KIP namun selepas dua tahun jelas kami tidak dapat memenuhi sasaran ditetapkan.

“Dibelenggu kecederaan telah mengekang prestasi KIP dalam tempoh dua musim ini dan selepas perbincangan kami bersetuju bahawa hala tuju yang berlainan penting untuk kedua belah pihak.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada KIP,” jelasnya.

Terbaru, KIP terpaksa membuang sebahagian daripada jari kelingking dalam usaha untuk terus beraksi musim ini.

*Khairul Idham Pawi

“Tempoh dua musim ini ternyata sukar buat saya terutamanya selepas kecederaan yang dialami. Tetapi saya tetap menghargai masa saya di PETRONAS Sprinta Racing.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua, termasuk kru kerana sentiasa membantu saya selama dua tahun ini.

“Saya harapkan mereka berjaya pada masa akan datang kerana mereka adalah individu yang hebat,” jelas pelumba Moto3 itu.

Sementara itu, KIP turut mengakui dia akan terus berlumba dan akan mencari jalan terbaik untuk kariernya.

“Saya mahu terus berlumba jadi saya akan cari opsyen terbaik demi karier saya. Saya akan berikan yang terbaik untuk menunjukkan potensi sebenar sekaligus membalas jasa peminat yang telah menyokong saya selama ini,” tambahnya.

Terdahulu, seorang lagi pelumba negara di Moto2, Hafizh Syahrin kehilangan tempatnya di Aspar Team selepas pasukan itu membuat keputusan menaik taraf Albert Arenas dari Moto3, musim depan.

Baru-baru ini, seorang peminat MotoGP membida visor ‘tear-off’ milik Fabio Quartararo yang menyebabkan Jack Miller mengalami kegagalan enjin sewaktu di Misano.

Peminat dari Australia itu membelanjakan lebih RM22 ribu bagi mendapatkan visor ‘tear-off’ tersebut.

*Ducati Race Chair by OMP

Bagaimanapun, peminat MotoGP di Malaysia terutamanya Ducati kini boleh mendapatkan sebuah kerusi Ducati Race Chair by OMP!

Kerusi Ducati Race Chair by OMP ini merupakan rekaan OMP, jenama pakar dalam menghasilkan kerusi premium untuk sukan permotoran dunia.

Menariknya, Ducati Race Chair ini menawarkan keselesaan maksimum hasil penggunaan kusyen tebal.

Ketinggian tempat duduk juga boleh dilaraskan termasuk bahagian penyandar boleh di turunkan sehingga 180 darjah!

Ducati Race Chair ini turut menawarkan ketahanan tinggi menerusi penggunaan kerangka besi lantas sesuai untuk kegunaan di rumah (meja komputer) atau di pejabat.

Ducati Race Chair by OMP ini boleh didapati di Ducati Malaysia (Petaling Jaya) dengan harga RM5, 998!

Bukan itu sahaja, kerusi jenama OMP ini turut digunakan kelab pasukan bola sepak Itali yang beraksi di Serie A!

Orang ramai yang berminat sila KLIK bit.ly/DucatiOMP atau singgah ke Ducati Malaysia (Petaling Jaya) untuk melihat dengan lebih dekat!

Minggu lalu, tular beberapa gambar memaparkan KTM 390 Adventure sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia.

Gambar tersebut jelas menampakkan susuk 390 Adventure, yang telah pun dilancarkan di pasaran antarabangsa sebelum ini.

Bagaimanapun, jentera tersebut sah bakal hampiri pelancaran di Malaysia tatkala beberapa pengedar rasmi KTM di sini telah pun membuka tempahan bagi motosikal ‘adventure’ itu.

*KTM 390 Adventure

Menurut info yang dikongsikan, KTM 390 Adventure itu akan ditawarkan sekitar RM3X,XXX dan akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

KTM 390 Adventure – yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke – bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • ABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)
  • Paparan TFT
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

Ducati sememangnya antara motosikal yang menawarkan rekaan paling mencuri tumpuan maka tidak terkejut jika jenama itu menjadi inspirasi pengeluar motosikal lain di dunia.

Bagaimanapun, ada juga yang mencari jalan mudah dengan menyalin bulat-bulat rekaan motosikal Itali itu.

*Lifan Hunter 125

Lifan, jenama motosikal di China telah memperkenalkan Hunter 125 pada 2017.

Menariknya, rupa keseluruhan jentera ini tampak seperti Ducati Scrambler Icon 800.

Selain daripada rupa keseluruhan, penggunaan lampu bulat, paparan meter termasuk tempat gantung nombor plat dan fork USD juga menyamai Ducati Scrambler.

*Lifan Hunter 125

Bagaimanapun, berbanding enjin 800cc yang terdapat pada Scrambler, Hunter 125 didatangkan dengan enjin 125cc satu silinder dengan penyejukkan udara.

*Lifan Hunter 125

Ketika ini, Lifan Hunter 125 didapati di pasaran Thailand dengan harga serendah THB54,000 (RM7,167).

Walaupun Hunter 125 merupakan salinan Ducati Scrambler namun jelas tindakan Lifan itu berniat menarik pembeli yang berminat dengan rekaan neo-cafe racer namun dengan harga lebih mampu milik.

Aprilia mungkin menghentikan pengeluaran Shiver dan Dorsoduro susulan peraturan pengawalan emisi Euro5.

Meskipun Aprilia masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun dengan kedua-dua model hanya mencapai standard Euro4 ketika ini, senario itu hampir pasti akan berlaku.

*Aprilia Shiver 900

Melainkan pengeluar motosikal Itali bercadang untuk menghasilkan enjin baharu bagi Shiver dan Dorsoduro.

Bagaimanapun, ketiadaan ‘spyshot’ yang memaparkan Shiver atau Dorsoduro dengan enjin baharu di sekitar kilang di Noale, Itali seakan memberi gambaran bahawa Aprilia tidak bercadang meneruskan pengeluaran kedua-dua model terbabit.

*Aprilia Dorsoduro 900

Apatah lagi, Aprilia dilihat sibuk memberi fokus kepada RS660 yang baru dilancarkan, serta Tuono 660 di samping Tuareg 660 turut dilihat menjalani ujian ketika ini.

Atas faktor itu, kebarangkalian untuk Aprilia mengetepikan Shiver dan Dorsoduro adalah tinggi apatah lagi enjin 660 yang dibangunkan itu dilihat sebagai masa depan baharu Aprilia untuk beberapa tahun akan datang.

Sekiranya Aprilia masih berminat untuk meneruskan legasi Shiver dan Dorsoduro, mungkin mengguna pakai enjin 660 adalah langkah seterusnya bagi mereka.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube