Bikesrepublic

Berita Terkini

Minggu lalu, tular beberapa gambar memaparkan KTM 390 Adventure sedang menjalani ujian jalan raya di Malaysia.

Gambar tersebut jelas menampakkan susuk 390 Adventure, yang telah pun dilancarkan di pasaran antarabangsa sebelum ini.

Bagaimanapun, jentera tersebut sah bakal hampiri pelancaran di Malaysia tatkala beberapa pengedar rasmi KTM di sini telah pun membuka tempahan bagi motosikal ‘adventure’ itu.

*KTM 390 Adventure

Menurut info yang dikongsikan, KTM 390 Adventure itu akan ditawarkan sekitar RM3X,XXX dan akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

KTM 390 Adventure – yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke – bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • ABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)
  • Paparan TFT
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

Ducati sememangnya antara motosikal yang menawarkan rekaan paling mencuri tumpuan maka tidak terkejut jika jenama itu menjadi inspirasi pengeluar motosikal lain di dunia.

Bagaimanapun, ada juga yang mencari jalan mudah dengan menyalin bulat-bulat rekaan motosikal Itali itu.

*Lifan Hunter 125

Lifan, jenama motosikal di China telah memperkenalkan Hunter 125 pada 2017.

Menariknya, rupa keseluruhan jentera ini tampak seperti Ducati Scrambler Icon 800.

Selain daripada rupa keseluruhan, penggunaan lampu bulat, paparan meter termasuk tempat gantung nombor plat dan fork USD juga menyamai Ducati Scrambler.

*Lifan Hunter 125

Bagaimanapun, berbanding enjin 800cc yang terdapat pada Scrambler, Hunter 125 didatangkan dengan enjin 125cc satu silinder dengan penyejukkan udara.

*Lifan Hunter 125

Ketika ini, Lifan Hunter 125 didapati di pasaran Thailand dengan harga serendah THB54,000 (RM7,167).

Walaupun Hunter 125 merupakan salinan Ducati Scrambler namun jelas tindakan Lifan itu berniat menarik pembeli yang berminat dengan rekaan neo-cafe racer namun dengan harga lebih mampu milik.

Aprilia mungkin menghentikan pengeluaran Shiver dan Dorsoduro susulan peraturan pengawalan emisi Euro5.

Meskipun Aprilia masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi namun dengan kedua-dua model hanya mencapai standard Euro4 ketika ini, senario itu hampir pasti akan berlaku.

*Aprilia Shiver 900

Melainkan pengeluar motosikal Itali bercadang untuk menghasilkan enjin baharu bagi Shiver dan Dorsoduro.

Bagaimanapun, ketiadaan ‘spyshot’ yang memaparkan Shiver atau Dorsoduro dengan enjin baharu di sekitar kilang di Noale, Itali seakan memberi gambaran bahawa Aprilia tidak bercadang meneruskan pengeluaran kedua-dua model terbabit.

*Aprilia Dorsoduro 900

Apatah lagi, Aprilia dilihat sibuk memberi fokus kepada RS660 yang baru dilancarkan, serta Tuono 660 di samping Tuareg 660 turut dilihat menjalani ujian ketika ini.

Atas faktor itu, kebarangkalian untuk Aprilia mengetepikan Shiver dan Dorsoduro adalah tinggi apatah lagi enjin 660 yang dibangunkan itu dilihat sebagai masa depan baharu Aprilia untuk beberapa tahun akan datang.

Sekiranya Aprilia masih berminat untuk meneruskan legasi Shiver dan Dorsoduro, mungkin mengguna pakai enjin 660 adalah langkah seterusnya bagi mereka.

Baru-baru ini, Hafizh Syahrin disahkan hilang tempat di Aspar Team Moto2 bagi musim 2021.

Aspar Team membuat keputusan untuk naikkan pangkat pelumba Moto3, Albert Arenas ke Moto2 susulan prestasi mengagumkan musim ini.

Arenas mendahului kejuaraan Moto3 ketika ini dengan 144 mata selepas 11 pusingan.

Sementara itu, Hafizh mendedahkan dia kini sedang berbincang dengan dua pasukan namun enggan mendedahkan maklumat terperinci tatkala fokusnya adalah baki empat pusingan di Moto2.

Bagaimanapun, Hafizh turut mengakui dia enggan meletakkan harapan tinggi terhadap kariernya musim depan.

*Hafizh Syahrin

“Sekarang tak letak harapan apa-apa. Kalau ada rezeki saya sambung, kalau tak ada, insya’Allah ada rezeki di tempat lain,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, timbul dakwaan mengatakan salah satu daripada pasukan itu adalah Idemitsu Honda Asia di Moto2.

Pasukan itu ketika ini beraksi menggunakan jentera Kalex berbanding Speed Up yang diguna pakai Aspar Team.

Pada masa sama, pasukan MV Agusta Forward Racing dan NTS RW Racing juga masih mempunyai satu slot kekosongan setelah hanya mengesahkan Lorenzo Baldassarri (MV) dan Barry Baltus (NTS) musim depan.

Aksi di GP Aragon pada Ahad menyaksikan Hafizh gagal mengutip sebarang mata apabila menamatkan aksi di kedudukan ke-19.

Pada 14 Oktober lalu, PROTON mengesahkan salah seorang daripada kakitangan di Shah Alam telah positif Covid-19.

Kini, pengeluar kereta nasional itu mengesahkan (dalam satu kenyataan media) susulan daripada satu kes itu, 49 kakitangan lagi telah disahkan positif Covid-19 dengan kesemuanya daripada Divisyen Kejuruteraan di Shah Alam.

Sehubungan itu, Proton telah pun mengarahkan kakitangan bahagian perkhidmatan bukan keperluan (non-essential) untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing dalam usaha mengekang penularan.

Sementara itu, Proton beri jaminan bahawa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat kini dilaksanakan terhadap semua kakitangan dan pelanggan yang hadir ke Proton Centre of Excellence (COE) di Shah Alam.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan terdapat 865 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 858 daripadanya membabitkan kes tempatan.

Setakat ini, 190 kematian telah pun dicatatkan dengan jumlah kes aktif mencecah 7, 456.

Berdasarkan informasi yang diterima daripada Mazda Corporation Japan, sejumlah 19,685 unit kereta di Malaysia telah dipanggil semula bagi menggantikan ‘fuel pump’.

Model yang terkesan adalah Mazda2, Mazda3, Mazda6, CX-3, CX-5, dan CX-9 yang dihasilkan di antara 2017 hingga 2019.

Selaku pengedar rasmi di Malaysia, Bermaz Motor bersama Mazda Corporation beri jaminan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Sementara itu, Bermaz memaklumkan bahawa panggilan semula ini tidak menjejaskan model keluaran tahun 2020.

Berikut senarai model yang terkesan:

Pada masa sama, pelanggan yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat dan SMS dan orang ramai digesa menghubungi pusat servis rasmi bermza untuk membuat janji temu.

Segala kos pertukaran ‘fuel pump’ adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya pihak Bermaz.

Proses pertukaran ini akan memakan masa sekitar 1.5 jam.

Untuk maklumat terperinci layari https://mazda.com.my/mazda-recall-information-centre.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube