Bikesrepublic

Berita Terkini

Sejumlah 18 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada malam Hari Raya Aidilftri semalam (Selasa). Ia juga merupakan hari kedua pelaksanaan Op Selamat ke-22.

Jumlah itu merupakan peningkatan daripada 14 kematian yang direkodkan pada hari pertama op berkenaan (Isnin).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsikan infografik di laman Facebook hari ini turut memaklumkan sejumlah 1,631 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada hari yang sama.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ berlangsung mulai 8 hingga 13 April di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pengguna jalan raya diingatkan memandu dengan sabar, berhemah dan bertanggungjawab sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau turut menasihatkan pengguna yang merancang pulang ke kampung ataupun bercuti supaya menanamkan sifat berkenaan ketika memandu kenderaan demi insan tersayang serta menjamin keselamatan mereka di jalan raya.

Walaupun sekarang hanya April 2024, tetapi KTM telah melancarkan banjaran motocross KTM 2025, untuk kedua-dua jenis dua dan empat lejang.

Apapun, hanya terdapat kemas kini pada casis di seluruh barisan manakala aspek mekanikal lain kekal tidak berubah. Itupun kemas kini casis ini sudah tersedia pada Factory Edition 2024 untuk model-model 250 SX-F dan 450 SX-F.

Kerangka “baharu” ini mempunyai potongan untuk lekapan enjin belakang, selain ketebalan yang berbeza pada lekap enjin hadapan, dan lekap monoshok belakang. Secara keseluruhannya, ia menjimatkan 300g dan mengubah karakter kelenturan kerangka.

Lengan ayun baharu dengan panduan rantai yang dimesin turut dipasang, bersama pedal brek belakang baharu yang lebih tahan lama. Selain itu, pautan monoshok mempunyai bolt diameter yang lebih kecil dan pengedap baharu.

Selain perubahan tersebut, KTM juga telah melaraskan fork depan WP XACT AER. Tayar kini merupakan Dunlop Geomax MX34 yang baharu.

Di bahagian elektronik pula, pemilik boleh memilih KTM Connectivity Unit Offroad yang membolehkan pelarasan melalui aplikasi KTMconnect.

Akhir sekali, terdapat grafik baharu dengan logo KTM regangan pada panel sisi.

Rangkaian SX dua lejang terdiri daripada model mini 50 SX, 65 SX, dan 85 SX, selain 150 SX, yang menyertai 125 SX, 250 SX, dan 300 SX sedia ada.

Bagi empat lejang pula, terdapat 250 SX-F, 350 SX-F, dan 450 SX-F. KTM menambah Adamo Edition 250 yang meraikan kejayaan Andrea Adamo memenangi gelaran Kejohanan Dunia MX2 2023.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dan jalan-jalan menghala keluar dari Lembah Klang dilaporkan mulai sesak pada petang ini.

Ia disebabkan oleh peningkatan warga kota pulang berpusu-pusu ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama, mereka dapat memanfaatkan tol percuma di semua lebuh raya yang akan berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Menurut jurucakap itu lagi, aliran trafik ke utara sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Bukit Lanjan ke Rawang, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Tapah ke Gopeng, dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar.

“Empat lorong Smart Lane telah diaktifkan bagi laluan ke utara membabitkan Kawasan R&R Rawang ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai, Gua Tempurung ke Gopeng, dan Bukit Tambun ke Juru. Laluan berkenaan diaktifkan hingga jam 7 malam ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi laluan ke selatan pula, katanya, kesesakan dilaporkan berlaku di Nilai ke Bandar Ainsdale, Port Dickson Selatan ke Pedas Linggi, dan Kulai ke Sedenak.

“Lorong Smart Lane juga telah diaktifkan, antaranya Nilai ke Kawasan R&R Seremban, Ayer Keroh ke Hentian Sebelah Bemban, dan Kulai ke Senai,” katanya.

Bagi laluan ke Pantai Timur, beliau berkata, trafik terkawal dan kesesakan hanya berlaku selepas Plaza Tol Gombak hingga ke Terowong Genting Sempah.

“Trafik sesak sepanjang 13 kilometer berikutan hujan, selain peningkatan kenderaan dan laluan mendaki di lokasi,” katanya.

Pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan berkata penampilan sulungnya di Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Litar Jerez terjejas akibat cuaca sejuk dan trek yang licin, namun dia menggangapnya sebagai sesuatu yang positif.

Juara dunia Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 itu menamatkan Perlumbaan 1 dengan keputusan yang baik di tempat keenam.

Sayangnya, keadaan litar yang licin disebabkan oleh cuaca sejuk mengakibatkan  Perlumbaan 2 yang lebih mencabar buat Qabil.

“Saya tidak berapa gembira dengan keputusan ini (Perlumbaan 2) kerana saya tidak bagus dengan motosikal. Litar licin, sejuk dan tayar slide (membuang). Saya juga perlu perbaiki lagi corak tunggangan ketika perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca sejuk,” kata Qabil.

Apapun, Qabil dan pihak pengurusannya ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin akan memperbaikki prestasi pada pusingan kedua musim yang akan berlangsung di Litar Valencia dari 30 Mei hingga 2 Jun ini.

“Tujuan kita datang ke sini adalah untuk memberi pengalaman awal kepada Qabil berlumba di Eropah. Keputusan pada Perlumbaan 1 adalah keputusan yang membanggakan manakala keputusan untuk Perlumbaan 2 adalah pengalaman yang berharga untuk kita perbaiki pada pusingan yang akan datang.

“Sepanjang minggu di sini Qabil menghabiskan sesi di tempat kesembilan dan ke-10 tetapi pada perlumbaan, Qabil berada bersama kelompok hadapan bersaing untuk podium. Qabil menghabiskan Perlumbaan 1 di tempat keenam.

“Tetapi, untuk Perlumbaan 2 adalah satu perlumbaan yang sukar buat Qabil. Dia tidak berasa yakin dengan motosikal, litar rasa licin dari pusingan pertama sehinggalah akhir perlumbaan kerana cuaca sejuk.

“Ini adalah pengalaman yang bagus untuk Qabil dan pasukan. Kita akan pulang ke Malaysia untuk berlatih sebaiknya untuk pusingan 2 di Valencia,” kata Zulfahmi.

Seperti tidak serik-serik juga walaupun sudah banyak kes kematian, kecederaan dan penangkapan, 30 pelajar sekolah menengah antara 178 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, berdekatan Ipoh.

Operasi bermula 2.30 pagi itu dijalankan sepasukan 72 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mereka yang ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 166 lelaki dan 12 perempuan berusia antara 15 hingga 34 tahun.

“Antara yang ditahan ialah 30 pelajar sekolah menengah dan empat penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

“Daripada 143 motosikal yang ditahan, sejumlah 19 motosikal disita atas pelbagai kesalahan termasuk paling serius ialah mengubahsuai kenderaan mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 302 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa individu yang sedang khayal. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh AADK mendapati lima individu positif dadah dengan seorang daripadanya pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lalu.

“Lima individu itu akan diambil tindakan seterusnya oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ipoh dan AADK.

“Operasi ini dirancang bagi tujuan membanteras aktiviti samseng jalanan yang mana pihak polis mendapat banyak aduan daripada penduduk kerana ganggu ketenteraman awam,” katanya.

Sebanyak 20 saman dan 3 motosikal disita atas kesalahan mengubahsuai ekzos motosikal dalam Operasi Motosikal di kawasan Bukit Ampang Saujana, semalam (7hb. April 2024).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dengan dianggotai seorang pegawai kanan dan 14 anggota.

Menurutnya, operasi terbabit seperti kebiasaannya lebih memfokuskan kepada kenderaan jenis motosikal.

“Ini kerana kenderaan berkenaan sering kali dilihat melakukan pengubahsuaian struktur, terutamanya pada struktur ekzos motosikal yang mengganggu ketenteraman awam.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube