Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) telah pun menyempurnakan Mesyuarat Tahunan Kali Ke-5 yang diadakan di Hotel Movenpick, Sepang.

Mesyuarat Tahunan DOCM 2022 itu dianjurkan ahli DOCM dengan kerjasama Ducati Malaysia dan beberapa rakan sama lain termasuk Monster Energy, Shell dan Allianz.

Turut hadir di acara tersebut adalah Pengurus Besar Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia), Dennis Michael.

Selain daripada pemilihan ahli jawatankuasa baharu bagi tahun 2022, mesyuarat tersebut juga menyaksikan perhimpunan terbesasr pemilik motosikal Ducati di Malaysia.

Menurut Ducati Malaysia, lebih 450 Ducatisti telah berkumpul di Sepang hasil sokongan padu daripada Ducati Hyper Club Malaysia, Panigale Kingdom, Ducati All-Monster Malaysia dan Ducati Multistrada Club Malaysia.

Sewaktu acara tersebut, DOCM juga telah dinamakan sebagai komuniti rasmi Ducati di Malaysia di samping memperkenalkan logo DOCM terbaru.

Sementara itu, bagi mengukuhkan komuniti Ducati di Malaysia, Ducati Malaysia turut menyampaikan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM30,000.

Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan dalam satu insiden di Jalan Kuching, pada Isnin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

“Hasil semakan, suspek tiada rekod kesalahan lampau, kita akan memohon reman esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, penunggang motosikal tersebut telah dihon oleh pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vellfire kerana menunggang secara berbahaya.1200

Rakaman video berdurasi 39 saat itu jelas menampakkan penunggang motosikal tersebut telah bertindak membaling sepana kerana tidak puas hati dihon pemandu kereta terbabit.

Mangsa terus membuat laporan polis pada hari sama sebelum polis berjaya menahan suspek pada Selasa di Taman Wangsa Melawati.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – SH

Umum sedia maklum bahawa terdapat tiga model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia tahun ini.

Ketiga-tiga model tersebut telah pun dipertontonkan kepada umum secara langsung sewaktu pelancaran Hayabusa dan V-Strom 1050XT hujung tahun lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, masih tiada kelibat GSX-R150, GSX-S150 dan Belang R150 kelihatan.

Bagaimanapun, minggu lalu Suzuki Malaysia telah pun berkongsi teaser GSX-R150 berserta harga sekitar RM11,XXX.

Kali ini, Suzuki Malaysia memuat naik teaser terbaru dengan slogan ‘Urban Road Leader’ dan mengesahkan model itu sebagai GSX-S150.

Pengesahan model kedua itu sekaligus memberi bayangan bahawa Suzuki Malaysia bakal melancarkan GSX-R150 dan GSX-S150 tidak lama lagi.

Suzuki GSX-S150 digerakkan enjin satu silinder 147.3cc DOHC yang menjana 18.9hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm.

Antara ciri ditawarkan GSX-S150 adalah seperti berikut:

  • tangki 11L
  • tayar 90/80-17 depan dan 130/70-17 belakang
  • cakera brek depan dan belakang
  • fork depan teleskopik dan monoshock belakang

Sementara itu, Suzuki Malaysia juga dijangka memuat naik teaser yang merujuk pada Belang R150 tidak lama lagi.

Teaser akan datang itu sekaligus melengkapkan tiga model 150cc yang akan diperkenalkan Suzuki Malaysia untuk pasaran tempatan dengan pelancaran dijangka berlaku sekitar bulan Mac ini.

Seorang pelanggan telah bertindak menikam pemilik bengkel motosikal menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian yang berlaku di Pekan Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Mangsa, yang berusia 43 tahun disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman, yang turut memaklumkan kejadian berlaku ekoran suspek menuduh mangsa menukar beberapa komponen motosikal miliknya, tiga minggu lalu.

“Mangsa yang maut disahkan sebagai Tan Hee Song,43 dan tinggal di Nibong Tebal,” jelasnya.

Menurut info yang dikongsikan ahli keluarga, mangsa telah menjalankan perniagaan bengkel motosikal tersebut sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, suspek, berusia 52 tahun telah pun menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima pada hari yang sama pada jam 2.45 petang.

Kes telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BH

Sebelum ini, kami telah pun melaporkan bahawa Yamaha YZF-R15 2021 telah pun mendarat di Indonesia pada Disember tahun lalu selepas pelancaran global di India pada September 2021.

Kini tiba giliran negara jiran, Singapura yang menerima motosikal tersebut menerusi salah satu pengedar di negara itu.

Menurut foto dikongsikan akaun Facebook i-Motoring Singapore, model V4 itu datang dengan dua varian, R15 standard dan R15M serta sebuah lagi model dengan ‘livery’ Movistar MotoGP.

Ketiga-tiga varian didatangkan dengan enjin 155cc VVA dengan penyejukan cecair, 4-stroke SOHC yang menjana 18hp pada 10,000rpm dan 14.2Nm pada 7,500rpm dan dibantu transmisi 6-kelajuan dengan fungsi klac Assist & Slipper.

Meskipun hanya bersesaran 155cc namun jentera generasi ke-4 ini tampil dengan sistem Traction Control dan Quickshifter sekaligus menjadikan motosikal pertama dalam segmennya yang menawarkan kedua-dua fungsi tersebut.

Difahamkan, pasaran Malaysia juga bakal disajikan dengan R15 V4 termasuk varian R15M tidak lama lagi dan bakal mencabar Honda CBR150R serta Suzuki GSX-R150 yang juga akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Francesco Bagnaia dan Ducati Corse telah mencapai persetujuan untuk terus berkerjasama selama dua musim lagi.

Bagnaia bersetuju untuk meneruskan cabaran bersama Ducati Lenovo Team dan jentera Desmosedici GP sehingga 2024.

“Menjadi pelumba Ducati di MotoGP merupakan impian saya, jadi dapat meneruskan karier bersama Ducati Lenovo Team selama dua musim lagi membuatkan saya berasa teruja.

“Disini saya berasa cukup selesa dan saya yakin kami dapat mencapai lebih banyak kejayaan bersama.

“Kini saya dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap kejuaraan dunia ini.

“Terima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo, Davide dan seluruh kakitangan Ducati Corse. Saya akan membalas kepercayaan mereka dengan keputusan cemerlang di litar,” jelas Bagnaia.

Bagnaia membuat penampilan sulung di MotoGP pada musimm 2019 bersama Pramac Racing sebelum dinaikkan ke pasukan factory Ducati musim lalu.

Pelumba kelahiran Turin itu merekodkan sembilan podium, empat kemenangan dan enam petak pertama untuk menamatkan musim 2021 di kedudukan kedua, hanya 26 mata dipisahkan dengan juara dunia, Fabio Quartararo.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube