Bikesrepublic

Berita Terkini

Benelli telah pun berkongsi ‘teaser’ TRK 800 serba baharu menjelang EICMA 2021 yang akan berlangsung di Milan, Itali, bulan ini.

TRK 800 tampil dengan enjin lebih besar dan berkuasa dalam usaha meneruskan kecemerlangan model TRK 502 sebelum ini telah mendominasi pasaran di Itali bagi tahun 2021.

Kemunculan TRK 800 sememangnya sudah dijangka apabila pemilik syarikat, QJ Motor telah pun mendedahkan model ADV tersendiri yang mengguna pakai enjin sama pada Leoncino 800.

Bagaimanapun, Benelli membuat keputusan untuk menghasilkan rekaan tersendiri berdasarkan video ‘teaser’ yang dimuat naik ke laman sosial syarikat itu.

Sekiranya TRK 800 menggunakan enjin sama pada Leoncino 800 maka dijangka motosikal ADV terbaru itu akan menawarkan sekitar 80hp dan 67Nm, seangkatan dengan Moto Guzzi V85TT (80hp) dan Yamaha Tracer 7 GT (72.4hp).

Benelli dijangka mempersembahkan TRK 800 secara rasmi di EICMA pada 25 hingga 28 November ini.

Hafizh Syahrin telah pun disahkan meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto2 musim depan selepas semusim bersama pasukan NTS RW Racing.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Hafizh dilaporkan bakal sertai Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) musim 2022 bersama pasukan MIE Racing Honda Team.

Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun, menurut laporan Two Wheels, kedua-dua belah telah pun mengadakan perbincangan awal.

Bagaimanapun, buat masa ini, tiada sebarang persetujuan dicapai kerana perbincangan membabitkan beberapa pihak termasuk Honda, MIE Racing dan Hafizh sendiri.

MIE Racing Honda Team merupakan pasukan projek HRC hasil kerjasama Honda dan Althea Racing yang telah ditubuhkan pada 2019 dan bergerak sepenuhnya sebagai pasukan satelit pada musim 2020. – Two Wheels

Ducati menamatkan suku ketiga 2021 dengan cemerlang apabila berjaya menyerahkan lebih 49,693 unit motosikal seluruh dunia.

Lebih mengagumkan, angka jualan tersebut mengatasi jualan keseluruhan bagi tahun 2020 (48,042 unit).

Menurut Ducati, Itali kekal sebagai pasaran terbesar dengan 7,954 unit diserahkan kepada pelanggan diikuti Amerika Syarikat (7,475 unit) dan Jerman (5,627 unit).

Sementara itu, Ducati Multistrada V4 terus kekal sebagai model paling popular diikuti model Ducati Scrambler 800, Streetfighter V4 dan Monster baharu.

“Ducati telah tutup sembilan bulan pertama 2021 dengan angka jualan yang lebih tinggi berbanding keseluruhan tahun 2020 bukan sahaja bagi motosikal malah produk selepas jualan seperti pakaian, aksesori dan alat ganti.

“Kami sangat berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi, komuniti Ducatisti juga berkembang di seluruh dunia.

“Ini adalah satu kebanggaan buat kami di Borgo Panigale dan setiap anak syarikat Ducati di serata dunia,” jelas Timbalan Presiden Jualan Global dan Selepas Jualan Ducati, Francesco Milicia.

Setelah berminggu spekulasi, akhirnya Yamaha melancarkan MT-10 2022 yang kini tampil dengan pelbagai naik taraf baharu.

Bagi tahun 2022, Yamaha MT-10 kini menghasilkan 164hp, naik 6hp berbanding model terdahulu.

https://youtu.be/LQm2h9sgcAc

Bukan itu sahaja, Yamaha juga mendakwa enjin terbaru ini lebih ringan hasil penggunaan piston jenis ‘forged aluminium’ dan conrod serta silinder baharu.

Yamaha juga beralih kepada conrod jenis besi menggantikan conrod titanium yang terdapat pada model sebelumnya.

Sementara itu, enjin 998cc yang diambil dari Yamaha YZF-R1 itu juga kini menawarkan pecutan yang lebih baik terutamanya di antara 4,000 hingga 8,000rpm hasil bantuan sistem ekzos titanium baharu.

Enjin juga telah dinaik taraf bagi mencapai standard Euro5.

Yamaha MT-10 2022 ini juga datang dengan kotak udara baharu (airbox) yang kini tampil dengan tiga corong udara dengan Yamaha mendakwa kesemuanya menyumbang kepada deruman yang lebih “oommph!” ketika di rev pertengahan.

Tak cukup dengan itu, MT-10 ini juga dilengkapi dengan ‘acoustic amplifier grilles’ di bahagian kiri dan kanan tinggi yang berperanan menghasilkan bunyi yang lebih garang.

Bahagian depan juga tampil dengan rekaan serba baharu namun masih mengekalkan penggunaan lampu LED berkembar dengan daytime running light (DRL).

Antara ciri menarik lain yang turut diperkenalkan adalah:

  • Brembo master cylinder
  • IMU 6-axis
  • throttle elektronik
  • quickshifter
  • paparan skrin TFT 4.2″

Baru-baru ini Yamaha dikhabarkan bakal memperkenalkan MT-10 generasi terbaru yang akan dinaik taraf dengan reka bentuk dan ciri terbaru bagi tahun 2022.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, terdapat sebuah foto telah bocor di ruang internet yang didakwa sebagai Yamaha MT-10 2022 yang bakal dilancarkan.

Meskipun tiada pengesahan setakat ini namun berdasarkan gambar tersebut jelas naik taraf utama dijalankan terarah di bahagian enjin tatkala tidak banyak perubahan dilaksanakan pada bahagian rekaan keseluruhan jentera.

Selain daripada enjin yang dijangka mencapai standard Euro5, model tersebut turut memaparkan konfigurasi ekzos berbeza.

Berdasarkan pandangan kasar, tidak banyak penambahbaikan dilakukan namun dijangkakan Yamaha bakal menaik taraf aspek elektronik MT-10 memasuki tahun 2022.

Apa yang pasti, Yamaha bakal mengemas kini model MT-10 setelah MT-07 dan MT-09 serba baharu telah pun dilancarkan hujung tahun lalu.

Beberapa minggu selepas pelancaran global YZF-R7, Yamaha telah pun failkan tanda dagangan R1 hingga R9 termasuk R15, R250 dan R25 di Jepun.

*Yamaha YZF-R7 2021

Pengeluar motosikal Jepun itu kemudian memfailkan dokumen dengan nama R2, R7 dan R9 di Eropah, Australia, New Zealand, Great Britain, Switzerland serta Uruguay.

Dalam perkembangan terbaru, Yamaha turut memfailkan tanda dagangan YZF-R9 di India sekaligus secara tidak langsung mengesahkan kedatangan model fairing itu tidak lama lagi.

Menurut laporan media di negara itu, tindakan tersebut dilihat sebagai mengejutkan apatah lagi Yamaha Motor India sebelum ini pernah menegaskan bahawa fokus utama syarikat tersebut di pasaran itu hanyala membabitkan motosikal 150cc hingga 250cc.

Bagaimanapun, perkembangan tersebut mungkin dilihat sebagai usaha baharu Yamaha Motor India dalam bersaing pasaran motosikal premium yang ketika ini didominasi Kawasaki dan Triumph Motorcycles.

*Yamaha MT-09 2021

Yamaha R9 dijangka dihidupkan dengan enjin CP3 889cc sama yang terdapat pada MT-09 terbaru yang menawarkan 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube