Jenama brek terkemuka, Brembo, telah pun mendedahkan rancangan untuk masa depan dengan memperkenalkan sistem brek Brembo Sensify.
Menurut info dikongsikan, sistem brek yang merangkumi Brake Control Unit, Hydraulic Actuators, Hydraulic Connections dan Electromechanical Caliper dengan teknologi AI (Artificial Intelligence) itu akan dipasarkan sekitar 2024.
Berdasarkan video yang dimuat naik ke YouTube, kaliper brek tersebut diguna pakai pada kenderaan empat roda namun menariknya, Brembo turut memaklumkan sistem itu akan diperkenalkan pada semua kenderaan termasuk motosikal.
“Sistem brek Sensify ini tidak lagi sekadar satu komponen brek tetapi merupakan satu ekosistem bersama yang menggabungkan perisian dan teknologi AI dalam memainkan peranan aktif.
“Data yang dikumpul akan dikaji serta-meta bagi meningkatkan pengalaman pemanduan dan membenarkan sistem brek Sensify itu untuk terus dikemas kini mengikut waktu semasa,” jelas Brembo.
Menariknya, penggunaan cecair hidraulik yang rendah bagi sistem brek tersebut membuatkan Sensify tidak memerlukan penjagaan yang tinggi sekaligus menjimatkan kos penyelenggaraan.
Sistem tersebtu juga dilihat bakal memainkan peranan penting pada motosikal terutamanya yang dijana dengan elektrik.