Bikesrepublic

Berita Terkini

Aprilia akhirnya mengumumkan info terperinci mengenai motosikal ‘adventure’ terbaru, Aprilia Tuareg 660.

Tuareg 660 ini dibangunkan dengan platform sama terdapat pada Aprilia RS 660 dan Tuono 660.

Bagaimanapun, enjin 660cc parallel-twin DOHC dengan penyejukan cecair tersebut telah ditala semula dan hasilnya menawarkan 80hp dan 70Nm.

Meskipun menghasilkan kuasa lebih rendah berbanding RS 660 (100hp) dan Tuono 660 (95hp) namun angka tersebut meletakkan Tuareg 660 lebih berkuasa berbanding pesaing lain antaranya, Yamaha Tenere 700 (74hp).

Aprilia turut membangunkan enjin tersebut sebagai ‘stressed member’ kerangka tubular dan hasilnya, Tuareg 660 hanyalah seberat (kering) 186kg.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Tuareg 660 ternyata ditawarkan sebagai jentera ‘off-road’ serba boleh dengan handlebar lebih lebar dan seksyen pertengahan yang lebih kurus.

Sistem suspensi pula dikendalikan fork depan USD 43mm boleh laras dan monoshock belakang dengan ‘progressive linkage’ yang menghasilkan jarak kelegaan tanah pada 9.5″, seinci lebih tinggi berbanding Tenere 700.

Penggunaan tayar 21″ depan dan 18″ belakang juga menjaminkan kawalan dan tunggangan lebih baik di permukaan ‘off-road’.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah:

  • lampu LED penuh
  • brek kaliper Brembo
  • tangki 18L
  • Aprilia Performance Ride Control (APRC)
  • traction control
  • mod tunggangan pelbagai
  • cruise control
  • paparan TFT 5″

Sementara itu, Aprilia turut memperkenalkan pilihan warna Acid Gold dan Martian Red sebagai tambahan kepada warna ikonik Aprilia yang diperkenalkan sebelum ini.

Honda Malaysia mengumumkan varian baharu bagi model Honda City menerusi City V-Sensing baharu.

City V-Sensing merupakan varian kedua selepas City RS e:HEV yang didatangkan dengan ciri Honda SENSING, yang merupakan ciri keselamatan terbaik ditawarkan bagi kenderaan segmen-B.

Menariknya, varian ini juga didatangkan dengan paparan interaktif 7-inci TFT.

Sementara itu, dengan adanya keupayaan Honda Sensing, Honda City V-Sensing ini didatangkan dengan ciri bantuan pemanduan berikut:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Honda City V-Sensing ini dikuasakan enjin NA 1.5L DOHC i-VTEC yang menawarkan 121PS dan 145Nm yang dipadankan bersama transmisi CVT.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • 6 beg udara
  • Honda LaneWatch
  • Rear Seat Belt Reminder
  • ABS
  • Vehicle Stability Assist
  • Electronic Brake Distribution
  • Brake Assist
  • Emergency Stop Signal
  • Hill Start Assist
  • Rear Seat ISOFIX I-SIZE
  • Reverse Sensor dan Multi-Angle Reverse Camera

Honda City V-Sensing ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Honda Malaysia dan ditawarkan pada harga RM90,212.36.

Boon Siew Honda akhirnya merasmikan Honda RS-X 150 (atau Winner-X di pasaran Vietnam) yang ditawarkan pada harha RM8,688.

Seperti yang dijangka, RS-X ini dikuasakan enjin 150cc Euro 4 DOHC yang mampu menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm.

Menariknya, ciri keselamatan turut dipertingkat dengan sistem ABS (satu saluran) manakala pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh.

Sistem pembakaran juga lebih efisien hasil bantuan sistem PGM-Fi.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • sealed chain drive
  • digital speedometer
  • pembuka tempat duduk Honda

Honda RS-X ini juga tampil dengan tiga pilihan warna menarik, Honda Trico, Candy Carribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.

Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang bagi rantau Asia menerusi anugerah ‘Best Commercial After Sales’ dan ‘Best Marketing Team’.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pacific, Marco Biondi sewaktu Ducati APAC National Meeting ke-28.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael, meluahkan rasa berbesar hati terhadap pencapaian itu yang disifatkan hadir atas usahasama pasukannya.

*Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael (paling kanan)

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang telah berusaha keras untuk meraih pencapaian ini dari mata prinsipal kami.

“Sepanjang kami beroperasi, ini kali pertama kejayaan seumpamanya diraih Ducati Malaysia.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen serta semangat yang telah dicurahkan ke dalam Next Bike Sdn Bhd yang kini menjadi pelopor jenama Ducati di Malaysia,” jelasnya.

Ducati APAC National Meeting kali ke-28 ini membabitkan 13 wakil Ducati di rantau Asia Pasifik.

Setakat 2021, Ducati Malaysia menerusi pengedar rasmi Next Bike Sdn Bhd, telah pun berjaya melancarkan beberapa model 2021 antara Ducati Multistrada V4, Monster 2021 dan SuperSport 950.

Dua tahun selepas diperkenalkan sebagai jentera konsep di EICMA 2019, Husqvarna akhirnya memperkenalkan Norden 901 versi siap sepenuhnya.

Meskipun dibna berdasarkan platform KTM 890 Adventure, Norden 901 ini tampil dengan rekaan yang jauh berbeza.

Panel badan Norden 901 tampak lebih menonjol dan lebar berbanding 890 Adventure yang lebih minimalis dan lansing.

Bagaimanapun, enjin parallel-twin 890cc yang menghidupakn Norden 901 ini tetap menawarkan 103hp dan 100Nm.

Husqvarna Norden 901 ini juga didatangkan dengan rim depan 19″ dan 18″ belakang dan dipadankan bersama tayar Pirelli Scoprion Rally STR (tubeless) yang sesuai digunakan untuk permukaan jalan dan off-road.

Menariknya sistem suspensi depan dari WP Apex menawarkan jarak perjalanan lebih tinggi dari KTM, iaitu 215mm dan 220mm berbanding 200mm pada 890 Adventure.

Norden 901 juga lengkap dengan ciri elektronik moden antaranya tiga mod menunggang (Rain, Street dan Off-Road) sementara pelanggan juga boleh memilih mod ‘Explore’ yang ditawarkan secara bersaingan.

Ciri menarik lain ditawarkan adalah seperti berikut:

  • quickshifter
  • slipper clutch
  • traction control
  • cornering ABS (dengan mod off-road)
  • lampu LED
  • tangki 19L

Menurut Husqvarna, Norden 901 akan didapati seawal bulan November ini.

Jenama brek terkemuka, Brembo, telah pun mendedahkan rancangan untuk masa depan dengan memperkenalkan sistem brek Brembo Sensify.

Menurut info dikongsikan, sistem brek yang merangkumi Brake Control Unit, Hydraulic Actuators, Hydraulic Connections dan Electromechanical Caliper dengan teknologi AI (Artificial Intelligence) itu akan dipasarkan sekitar 2024.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke YouTube, kaliper brek tersebut diguna pakai pada kenderaan empat roda namun menariknya, Brembo turut memaklumkan sistem itu akan diperkenalkan pada semua kenderaan termasuk motosikal.

“Sistem brek Sensify ini tidak lagi sekadar satu komponen brek tetapi merupakan satu ekosistem bersama yang menggabungkan perisian dan teknologi AI dalam memainkan peranan aktif.

“Data yang dikumpul akan dikaji serta-meta bagi meningkatkan pengalaman pemanduan dan membenarkan sistem brek Sensify itu untuk terus dikemas kini mengikut waktu semasa,” jelas Brembo.

Menariknya, penggunaan cecair hidraulik yang rendah bagi sistem brek tersebut membuatkan Sensify tidak memerlukan penjagaan yang tinggi sekaligus menjimatkan kos penyelenggaraan.

Sistem tersebtu juga dilihat bakal memainkan peranan penting pada motosikal terutamanya yang dijana dengan elektrik.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube