Bikesrepublic

Berita Terkini

Jenama brek terkemuka, Brembo, telah pun mendedahkan rancangan untuk masa depan dengan memperkenalkan sistem brek Brembo Sensify.

Menurut info dikongsikan, sistem brek yang merangkumi Brake Control Unit, Hydraulic Actuators, Hydraulic Connections dan Electromechanical Caliper dengan teknologi AI (Artificial Intelligence) itu akan dipasarkan sekitar 2024.

Berdasarkan video yang dimuat naik ke YouTube, kaliper brek tersebut diguna pakai pada kenderaan empat roda namun menariknya, Brembo turut memaklumkan sistem itu akan diperkenalkan pada semua kenderaan termasuk motosikal.

“Sistem brek Sensify ini tidak lagi sekadar satu komponen brek tetapi merupakan satu ekosistem bersama yang menggabungkan perisian dan teknologi AI dalam memainkan peranan aktif.

“Data yang dikumpul akan dikaji serta-meta bagi meningkatkan pengalaman pemanduan dan membenarkan sistem brek Sensify itu untuk terus dikemas kini mengikut waktu semasa,” jelas Brembo.

Menariknya, penggunaan cecair hidraulik yang rendah bagi sistem brek tersebut membuatkan Sensify tidak memerlukan penjagaan yang tinggi sekaligus menjimatkan kos penyelenggaraan.

Sistem tersebtu juga dilihat bakal memainkan peranan penting pada motosikal terutamanya yang dijana dengan elektrik.

Meskipun menjadi pemilik jenama motosikal pesaing namun itu tidak menyekat Ducati Malaysia menjemput BMW GS Owner Club Malaysia untuk merasai sendiri tawaran terbaru, Ducati Multistrada V4 S.

Multistrada V4 S merupakan motosikal ‘adventure-touring’ terbaru dari kilang Borgo Panigale yang dianggap sebagai seteru utama bagi model BMW R 1250 GS ketika ini.

Seramai 22 pemilik BMW GS pelbagai model telah hadir memeriahkan sesi tunggang uji Ducati Multistrada V4 S di pusat pameran Ducati Petaling Jaya, semalam.

Turut kelihatan yang hadir ke acara tersebut adalah selebriti automotif tempatan, Hezeri Samsuri dari Careta.my yang juga merupakan satu daripada empat pemilik BMW F 850 GS Adventure di Malaysia.

Jemputan oleh Ducati Malaysia untuk pemilik BMW GS ini adalah inisiatif terbaru bagi memberi peluang kepada semua pemilik motosikal berjenama lain untuk merasai sendiri barisan model terbaru Ducati.

Selain diberi peluang menunggang uji, mereka yang hadir juga sempat diberi penerangan mengenai sistem elektronik antaranya teknologi sensor radar yang terdapat pada Multistrada V4 S.

Multistrada V4 S merupakan motosikal pertama di dunia yang didatangkan dengan teknologi radar dari Bosch itu yang menawarkan ciri ‘Adaptive Cruise Control’ dan ‘Blind Spot Detection’.

Ducati Multistrada V4 ini tampil dengan dua varian, V4 dan V4 S dengan kedua-duanya ditawarkan pada harga RM135,900 dan RM146,900.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Honda Winner X dicanang bakal dilancarkan Boon Siew Honda pada 1 November ini.

Perkara itu dibangkitkan setelah pihak Boon Siew Honda, memuat naik perkongsian terbaru di laman Facebook, hari ini.

Meskipun tidak mendedahkan model apakah yang akan dilancarkan namun dengan slogan ‘yang dinantikan hampir tiba’ sedikit sebanyak memberi bayangan Winner X.

Tambahan pula, sebelum ini beberapa pengedar Honda juga telah memuat naik iklan ‘Tempah Dibuka’ bagi motosikal tersebut.

Apa pun, segalanya akan terjawab pada 1 November ini.

BMW Motorrad telah pun melancarkan empat varian K 1600 menerusi K 1600 GT, K 1600 GTL, K 1600 B dan K 1600 Grand America.

Dijadualkan untuk pelancaran Mac 2022, K 1600 ini telah menjalani beberapa kemas kini besar antaranya bahagian enjin 6-inline yang kini patuh Euro 5.

Bagaimanapun, enjin tersebut kekal menawarkan 160hp namun pada rpm yang lebih rendah berbanding model sebelumnya manakal tork kekal pada 180Nm pada 5,250rpm.

Model 2022 ini juga serba lengkap dengan mod tunggangan pelbagai yang merangkumi Road, Dynamic dan Rain manakala sistem Dynamic Traction Control menjaminkan tunggangan yang lebih lancar dalam apa jua keadaan.

BMW turut melengkapkan K 1600 ini dengan suspensi elektronik Dynamic ESA dengan fungsi ‘auto-load compensation’ yang akan melaraskan suspensi jentera sewaktu menunggang.

Model ini juga didatangkan dengan paparan TFT 10.25″ yang boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar BMW Motorrad Connected.

Selain daripada penggunaan lampu LED penuh dengan fungsi lampu ‘adaptive’ seperti yang terdapat pada model R 1250 GS dan R 1250 RT, K 1600 ini juga didatangkan dengan tangki berkapasiti 26.5L.

Sementara itu, varian K 1600 GTL dan K 1600 Grand America disertakan dengan sistem audio BMW 2.0 secara standard.

Episod ketiga Ducati World Premier 2022 yang disiarkan malam tadi mempersembahkan sebuah lagi model baharu menerusi Ducati Multistrada V4 Pikes Peak.

Ducati Multistrada V4 Pikes Peak ini sememangnya dalam jangkaan ekoran beberapa imej ‘spy shot’ telah pun bocor beberapa bulan lebih awal sebelum ini.

Dibangunkan dengan platform Multistrada V4 yang dilancarkan hujung tahun lalu, edisi Pikes Peak kali ini meneruskan tradisi edisi Pikes Peak sebelum ini dengan penggunaan tayar berukuran 17″ berbanding 19″ pada model standard.

Bukan itu sahaja, ciri ‘single-sided swingarm’ turut kembali pada Multistrada V4 Pikes Peak ini sekaligus meningkatkan lagi imej ‘sport-touring’.

Menurut Ducati, beberapa komponen juga telah dikemas kini bagi menghadirkan pengalaman menunggang jentera yang lebih sporty antaranya ‘foot peg’ yang lebih tinggi dan diposisikan lebih kebelakang (10mm), termasuk ‘handlebar’ yang lebih melengkung.

Menariknya, edisi Pikes Peak ini juga adalah 4 kilogram lebih ringan berbanding Multistrada V4.

Ducati juga tidak menyembunyikan hakikat apabila meluahkan rasa bangga bahawa Multistrada V4 Pikes Peak merupakan motosikal ADV paling sporty dalam pasaran ketika ini.

Tidak cukup dengan itu, varian baharu ini juga tampil dengan mod tunggangan ‘Race’ serta suspensi separa-aktif Öhlins.

Antara ciri elektronik yang turut dibawa dari Multistrada V4 adalah:

  • cornering ABS
  • lean-sensitive traction control
  • wheelie control
  • Ducati DQS (quickshifter)
  • Adaptive Cruise Control Bosch

Sementara itu, sistem membrek pula terdiri daripada kaliper brek Brembo Stylema yang dipadankan bersama cakera brek ‘semi-floating’ 330mm.

Akhir sekali imej Multistrada V4 Pikes Peak ditonjolkan menerusi pilihan warna dan grafik yang diinspirasikan daripada jentera MotoGP Ducati.

Setelah beberapa bulan laporan mengenai Bajaj Pulsar baharu didedahkan diikuti dengan beberapa imej bocor, akhirnya pengeluar motosikal India itu merasmikan Pulsar N250 dan F250.

Pulsar 250 itu tampil dengan rekaan serba baharu secara keseluruhan terutamanya panel depan yang tampak lebih segar dan moden dengan kehadiran lampu projektor LED dan Daytime Running Light (DRL).

Menariknya, Pulsar 250 ini juga dilengkapi pelbagai ciri terkini antaranya:

  • Monoshock baharu dan fork depan teleskopik 37mm
  • Klac assist dan slipper
  • Paparan digital + meter analog
  • Pengecas USB
  • Jarak penggunaan minyak

Bukan itu sahaja, varian 250cc ini juga didatangkan dengan petunjuk gear (gear indicator) yang sebelum ini tidak ditawarkan pada model Pulsar 200.

Sistem membrek juga dinaik taraf dengan cakera brek lebih besar, 300mm depan dan 230mm belakang yang turut dipadankan bersama ABS (single-channel).

Buat masa ini belum ada pengesahan sama ada model ini akan turut dijenamakan semula oleh MODENAS sepertimana yang dilakukan pada varian Pulsar 200.

Pada masa sama, model 250 ini juga didatangkan dengan tangki 14L, tayar 100/80-17 depan dan 130/70-17 belakang.

Sementara itu, Pulsar 250 ini dihidupkan enjin satu silinder 249.07cc SOHC yang menghasilkan 24hp pada 8,750rpm dan 21.5Nm pada 6,500rpm.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Pulsar 250 ini akan turut dijenamakan semula oleh MODENAS sepertimana yang dilakukan pada varian Pulsar 200.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube