Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba muda negara, Hakim Danish merangkul kejuaraan Asia Talent Cup 2022 setelah berjaya menamatkan pusingan terakhir di Litar Mandalika pada kedudukan kedua dalam Race 2. 

Sebelum perlumbaan bermula, Hakim hanya dipisahkan enam mata dihadapan pesaing terdekat, Shinya Ezawa dari Jepun. 

Bagi memastikan kejuaraan berada dalam genggaman Hakim, pelumba negara itu hanya perlu menamatkan saingan di kedudukan lebih baik daripada Ezawa.

Itulah yang berlaku di Litar Mandalika apabila Hakim menamatkan saingan ditempat kedua sekaligus mengumpul 187 mata, 10 mata dihadapan Ezawa yang mengumpul 177 mata selepas mendapat tempat ketiga.

Pelumba berusia 15 tahun itu ternyata berpeluang besar muncul juara kali ini apabila paling banyak merekodkan kemenangan musim ini. 

Sementara itu, wakil tuan rumah Veda Ega Pratama meneruskan kecemerlangan untuk menang Race 2 selepas memenangi Race 1, pada Sabtu. 

Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati setelah amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda seluruh negara sehingga jam 5 petang ini. 

Perkara itu disampaikan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang memaklumkan bahawa amaran tersebut dikeluarkan ekoran terdapat tanda-tanda bahawa intensiti hujan akan melebihi 20mm/jam. 

Menurut pengumuman terbabit, amaran hujan lebat dan ribut petir itu diramal berlaku di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Pada masa sama, pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal diminta berhati-hati terutamanya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Dalam usaha memudahkan pelanggan Yamaha untuk mendapatkan waranti servis percuma untuk motosikal yang baru dibeli, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini  menawarkan inisiatif terbaru.

Pemilik motosikal baharu Yamaha kini boleh menebus kupon servis percuma secara digital menerusi aplikasi GENBLU Reward. 

Kupon servis digital itu dengan rasminya menggantikan kupon servis fizikal yang ditawarkan sebelum ini.  Inisiatif ini sekaligus memudahkan pengguna yang kadang kala terlupa atau hilang kupon servis fizikal terbabit lalu menjejaskan usaha untuk menebus waranti servis percuma pembelian motosikal baharu. 

Ikuti langkah mudah berikut untuk mendaftarkan maklumat diri di aplikasi GENBLU Reward sebelum menebus kupon servis. 

1. Daftar sebagai ahli GENBLU Rewards.

2. Daftar model Yamaha yang dimiliki.

3. Tekan ‘Vouchers’ untuk menebus kupon servis percuma.

4. Pamerkan kod QR kepada pengedar sah Yamaha untuk tujuan penebusan. 

5. Baucar akan beralih kepada ruang ‘Redeemed’ setelah selesai diimbas.

Sementara itu, perlu diingatkan bahawa syarat penebusan servis percuma hanyalah untuk servis pertama dan kedua dan terhad pada caj buruh (upah) sahaja. 

Tempoh sah e-kupon tersebut bermula enam (6) bulan dari tarikh pendaftaran motosikal. 

Selepas memperkenalkan beberapa model baharu termasuk BKX250 dan TNT 500, Benelli turut merasmikan pelancaran TRK800 untuk pasaran global.

Model keluaran 2023 itu merupakan ahli baharu dalam keluarga TRK menyertai TRK251, TRK502 dan TRK702.

Menurut Benelli, TRK800 digerakkan enjin parallel-twin 754c 4-stroke dengan penyejukan cecair yang dipinjamkan daripada Leoncino 800. 

Hasilnya, TRK800 itu menghasilkan 76.2hp pada 8,500rpm dan 67Nm pada 6,500rpm. 

Kapasiti enjin itu itu secara tidak langsung menempatkan TRK800 sebagai pesaing bagi Suzuki V-Strom 800DE dan KTM 890 Adventure meskipun kedua-duanya menghasilkan kuasa yang lebih tinggi. 

Seperti TRK502, model baharu ini juga menampilkan elemen motosikal ‘adventure’ dengan mudguard yang lebar dan panjang, penghadang angin tinggi, handguard, pelindung radiator dan rim jenis spoke. 

Bahagian lampu juga direka dengan baik dan menampilkan pencahayaan LED dengan DRL. 

Bagaimanapun, TRK800 ini mendapat pelbagai ciri premium termasuk fork depan 50mm jenis ‘upside/down’ dari Marzocchi yang boleh diselaraskan (preload/rebound). 

Kelengkapan brek pula terdiri daripada cakera brek berkembar 320mm depan dengan cakera 260mm belakang yang dipadankan bersama kaliper brek Brembo serta skrin TFT. 

Seperti model 2023 lain, Benelli TRK800 ini juga akan mula dipasarkan bermula pertengahan 2023 namun tidak dipastikan bila tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia. 

*Benelli TRK702X

Untuk rekod, Benelli juga menawarkan TRK702 dan TRK702 X yang telah dilancarkan lebih awal sekitar bulan Ogos lalu. Model itu pada mulanya dipasarkan di China namun dijangka akan turut dipasarkan di rantau lain.

Adalah satu kelebihan apabila bukan sahaja berupaya menghasilkan sebuah motosikal malah turut mampu membangunkan enjin sendiri. 

Pembangunan enjin sendiri membolehkan sebarang pengeluar motosikal termasuk Benelli, untuk membangunkan beberapa model berbeza namun berkongsi enjin yang sama. 

Terbaru, Benelli mendedahkan motosikal naked baharu, Tornado Naked Twin (TNT) 500 di EICMA, pada Rabu.

Motosikal tersebut bernadikan enijn parallel-twin 500cc yang sama terdapat pada TRK502. Hasilnya, model baharu itu menawarkan 47.6hp pada 8,500rpm dan 46Nm pada 6,000rpm. 

Enjin yang sama itu juga diguna pakai pada Leoncino 500 dan akan datang, MV Agusta Lucky Explorer 5.5 hasil kerjasama baharu dengan MV Agusta.

Menariknya, TNT 500 ini menampilkan rekaan serba baharu dan tidak mengikut acuan model TNT sedia ada.

Bahagian depan menempatlan lampu LED dengan DRL yang tampak moden dan futuristik seperti yang digayakan Suzuki GSX-8S.

Ciri lain ditawarkan termasuk: 

  • tangki 14L
  • ekzos ‘underbelly’
  • fork depan teleskopik 50mm
  • monoshock belakang boleh laras (preload/rebound)
  • cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang
  • rim 17-inci depan dan belakang

Benelli juga memberi kelengkapan moden pada TNT 500 termasuk skrin TFT dengan sambungan Bluetooth dan lampu LED penuh. 

Menurut Benelli, TNT 500 2023 ini hanya akan mula dipasarkan pada separuh kedua tahun depan. 

GALERI: BENELLI TNT 500 2023

Benelli juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan beberapa model baharu di EICMA, Milan termasuk Benelli BKX250. 

Sekali imbas, ciri paling mencuri tumpuan tentang model ADV baharu ini adalah rekaannya yang radikal. Ini kerana rekaan keseluruhan model ini dihasilkan di Benelli Style Centre yang berpangkalan di Pesaro, Itali. 

Bahagian depan menempatkan lampu LED dengan DRL sementara lampu belakang pula dilengkapi lampu bersepadu yang berfungsi sebagai lampu brek dan lampu isyarat dalam satu unit. 

Imej keseluruhan BKX250 juga tampak agresif dan lasak selaras dengan rekaan sebuah motosikal ADV. 

Sementara itu, bahagian tangki yang turut menyerlahkan rupa lasak motosikal tersebut boleh memuatkan kapasiti minyak sebanyak 13.5L.

Bagi meningkatkan lagi keupayaan ‘off-road’, Benelli BKX250 ini juga dilengkapi tayar 19-inci depan dan 17-inci belakang yang dipadankan bersama tayar 100/90 depan dan 140/80 belakang. 

Suspensi pula dikendalikan fork depan 41mm jenis ‘upside/down’ dengan jarak pergerakan 180mm manakala bahagian belakang pula dikendalikan ‘monoshock’ yang dipadankan bersama ‘swingarm’ Pro-Link dengan 180mm jarak pergerakan. 

Menariknya, Benelli BKX250 ini dikuasakan enjin satu silinder 250cc 4-stroke dengan penyejukan cecair yang sama terdapat pada TRK251. 

Bagaimanapun, susulan daripada naik taraf yang dilakukan pada bahagian kotak udara, sistem penyejukan baharu dan ekzos, BKX250 ini menawarkan kuasa dan rpm yang lebih tinggi, 25.8hp pada 9,250rpm dan 21Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan klac basah. 

Menurut Benello, BKX250 ini akan mula dipasarkan bermula pertengahan tahun 2023. Bagaimanapun, belum diketahui sama ada model ini akan turut dipasarkan di Malaysia. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube