Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba Red Bull KTM Ajo Moto2, Remy Gardner, bakal beraksi di kelas premier bersama Tech 3 KTM musim 2022.

Perkara itu disahkan KTM yang mendedahkan pelumba Australia itu akan bersaing di MotoGP, 30 tahun selepas ayahnya, Wayne Gardner bersara pada 1992.

Pengumuman itu menyaksikan Gardner menjadi pelumba pertama yang mengesahkan tempat di Tech 3 KTM dan bakal menggantikan antara Danilo Petrucci dan Iker Lecuona musim depan.

Bekas pelumba Onexox TKKR SAG Team itu turut meluahkan rasa gembira atas peluang yang diberikan.

“Saya gembira kerana KTM memberikan peluang ini. Ini adalah impian saya selama ini.

“Saya tak sabar untuk menunggang jentera MotoGP. Saya mahu berterima kasih kepada KTM atas kepercayaan ini.

“Fokus utama ketika ini adalah menamatkan musim 2021 dengan keputusan yang baik,” jelas Gardner.

Sementara itu, senario ini menyaksikan Australia akan mempunyai dua wakil pelumba di saingan MotoGP musim depan (Remy Gardner dan Jack Miller) buat pertama kalinya sejak Casey Stoner dan Chris Vermeulen pada 2009.

Gardner ketika ini mendahului kejuaraan Moto2 dengan kelebihan 6 mata di hadapan rakan sepasukan, Raul Fernandez yang mengutip 108 mata setakat ini.

Sebuah kilang pembuatan helmet motosikal di Butterworth, Pulau Pinang, telah diarahkan henti operasi dan dikenakan kompaun RM10,000.

Menurut laporan media tempatan, kilang pengeluar helmet jenama ARC itu dikenakan tindakan ekoran mengisytiharkan pembuatan topi keledar sebagai kilang peralatan perlindungan diri (PPE).

Pekara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.

“Mengikut senarai MITI, pembuatan topi keledar bukan keperluan dan pemiliknya diarahkan menutup operasinya serta-merta selain dikompaun RM10,000,” jelasnya.

Pemeriksaan terhadap kilang tersebut dibantu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Bagaimanapun, kilang tersebut mematuhi kehadiran 60 peratus pekerja sahaja. – HM

Zontes sememangnya antara jenama motosikal China yang terkenal dengan model 310cc satu silinder.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, pengeluar berpangkalan di Guangdong, China itu dilaporkan sedang membangunkan enjin tiga silinder.

Perkara itu disahkan menerusi video yang dikongsikan di media sosial negara itu yang memaparkan sebuah enjin baharu termasuk beberapa imej yang memaparkan camshaft, crankshaft dan silinder baharu.

Menurut laporan, enjin baharu itu merupakan langkah Zontes dalam membidas kritikan yang dilontarkan sebelum ini kerana tidak membangunkan enjin silinder berkembar seperti dilakukan pengeluar lain.

Difahamkan, enjin tiga silinder itu bersesaran 800cc dan didakwa mempunyai nisbah mampatan (compression ratio) 13.5:1 sekaligus memberi bayangan sebuah jentera berprestasi tinggi.

Sebagai perbandingan, MV Agusta 800cc tiga silinder mempunyai nisbah mampatan 13.3:1 manakala Yamaha MT-09 berada pada 11.5:1.

Sementara itu, Zontes dilaporkan bakal menggunakan enjin baharu itu pada beberapa model sepertimana yang ditawarkan model 310cc sebelum ini.

Pelumba factory Ducati, Jack Miller, menyambut baik sekiranya pasukan itu membekalkan empat pasukan dan lapan pelumba bagi musim 2022.

Ketika ini, Ducati membariskan Miller dan Francesco Bagnaia di samping turut membekalkan Desmosedici GP kepada Pramac yang telah pun melanjutkan perjanjian sebagai pasukan satelit utama sehingga 2024.

Bagaimanapun, Avintia – selaku pasukan ketiga Ducati – bakal menamatkan kontrak bersaing di kelas premier hujung musim ini dan akan digantikan dengan Aramco Racing Team VR46.

Situasi ini sekaligus menguatkan khabar angin bahawa VR46 bakal menjadi pasukan satelit Ducati musim depan.

Pada masa sama, Ducati turut dicanang berminat menjalinkan kerjasama dengan pasukan Gresini, yang akan bergerak sendirian setelah perjanjian bersama Aprilia berakhir di akhir musim ini.

“Jika ada lapan Ducati bermakna, jentera 2021 milik saya dan Pecco (Bagnaia), serta Johann Zarco dan Jorge Martin di Pramac akan dibekalkan kepada dua pasukan baharu musim depan.

“Jika itu perancangannya maka saya berasakan Ducati Corse mempunyai asas yang baik untuk melaksanakannya,” jelas Miller.

Dalam perkembangan lain, saingan MotoGP kembali bersambung hujung minggu ini di Litar Catalunya, Sepanyol.

Honda Malaysia mengumumkan penutupan segala pusat operasi dan pusat pameran di seluruh negara selaras dengan pelaksanaan ‘lockdown’ yang berkuatkuasa hari ini.

Penutupan tersebut akan berjalan dar 1 hingga 14 Jun 2021 bagi menyokong usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, servis selepas jualan akan tetap berjalan seperti biasa di setiap pengedar seluruh negara.

Namun, setiap pelanggan wajib membuat janji temu lebih awal tatkala ‘walk-in’ tidak akan dilayan sepanjang tempoh ini.

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, meneruskan misi kutipan mata apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik musim ini di GP Itali, hujung minggu lalu.

Senario itu sekaligus menyaksikan Hafizh berjaya melunaskan objektif awal setelah menyertai NTS RW Racing bagi musim 2021.

Bagaimanapun, menurut Hafizh masih terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan jentera yang ditunggang terus memberi saingan.

Antaranya memperbaiki ciri aerodinamik dan kelajuan jentera sewaktu di laluan lurus.

“Banyak kali di laluan lurus, rider lain mudah memotong saya.

“Jadi saya memberi saingan di bahagian corner dan sewaktu membrek tetapi agak sukar di laluan lurus.

“Ini kerana jentera saya masih kurang aerodinamik dan kelajuan di laluan lurus,” jelas Hafizh sewaktu sesi temu bual secara atas talian, baru-baru ini.

Hafizh berpeluang menamatkan aksi di Mugello di tempat ke-8 namun dipintas Cameron Beaubier beberapa meter dari garisan penamat sekaligus perlu berpuas hati dengan keduudkan ke-9.

Namun, keputusan tersebut sedikit sebanyak membuktikan Hafizh semakin mencapai keserasian dengan chasis NTS yang merupakan chasis baharu dalam saingan Moto2.

Saingan Moto2 kembali bersambung hujung minggu ini di Litar Catalunya, Sepanyol.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube