Bikesrepublic

Berita Terkini

Sejak tular gambar yang menampakkan sebuah model SUV daripada Mitsubishi, ramai yang bertanyakan sama ada model tersebut akan diperkenalkan.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengesahkan bahawa akan melancarkan SUV 7-tempat duduk itu tahun ini.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia dan seluruh Asia Tenggara.\

Mitsubishi XPANDER diterapkan dengan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ yang terletakn dibahagian depan hampir kesemua model baharu Mitsubishi.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, menyifatkan XPANDER sebagai model paling penting bagi MMM.

“Mitsubishi XPANDER bukan sahaja penting buat MMM malah untuk seluruh pasaran Asia Tenggara. Setakat Jun 2020, lebih 265,000 unit telah pun terjual.

“Kejayaan penjualan XPANDER di pasaran Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan kesesuaian jentera ini untuk pasaran Malaysia.

“Kami di MMM teruja untuk melancarkan model ini di Malaysia tahun ini,” jelasnya.

Nantikan pengumuman pelancaran daripada MMM!

Hafizh Syahrin gagal mengutip mata dalam pusingan kedua di Litar Jerez semalam apabila terbabit dengan kemalangan dalam aksi Moto2.

Hafizh merekodkan aksi cemerlang minggu lalu apabila berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-6 dan mengutip 10 mata.

Bagaimanapun, keadaan litar yang terlalu panas telah memberi kesan terhadap pretasi tayar yang menyaksikan pelumba Aspar Team itu terjatuh ketika perlumbaan memasuki lap ke-11.

Hafizh dalam rakaman video yang dikongsikan mendedahkan dia mengalami nasib sama seperti Jorge Navarro dari Beta Tools.

https://www.facebook.com/officialfanclubhafizhsyahrin/videos/616117752653401/

“Perlumbaan hari ini agak sukar untuk kesemua pelumba kerana litar agak panas jika dibandingkan dengan litar lain dalam Kejuaraan MotoGP pada musim ini.

“Apapun, pada perlumbaan hari ini saya cuba mengejar kelompok 10 pelumba teratas tapi saya ada masalah sama dengan pelumba (pasukan Beta Tools Speed Up) Jorge Navarro dari Sepanyol kerana suhu litar agak panas dan tiba-tiba suhu tayar daripada 75 darjah celcius menjadi 93 darjah celcius, dan suhu jentera naik 10 darjah celcius,” jelasnya.

GP Andalucia menyaksikan Moto2 dimenangi tiga pelumba Itali dengan Enea Bastianini muncul pemenang diikuti Luca Marini dan Marco Bezzecchi ketiga.

Bagi yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda pusat pamerna Ducati di Petaling Jaya, April lalu, Ducati Malaysia memperkenalkan Ownership Enhancement Programme.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengarah Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael, program tersebut dicipta khas bagi pemilik yang terkesan.

Menerusi program ini, setiap pemilik yang terkesan akan mendapat faedah seperti berikut:

  • waranti lanjutan 12-bulan
  • pemeriksaan 38-poin
  • bantuan tepi jalan percuma selama 12 bulan oleh Allianz General Insurance

Difahamkan, Ducati Malaysia telah pun menghubungi pelanggan yang terkesan dan memaklumkan mengenai program ini di samping mengemaskini status baik pulih motosikal masing-masing.

Pada masa sama, orang ramai boleh menghubungi Ducati Malaysia menerusi email di ducati_my@naza.com.my

Kerajaan tidak akan menyekat hasrat orang ramai untuk pulang ke kampung hujung minggu ini bagi menyambut Aidiladha.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Ismail Sabri menjawab spekulasi yang tular di media sosial ekoran ada yang menjangkakan kerajaan akan melarang orang ramai pulang ke kampung susulan kebimbangan peningkatan kes baharu Covid-19, baru-baru ini.

Bagaimanapun, orang ramai digesa untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

“Kita jaga kita, kita kena pastikan SOP dipatuhi. Mereka (orang awam) bebas untuk balik,” jelasnya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP).

CFMoto akhirnya melancarkan model sportbike segmen 250cc menerusi 250 SR, hari ini.

CFMOTO 250SR

Produk terbaru ini menawarkan enjin satu silinder DOHC 249.2cc yang menghasilkan 28hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm.

Menariknya, cylinder head jentera ini turut dilengkapi teknologi kedap bunyi dengan mengurangkan gegaran di ‘cam chain’ sekaligus memastikan kuasa disalurkan dengan efisien.

Malah, ‘built-in balance shaft’ turut membantu dalam mengekalkan rev yang lancar dan lebih selesa.

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper 4-piston dengan cakera brek 292mm (depan) dan 220mm belakang yang turut disokong oleh Continental ABS.

Tawaran paling menonjol adalah paparan skrin TFT berwarna dengan ‘auto-adjust’ yang akan menetapkan kecerahan mengikut keadaan.

Antara ciri menarik lain terdapat pada CFMOTO 250 SR:

  • Kerangka ‘lightweight’
  • Fork depan USD 37mm dan monoshock belakang
  • Tayar radial CST berprestasi tinggi

Sementara, pencahayaan disampaikan menerusi penggunaan lampu LED sepenuhnya (depan dan belakang).

Pada masa sama, CFMOTO turut akan menawarkan pelbagai kit ubahsuai (modification kit) bagi memenuhi permintaan pelanggan yang akan dilancarkan kemudian antaranya melibatkan ‘clutch/brake lever’, clutch lever guard, kit footpeg dan beberapa aksesori lain.

CFMOTO 250 SR LE

Orang ramai boleh mendapatkan CFMOTO 250 SR bermula Ogos dengan harga RM15,800 bagi varian standard dan RM17,800 bagi varian LE (terhad kepada 30 unit).

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had.

BMW Malaysia telah memperkenalkan M135i xDrive serba baharu, model hatchback generasi ketiga bagi model 1 Series, hari ini.

Model serba baharu ini didatangkan dengan enjin M Performance TwinPower Turbo 2.0L empat silinder yang menawarkan 306hp dan 450Nm yang kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport Transmission yang turut menawarkan Launch Control.

BMW M135i xDrive ini juga memfokuskan terhadap keselesaan pemandu dan penumpang menerusi ruang dalam yang luas dengan elemen kemewahan.

Rekaan lampu dengan penggunaan lampu Adaptive LED juga menampilkan ciri moden ditambah dengan kidney gril ikonik BMW berkembar yang kini julung kalinya disatukan.

Model kompak sporty ini juga dilengkapi dengan rim 19 inci dengan gaya V-Spoke 557 M Bicolour dan spoiler eksklusif BMW M.

Bagi menyerlahkan elemen M, model ini turut dilengkapi dengan penyerap hentakan dan brek M Sport.

Bagaimanapun, antara ciri paling unik ditawarkan adalah Active Sound Design yang bertindak meningkatkan bunyi dihasilkan enjin lalu yang kemudiannya disalurkan kepada pemandu sekaligus mewujudkan suasana mengujakan.

Buat julung kalinya, M135i xDrive ini dikuasakan dengan tayar depan yang turut menawarkan teknologi daripada BMW i antaranya teknologi ARB yang sebelum ini didapati pada BMW i3s.

Sementara itu, ruang dalam didatangkan dengan kemasan ‘Illuminated Boston’ dengan penggunaan kulit Dakota dan menonjolkan elemen M emenerusi tempat duduk, tali pinggang keledar dan stering.

BMW M135i xDrive serba baharu ini juga kini lebih luas berbanding model sebelumnya dengan lebar lebih 34mm dan tinggi meningkat kepada 13mm.

Ruang tempat letak barang juga ditingkatkan daripada 360 liter kepada 380 liter.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • BMW Digital Key
  • Apple CarPlay
  • Remote Software Upgrade
  • BMW Intelligent Personal Assistant – BMW Personal CoPilot

Model ini ditawarkan dengan lima warna pilihan; Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey dan Melbourne Red dan boleh didapati disemua pengedar bermula 28 Julai ini dengan tawaran harga RM355,646.25 (tanpa SST).

Orang ramai boleh membuat tempahan awal menerusi http://www.shop.bmw.com.my/

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube