Bikesrepublic

Berita Terkini

Kerajaan Thailand telah membenarkan kenderaan milik warganegara Malaysia yang terkendas di negara itu susulan penutupan sempadan sewaktu tempoh Covid-19 untuk pulang ke tanah air tanpa sebarang caj bermula 1 hingga 30 Jun ini.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Rantau Panjang Datuk Zailah Mohd Yusoff yang menjelaskan bahawa kenderaan yang terkandas boleh dibawa pulang ke tanah air menerusi pusat pemeriksaan sempadan di Rantau Panjang.

“Perkara ini telah dipersetujui sewaktu mesyuarat bersama dengan 13 agensi berkaitan selaras dengan pembukaan sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand di Kelantan pada Jun 1,” jelas Zailah.

Zailah, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat mengharapkan pengumuman ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang berdepan permasalahan tersebut.

“Saya menyeru rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan terkandas di Thailand untuk segera bertindak sebelum kerajaan Thailand mengenakan caj selepas 30 Jun,” tambahnya. – MM

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor telah menjalankan satu operasi khas pada 23 Mei lalu yang mensasarkan motosikal roda tiga.

Sewaktu operasi tersebut, sebanyak 22 motosikal roda tiga yang dikendalikan warga Rohingya telah ditahan.

Menurut laporan, motosikal roda tiga tersebut telah digunakan dengan cara yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain terutamanya ketika membawa barangan kitar semula.

Polis Johor turut mengeluarkan lebih 54 saman sewaktu operasi tersebut dengan 22 daripadanya dikeluarkan ekoran ketiadaan lesen menunggang dan tanpa insurans kenderaan.

Sementara 22 saman lain dikeluarkan atas kesalahan melakukan modifikasi haram.

Kesemua 22 motosikal roda turut disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Proton telah pun mengemaskini model Saga bagi tahun 2022 yang menyaksikan beberapa naik taraf baharu diperkenalkan.

Walaupun reka bentuk kekal sama seperti model sebelumnya namun naik taraf terbaru itu bakal menggembirakan pembeli yang mahukan kereta dengan ciri moden namun pada harga yang mampu milik.

Namun, siapa sangka populariti Proton Saga sebagai kereta rakyat marhaen bukan hanya terhad di Malaysia?

Berdasarkan perkongsian di Facebook oleh Proton Kenya sekitar Februari lalu, Proton Saga muncul sebagai kereta sedan paling laris di negara itu tahun lalu.

Thank you for choosing the PROTON SAGA to be your Car of choice! 2021 was a wonderful year, thank you for your continued…

Posted by Proton Kenya on Thursday, 24 February 2022

Dalam perkongsian tersebut, Proton Kenya turut mengucapkan tahniah kepada pelanggan kerana menjadikan Proton Saga sebagai kereta piilihan bagi tahun 2021.

Terdapat tiga varian diperkenalkan di Kenya, 1.3L Standard (MT), 1.3L Standard (AT) dan 1.3L Premium (AT) dengan masing-masing dijual pada harga antara RM50,000 hingga RM59,000.

Selain Saga, Proton Kenya turut menjual Persona dan X70.

Baru-baru ini kami duduk semeja dengan beberapa wakil daripada Kawasaki Heavy Industries (KHI) susulan termeterainya kerjasama dengan Modenas selaku pengedar baharu jenama Kawasaki di Malaysia.

* Keiichi Morohara (kiri), Keishi Fukumoto (kanan)

Perjumpaan tersebut bertujuan untuk bertukar pendapat di samping wakil KHI mahu mendalami budaya di Malaysia.

Antara aspek yang sempat dibincangkan adalah budaya permotoran di Malaysia.

Rata-rata wakil Kawasaki menyedari bahawa ketika permintaan pasaran negara Asia Tenggara lain sudah beralih ke skuter, permintaan terhadap motosikal kapcai masih lagi kuat di Malaysia.

created by Polish

Bagaimanapun, ketika diajukan soalan adakah Kawasaki ada perancangan untuk memperkenalkan model kapcai untuk pasaran tempatan, Pengurus Perancangan Produk KHI, Keiichi Morohara berkata, “model kapcai tiada dalam perancangan Kawasaki.”

Makluman terbaru dari pihak KHI itu ternyata bakal mengecewakan peminat di Malaysia yang mengharapkan kerjasama Kawasaki dan Modenas akan turut sama membabitkan lahirnya model kapcai sulung.

Namun, Morohara-san menjelaskan senario itu mungkin akan berubah pada masa akan datang.

Desas-desus mengenai ‘supermoped’ dari Modenas telang berlegar selama beberapa tahun namun sehingga kini masih tiaada bukti fizikal yang menunjukkan model seumpamanya akan dilancarkan di Malaysia.

Apa pun, info lebih mengenai ‘supermoped’ ini akan kami terokai lagi dalam perjumpaan seterusnya bersama wakil Kawasaki dan Modenas.

Kerajaan sedang pertimbangkan mekanisma subsidi petrol bersasar bagi memastikan golongan yang benar-benar layak menikmati subsidi tersebut.

Mekanisma baharu itu sekaligus menyaksikan golongan berkemampuan perlu membayar lebih ketika mengisi minyak.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali, langkah itu merupakan antara cara yang sedang dipertimbangkan

Jelas Azmin, manfaat subsidi petrol sepatutnya untuk kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami berbincang mengenai perkara ini baru-baru ini.

“Mereka yang memandu BMW tak boleh menikmati subsidi sama seperti mereka yang pandu Kancil,” jelasnya.

Perbincangan subsidi petrol bersasar bangkit susulan kerajaan dijangka menanggung perbelanjaan subsidi sekitar RM28 bilion bagi tahun 2022 berbanding RM11 bilion pada 2021. – FMT

Benelli telah melaksanakan beberapa naik taraf terbaru bagi motosikal popular, TRK 502 X.

Menurut laporan, TRK 502 X kini dilengkapi dengan ‘swingarm’ aluminium serta skrin TFT.

Bukan itu sahaja, model 2022 juga menyaksikan pertambahan ciri sensor tekanan tayar dan ‘heated grips’.

Bagaimanapun, naik taraf paling mencuri tumpuan terarah kepada bahagian ‘swingarm’ dengan Benelli mendakwa penggunaan bahan aluminium menyaksikan berat berjaya dikurangkan sebanyak 3.5kg.

Namun, bahagian nadi kekal sama dengan TRK 502 X digerakan enjin parallel-twin 500cc yang menjana 47.6hp dan 46Nm.

Selain enjin, reka bentuk TRK 502 X juga dikekalkan kecuali beberapa pertambahan warna baharu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube