Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketika pusingan di Misano World Circuit Marco Simoncelli dibayangi kejayaan Fabio Quartararo yang disahkan juara dunia MotoGP musim 2021, perkembangan menarik turut dipamerkan Marc Marquez.

Ini kerana pelumba Repsol Honda itu berjaya merekodkan kemenangan kedua berturut-turut dan ketiga keseluruhan selepas 16 pusingan setakat ini.

Dua kemenangan beturut-turut itu juga hadir pada waktu getir ketika perebutan kejuaraan antara Quartararo dan Francesco Bagnaia sedang memuncak sebelum pelumba Yamaha itu disahkan juara dunia di Misano, minggu lalu.

Bukan itu sahaja, selepas empat pusingan termasuk di Misano, Marquez juga muncul sebagai pelumba yang paling banyak mengutip mata dengan 83 mata diikuti Bagnaia (66 mata), Quartararo (62 mata) dan Enea Bastianini (52 mata).

Tiga kemenangan setakat ini juga meletakkan Marquez kedua terbanyak di belakang Quartararo (5).

Apatah lagi kejayaan di Misano merupakan yang pertama baginya di litar yang mengikut putaran arah jam selepas kali terakhir melakukanya 735 hari lalu di GP Jepun.

Marquez juga meluahkan rasa puas hati dengan keputusan tersebut di akhir perlumbaan.

“Memenangi perlumbaan di litar (putaran arah jam) yang sememangnya sukar jadi ini membuatkan saya berasa cukup baik bagi menghadapi musim depan,” jelasnya.

Senario ini juga secara tidak langsung membuktikan bahawa kecederaan tangan kanan yang dialaminya di Jerez musim lalu sudah pun 99 peratus pulih dan tidak lagi memberi kesan meskipun di litar dengan selekoh kanan yang banyak.

Kehebatan Marquez sememangnya tidak boleh disangkal kerana meskipun terlepas hampir keseluruhan musim 2020 dan dua pusingan pertama musim ini, penampilan pertamanya di Portugal berakhir dengan kedudukan ke-7.

Perlu diingatkan, pelumba berusia 28 tahun itu langsung tidak terlibat dengan pembangunan jentera RC213V diawal musim 2021 ekoran kecederaan.

Jadi melakar tiga kemenangan sambil menyesuaikan diri dengan jentera di samping baru pulih dari kecederaan bukanlah satu tugas mudah.

Meskipun senario semasa membuatkan ramai pihak berasa kagum dengan Marquez namun apabila menyemak kembali statistik pelumba itu, 59 kemenangan keseluruhan di kelas premier dibelakang Giacomo Agostini (68) dan Valentino Rossi (89), kita akan kembali sedar bahawa Marquez sememangnya seorang juara dan enam takhta MotoGP sudah cukup membuktikan statusnya.

Tatkala perlumbaan musim 2021 masih berbaki dua pusingan (Portimao dan Valencia), segala yang dilakukan Marquez ketika ini secara tidak langsung melaungkan amaran bahawa dia adalah pelumba yang seharusnya digeruni Quartararo, Bagnaia dan yang seangkatan dengannya memasuki musim 2022.

Yamaha R15M muncul sebagai model paling popular di India apabila berjaya mengatasi kesemua jualan model Yamaha lain di negara itu bagi bulan September.

Meskipun dilancarkan pada bulan sama namun R15M itu berjaya mencatat jualan 11,792 unit, jauh meninggalkan angka jualan model MT-15 yang hanya merekodkan 2,514 unit.

Angka tersebut sekaligus membuktikan peminat dua roda di India lebih gemar reka bentuk motosikal yang mempunyai fairing apatah lagi rekaan keseluruhan diinspirasikan daripada model ‘flagship’ YZF-R1.

Yamaha YZF-R15 V4 tampil dengan dua varian di India, R15 dan R15M. Bagaimanapun, perbezaan utama antara kedua-dua model ini adalah menerusi penggunaan komponen yang lebih berprestasi tinggi.

R15M ini dikuasakan enjin satu silinder 155cc SOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 10,000rpm dan 14.2Nm.

Royal Enfield Himalayan sememangnya antara model paling popular di India dan beberapa negara lain ekoran didatangkan dengan harga mampu milik di samping sesuai digunakan untuk apa jua keadaan.

Bukan itu sahaja, enjin satu silinder 411cc yang menghasilkan 24.3hp itu cukup popular dikalangan penunggang baharu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, media di India melaporkan Himalayan bakal disuntik dengan enjin parallel-twin 650cc yang diambil dari model The Twin, Interceptor dan Continental GT.

Menurut laporan BikeWale, projek pembangunan motosikal baharu ini telah pun bermula di kilang RE di Chennai.

Menariknya, projek ini sebelum ini tidak pernah dirancangkan namun langkah tersebut diambil setelah RE mengorak visi dan objektif baharu memasuki 2021.

Difahamkan, Himalayan 650 ini akan tampil dengan dua varian berlainan, model ADV dan sports-tourer. – BikeWale

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 menunjukan kenaikan sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang memaklumkan kadar Rt meningkat kepada 0.91 pada Selasa berbanding 0.86 yang dicatat Khamis lalu.

Setakat ini, Rt tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dengan masing-masing pada 1.02 diikuti Melaka (0.99), Putrajaya (0.96), Selangor (0.95) dan Sabah (0.93).

Meskipun kadar kebolehjangkitan meningkat namun portal COVIDNOW menunjukan jumlah kes harian dan kemasukan ke hospital masih mencatatkan trend penurunan. – BH

Triumph Motorcycles bakal mengumumkan beberapa motosikal bersesaran kecil dan sederhana dengan kerjasama pengeluar motosikal India, Bajaj Auto.

Triumph dan Bajaj telah pun menandatangani perjanjian pada Januari 2020 untuk membangunkan beberapa model ‘baby’ Triumph yang bersesaran di antara 200cc hingga 750cc.

Bagaimanapun, faktor pandemik Covid-19 memaksa pembangunan model baharu ditangguh ke tarikh baharu.

Namun, dalam perkembangan terbaru, Ketua Pengurusan Penjenamaan Triumph Motorcycles, Miles Perkins mendedahkan bahawa kerjasama itu akan berjalan seperti yang dirancangkan sebelum ini.

“Saya telah pun melihat sendiri jentera prototaip dan pembangunan jentera jadi segalanya masih mengikut jadual.

“Kami cuma masih belum mengesahkan model mana yang akan dibangunkan dan tarikh pelancaran, tetapi pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Lebih menarik, model kerjasama Triumph dan Bajaj ini bukan sahaja akan dijual di pasaran tertentu sebaliknya di seluruh dunia sekaligus menyaksikan Malaysia berpeluang cerah untuk menerima model baharu itu nanti.

Bagaimanapun, ketika ini Triumph juga giat memperkenalkan model 2022 bermula dengan Tiger Sport 660 dan akan datang Tiger 1200.

Yamaha bakal memperkenalkan MT-10 dan MT-10 SP 2022 yang dikemas kini dengan enjin lebih berkuasa dan reka bentuk baharu.

Perkara itu disahkan menerusi dokumen yang telah difailkan baru-baru ini.

Berdasarkan dokumen tersebut, model MT-10 dan MT-10 SP dibezakan dengan kod RN78 A dan RN78 B menggantikan kod RN45 A dan RN45 B yang digunakan bagi model sebelum ini.

Spesifikasi dinyatakan menunjukkan bahawa versi SP dan standard dibezakan dengan penggunaan komponen yang lebih premium namun kedua-duanya masih dihidupkan enjin CP4 998cc yang diambil dari YZF-R1.

Bagaimanapun, dokumen tersebut mendedahkan generasi baharu MT-10 ini tampil lebih berkuasa, 164hp dan 112Nm berbanding 158.2hp dan 111Nm sebelum ini.

Peningkatan kuasa itu juga dipercayai disumbangkan oleh sistem ekzos serba baharu.

Pada masa sama, peningkatan kuasa ini juga telah meningkatkan kelajuan maksima jentera kepada 250km/j berbanding 245km/j pada model sebelumnya.

Meskipun dokumen tersebut tidak mendedahkan gambar model baru itu namun melihat kepada ukuran dimensi dinyatakan, MT-10 2022 ini pastinya sah hadir dengan rekaan serba baharu selaras dengan kemas kini yang dilaksanakan terhadap varian MT-07 dan MT-09 2021.

Sementara itu,dokumen itu turut menyatakan MT-10 2022 ini tampil 2 kilogram lebih berat dengan 212kg bagi model standard dan 214kg bagi model SP.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube