Bikesrepublic

Berita Terkini

Pelumba uji Aprila MotoGP, Bradley Smith, didakwa telah meninggalkan pasukan itu berdasarkan perkongsian terbaru di akaun media sosial Instagram miliknya.

Dalam perkongsian terbaru itu, dia memuat naik gambar jentera Yamaha dengan kapsyen “Project #109 is complete” serta “No looking back.”

Smith sertai Aprilia selaku pelumba uji dan wild-card pada penghujung 2018 selepas enam musim bersama Tech3 Yamaha dan KTM sebelum itu.

Dia kemudiannya ambil alih kerusi pelumba bagi musim 2020 selepas Andrea Iannone digantung perlumbaan.

Bagaimanapun, Aprilia membuat keputusan untuk menggantikan Smith dengan Lorenzo Savadori bagi baki tiga pusingan terakhir.

Aprilia kemudiannya mengumumkan perancangan untuk menyerahkan slot Iannone – yang digantung empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) – kepada Smith atau Savadori bagi musim 2021.

Meskipun Aprilia masih belum membuat pengumuman rasmi namun timbul dakwaan bahawa pasukan dari Noale, Itali itu telah pun membuat keputusan untuk menggunakan khidmat Savadori.

Perkongsian terbaru Smith di laman sosial Instagram seakan mengesahkan perkara itu apatah lagi memuat naik gambar jentera lain.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius trend ‘hellaflush’ (tayar kangkang) di Malaysia yang menyaksikan pemilik merendahkan kereta dan menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan.

Dalam satu perkongsian di Facebook, PDRM memberi amaran bahawa pemilik kereta yang melakukan pengubahsuaian tersebut boleh dikenakan tindakan.

Menurut perkongsian itu, pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan brek tidak berfungsi dengan cekap lantas menjejaskan pemanduan sehingga boleh membahayakan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Pemilik kereta ‘hellaflush’ boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jika disabit kesalahan, pemilik kereta akan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tida lebih enam bulan.

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan penjimatan terbaik bagi model Ford Ranger Raptor dan WildTrak terpilih dengan rebat tunai sehingga RM6,000.

Menurut SDAC, selaku pengedar rasmi jenama Ford di Malaysia, tawaran ini sah selagi stok masih ada.

Bagi yang mahukan ciri praktikal sebuah trak pikap namun dengan ciri ala kereta sedan, Ranger WildTrak menawarkan pelbagai aspek keselamatan terkini antaranya Autonomous Emergency Braking dengan Vehicle dan Pedestrian Detection, Forward Collision Warning, Lane Departure Warning serta Semi-Automatic Parallel Parking.

Ciri ini merupakan yang pertama dalam kelas trak pikap.

*Ford Ranger Raptor

Namun, bagi yang mahukan pengalaman pemanduan trak pikap berprestasi tinggi, pelanggan boleh memilih Ranger Raptor yang telah disuntik dengan DNA prestasi Ford antaranya sistem penyerap hentakan Fox Racing Shox.

Ranger Raptor juga menawarkan enam mod pemanduan dibawah Terrain Management System (TMS) termasuk mod Baja yang diinspirasikan daripada rali Baja Desert yang menawarkan ciri optimum jentera.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi pengedar rasmi Ford menerusi talian WhatsApp di +6019-204 1200 .

Porsche AG dilaporkan bakal mewujudkan kilang pemasangan kenderaan di Kulim, Kedah.

Menurut laporan The Edge, Porsche akan menjalin kerjasama dengan syarikat subsidiari milik Sime Darby Motors Sdn Bhd, Inokom Corporation Sdn Bhd.

Ini merupakan fasiliti seumpamanya pernah dibangunkan Porsche di luar Jerman.

Langkah baharu oleh Porsche itu dijangka akan membawa pelaburan besar di Malaysia apatah lagi ketika ekonomi negara terkesan dengan pandemik Covid-19.

Sementara itu, kilang tersebut juga dijangka akan berfungsi sebagai hab Asean yang dilihat sebagai rantau berpotensi dalam mengembangkan jenama itu. – The Edge

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendedahkan bahawa kajian bagi memperhalusi urusan pelupusan kereta terbiar dan usang akan dimulakan.

Kajian tersebut melibatkan lima pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Isu pelupusan kereta usang itu telah pun dibangkitkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin sewaktu lawatan ke MPKj, semalam.

Zuraida mahu PBT mengambil langkah lebih cepat dalam menangani isu pelupusan kereta usang.

Pada 2019, lebih 207 kenderaan (127 motosikal dan 80 kereta) usang dan terbiar dikesan di sekitar Putrajaya sahaja.

Difahamkan, PBT akan memberi notis sebanyak tiga kali sebelum tindakan selanjutnya diambil. – BERNAMA

Sejak membuat penampilan sulung di Gaikindo Indonesia International Auto Show pada 2019, Honda ADV 150 bingkas mencuri perhatian ramai.

Reka bentuk ala ‘adventure’ yang dipinjamkan dari ‘abang besar’ X-ADV 750 itu seakan memberi nafas baharu pada segmen skuter 150cc.

Meskipun bersaiz kecil namun model ini turut dilengkapi dengan cermin penghadang angin boleh laras dan ruang simpan yang berkapasiti 28L di bawah tempat duduk.

Pada masa sama, Honda ADV 150 turut dilengkapi dengan fork teleskopik dan penyerap hentakan Showa di bahagian belakang dan beberapa ciri keselamatan penting, antaranya Anti-lock Braking System (ABS) tunggal.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • lampu kecemasan (hazard light)
  • skrin LCD digital
  • pengceas USB
  • keyless

Model ini juga tampil dengan rim aloi berukuran 14 inci depan dan 13 inci di belakang yang dipadankan dengan tayar jenis ‘dual-purpose’.

Dijanakan enjin sama yang menghidupkan PCX 150, ADV 150 tampil dengan enjin 149.3cc SOHC satu silinder dengan sistem Idling Stop yang menghasilkan 14.6hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 6,500rpm.

Honda ADV 150 ini tampil dengan dua warna pilihan Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic dan ditawarkan pada harga RM11,999.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube