Bikesrepublic

Berita Terkini

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) menggesa kerajaan mansuhkan tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut.

Menurutnya, pengguna yang mahu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), mereka terpaksa berhenti di empat tol.

“Sebagai contoh, di lebuh raya pantai timur, kita ada empat tol yang pengguna terpaksa berhenti. Tol Gombak, Tol Bentong, Tol Karak dan laluan keluar. Sedangkan untuk meringankan beban pengguna, sepatutnya kerajaan menggunakan dua kaedah. Sewaktu masuk dan waktu keluar sahaja.

“Dua tol perlu dihapuskan. Tol Gombak dan tol Karak tidak perlu diadakan sebab ia melambatkan dan menyesakkan,” katanya semasa sesi perbahasan titah diraja.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang Negeri Pahang dan Timbalan Presiden PAS mendakwa kesesakan lebuh raya kini adalah antara kegagalan pihak kementerian dan operator.

“Saya melihat ini antara kegagalan pihak kementerian dan operator yang mengendalikan lebuh raya. Kesesakan lebuh raya sangat melampau dan berlaku di seluruh negara terutama di kawasan plaza tol,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan untuk memastikan tidak ada kerja pembaikan atau penampalan jalan ketika waktu kemuncak.

“Semalam saya balik dari Kota Bharu. Pekerja konsesi membaiki lebuh raya di atas jambatan di kawasan lebuh raya di Kemaman. Waktu kemuncak, kereta sangat banyak. Dia boleh baiki tampalan atas jambatan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan kita minta pihak kerajaan memastikan tidak ada pembaikan jalan pada waktu puncak pengguna yang menyebabkan kesesakan sangat melampau,” katanya.

Brembo membuka kilang di Thailand. Penyedia brek Itali yang terkemuka itu antara jenama automotif dengan fasiliti di negara tersebut.

Pelaburan Brembo dikatakan bernilai €40 juta (RM 205,148,217.88) dengan tujuan membekalkan pasaran Asia Tenggara. Seperti pengeluar lain, kemudahan itu terletak di Rayong, ke timur Pattaya. Ia akan memberikan tumpuan kepada pembekalan sistem brek untuk pengeluar motosikal di Thailand. Mereka akan menggaji kira-kira 150 orang dan operasi dijangka bermula pada suku pertama 2025.

Langkah itu dilihat sebagai satu tindakan yang bijak, memandangkan jumlah motosikal yang ramai di rantau ini yang terdiri daripada seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Filipina, dan Malaysia. Namun Brembo tidak berkata samada mereka akan membekalkan produk dari kilang ini ke rantau Asia yang lebih luas seperti India, China dan Jepun.

Produk Brembo dianggap yang terbaik dalam industri dan digunakan hampir secara eksklusif oleh motosikal premium. Tetapi pengambilalihan J. Juan oleh Brembo dan penghasilan jenama ByBre membuka jalan ke pasaran yang lebih luas.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Brembo menyertai senarai pengeluar kenderaan dan pembekal komponen yang mempunyai kemudahan di Thailand. Jenama motosikal seperti BMW, Ducati, Kawasaki, Triumph mempunyai kilang di Thailand yang memenuhi keperluan Asia dan dalam beberapa kes, pasaran global. Tambah lagi, hampir mana-mana jenama kereta popular mempunyai kemudahan pengeluaran di negara itu. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk pengeluar komponen seperti Bridgestone dan Michelin.

Jadi, persoalannya ialah: Adakah peralatan Brembo akan menjadi lebih murah selepas 2025?

 

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. melancarkan Yamaha YZF-R25 (2024) dengan warna baharu. Ia merupakan variasi berwarna putih yang digelar Glacier White. Varian warna biru yang popular sejak dilancarkan, Racing Blue, masih tetap dijual.

Pembeli boleh mendapati warna baharu ini di semua penjual Yamaha yang rasmi mulai 4 Mac 2024. Harganya jualannya kekal seperti harga 2023 iaitu RM 22,998.00, tidak termasuk pendaftaran dan insuran. Seperti biasa setiap pembelian disertakan dengan kunci cakera brek yang bernilai RM100.

Enjin R25 ini kekal yang sama, iaitu jenis 2 silinder selari, DOHC, 249cc. Ia menghasilkan 26.4 kW (35.4 HP) pada 12,000 RPM dan tork 22.6 Nm pada 10,000 RPM. Ciri Brek Anti-Kunci (ABS) serta lampu-lampu isyarat LED merupakan standed.

Jentera R25 ini masih popular dan mendapat sambutan ramai di kalangan peminat motosikal tanahair, walaupun ia berada di pasaran sejak 2015. Ia telah melalui beberapa pembaharuan serta peningkatan sejak itu, sehinggalah versi yang menggunakan sistem brek ABS pada 2023.

Kedatangan versi ber-ABS itu merupakan sesuatu gerak langkah yang baik kerana sekmen 250 ini yang menyaksikan persaingan paling sengit di antara pembuat motosikal. Ia dipenuhi dengan jenama-jenama seperti Honda, Kawasaki, Suzuki, CFMoto, KTM, Modenas/Bajaj, Husqvarna.

Apapun, Yamaha YZF-R25 tetap mendapat tumpuan ramai sehingga kini.

AFY Mobility Industries Sdn. Bhd. (AMI) telah melancarkan MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition. Ia merupakan sebuah model yang amat istimewa, maka sesuai bagi pelancaran AMI sebagai pengedar rasmi MV Agusta di Malaysia.

Seperti tertera di dalam namanya, MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition dihasil berasaskan litar lagenda Nurburgring yang terletak di Jerman. Sebagai sebuah model terhad, MV Agusta akan menghasilkan hanya 150 unit sahaja bagi seluruh dunia. Namun, hanya satu unit akan dijual di Asia. Justeru kita amat bernasib baik kerana satu negara Asia itu merupakan Malaysia dengan nombor 90/150.

Model ini menggunakan enjin 998cc, 4 silinder sebaris yang menghasilkan kuasa maksimum 208 HP pada 13,000 RPM dan tork maksimum 116.5 Nm pada 11,000 RPM. Kuasa dan tork ini dihantar melalui transmisi 6 kelajuan.

Ciri-ciri lain termasuklah komponen-komponen yang dibuat daripada gentian karbon termasuk rim; kaliper brek depan jenis Brembo Stylema, panel meter TFT 5.5 inci, sistem suspensi Ohlins, lampu-lampu LED, antara yag lain. Model ini juga dijual bersama Nurburgring Racing Kit (Kit Perlumbaan Nurburgring) yang terdiri dairpada sistem ekzos titanium Arrow, ECU perlumbaan, serta beberapa komponen gentian karbon.

Ciri-ciri elektronik terdidiri daripada mod tunggangan, kawalan traksi (traction control), wheelie control, sistem quick-shift MV EAS 3.0, sistem perhubungan MV MY Ride App, dan ABS.

MV Agusta Brutale 1000 RR Nurburgring Limited Edition dijual pada harga RM399,900.

AMI turut dipamerkan barisan model-model MV Agusta yang lainseperti Brutale 1000 RS (RM168,800), F3 RR (RM145,800), Fs Rosso (RM111,800), Superveloce (RM138,800), Dragster RR (RM148,800), Dragster Rosso (RM99,800), Brutale Rosso (RM96,800), Turismo Veloce Lusso (RM140,800) dan Turismo Veloce Rosso (RM99,800).

Pusat pameran AFY Two Wheels SEA Sdn. Bhd. yang baharu beroperasi di Seksyen 51A, Petaling Jaya dan dibuka hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Seorang suri rumah maut selepas motosikal yang ditunggang oleh suaminya terbabas di Jalan Gemencheh – Batang Melaka.

Mangsa berusia 51 tahun bersama suaminya menaikki sebuah skuter maxi dari Ayer Molek, Melaka.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian. “Siasatan awal mendapati pasangan yang menaiki motosikal jenis WMoto RT2 dari arah Ayer Molek dalam perjalanan ke rumah kakak wanita itu di Palong 1 Negeri Sembilan.

Terdapat beberapa aspek penting yang kami cari apabila kami membeli topi keledar (helmet) motosikal: Gaya, keselamatan, ciri, keselesaan, harga, walaupun tidak semestinya mengikut susunan itu. Terdapat satu lagi faktor: Bunyi angin. Atau lebih ideal, helmet yang senyap sepenuhnya. Adakah itu suatu kemungkinan?

Apa akan jadi jika telinga kita sering didedahkan kepada bunyi bising?

Pendedahan berterusan kepada paras bunyi angin yang sangat tinggi mengakibatkan akibat yang teruk seperti kehilangan pendengaran yang kekal. Dan tiada alat bantu pendengaran dan jumlah pembedahan boleh mengembalikan pendengaran itu.

Masalahnya ialah kerosakan pendengaran menjalar secara beransur-ansur tetapi gejala awal termasuk telinga berasa “tersumbat.” Jika tidak dikawal, kerosakan ini akan berterusan sehingga telinga mula berdering, satu keadaan yang dipanggil tinnitus. Tinnitus tidak boleh disembuhkan.

Selain itu, bunyi angin mengalihkan perhatian anda daripada menumpukan perhatian sepenuhnya pada penunggangan anda, selain meletihkan anda dengan lebih cepat.

Oleh itu, adakah terdapat helmet yang senyap sepenuhnya?

Undang-undang berkata TIDAK BOLEH

Secara terang-terangan, peraturan topi keledar tidak membenarkan helmet yang senyap sepenuhnya. Lihat gambar di bawah yang merupakan halaman yang diambil daripada peraturan ECE R22 berkaitan dengan ujian helmet.

Per Perenggan 6.4.5 menyebut:

Helmet tidak boleh menjejaskan keupayaan mendengar pemakai secara berbahaya.

Dalam erti kata lain, topi keledar tidak boleh menapis bunyi persekitaran dan meletakkan pemakainya dalam suatu “gelembung ketenangan.” Ia adalah untuk tujuan keselamatan seperti yang anda bayangkan kerana deria bunyi memastikan kita selamat contonya memberitahu kita jika terdapat kenderaan berdekatan. Selain itu, kami boleh mendengar nota enjin tentang masa untuk menukar gear atau mengukur kelajuan kami.

Namun…

Sebenarnya, pembuat topi keledar premium sudah pun mempunyai teknologi untuk menghasilkan helmet yang senyap. Tetapi kerana ia berbahaya untuk berbuat demikian, terdapat cara lain untuk membuat topi keledar yang mengurangkan bising sebanyak mungkin dengan:

  1. Memastikan pemakaian yang lebih tepat mengurangkan ruang untuk udara bergerak di dalam topi keledar. Selain itu, terdapat juga helmet dengan penutup dagu yang mengurangkan aliran udara dari bawah topi keledar.
  2. Kekedapan visor yang lebih baik dengan pengedap getah di sekeliling bukaan helmet menghalang angin masuk. Manfaat sampingan ini juga menghalang air daripada memasukki helmet.
  3. Ciri aerodinamik yang lebih baik mengurangkan atau menghapuskan pergerakan topi keledar akibat tekanan udara pada kelajuan tinggi, dan untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan pemakai. Helmet yang “licin” secara aerodinamik juga mengurangkan tekanan pada otot leher pemakai. Kelebihan ini ialah helmet yang lebih senyap.

Penutup

Terdapat cara di mana pemakai boleh mengurangkan bunyi bising, memandangkan ketiadaan topi keledar yang senyap sepenuhnya. Salah satunya adalah dengan memakai penyumbat telinga. Terdapat penyumbat telinga “pintar” yang menapis frekuensi dan bunyi yang berbahaya sambil membenarkan bunyi penting tertentu seperti percakapan, nota enjin, beberapa bunyi persekitaran melaluinya. Penulis ini sudah terbiasa memakai penyumbat telinga sehingga dia tidak boleh menunggang tanpanya. Memotong bunyi angin membantu menumpukan perhatian pada menunggang juga.

Satu lagi caranya sudah tentu dengan memakai topi keledar muka penuh (full-face). Adalah tidak masuk akal untuk membandingkan bunyi angin dalam topi keledar muka terbuka (open-face) dengan topi keledar muka penuh.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube