Bikesrepublic

Berita Terkini

Ketika orang lain tengah meraikan bulan Ramadan dengan memenuhi hari-hari dengan amalam namun ada juga yang mengambil kesempatan.

Menurut perkongsian oleh akaun Facebook, Suhaili Sulaiman, motosikal milik abangnya, sebuah Honda RS-X telah menjadi mangsa kes kecurian.

Kejadian pagi tadi. Bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13 Dugaan allah. Motor abg saya kena kopak habis…

Posted by Suhaili Sulaiman on Monday, 25 April 2022

Sewaktu kejadian, motosikal tersebut diletakan di bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13, Putrajaya.

Pencuri tersebut telah mencabut ‘coverset’, lampu depan dan meter pada Honda RS-X tersebut sehingga tinggal enjin dan kerangka.

Bagaimanapun, si adik mengharapkan agar pencuri tersebut memulangkan semula barangan yang dicuri dengan meletakkan semula dalam lif atau berhampiran dengan motosikal.

Menghasilkan helmet dengan sistem ‘head-up display’ (HUD) dan kamera pandang belakang bukanlah perkara baru kerana beberapa pengeluar helmet seperti Skully telah pun menghasilkan helmet seumpamanya.

Bagaimanapun, Skully terlibat dengan beberapa kontroversi sebelum jenama itu disahkan gagal sepenuhnya tahun lalu.

Namun, syarikat helmet Jepun, SHOEI bakal menjadi pengeluar helmet gergasi pertama dunia yang akan memperkenalkan helmat ‘futuristik’ menerusi SHOEI Opticson untuk pasaran global tidak lama lagi.

SHOEI telah pun membuat demonstrasi HUD sewaktu di CES 2019 bertempat di Las Vegas.

Sejak daripada itu, projek tersebut telah pun dibangunkan dengan pesat dengan SHOEI telah pun memfailkan tanda nama ‘Opticson’ di samping menayangkan beberapa helmet ‘Opticson’ sewaktu pameran motosikal Osaka dan Tokyo pada Mac lalu.

Sistem HUD itu membenarkan pemakai helmet melihat segala info dan maklumat yang diperlukan sewaktu menunggang.

Paling penting, sistem tersebut membolehkan si pemakai menyambung kepada telefon pintar bagi aplikasi navigasi dengan maklumat perjalanan akan disiarkan di HUD. Ini membolehkan si penunggang motosikal tidak lagi perlu tunduk untuk melihat skrin telefon sewaktu menunggang.

Kejayaan sistem itu hasil kerjasama dengan syarikat Hiroshima, NS West Inc memberi bayangan bahawa helmet Opticson akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Menteri Wilayah Shahidan Kassim untuk menggunakan sumber yang ada untuk melakukan pembersihan sewajarnya di sekitar Kuala Lumpur ekoran banjir kilat yang berlaku pada Isnin.

Insiden banjir kilat pada Isnin merupakan yang ketiga berlaku di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

Susulan kejadian berulang itu, Fahmi berkata masalah tersebut berkait dengan longkang tersumbat dan tidak diselenggara dan memaklumka nbahawa terdapat banyak sampah sarap muncul sebaik banjir mulai surut.

“Kolam tadahan banjir perlu diselenggara, Saya juga perasan banyak tanah atas yang dibawa daripada tapak pembinaan,” jelas Fahmi kepada FMT.

Pada masa sama, Fahmi juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelenggara sistem saliran di kawasan terjejas dan pastikan kawasan tapak pembinaan juga membantu dalam pembersihan.

Banjir kilat pada Isnin menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air dengan mendadak antaranya di Jalan Pudu, Jalan Kuching dan Jalan Ampang. – FMT

Gergasi motosikal India, TVS Motor Company bakal sertai Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) buat pertama kalinya menerusi pasukan TVS Racing.

TVS Racing akan terlibat dalam Kejuaraan One Make TVS Asia yang akan berlangsung seiring dengan ARRC.

Penyertaan TVS Racing turut disambut baik Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), Ron Hogg.

“Penyertaan TVS Racing dalam Kejuaraan One Make ini satu isyarat yang pastinya akan membuka ruang dalam pencarian bakat baharu.

“Apa yang lebih penting, dengan adanya rakan dan pengeluar baharu ini, ia akan mencetuskan minat kepada ARRC secara umumnya,” jelasnya.

Pada masa sama, Ketua Perniagaan Premium TVS Motor Company, Vimal Sumbly menyifatkan penyertaan sulung syarikat itu di ARRC akan memainkan peranan besar dalam membawa jenama itu ke peringkat global.

“Kami terujua mengenai mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Kejuaraan One Make TVS Asia akan memainkan peranan penting sebagai satu batu loncatan kami di peringkat global untuk TVS Racing.

“Kami mengambil peluang ini sebagai proses pembelajaran dari trek India dan mendemonstrasikan kemampuan kami di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Vimal mendedahkan bahawa pihaknya akan mempertaruhkan TVS Asia One Make Apache RR 310 bagi kejuaraan tersebut.

Kejuaraan One Make TVS Asia akan menyaksikan 16 pelumba seluruh Asia merebut slot akhir yang akan diputuskan pada 27 April dengan proses pemilihan akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang ketika pusingan 2 ARRC, bulan depan.

Ducati Malaysia telah pun menganjurkan majlis buka puasa bersama lebih 300 pemilik Ducati di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan siaran langsung Kejuaraan Dunia MotoGP yang berlangsung di Litar Algarve, Portugal.

Bagaimanapun, tumpuan utama majlis terarah kepada mengeratkan silaturahim antara pemilik motosikal Ducati di Malaysia di samping membantu mengukir senyuman terhadap kanak-kanak CAKNE (Persatuan Sokongan Kanser Kanak-Kanak).

Ducati Malaysia bersama-sama Ducati Owners Club Malaysia (DOCM) telah bersama-sama menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak tersebut sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tiba.

Konvoi buka puasa anjuran DOCM itu bermula di pusat pameran Ducati Petaling Jaya sekitar jam 5 petang sebelum bergerak ke SIC.

Sambutan oleh Ducatisti menyaksikan pelbagai model Ducati berkumpul antaranya Panigale V4, Multistrada, Hypermotard SP dan Scrambler.

Bukan itu sahaja, Ducati Malaysia turut menjemput beberapa pemilik motosikal pelbagai jenama bagi sama-sama meraikan buka puasa kali ini.

Sebagai acara penutup, kesemua konvoi diberi peluang melakukan beberapa pusingan di SIC bersama jentera kesayangan masing-masing.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di media sosial berkenaan dengan satu kejadian ‘menyayat hati’ di Kepulauan Cebu, Filipina.

GTR actual video

Posted by Ace Cortez on Saturday, 23 April 2022

Berdasarkan rakaman berdurasi 57 saat itu, jelas menampakan sebuah kereta jenis Nissan GT-R R35 telah terjerumus ke dalam laut.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku ekoran tuan punya badan tidak meletakkan gear berada dalam posisi P di samping tidak menarik brek tangan walaupun meletakkan kereta di kawasan cerun (tebing) yang menghala ke arah laut.

Bagaimanapun, kereta tersebut berjaya menarik kembali GT-R itu hasil bantun orang ramai yang berada di kawasan tersebut yang ketika itu menganjurkan acara perlumbaan ‘drag’.

Walaupun kereta tersebut berjaya dikeluarkan namun persoalannya, berapa pula kos untuk baik pulih? Yang pasti ciri ‘careful lady owner’ dan bebas kemalangan tidak boleh lagi diguna pakai jika pemilik bercadang untuk menjual kereta tersebut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube