MotoGP musim 2024 merupakan pencapaian yang baharu. Terdapat 42 perlumbaan dalam 21 pusingan Grand Prix, yang akan berjalan dalam tempoh 9 bulan. Ia adalah musim MotoGP terpanjang dalam sejarah.
Jumlah perlumbaan yang tinggi ini termasuk perlumbaan Sprint ketika setiap pusingan yang membuat penampilan sulungnya pada 2023. Sepatutnya terdapat 44 perlumbaan tahun ini namum pengelola Grand Prix Argentina telah menarik diri.
Musim ini juga menandakan penyertaan Grand Prix Kazakhstan, yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sokol yang baharu. GP ini dijadualkan berlangsung dari 14-16 Jun.
MotoGP musim 2024 akan bermula dengan GP Qatar di Litar Antarabangsa Lusail seperti tradisi sebelum ini. GP Qatar ditukar kepada akhir musim pada tahun lepas. Ia bermulapada minggu depan dari 8-10 Mac.
Grand Prix of the Americas kini akan menjadi GP yang sulung di antara kedua-dua benua Amerika selepas pemain Argentina itu menarik diri.
Terdapat cuti musim panas tiga minggu seperti biasa selepas GP Jerman pada bulan Julai, sebelum bermula semula di UK pada bulan Ogos.
Pusingan MotoGP Malaysia akan diadakan dari 1-3 November. Musim ini berakhir di GP Valencia di Litar Ricardo Tormo.
Ia akan menjadi menarik untuk melihat bagaimana musim berlalu memandangkan pelumba dan pasukan sudah merungut tentang terlalu banyak perlumbaan tahun lepas. Ramai pelumba juga tidak hadir dalam perlumbaan utama kerana kecederaan yang dialami dalam perlumbaan Sprint.
Daripada segi perebutan juara dunia pula dijangka akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara juara bertahan dua kali berturut-turut Francesco (Pecco) Bagnaia, Jorge Martin, dan juara MotoGP 6 kali sebelum ini Marc Marquez. Ketiga-tiganya menunggang jentera Ducati yang merupakan motosikal yang terbaik di dalam kejuaraan ini.
Martin merupakan pesaing terdekat kepada Bagnaia sepanjang musim 2023 dan gelaran juara hanya boleh ditentukan pada pusingan terakhir. Sementara itu, Marc Marquez berada di dalam keadaan fizikal yang paling cerdas sejak kecederaannya pada 2020, diamping meninggalkan Honda yang sedang mengalami kerumitan.
Selain daripada mereka, rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini juga mungkin akan memainkan peranan dalam penentuan juara, jika dia tidak turut berebut takhta itu.