Bikesrepublic

Berita Terkini

Bagi memperkembangan jenama Royal Enfield di Malaysia, pengedar rasmi jenama itu, Didi Group telah merasmikan pembukaan pusat pameran Royal Enfield di Pulau Pinang. 

Terletak di Perai, pusat pameran serba baharu itu dijangka memenuhi permintaan peminat Royal Enfield di Utara. 

Menariknya, pusat pameran terbaru itu bukan sahaja menawarkan pelbagai model motosikal Royal Enfield malah turut lengkap dengan pelbagai aksesori. 

“Kami di Didi Group dengan bangganya mengumumkan bahawa kami berjaya mencapai peningkatan 500 peratus bagi pendaftaran Royal Enfield di Malaysia pada 2022. 

“Ini merupakan pusat pameran eksklusif kedua Royal Enfield dan dijangka lima lagi ‘pop-up store’ akan dibuka dari Selatan ke Utara. Sebuah lagi pusat pameran rasmi akan turut dibuka di Johor Baharu tahun ini. 

“Ini akan mendekatkan lagi jenama Royal Enfield kepada pelanggan,” jelas Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo. 

Dalam pada itu, Rewi Hamid juga mendedahkan bahawa dua model baharu akan turut diperkenalkan tahun ini menerusi Hunter 350 dan Meteor 650. 

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda X-ADV 750 yang telah dikemas kini dengan pilihan warna baharu bagi tahun 2023 dan ditawarkan pada harga RM68,899. 

Menurut pihak BSH, skuter ‘adventure’ itu kini datang dengan pilihan warna Shasta White yang meningkatkan lagi elemen ADV dan lasak pada X-ADV 750. 

Bagaimanapun, spesifikasi lain kekal sama termasuk enjin parallel-twin 745cc dengan penyejukan cecair itu yang menawarkan 58hp pada 6,750rpm dan 69Nm pada 4,750rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi semi-automatik 6-kelajuan DCT (dual-clutch transmission).

Fungsi Throttle-by-Wire pula menawarkan empat mod tunggangan, Standard, Sport, Rain dan Gravel serta satu mod USER yang boleh diselaraskan mengikut kesesuaian.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Honda Selectable Torque Control (HSTC)
  • Honda Smartphone Voice Control (HSVCS)
  • lampu LED dengan DRL (daytime running light)
  • penghadang angin boleh laras
  • ruang letak baragn 22L
  • port pengecas USB

Honda X-ADV ini juga tampil dengan ciri premium antaranya ABS, fork depan jenis USD 41mm, swingarm Pro-Link dan Emergency Stop Signal (ESS).

Royal Enfield bakal memperkembangkan tawaran model di pasaran Malaysia menerusi model terbaru, Royal Enfield Hunter 350 pada 9 Mac ini. 

Pengumuman pelancaran model itu dibuat sewaktu perasmian pembukaan pusat pameran Royal Enfield terbaru di Pulau Pinang. 

Untuk rekod, Royal Enfield Hunter 350 diperkenalkan pada pasaran global pada Ogos tahun lalu, menyertai Classic 350 dan Meteor 350. 

Seperti model 350 sebelum ini, Hunter 350 turut dikuasakan enjin satu silinder 349cc yang menghasilkan 20.2hp pada 6,100rpm dan 27Nm pada 4,000rpm. Kuasa tersebut disalurkan kepada tayar belakang dengan transmisi 5-kelajuan.

Royal Enfield mendakwa enjin J-series 349cc itu berupaya mencapai kelajuan maksima 114km/j sekaligus memberi bayangan Hunter 350 ini lebih sesuai untuk tunggangan santai.

Tampil dengan rekaan scrambler retro, Hunter 350 ini secara tidak langsung bakal memberi cabaran pada Honda H’ness CB350.

Hunter 350 Metro juga didatangkan rim sistem brek ABS dwi-saluran manakala Retro Factory pula hanya dilengkapi sistem ABS saluran tunggal dan dipadankan bersama cakera brek (tunggal) depan dan brek drum di bahagian belakang.

Pengeluar kapal terbang Korea, Korea Aerospace Industries Co (KAI) berjaya mendapatkan kontrak bernilai RM4.08 billion untuk membekalkan 18 jet pejuang kepada Malaysia. 

Memetik laporan The Star, penyerahan jet pejuang jenis A KAI FA-50 Figthing Eagle itu akan bermula tahun ini. 

KAI dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka telah pun menandatangani perjanjian itu bersama Kementerian Pertahanan bagi 18 unit FA-50 menewaskan pesaing lain dari India, Pakistan, Russia dan Turkey. 

Pencapaian itu sekaligus menyaksikan Malaysia menjadi negara keempat di Asia Tenggara yang memeterai perjanjian bersama KAI selepas Indonesia, Filipina dan Thailand. 

Sementara itu, KAI juga dijangka akan turut memenangi kontrak untuk menyediakan tambahan 18 unit lagi FA-50 untuk Malaysia dalam masa terdekat. – The Star

Juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez menafikan dakwaan bahawa dia akan meninggalkan Honda dan menegaskan dia kekal komited dengan pasukan itu. 

Marquez menandatangi kontrak empat tahun sehingga 2024, beberapa bulan sebelum mengalami kecederaan serius di bahagian tangan kanan. 

Meskipun Marquez kembali pulih selepas menjalani pembedahan keempat pada Jun tahun lalu, pasukan Repsol Honda gagal memberi saingan terhadap perebutan kejuaraan dunia. 

Oleh sebab itu, timbul khabar angin bahawa Marquez akan meninggalkan Honda dengan mengaktifkan klausa dalam kontraknya pada 2024.

Bagaimanapun, Marquez menepis dakwaan tersebut dalam satu temu bual bersama MotoGP.com

“Saya ada baki dua tahun lagi dengan Honda dan impian saya adalah untuk kembali ke puncak bersama Honda. 

“Saya mempercayai mereka sepenuhnya, dan kami menghormati antara satu sama lain. Saya percaya kami akan keluar daripada situasi ini,” jelasnya. 

Dalam perkembangan sama, Repsol Honda turut mempersembahkan jentera dan warna yang akan diguna pakai pada musim 2023. Seperti dijangka, warna ikonik Honda dan Repsol dikekalkan pada jentera RC213V itu. 

Bagi musim 2023, Marquez akan beraksi dengan rakan sepasukan baharu, Joan Mir yang berhijrah dari Suzuki.

Tinjauan di beberapa kedai motosikal tempatan mendapati sudah mula menjual motosikal terbaru keluaran CFMoto, 250CL-X dengan harga jualan RM16,888. 

Meskipun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak pengedar rasmi CFMoto di Malaysia namun ini antara beberapa ciri menarik yang terdapat pada motosikal segmen retro-naked itu.

Sama seperti CFMoto 700CL-X, versi 250 ini juga berkonsepkan DNA ‘neo-retro’. Hasilnya, rekaan keseluruhan menyamai motosikal gaya cafe-racer namun dengan sentuhan moden. 

CFMoto 250CL-X ini dikuasakan enjin satu silinder, 250cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilakn 27.6hp dan 22Nm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac ‘assist/slipper’. 

Seperti 700CL-X, model ini juga datang dengan dua mod tungangan.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter digital LCD
  • lampu LED penuh
  • fork USD
  • cakera brek depan dan belakang
  • ABS

Untuk rekod, tugas mengedar jenama motosikal CFMoto di Malaysia tidak lagi berada dibawah pengurusan pihak KTNS Holdings Sdn Bhd sebaliknya sudah berpindah tangan ke MForce Bike Holdings bermula Mac 2023.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube