Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang lelaki melambung apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta di Batu 21, Jalan Muar-Parit Sulong, di sini, semalam.

Kejadian menyebabkan mangsa, Mohd Riduan Abdullah, 58, yang juga orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios dari arah Muar menghala ke Parit Sulong cuba memotong.

Namun kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun itu gagal memotong lalu bertembung dengan motosikal ditunggang oleh mangsa. Pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak manakala motosikal dan kereta terbabas ke parit berdekatan.

“Mangsa cedera parah di dada dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa beralamat di Merlimau, Melaka kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat.

“Pemandu kereta Toyota Vios beralamat di Muar hanya cedera ringan di kepala dan kaki. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah.”

Kemalangan tragis itu sempat dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kereta dan telah dikongsikan di laman sosial. (Amaran: Adegan yang boleh menyebabkan kegusaran.)

 

Jualan kenderaan baharu bertambah 31 peratus pada Januari 2024 berbanding dengan Januari 2023.

Sejumlah 65,499 unit dijual berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lalu, berikutan jualan kenderaan penumpang yang lebih tinggi, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA). Jumlah penjualan itu terdiri daripada 59,394 unit kenderaan penumpang, manakala 6,105 unit merupakan kenderaan perdagangan.

Menurut MAA lagi, jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi Januari 2024 bagaimanapun turun 16 peratus berbanding Disember 2023 yang mencatatkan sebanyak 78,398 unit. “Jualan tinggi pada Disember 2023 itu berikutan syarikat-syarikat yang meningkatkan penghantaran kenderaan bagi memenuhi pesanan yang masih tertunggak, terutamanya bagi syarikat dengan tahun kewangan berakhir Disember 2023 serta pembelian pada harga rendah semasa penghujung tahun.”

Pada masa yang sama, 76,077 unit kenderaan telah dihasilkan oleh pembuat kenderaan pada Januari 2024. Jumlah ini merupakan peningkatan yang tinggi berbanding dengan 58,527 unit pada Januari 2023. Daripada kedua-dua jumlah ini, 71,666 unit merupakan kenderaan penumpang, manakala 4,411 unit lagi ialah kenderaan perdagangan pada Januari 2024. Berbanding dengan bulan Januari tahun lepas, 54,663 terdiri daripada kenderaan penumpang, dan 3,864 unit ialah kenderaan perdagangan.

MAA menjangkakan jualan kenderaan yang lebih rendah pada bulan Febuari 2024 ini memandangkan terdapat cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Apapun, laporan tersebut tidak mengasingkan jumlah penjualan mengikut jenis kenderaan seperti motosikal, kereta penunmpang, SUV, dan sebagainya. Ia juga tidak mengasingkan penjualan kenderaan mengikut wilayah mahupun negeri masing-masing.

Dalam perkembaan yang berasingan, industri jualan kenderaan dijangkan akan turun keseluruhannya untuk tahun 2024 berbanding dengan 2023. Sebanyak 799,731 unit telah dijual pada tahun lepas, yang merupakan rekod paling tinggi.

Berita yang telah disiarkan pada bulan Januari yang lepas berkata Kenaga Research menjangkakan jualan 710,000 unit kenderaan sehingga hujung tahun ini. RHB Research pula mengunjurkan penjualan hanya 625,000 unit. Kedua-dua angka ini lebih rendah daripada jangkaan 740,000 unit yang dibuat oleh MAA.

Kenanga Research berkata mereka menjangkakan penyusutan penjualan kerana penarikan subsidi bahanapi akan memainkan kesan terhadap permintaan bagi kenderaan-kenderaan pertengahan. Namun, jualan bagi kenderaan yang mampu milik mungkin tidak terkesan.

Mereka turut menyatakan bahawa kereta baharu masih merupakan kemewahan mampu milik bagi kebanyakan isi rumah Malaysia walaupun berdepan dengan inflasi tinggi dan ekonomi global yang perlahan.

Lima suspek dalam kejadian mengikat dan memukul seorang pemandu kereta sehingga maut minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret semalam. Pertuduhan yang disebutkan ialah membunuh. Kesemua yang didakwa berusia di antara 22 hingga 43 tahun dan bekerja sebagai penghantar makanan.

Kesemua suspek mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Majistret juga tidak membenarkan jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 April depan untuk serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat sebanyak 12 kali.

Setelah selesai prosiding, seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga mangsa menjerit “Bang, kau tunggu” ke arah kesemua tertuduh. Dia ditenangkan oleh ahli keluarganya sebelum diarahkan keluar mahkamah oleh polis.

Mereka didakwa membunuh seorang pekerja sendiri, Shahril Samad, di Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang pada  20 Februari lalu. Saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa mangsa ditarik keluar dari kereta oleh orang awam selepas keretanya terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah, bahkan tangannya diikat dan dia dipukul hingga maut.

Polis telah mengesahkan bahawa mangsa telah melanggar dua kenderaan penghantar makan sejurus sebelum kejadian tragis tersebut. Dia kemudiannya dikejar oleh suspek sehinggalah keretanya terbabas.

Pemandu Dipukul Sampai Mati Positif Dadah

Kadangkala kita mendengar perkara seperti, “Moto saya tak cukup power,” diikuti dengan, “Apa yang perlu saya lakukan?” Antara caranya ialah dengan memasukkan kit piston besar, sesondol yang lebih agresif, penyuntik bahanapi yang lebih besar, menukar ekzos stended ke yang mengalir bebas, memasang ECU. Tetapi itu bosan, bukan? Tetapi satu kaedah yang agak tidak dipandang hari ini ialah dengan memasang kit turbo, seperti Yamaha MT-10 turbo ini.

Enjin MT-10 yang stended sudahpun menghasilkan 158 hp. Mari kita lihat apa yang dilakukan oleh Purpose Built Motor yang berpangkalan di Australia ke atas motosikal ini.

Mereka bermula dengan memasang kit turbo dengan tekanan 7 psi pada enjin stended MT-10 yang mempunyai nisbah mampatan 12:1. Tetapi seperti yang dikatakan oleh pengacara, mereka mendapati tanda-tanda kerosakan akibat kepanasan dan tekanan yang terlalu tinggi apabila mereka membukan enjin. Kenapa? Nisbah mampatan 12:1 adalah terlalu tinggi untuk menggunakan pengecas turbo! Jadi pada akhirnya, mereka mengurangkan nisbah mampatan kepada 9.5:1 dengan menggunakan piston dan conrod CP-Carillo agar engjin dapat ketahanan yang lebih tinggi.

Mereka juga meminta seorang pakar untuk membuat intercooler bagi menyejukkan udara yang dimampat oleh pengecas sebelum ia memasuki enjin. Ini menghasilkan dua faedah: Caj yang lebih sejuk (campuran bahan api/udara) lebih tumpat dan mengandungi lebih banyak molekul oksigen untuk pembakaran yang lebih sempurna; dan, mengelakkan enjin daripada menjadi terlampau panas. Terdapat dua kipas, satu besar dan satu lagi lebih kecil, di belakang intercooler itu yang boleh dihidupkan atau dimatikan oleh penunggang apabila dia memerlukannya.

Bercakap tentang oksigen, penyaluran udara dari kotak udara tidak akan mencukupi, apa lagi paip ke turbo, bengkel itu memasang pengambilan udara dengan penapis DNA betul-betul di atas pemampat turbo. Ia terletak di bawah penunggang, di antara lengan hayun dan bahagian bawah tempat duduk belakang.

Sistem ekzos sudah tentu dibuat khas, dengan injap buangan gas turbo (wastegate) dipasang secara luaran. Paip ekzos utama membawa gas ekzos dari pengecas turbo kepada penyenyap bunyi, satu lagi paip yang lebih pendek adalah untuk injap turbo.

Purpose Built Motor juga memasang lengan ayun yang lebih panjang untuk mengurangkan risiko tayar depan terangkat ketika pecutan kuat!

Apa yang pencapaian semua ini? Ujian dyno menunjukkan 230 bhp dengan tekanan turbo pada 10 psi. Er… itu apabila  penyenyap ekzos dipasang. Ia mencecah 260 bhp apabila mereka mengeluarkan penyenyap di dalam ekzos. Dan ingat, hampir semua pengeluar mencetak nombor kuasa enjin (hp) mereka dengan membuat dyno pada aci engkol dan bukan pada roda belakang. Oleh itu, kuasa enjin MT-10 ini berada antara 260 hingga 290 hp jika dicetak pada brosur!

Jadi, cukup berkuasa untuk anda tak, tuan?

Husqvarna Vitpilen 901 telah dikatakan akan dilancarkan untuk sekian lama sehingga kebanyakan peminat sudah terlupa mengenai “janji” ini.

Tetapi Husqvarna baharu-baharu ini telah menyiarkan teaser untuk “suntingan video” penuh pada 5 Mac 2024. Coretan 30 saat itu telah disiarkan pada akaun Instagram dan Facebook Husqvarna. Manalah tahu, video 5 Mac boleh menjadi suatu teaser kepada teaser yang lain, tetapi apapun kita boleh pastikan ianya Vitpilen (cafe racer) atau Svatpilen (scrambler).

Video kali ini menunjukkan sebuah motosikal yang berlumba di atas ais dengan tayar yang menggunakan skru sebagai pancang. Lampu depan yang ditunjukkan seketika kelihatan mirip dengan Norden 901. Satu lagi gambar secara ringkas menunjukkan penyenyap ekzos yang naik di bawah tempat duduk belakang ala KTM 890 Duke. Terdapat tangkapan pada bahagian hadapan, yang menunjukkan fork terbalik WP dan angkup brek berjenama Husqvarna. Bahagian belakang kelihatan seperti Duke.


Sudah tentu, jenama Husqvarna yang berada di bawah payung Pierer Mobility akan berkongsi platform 890 Duke. Ini bermakna enjin dwi-siliner selari LC8c yang menghasilkan 121 hp dan 99 Nm. Ciri-ciri lain termasuk klac PASC, Supermoto ABS, Mod Tunggangan, Kawalan Traksi Motor, skrin TFT. Ciri pilihan mungkin Quickshifter+, Mod Trek, suite komunikasi KTM MyRide, antara lain.

Barisan Husky teridiri beberapa model yang bagus untuk dipilih tetapi mereka tanpa sportbike naked retro. Jadi, di situlah Husqvarna Vitpilen 901 akan diletakkan. Walau bagaimanapun, Vitpilen tidak akan wujud tanpa Svartpilen, dan sebaliknya. Oleh yang demikian, kami boleh menantikan dua model Husky baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi!

BMW Motorrad Malaysia bakal memperkenalkan BMW R 18 Roctane, di pameran BMW Premium Selection (BPS), yang berlangsung akan dari 1 hingga 3 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

R18 Roctane ialah edisi kelima di dalam keluarga R 18 yang menggabungkan elemen rekabentuk yang klasik dengan teknologi penunggangan yang dikemaskini untuk memberikan pengalaman jelajah yang unik dan bergaya.

Sashi Ambihaipahan, Ketua Komunikasi Korporat dan Kemampanan di BMW GroupMalaysia berkata, “Kami sangat teruja untuk melancarkan pratonton BMW R 18 Roctane untuk peminat jelajah hot-rod di Malaysia. Edisi Roctane, digandingkan dengan enjin “Big Boxer” kami yang hebat, menunjukkan misi berterusan kami untuk sentiasa Make Life A Ride; menawarkan pengalaman menunggang yang unggul, sama ada dalam penunggangan solo yang santai atau perjalanan berkumpulan yang mendebarkan. Ini, ditambah dengan program eksklusif untuk BMW Pameran Pilihan Premium (BPS) hujung minggu ini, seterusnya memenuhi janji kami untuk menyediakan Pengalaman Pemilikan Premium kepada pelanggan di seluruh portfolio kenderaan premium kami.”

The BMW R 18 Roctane draws inspiration from iconic BMW models like the BMW R 5, prioritising the fundamental elements of motorcycling: pure, no-frills , which has long been the heart of BMW Motorrad’s riding joy. This combination sets out to create a truly unique and emotionally resonant riding experience, accentuated by meticulously crafted design elements, including a sleek rear section designed for optimal aerodynamics.

BMW R 18 Roctane mendapat inspirasi daripada model ikonik BMW seperti BMW R 5 yang mengutamakan elemen asas motosikal yang tulen, yang telah lama menjadi nadi kepada kegembiraan menunggang BMW Motorrad. Gabungan ini bertujuan untuk mencipta pengalaman tunggangan yang benar-benar unik dan penuh emosi, diserlahkan oleh elemen rekabentuk yang direka dengan teliti, termasuk bahagian belakang yang rapi yang dibentuk untuk aerodinamik yang optimum.

Ciri-ciri BMW R 18 Roctane:

  • Diinspirasikan oleh model ikonik BMW seperti BMW R 5, dengan teknologi tulen yang memberikan fokus terhadap enjin Boxer.
  • Casis BMW R 18 Roctane baharu dibina di atas rangka keluli dwi-tiub.
  • Lengan ayun belakang yang menyelubungi pacuan gandar belakang, senada dengan BMW R 5 yang legenda.
  • BMW R 18 Roctane juga mempunyai ciri ergonomik yang seimbang dengan pemijak kaki yang dipasang pada posisi pertengahan.
  • Ciri lain termasuk  tempat duduk dua tingkat, serta papan pemijak yang dikemas kini, tuil tukar gear dan hendal tinggi bersalut warna hitam.
  • BMW R 18 Roctane ditawarkan dalam warna Mineral Grey Metallic serta Manhattan Metallic Matt.
  • Nadi BMW R 18 Roctane ialah enjin Boxer dua-silinder empat lejang dengan penyejukan udara yang tradisional. Ia merupakan enjin Boxer terbesar dalam barisan Heritage, dan juga dipanggil ‘Boxer Besar’.
  • Dengan kapasiti 1,802 cc, ia merupakan enjin Boxer 2 silinder paling berkuasa pernah dihasilkan dalam barisan Heritage BMW Motorrad. Ia menghasilkan 67 kW (91HP) pada 4,750 rpm dan tork 150 Nm.
  • Ciri bantuan menunggang untuk BMW R 18 Roctane termasuk Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), bersama-sama dengan tiga mod tunggangan standard – Rock, Roll dan Rain.
  • Ciri pilihan untuk bagger termasuk lampu Adaptive Headlight baharu, yang mengaktifkan elemen LED berasingan dalam lampu utama, membolehkan pencahayaan jalan yang lebih baik, terutamanya semasa membelok.
  • Antara ciri tambahan lain ialah Hill Start Control, Headlight Pro, Reverse Gear Aid, Daytime Riding Light, Cruise Control, dan penutup pengisi bahan api yang boleh dikunci.
  • Harga anggaran bagi BMW R 18 Roctane ialah RM 160,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW R 18 Roctane, sila lawati Bilik Pameran BMW Motorrad pilihan anda atau laman web rasmi di sini.

Pelanggan dialu-alukan untuk melihat BMW R 18 Roctane dan merasai semua tawaran eksklusif ini di Pameran BMW Premium Selection (BPS) oleh BMW Group Malaysia, yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil (Carpark B) dari 9:00pagi hingga 7:00 malam setiap hari.

Lawati tapak web DI SINI untuk menempah tempat anda.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube