Bikesrepublic

Berita Terkini

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, telah pun merasmikan pembukaan Laluan Central Spine Road (CSR).

CSR merupakan laluan yang cukup penting bagi mengatasi masalah sesak jalan di bandar Bentong.

Projek CSR ini yang melibatkan persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 ke Lebu telah menelan belanja sekitar RM631.98 juta dan telah pun siap sepenuhnya pada April lalu.

Menurut Fadillah, jumlah jajaran CSR yang dibuka kepada pengguna setakat ini adalah 89.25 kilometer.

“Berdasarkan kajian, projek ini dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan perjalanan daripada 45 minit kepada 20 minit yang mana selain menjadi laluan alternatif ia akan mengurangkan kesesakan trafik di bandar Bentong terutamanya pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti sekolah.

“Projek ini juga akan meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti pengguna ke pantai timur dan mampu menjana ekonomi di kawasan Pahang barat khususnya kepada sektor pelancongan dan industri kecil dan sederhana,” jelas Fadillah.

Projek Jalan CSR adalah inisiatif baharu dalam menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 306.8 kilometer dari Kuala Krai, Kelantan ke persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dengan kos keseluruhan menelan RM7.3billion. – UTUSAN

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa aktiviti rentas negeri akan dibenarkan beberapa hari lagi.

Dr Noor Hisham membuat kenyataan itu menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kadar vaksinasi semakin mencapai 90 peratus semalam.

Kerajaan juga sekaligus bakal mengumumkan kebenaran aktiviti rentas negeri bagi individu yang telah pun melengkapkan dua dos vaksin.

Setakat 11.59pm malam tadi, sejumlah 88.8 peratus telah pun menerima dua dos suntikan vaksin.

Pada masa sama, kerajaan juga tidak mengenakan sekatan jalan raya besar-besaran seperti sebelum ini sebaik negara memasuki fasa endemik.

Ducati Monster 2021 akhirnya tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi, Next Bike Sdn Bhd, hampir setahun selepas model itu diperkenalkan secara globa pada Disember tahun lalu.

Sempena ketibaan model naked ikonik itu, Ducati Malaysia telah pun menjemput selebriti tanah air dan duta, Alif Satar, untuk melihat dengan lebih dekat model terbaru tersebut.

Turut bersama Alif adalah Pengurus Besar Ducati Malaysia, Dennis Michael.

Ducati Monster merupakan model paling popular yang pernah dilahirkan kilang Borgo Panigale dengan lebih 350,000 unit terjual sejak diperkenalkan julung kalinya pada 1993.

Generasi baharu Monster kini tampil dengan ciri serba baharu dengan memberi penekanan terhadap aspek rekaan kompak dan ringan.

Meskipun elemen tangki jenis ‘bison back’ dan lampu berbentuk bulat dikekalkan namun perubahan paling ketara adalah ketiadaan kerangka steel trellis yang sudah menjadi tradisi Monster sebelum ini.

Ducati Monster 2021 ini juga bernadikan enjin baharu, Testastretta 937cc silinder berkembar (twin-cylinder) 11-darjah yang menjana 111hp pada 9,250rpm dan 95Nm pada 6,500rpm.

Nama Lifan mungkin tidak sepopular jenama terkemuka lain namun pengeluar motosikal China ini sudah lama bertapak di pasaran motosikal dunia.

Di pasaran Eropah, Lifan menawarkan pelbagai model motosikal terutamanya dengan kapasiti bawah 150cc manakala di Malaysia, jenama Lifan juga dipasarkan menerusi WMoto Xtreme 150i.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Lifan membuat keputusan untuk memasuki segmen 400cc dengan memperkenalkan motosikal jenis adventure.

Lifan KPT 400 merupakan percubaan sulung syarikat itu dalam memasuki segmen yang semakin popular dikalangan peminat motosikal.

Tampil dengan reka bentuk unik seakan menyamai Harley-Davidson Pan America 1250, model ini tampil dengan beberapa ciri menarik.

Lifan KPT 400 dikuasakan enjin parallel-twin 400cc yang mampu menjana 42hp pada 9,500rpm dan 35Nm pada 7,500rpm sekaligus berada dalam kelompok sama dengan KTM 390 Adventure.

Bahagian chasis pula mengguna pakai kerangka jenis steel trellis manakala tetapan suspensi datang dengan fork depan USD serta monoshock di belakang.

Sementara itu, brek dikendalikan kaliper dua piston berkembar di depan dan kaliper satu piston di belakang. Ciri menarik lain turut ditawarkan adalah paparan skrin TFT berwarna dengan fungsi Bluetooth, lampu LED penuh serta tangki 18.5L.

Spesifikasi ditawarkan sememangnya serba moden dan cukup menarik bagi yang mencari model ADV dengan harga mampu milik.

Sekiranya Pan America terlalu mahal mungkin boleh pertimbangkan versi Pan Asian ini pula.

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai untuk kerap melakukan ujian saringan Covid-19 sebaik aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

Perkara itu disampaikan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar setelah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa hanya tinggal 1.6 peratus lagi untuk mencecah 90 peratus sekaligus membolehkan aktiviti rentas negeri dibenarkan semula.

“1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptomatik kami menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala,” jelas Khairy.

Setakat hari ini, 6 Oktober 2021 kadar vaksinasi lengkap telah pun mencecah 88.4 peratus atau 20.8 juta. – AWANI

Triumph Motorcycle memperkembangkan platform 660cc dengan pelancaran global Tiger Sport 660 baharu.

Dibangunkan dengan enjin tiga silinder 660cc sama yang terdapat pada Trident 660, Tiger Sport tampil dengan elemen motosikal ‘sport tourer’ sekaligus menawarkan ciri praktikal dan serba boleh.

Model baharu ini juga bakal memberi saingan terhadap Kawasaki Versys 650, Suzuki V-Strom 650 dan Yamaha Tracer 7.

Tiger Sport 660 ini menghasilkan 79hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm dengan Triumph dakwa 90 peratus tork dapat dirasai seawal 3,600rpm.

Ciri lain yang turut dibawa dari Trident adalah fungsi dua mod tunggangan, Rain dan Road, sistem Ride-by-Wire dengan transmisi 6-kelajuan serta ciri klac assist/slipper.

Sementara itu, sistem membrek dikendalikan ABS dwi-saluran yang dipadankan dengan kaliper brek Nissin dua piston depan bersama cakera brek 310mm depan dan 255mm belakang.

Bagaimanapun, perlu diingatkan sistem ABS tersebut tidak boleh dipadamkan.

Antara ciri menarik lain turut ditawarkan adalah seperti berikut:

  • fork depan USD 41mm Showa
  • monoshock belakang Showa
  • tinggi tempat duduk 835mm
  • tangki 17.2L
  • lampu LED penuh
  • paparan TFT berwarna dengan fungsi My Triumph Connectivity

Berdasarkan kejayaan Triumph dalam memasarkan Trident 660 untuk pasaran global termasuk di Malaysia, kami berasakan Tiger Sport 660 ini juga bakal meneruskan kesinambungan sama.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube