Bikesrepublic

Berita Terkini

Yamaha didakwa bakal perkenalkan Tenere dengan enjin yang lebih besar bagi sertai Tenere 700 sedia ada.

Menurut laporan, Yamaha ketika ini sedang giat membangunkan Tenere yang lebih besar yang didakwa mengguna pakai enjin CP3 890cc.

Ini sekaligus menyaksikan portfolio Tenere akan terus berkembang dengan model 900 sertai Tenere 700 dan Tenere Raid 700 sedia ada.

Walaupun Yamaha pernah memperkenalkan pelbagai varian enjin bagi Tenere – termasuk 600cc hingga 1200cc – namun difahamkan pengeluar motosikal Jepun itu menerima banyak gesaan agar varian baharu dengan enjin tiga silinder 890cc dari MT-09 diperkenalkan.

Majalah permotoran Perancis, Moto-Station mendakwa Yamaha sedang membangunakn Tenere 900 tersebut dengan sesi ujian telah pun berada di peringkat akhir.

Dikuasakan enjin sama yang menggerakan MT-09, Tracer 9, dan XSR900, Tenere 900 ini pastinya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Yamaha XT1200Z Super Tenere yang telah diberhentikan pengeluaran.

Menariknya, Tenere 900 akan datang itu pastinya akan menghadirkan saingan terhadap Triumph Tiger 900, Ducati DesertX dan MV Agusta Lucky Explorer 9.5.

GASGAS memulakan era baharu dalam arena motosikal ‘street legal’ dengan melancarkan ES 700 dan SM 700 untuk pasaran dunia.

ES 700

Syarikat pakar motosikal ‘off-road’ itu menggunakan pengalaman luas dalam arena motosikal Supermoto, Endro dan Trail untuk melangkah ke alam baharu hasil bantuan syarikat induk, Pierer Mobility (KTM).

Hasilnya, model ES 700 dan SM 700 merupakan motosikal yang dibangunkan daripada platform KTM 690 SMC R yang sebelum ini turut diguna pakai bagi pembangunan model Husqvarna 701 Supermoto dan 701 Enduro.

SM 700

Bagaimanapun, ES 700 dan SM 700 dibezakan dengan penggunaan warna serba merah dan ‘livery’ GASGAS.

Selain itu, GASGAS turut melengkapkan kedua-dua model dengan ciri elektronik premium yang meningkatkan respon ‘throttle’ yang turut dibantu denagn transmisi (quickshift) 6-kelajuan.

ES 700

Menawarkan 74hp, kedua-dua model ini juga didatangkan dengan tangki 13.5L.

Sementara itu, SM 700 – yang dibina untuk kegunaan di jalan raya – dilengkapi fork depan WP 48mm dengan penyerap hentakan belakang boleh laras.

Dalam perkembangan sama, terdapat khabar angin bahawa GASGAS akan turut membangunkan model 390/890 sama seperti yang ditawarkan KTM ketika ini.

Hal ini antara sebahagian daripada usaha Pierer Mobility dalam mengetengahkan jenama GASGAS yang sebelum ini hanya terhad dalam penghasilan motosikal ‘factory’ sahaja.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melancar Op Poket dengan mengadakan 12 sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berbeza setiap hari sepanjang Aidilfitri.

Menurut Pengarah JPJ Melaka, Mohamad Firdaus Shariff, pelaksanaan SJR itu akan dipertingkat hingga 75 peratus berbanding 25 peratus yang dijalankan sebelum ini.

Bagi memastikan penguatkuasaan berjalan dengan efisien, seramai 200 anggota akan turun ke lapangan bagi tugas pemantauan dan pelaksanaan Op Poket dari 29 April hingga 8 Mei ini.

“Bagi tujuan itu, kita juga akan melaksanakan Op Poket yang dilakukan di laluan-laluan dalam, di mana pasukan pemeriksaan secara mobile ini akan bergerak ke 12 lokasi setiap hari,” jelas Firdaus.

Sementara itu, Firdaus menjelaskan penguatkuasaan kali ini akan memfokuskan sembilan kesalahan utama termasuk lima kesalahan yang hanya boleh diselesaikan di mahkamah. – Utusan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan pengguna jalan raya yang didapati memiliki waran tangkap lampau sewatku pelaksanaan Op Selamat bermula 29 April hingga 8 Mei 2022.

Operasi yang akan berjalan selama 10 hari itu menyaksikan polis akan membawa individu dengan waran tangkap ke balai polis berhampiran manakala pengguna jalan raya dengan saman tertunggak akan diminta jelaskan saman.

“Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak,” jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Razarudin turut memberitahu pihaknya akan menggerakan penggunaan alat pengesanan had laju (In-Car Radar) di sepanjang lebuh raya dan jalan utama.

“Alat ‘In-Car Radar’ ini akan membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang terbabit dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis,” tambahnya.

PDRM menjangkakan terdapat lebih dua hingga empat juta kenderaan bakal memenuhi lebuh raya sempena perayaan Aidilfitri kali ini. – BH

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melelong 30 kenderaan hasil sitaan bahagian penguatkuasaan pada 18 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Menurut Firdaus, lelongan tersebut akan babitkan 21 kenderaan boleh daftar dan sembilan kenderaan skrap.

Lebih menarik, Firdaus mendedahkan  bahawa antara kenderaan yang akan dilelong adalah sebuah kereta jenis Honda Civic FD K20 yang akan ditawarkan pada harga bermula RM11,900.

Sementara sebuah Proton Saga akan dilelong pada harga terendah bermula RM337.50.

“Dokumen lelongan kenderaan berkenaan berharga RM50 mula dijual pada 5 Mei depan di JPJ Bukit Katil dan hanya pembeli buku dokumen berdaftar sahaja dibenarkan masuk untuk bidaan.

“Lelongan akan dibuat secara bersemuka di kawasan tempat letak kenderaan di JPJ Bukit Katil,” jelasnya. – Melaka Hari Ini

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan bahawa kenderaan mikromobiliti dilarang berada di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjelaskan larangan tersebut dikenakan mengikut pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang telah berkuat kuasa sejak 17 Disember lalu.

Berikut senarai kenderaan mikromobiliti yang dilarang digunakan di atas jalan raya:

  • Moped
  • Personal Mobility Devices (skuter elektrik, unicycle) atau mempunyai kelajuan maksimum 50km/j
  • Personal Mobility Aids

Sementara itu, Wee Ka Siong menegaskan hanya basikal elektrik yang mencapai Malaysia Standard MS2514: Electri Bicycles (Electric Pedal Asisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Pada masa sama, Ka Siong memaklumkan bahawa pengguna yang didapati menggunakan kenderaan yang dilarang di atas jalan raya akan berdepan kompaun RM300 seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Walaupun kompaun yang dikenakan hanya RM300, namun Akta Pengangkutan Jalan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan,” tambahnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube