Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini tular satu perkongsian di Twitter di mana seorang pemandu lori telah mengambil gambar pasangan di dalam sebuah Perodua Myvi sedang ‘bermesra’ ketika dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Pedas Linggi. 

Memetik laporan Piston.my, kereta Myvi tersebut sedang memandu sekitar 70km/j di lorong tengah. 

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemandu lori tersebut yang mengambil kira untuk tujuan menjadi viral semata-mata. Sementara itu, ada juga yang mengecam pemandu lori tersebut kerana memandu sambil menggunakan telefon dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. 

Apa yang pasti, pemandu kenderaan bermotor perlu berhati-hati di jalan raya dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan pemanduan. 

Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sam Ke Ting atas insiden kematian laparan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017. 

Panel dibarisi tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah memutuskan untuk mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi. 

Ketika keputusan dibacakan, Hadhariah menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi hanya beri fokus pada pemandu dan bukannya kumpulan basikal lajak tersebut. 

Hadhariah juga memaklumkan bagaimana Mahkamah Majistret membuat penilian secara maksimum dan lebih tepat di samping mengambil kira bagaimana kemalangan tersebut tidak dapat dielakkan. 

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah terjejas teruk akibat daripada cuaca ribut yang melanda baru-baru ini. 

SIC dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa beberapa fasiliti dan kawasan sekitar telah rosak akibat daripada hujan lebat dan ribut yang berlaku pada Sabtu. 

Bagaimanapun, SIC mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan yang menimpa petugas yang berada di kawasan sekitar termasuk pihak sekuriti yang sedang berkhidmat ketika kejadian. 

Dalam pada itu, SIC mendedahkan antara kerosakkan yang dikenal pasti melibatkan kanvas bumbung, papan tanda dan pokok di kawasan sekitar.  Ketika ini SIC masih lagi sedang menilai jumlah kerosakkan. 

SIC ketika ini sedang menjalani proses turapan semula beberapa bahagian litar dalam usaha memperbaharui lesen FIM sempena penganjuran MotoGP. 

Yamaha telah mengemas kini skuter popular, Yamaha Aerox 155 bagi tahun 2023 di pasaran India. 

Lebih dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di Malaysia, skuter bersesaran 155cc itu telah dinaik taraf dengan sistem ‘traction control’ (TCS). 

Aerox 155 merupakan skuter 155cc kedua selepas Augur 155 yang menerima kelengkapan elektronik baharu itu. 

Untuk rekod, TCS mempertingkatkan prestasi menunggang Aerox 155 dengan mengurangkan ‘wheelspin’ lalu memastikan pergerakan lebih efisien dalam apa jua keadaan menunggang. Menurut Yamaha India, Aero 155 juga mempunyai sistem OBD-II (on-board diagnostic). 

Bagaimanapun, Aerox 155 masih lagi dikuasakn enjin 155cc Blue Clore 4-stroke SOHC dengan VVA yang berupaya menghasilkan 14.7hp pada 8,000rpm dan 13.9Nm pada 6,500rpm.  Yamaha Aerox 155 ini juga datang dengan lampu kecemasan sebagai standard. 

Sempena sambutan Aidilfitri yang semakin dekat, Goodyear Malaysia mahu mengingatkan penggun jalan raya di Malaysia untuk mendapatkan ‘kasut baharu’ bagi kenderaan masing-masing. 

Apatah lagi dijangka jutaan kenderaan bakal memenuhi lebuh raya. Goodyear mahu orang ramai membuat pemeriksaan terhadap tayar sedia ada bagi memastikan tayar berada dalam keadaan baik atau sudah sampai masa untuk ditukar.

Sehubungan itu, Goodyear Malaysia melancarkan kempen ‘Raya Bergaya Bersama Goodyear’, yang berlangsung hari ini sehingga 31 Mei 2023. 

Sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan yang membuat pembelian empat tayar 16-inci dan 17-inci atau dua tayar 18-inci dan ke atas akan menerima payung eksklusif dari Goodyear (sementara stok masih ada). 

Dalam pada itu, pelanggan juga boleh mendaftar program waranti ‘Worry Free Assurance’ yang menawarkan jaminan setahun daripada kerosakan tayar yang disebabkan keadaan jalan raya dan pemeriksaan tayar (dua kali) secara percuma serta waranti lima tahun bagi sebarang ketidaksempurnaan pada tayar. 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng mengharapkan kempen kali ini dapat  menerapkan tabiat memandu dengan selamat di kalangan rakyat Malaysia.

“Promosi ini merupakan satu peringatan kepada orang ramai untuk menggantikan kasut kereta mereka, dan pada masa yang sama memberikan mereka ganjaran kerana telah membuat sesuatu yang tepat terhadap kenderaan mereka. 

“Kami mahu menegaskan kepentingan keselamatan tayar dan memilih tayar yang berkualiti dengan teknologi inovatif untuk pemanduan yang tenang dan selamat.

“Terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu sering berlaku kebelakangan ini dan mengetahui betapa ramainya pengguna jalan raya di Malaysia, ia amat penting untuk setiap pemandu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan keluarga mereka dan juga keselamatan para pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan lebih 2.97 juta rakyat Malaysia telah pun memuat turun aplikasi MyJPJ sejak Februari lalu. 

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, aplikasi MyJPJ berjalan dengan lancar setakat ini di samping memaklumkan pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device (SMED) bagi tujuan pengesanan maklumat pemandu. 

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ  bagi memudahkan urusan,” jelasnya.

Memetik laporan Utusan Online, Zailani meminta agar pengguna jalan raya merancang jadual perjalanan sempena cuti Aidilfitri. 

“Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.

“Jadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,” tambahnya. – Utusan Online

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube