Bikesrepublic

Berita Terkini

Reka bentuk awal jajaran jalan yang menghubungkan pusat pemeriksaan sempadan di Bukit Kayu Hitam dan Sadao di Thailand dijangka siap menjelang November.

Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan kerja-kerja awal di tapak itu termasuk tinjauan, kerja siasatan tapak dan kajian trafik.

Mesyuarat seterusnya kumpulan kerja pakar Malaysia-Thailand pada Disember dijangka membincangkan lebih lanjut mengenai reka bentuk.

Jajaran jalan ini adalah antara projek infrastruktur yang dirancang untuk sempadan Malaysia-Thailand, yang dijangka meningkatkan perdagangan kerana hampir 50% perdagangan dua hala Malaysia-Thailand tertumpu di sana.

Malaysia dan Thailand berharap dapat mencapai sasaran mencapai US$30 bilion (RM132 bilion) dalam perdagangan dua hala menjelang 2025.

Fadillah berkata Thailand telah bersetuju dengan reka bentuk Malaysia untuk jambatan yang menghubungkan Rantau Panjang dan Sungai Golok, manakala cadangan untuk Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai akan dikemukakan kepada Kabinet.

Bekas ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akhbar Khan, tidak setuju dengan cadangan membina litar perlumbaan ‘drag’ sebagai usaha menangani gelaja lumba haram.

Sebaliknya, beliau berpendapat langkah itu boleh memakan diri.

Walaupun beliau sendiri pernah mengemukakan cadangan seperti itu pada era 80an namun Dell Akhbar Khan berpendapat pelan itu tidak dapat menyelesaikan budaya mat rempit di negara ini.

“Apabila saya mencadangkan agar mat rempit dibenarkan untuk berlumba di litar yang betul pada tahun 1980an, idea tersebut adalah bagi memastikan aktiviti tersebut dapat berlangsung dengan selamat.

“Walau bagaimana pun, selepas berlumba (di litar yang disediakan), mereka (mat rempit) boleh pula sambung berlumba secara haram di jalanan pula. 

“Kita sangkakan dengan membenarkan mereka berluma di litar yang disediakan, masalah ini (lumba haram) dapat diselesaikan, tetapi rupanya ia tidak membuatkan mereka berhenti untuk berlumba pula di jalanan,” jelasnya.

Sebaliknya, Dell mengesa kerajaan pertimbang melakukan kajian yang lebih terperinci terlebih dahulu sebelum meneruskan cadangan pembinaan litar terbabit.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mencetuskan pelbagai reaksi apabila mengumumkan rancangan kerajaan untuk bina litar lumba drag di setiap negeri sewaktu menghadiri perhimpunan RXZ Members 4.0 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu. – The Malaysian Insight

Setiap minggu ada sahaja berita mengenai sebuah Yamaha RXZ untuk dijual dengna harga yang tinggi.

Terbaru, sebuah akaun di Facebook, NA Blasting, Tyres & Services mengiklankan sebuah motosikal RXZ tahun 2009 untuk dijual.

Apa yang mencuri perhatian adalah tanda harga yang disertakan, dengan si penjual meminta harga RM180,000.

Menerusi perkongsian tersebut, model Yamaha RXZ 2009 itu berada dalam keadaan original sepenuhnya dan dilengkapi rim GTO original yang telah dicat semula.

Pada masa sama, motosikal tersebut juga didatangkan dengan nombor pendaftaran kenderaan dengan nombor tunggal yang mungkin menjadi punca penjual harga sedemikian. 

Sebelum ini, akaun Facebook tersebut turut mengiklankan penjualan dua buah Yamaha RXZ tahun 2007 dan 2008 dengan harga ‘combo’ RM160,000 dan turut menerima pelbagai reaksi. 

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada ketiga-tiga motosikal jenis RXZ terbabit telah pun berjaya terjual.

Ducati akhirnya membuat keputusan dengan mengumumkan Enea Bastianini sebagai gandingan baharu Francesco Bagnaia bagi saingan Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023.

Keputusan itu dilihat agak mengejutkan tatkala pelumba Pramac Racing, Jorge Martin, terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan itu sebelum ini.

Ini sekaligus menyaksikan Martin akan terus kekal bersama Pramac bagi musim 2023.

Ducati mengambil masa dalam mengumumkan pengganti Jack Miller – yang akan ke KTM musim 2023 – kerana perlu memilih antara Bastianini dan Martin.

Namun, keputusan cemerlang yang direkodkan Bastianini musim ini ternyata menjadi faktor utama pelumba Gresini Racing itu dipilih menyertai pasukan factory Ducati.

Ini bermakna, Ducati akan menurunkan gandingan pelumba Itali pada tahun hadapan. 

Sementara itu, Bastianini akui berasa teruja dengan pengumuman tersebut yang mengesahkan tempatnya di pasukan factory Ducati bagi musim 2023.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyarung warna rasmi Ducati tahun depan. 

“Ini adalah impian yang jadi kenyataan. Saya belajar banyak dalam tempoh dua tahun ini, dan saya yakin banyak lagi akan saya pelajari dengan bantuan jurutera dan pasukan Ducati Lenovo.

“Saya berterima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo dan Davide atas kepercayaan ini,” jelasnya. 

Dalam perkembangan sama, Martin dan Johann Zarco akan kekal sebagai rasukan sepasukan di Pramac Racing bagi musim 2023.

Yamaha didakwa akan memperkembangkan portfolio enjin tiga silinder 890cc CP3 dengan sebuah modelbaharu.

Dakwaan tersebut dikemukakan media Jepun, Young Machine yang melaporkan Yamaha sedang membangunkan model XSR 900 GP. 

Seperti kebiasaan, Young Machine sememangnya terkenal dengan mendedahkan model baharu yang akan dikeluarkan ‘The Big Four’ (Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki).

Setakat ini, tiada lagi tembakan mereka tidak mengena dan laporan terbaru mengenai XSR GP juga pastinya berisi.

Tambahan pula, Yamaah juga pernah memfailkan permohonan tanda nama bagi XSR GP pada April lalu jadi laporan terkini oleh Young Machine itu pasti berasas.

Menurut laporan tersebut, XSR GP akan datang itu akan digerakkan enjin CP3 890cc yang terdapat pada XSR 900, Tracer 9 GT dan MT-09. 

Berdasarkan imej ‘render’ yang dibayangkan Young Machine, XSR GP akan dibina berasaskan model XSR 900 namun akan diberikan panel badan yang penuh (full-fairing) di samping sentuhan reka bentuk retro termasuk penggunaan lampu depan berbentuk bulat.

Ini secara tidak langsung membuatkan Yamaha XSR GP itu tampak seperti Triumph Speed Triple 1200 RR, MV Agusta Superveloce 800 dan Honda Hawk 11. – Young Machine

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi skuter maxi, Yamaha XMax 250.

Menurut HLYM, XMax 250 2022 tampil dua warna baharu, Red dan Matte Green.

Kedua-dua warna itu merupakan warna yang telah diperkenalkan Yamaha Japan beberapa minggu lalu. 

Bagaimanapun, Yamaha XMax 250 2022 ini kekal dengan rekaan dan ciri sama. 

Pada masa sama, Yamaha XMax 250 ini terus dikuasakan enjin satu silinder (Euro4) 250cc, SOCH dengan penyejukan cecair yang berkeupayaan menghasilkan 22.5hp pada 7,000rpm dan 24.3Nm pada 5,500rpm.

Menurut HLYM, Yamaha XMax 250 2022 ini ditawarkan pada harga RM22,298 (sebelum cukai jalan dan insurans). 

Setiap pembelian Yamaha XMax 250 2022 ini akan disertakan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube