Bikesrepublic

Berita Terkini

Benelli didakwa sedang membangunkan enjin parallel-twin 400cc bagi menggantikan platform 300cc sedia ada.

Perkara itu didedahkan menerusi dokumen paten terbaru yang difailkan di China yang turut memaparkan sebuah jentera Benelli BJ400J.

BJ400J merupakan motosikal jenis ‘touring’ yang bakal dirasmikan penguatkuasa polis di negara itu menggantikan jentera 300cc yang memaparkan rekaan sama dan telah digunakan sejak 2018.

Ini kerana di China, jentera polis sentiasa mendapat versi yang dinaik taraf terlebih dahulu sebelum diperkenalkan kepada orang awam.

Menariknya, Benelli juga dikhabarkan akan menggantikan kesemua platform 300cc sedia ada termasuk pada model 302S dan 302R dengan enjin 400cc terbaru itu.

Benelli membesarkan bore dan stroke kepada 70mm x 52mm sekaligus berupaya menghasilkan nadi terbaru yang mampu menjana sekitar 45hp.

Sementara itu, membesarkan enjin dari 300cc ke 400cc juga membolehkan komponen lain dikekalkan antaranya kerangka, suspensi, rim dan brek.

Enjin sama juga pernah didedahkan syarikut induk Qianjiang menerusi QJMotor 400RR sebelum ini.

Sementara itu, langkah terbaru ini juga membuka pasaran yang lebih luas bagi Benelli yang bakal meletakkan jentera 400cc terbaru itu dikalangan jenama lain antarnaya Kawasaki Z400.

Dalam perkembangan sama, dokumen tersebut turut mendedahkan Benelli BJ400J itu menawarkan komponen premium antaranya brek Brembo, cakera brek dan fork USD.

Meskipun berusaha keras untuk pulih sepenuhnya sempena aksi pembukaan MotoGP musim 2022 dua minggu lalu di Qatar, Marc Marquez disahkan kembali alami kecederaan susulan kemalangan di Litar Mandalika, baru-baru ini.

Marquez telah disahkan tidak cergas untuk pusingan kedua di Litar Mandalika pada Ahad selepas mengalami ‘highside’ di Turn 7 sewaktu sesi pemanas badan.

Pasukan perubatan kemudiannya mengesahan Marquez alami gegaran di kepala (concussion) sekaligus memaksa pasukan Repsol Honda merehatkan enam kali juara dunia MotoGP itu.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke Sepanyol, Marquez akui alami ketidakselesaan di matanya lantas melalui satu pemeriksaan di Hospital Barcelona yang mengesahkan dia kembali alami diplopia selepas mengalami kecederaan sama November lalu.

Namun, pemeriksaan lanjut juga membebaskan pelumba itu daripada sebarang kecederaan serius lain.

Status semasa Marquez ketika ini secara tak langsung menjejaskan persiapan musim ini dengan saingan MotoGP kembali bersambung 3 April ini di Argentina.

Polis Johor akan memanggil 10 pemandu konvoi kereta mewah yang bertindak memberhentikan kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara Selatan, Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang menjelaskan kesemua individu terlibat dipanggil bagi bertujuan merakam kenyataan susulan insiden yang tular di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan, sekumpulan pemilik kereta mewah yang berkonvoi telah bertindak menyekat jalan dan sebuah trak pikap jenis Ford Ranger yang dipandu seorang wanita yang didakwa berada dalam keadaan mabuk.

Wanita berusia 28 tahun tersebut juga telah pun ditahan di perkarangan IPD Kulai pada jam 1 pagi, semalam dan akan direman tiga hari.

Menurut Kamarul, pemandu wanita tersebut turut membuat laporan polis dan mengadu dipukul individu yang sertai konvoi kerta mewah tersebut.

“Seramai 10 individu akan dipanggil untuk memberi kenyataan petang ini berikutan pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati terdapat antara 10 atau lebih individu terbabit dalam insiden kekecohan selain menghalang lalu lintas di lebuh raya berkenaan Jumaat lalu.

“Polis akan membuka tiga kertas siasatan mengikut kesalahan iaitu merusuh, menghalang lalu lintas serta memandu secara melulu,” jelas Kamarul.

Difahamkan, pemandu wanita tersebut telah melanggar sebuah kereta jenis Lamborghini ketika cuba memotong kenderaan konvoi lain.

Kamarul Zaman berkata, siasatan awal mendapati punca insiden tersebut berlaku kerana wanita itu didapati telah panik sebelum berlakunya perlanggaran. – BH

Hakikatnya ramai yang tidak berasa gerun dengan kehadiran kamera perangkap had laju di lebuh raya.

Ini kerana rata-rata hanya akan memperlahankan kereta dan motosikal ketika kamera sudah berada hampir dengan kenderaan masing-masing agar tidak melebihi had kelajuan ditetapkan.

Bagaimanapun, sejurus kamera telah dilintas, pemandu dan penunggang motosikal akan kembali memecut lju.

Bagaimanapun, bagi memastikan senario itu tidak lagi berlaku, kerajaan Sepanyol sedang menguji beberapa kamera yang mampu mengesan kenderaan brek mengejut sewaktu melintas.

Ini bagi memastikan setiap kenderaan yang melalui kamera perangkap had laju benar-benar mematuhi had laju ditetapkan dan bukan sekadar memperlahankan kenderaan di saat akhir bagi mengelak daripada disaman.

Menurut laporan, sistem terbaru itu menggunakan dua kamera yang diletakkan pada jarak yang dekat antara satu sama lain.

Kedua-dua kamera tersebut menawarkan fungsi yang berbeza dengan satu merakam gambar jalan sementara satu lagi jarak kenderaan. Kerajaan Sepanyol mendakwa kamera tersebut juga mampu merakam sekiranya kenderaan yang melintas kembali memecut.

Buat masa ini teknologi tersebut belum lagi kedengaran di negara lain namun dengan kadar kemalangan semakin meningkat di seluruh dunia, tidak hairan jika teknologi seumpama itu akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dua bintang Superbike Dunia Turki, Kenan Sofuoglu and Toprak Razgatlioglu, berlumba merentasi jambatan gantung terpanjang di dunia, Canakkale 1915 di Turki dalam satu video penuh aksi.

Sama seperti lawatan ‘persaingan’ terakhir Sofuoglu ke jambatan itu, juara Supersport Dunia lima kali itu menaiki dua roda, menunggang Kawasaki H2R yang untuk litar sahaja dalam perlumbaan itu, manakala anak didik mudanya Razgatlioglu menaiki empat roda dengan Ferrari SF90 berkuasa 1,000hp.

Perlumbaan berlangsung di bahagian lurus 2,000 meter pada jambatan gantung sepanjang 4,600 meter itu. Dan walaupun itu menjadikannya kelihatan seperti tugas yang agak mudah, seperti yang anda akan lihat daripada video di bawah, menjinakkan Kawasaki H2R dan kesemua 310hpnya terbukti sebagai cabaran terbesar.

Selepas apa yang kelihatan seperti permulaan yang agak mantap dari Sofuoglu pada Kawasaki, ace Turki itu menghidupkan pendikit dan dilihat bekerja keras untuk mengekalkan bahagian hadapan ke bawah dan motosikal terkawal. Selepas sedikit kesukaran, casis dan enjin akhirnya melemparkan Sofuoglu melepasi mesin £500,000, 1,000hp itu.

Kerajaan akan terus melindungi rakyat daripada kesan kenaikan inflasi yang mendadak dengan meneruskan pemberian subsidi walaupun harga minyak global meningkat akibat perang Rusia-Ukraine.

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican berkata ini adalah komitmen kerajaan dengan mengambil kira hakikat bahawa negara masih dalam peringkat awal pemulihan daripada kesan Covid-19.

“Kerajaan mengekalkan dasar subsidi semasa untuk melindungi rakyat daripada kenaikan harga dan gangguan kepada rantaian bekalan makanan, walaupun kos untuk subsidi telah meningkat dengan ketara,” katanya.

Johan berkata demikian dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk “JaminKerja dan Semarak Niaga untuk Keluarga Malaysia” semalam.

Beliau berkata pergolakan antara Rusia dan Ukraine menyaksikan harga minyak melonjak kepada lebih AS$100 (kira-kira RM421.30) setong, manakala Bajet 2022 yang disediakan kerajaan adalah berdasarkan unjuran atau andaian harga minyak AS$67 setong.

Tambahnya, buat masa ini rakyat Malaysia masih boleh menikmati harga minyak RON95 RM2.05 seliter yang merupakan antara harga terendah berbanding negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi serta negara jiran.

Tanpa subsidi, harga minyak sudah mencecah RM4 seliter, katanya lagi.

“Kenaikan harga minyak turut melonjakkan harga minyak sawit, namun kerajaan masih menyediakan pek sawit bersubsidi 1kg pada harga runcit RM2.50 sebungkus, walaupun mengikut harga pasaran semasa, ia bernilai hampir RM10, ” kata Johan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube