Bikesrepublic

Berita Terkini

Kumpulan Automotif NAZA minta kerajaan untuk membenarkan sektor automotif kembali beroperasi.

Rayuan itu dibuat setelah mengambil kira rantaian bekalan sektor automotif negara terjejas teruk susulan penutupan penuh operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa daerah dan lokaliti sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif NAZA, Dato’Nik Hamdam Nik Hassan, gangguan terhadap rantaian bekalan akan memberi impak besar terhadap industri automotif negara terutamanya terhadap industri tempatan.

Pada masa sama, penutupan pusat jualan dan pameran serta pengedaran kenderaan boleh menyebabkan penutupan perniagaan terutamanya bagi pemain industri kecil.

Untuk itu, NAZA berharap kerajaan akan memandang serius rayuan industri automotif negara dan membenarkan aktiviti dijalankan semual secepat mungkin dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Penaja utama Sepang Racing Team (SRT), Petronas didakwa akan menarik balik penajaan pasukan itu di MotoGP bermula 2022.

Dakwaan itu timbul menerusi laporan media antarabangsa yang turut melaporkan bahawa SRT akan turut membubarkan pasukan Moto2 dan Moto3.

Difahamkan, pembubaran pasukan di Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha melindungi projek MotoGP.

Sementara itu, Yamaha turut dikatakan telah berbincang semula perjanjian bersama SRT, yang kini akan menawarkan dua jentera ‘B-Spec’ M1 bagi saingan 2022 berbanding satu factory spec dan satu A-spec yang diguna pakai musim ini.

Meskipun tiada pengumuman rasmi dari pihak Petronas mahupun SRT ketika ini namun dijangkakan pasukan kendalian Datuk Razlan Razali itu berdepan senario sukar ekoran ketiadaan penaja utama menuju musim baharu.

Manakala pembubaran Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 juga menimbulkan satu lagi persoalan, apakah nasib pelumba tempatan antaranya Syarifuddin Azman @ Damok dan Adam Norrodin yang dikaitkan dengan pasukan itu sebelum ini? – Motorsport

Monster Energy Yamaha MotoGP telah membuat keputusan untuk ‘merehatkan’ Maverick Vinales dari menyertai GP Austria hujung minggu ini.

Perkara itu disahkan Yamaha dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Yamaha, keputusan itu dibuat setelah data yang dianalisis daripada jentera YZR-M1 mendapati Vinales telah menyebabkan berlakunya kerosakan enjin yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain.

“Yamaha dengan dukacita mengumumkan penarikan semula penyertaan Maverick Vinales daripada GP Austria hujung minggu ini oleh Monster Energy Yamaha MotoGP.

“Ketiadaan pelumba itu adalah disebabkan operasi motosikal tidak teratur oleh pelumba itu ketika GP Styria, hujung minggu lalu.

“Keputusan tersebut dibuat setelah menjalankan analisis mendalam terhadap telemetri dan data sejak beberapa hari ini,” jelas Yamaha dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Yamaha memaklumkan bahawa slot pelumba itu tidak akan digantikan hujung minggu ini.

Sebaliknya, perbincangan lebih mendalam antara Yamaha dan Vinales akan dijalankan bagi menentukan penyertaan pusingan seterusnya.

Bosch akan memulakan pembuatan anti-lock braking system (ABS) motosikal pada suku kedua 2022 di Thailand.

Kilang di Amata City Industrial Estate itu telah pun beroperasi sejak 25 tahun lalu dalam penghasilan komponen kereta termasuk ABS pada 2014.

Bagaimanapun, bermula tahun depan, kilang itu akan memulakan pembuatan ABS motosikal selaras dengan pengumuman Jabatan Pengangkutan Darat Thailand yang mewajibkan semua motosikal mempunyai ABS menjelang 2024.

Pada masa, motosikal (atas 125cc) sedia ada juga diwajibkan mempunyai ABS menjelang 2026.

Langkah terbaru kerajaan Thailand itu dlihat sebagai usaha mempertingkatkan tahap keselamatan penunggang di seluruh negara.

Menurut Bosch, lebih 25 peratus daripada jumlah kemalangan di negara itu dapat dielakkan dengan bantuan ABS.

Berdasarkan statistik, Thailand merekodkan kemalangan tertinggi di kalangan negara ASEAN.

Maverick Vinales akhirnya mendedahkan disebalik keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama Yamaha meskipun masih berbaki semusim.

Jelas pelumba Sepanyol itu, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor.

“Saya yang membuat keputusan untuk tidak teruskan lagi,jadi tak logik untuk saya teruskan.

“Bagi saya tak masuk akal, tanpa sebarang solusi dan penjelasan, bagaimana saya nak perbaiki prestasi.

“Tiada siapa yang cuba beri penjelasan tentang apa yang berlaku atau apa yang perlu saya lakukan.

“Saya tak faham bagaimana ketika kelayakan, saya dari yang terpantas jadi yang paling ketinggalan.

“Saya tidak gembira, jadi tak berbaloi untuk saya teruskan lagi,” jelas Vinales.

Vinales hampir merekodkan permulaan baik separuh kedua musim MotoGP di GP Styria Ahad lalu ini sehinggalah perlumbaan dihentikan ekoran bendera merah.

Jentera M1 milik Vinales gagal dihidupkan ketika sesi lap pemanas badan (warm up lap) sewaktu perlumbaan hendak dimulakan semula dan terpaksa memulakan aksi di laluan pit.

Pelumba Monster Energy Yamaha itu juga akui bingung dengan apa yang berlaku di Austria.

“Pada awalnya saya gembira kerana perlumbaan pertama berjalan dengan baik tetapi sebaik perlu dimulakan semula, jentera saya enggan hidup selepas menukar tayar.

“Saya tidak faham apa yang berlaku, pelik kerana saya lakukan perkara sama ketika permulaan pertama,” jelasnya.

Kemudian, Vinales juga gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya sekali lagi mengalami masalah.

“Saya tidak pasti tetapi jentera bergerak dengan banyak dalam setiap lap, panel juga kerap kali menayangkan ‘pit lane’, jadi saya sangka ada kerosakan yang berlaku,” tambah Vinales. – GPOne

BMW North America telah memanggil semula Toyota Supra yang dihasilkan dari Februari 2019 hingga Jun 2021.

Panggilan semula itu babitkan 13,014 Unit Supra yang dilaporkan berdepan masalah dengan perisian pengurusan enjin (engine management software) yang menyebabkan sistem brek kehilangan kuasa.

Senario ini boleh menyebabkan pemandu berdepan kesukaran untuk memberhentikan kenderaan.

Menurut laporan, selain daripada Toyota Supra, panggilan semula itu turut babitkan beberapa model BMW antaranya M340i (2020), M340i xDrive, 540i, 540i xDrive, X3 M40i, X4 M40i (2020-2021), 745Le xDrive, dan Z4 M40i (2019-2021).

Bagi yang tertanya kenapa panggilan semula BMW babitkan Toyota Supra, ini kerana disebalik jenama kereta Jepun itu letakknya enjin dari BMW Z4 termasuk bahagian alat ganti lain.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube