Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda telah melancarkan CBR150R 2020 di Thailand yang kini tampil dengan empat pilihan warna baharu.

Diinspirasikan daripada ‘abang besar’, CBR650R dan CBR1000RR-R, model 2020 ini masih lagi mengekalkan enjin 149cc, satu silinder dengan penyejukan cecair yang menjana 17.1hp dan 14.4Nm seperti model sebelumnya.

Bagaimanapun, kemas kini terbaru menyaksikan CBR150R datang dengan pilihan warna baharu seperti berikut:

  • hitam matte, grafik merah
  • merah dengan grafik hitam (rim merah)
  • hitam matte, grafik jingga (rim jingga)

Kemudian, model ini turut tampil dengan pilihan warna unik yang menggabungkan warna kelabu/hitam dan merah dengan rim depan merah dan belakang hitam.

Meskipun terdapat persaingan sengit di antara CBR150R dan Yamaha R15 di Thailand namun model Honda itu tidak dipasarkan di Malaysia ketika ini sekaligus menyaksikan R15 lebih popular disini.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan 1,949 kemalangan maut membabitkan motosikal telah direkodkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari Mac hingga November 2020.

Bimbang dengan angka terbabit, MIROS kini menggiatkan lagi usaha mencadangkan pembinaan laluan khas motosikal membabtikan sejumlah 101 jalan raya di Perak, Selangor dan Johor.

Menurut MIROS cadangan itu sedang dalam perangkaan bersama-sama Kementerian Pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dalam usaha merendahkan angka kematian melibatkan penunggang motosikal.

Sebelum ini, pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh mendedahkan menambah laluan motosikal terbukti dalam menurunkan kemalangan maut lebih 95 peratus sepertimana yang terlaksana di sepanjang Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway).

Baginya, perkara ini dapat dicapai sekiranya laluan motosikal dibina dengan infrastruktur yang bagus termasuk penghadang yang lebih mesra motosikal berbanding penghadang yang diguna pakai ketika ini.

Demikian kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung semalam.

“Kita tidak lagi menghadkan jumlah di dalam kenderaan, jumlah adalah mengikut kapasiti kenderaan.

“Semuanya berdasarkan kapasiti tempat duduk mengikut kenderaan masing-masing,” jelasnya.

Menurutnya lagi, usaha dalam mengekang penularan Covid-19 harus memikul tanggungjawab bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang lain.

“Apa yang penting adalah tanggungjawab kita. Kita jaga kita, kita perlu menjaga ahli keluarga kita.

“Bagi saya, vaksin terbaik dalam menangani Covid-19 adalah diri kita termasuk pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” tambahnya

Antara intipati pengumuman semalam adalah membenarkan semula aktiviti rentas negeri (termasuk yang dikenakan PKPB) kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, mengumumkan bahawa aktiviti rentas negeri dibenarkan bermula 7 Disember ini.

Pengumuman itu dibuat sewaktu sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, PKPB di negeri Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang berakhir 6 Disember (esok) ini.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menurut Ismail Sabri, pihak polis juga akan menamatkan sekatan jalan raya Isnin ini namun akan memfokuskan dalam penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Skuter ‘adventure’ Honda ADV 150 seakan hampiri pelancaran di Malaysia apabila sudah ada pengedar yang mula mengiklankan tempahan bagi motosikal terbabit.

Honda Impian X Ee Tiong Motorsports menerusi perkongsian di Facebook mula mengiklankan pra-tempahan dibuka bagi skuter 150cc tersebut.

The Long-Awaited Honda ADV 150 is coming soon! C O M I N G . S O O N ? . . Open for booking now! ? Contact our sales…

Posted by Honda Impian X Ee Tiong Motorsports on Thursday, 3 December 2020

Kami dimaklumkan pada September lalu bahawa Boon Siew Honda bercadang untuk membawa masuk skuter tersebut pada 2021 namun tiada sebarang tarikh spesifik yang didedahkan.

Bagaimanapun, sebaik laporan itu timbul, sudah ada pihak yang tidak sabar lalu membuat tempahan lebih awal.

Honda ADV 150 diperkenalkan julung kalinya di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2019 (GIIAS).

Selain Indonesia, hampir semua negara jiran menawarkan ADV 150 ini kecuali Malaysia setakat ini.

Honda ADV 150 merupakan motosikal jenis skuter yang menawarkan elemen adventure menerusi jarak kelegaan tanah 165mm serta fork Showa 116mm.

Bernadikan enjin 150cc (yang sama terdapat pada PCX) model ini menawarkan 14.2hp pada 8,500rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah penghadang angin boleh laras, adaptor mengecas 12 volt dan ruang letak barang 27 liter di bawah tempat duduk serta sistem keyless.

SAG Racing Team sah bakal meneruskan aksi di Moto2 musim depan hasil kerjasama dengan pasukan Indonesia, Mandalika Racing Team (MRT).

Perkara itu disahkan sendiri kedua-dua pasukan menerusi satu kenyataan rasmi.

SAG Racing Team sebelum ini beraksi selama dua musim di pentas Moto2 bersama rakan kongsi dan penaja utama Onexox TKKR.

Gandingan Onexox TKKR dan SAG Racing Team menyaksikan lima podium, satu kemenangan dan empat petak pertama berjaya dilakar oleh gandingan Remy Gardner dan pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin.

Penyatuan baharu di antara MRT dan SAG Racing Team menyaksikan pasukan itu akan bertanding di bawah nama Pertamina Mandalika SAG Racing Team.

Struktur baharu ini akan bergantung sepenuhnya terhadap pengalaman pelumba baharu, Thomas Luthi diikuti seorang lagi pelumba baharu yang akan diumumkan kemudian menggantikan Kasma meskipun pelumba itu masih lagi berbaki kontrak dua tahun.

“Ketika ini, Kasma Daniel mempunyai kontrak bersama SAG Team namun keputusan akan dibuat dalam masa terdekat selepas mengambil kira kepentingan penaja utama,” jelas SAG Team.

Sebelum ini, Kasma dicanang akan digantikan dengan pelumba Indonesia, Dimas Ekky Pratama.

Sementara itu, principal pasukan SAG Team, Edu Perales turut mengucapkan terima kasih kepada Onexox TKKR.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Onexox TKKR terutamanya (Datuk) Bobie atas sokongan mereka selama dua musim sebelum ini,” jelasnya.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube