Bikesrepublic

Berita Terkini

Dalam tempoh kurang dua bulan dari sekarang, Kawasaki bakal melancarkan enam jentera baharu bagi tahun 2021.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada maklumat terperinci apakah antara jentera yang akan diperkenalkan namun dapat dipastikan salah satu daripadanya adalah Kawasaki ZX-10R dan ZX-10RR.

Namun, berdasarkan laporan, jentera tersebut bukanlah merujuk kepada model serba baharu sebaliknya sekadar kemas kini daripada model sedia ada.

Antara penambahbaikan yang akand dilaksanakan adalah bahagian enjin yang didakwa akan menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih tinggi.

Kemas kini itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membantu Kawasaki di pentas Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Langkah itu juga dijangka akan membawa perubahan terhadap ‘engine mounting’ dan beberapa ciri enjin lain.

Menurut laporan, rekaan keseluruhan akan terus kekal sama seperti versi sedia ada namun dengan aerodinamik yang lebih baik termasuk penggunaan winglet yang ketika ini merupakan keperluan ‘homologation’ di WSBK.

Senario ini mungkin juga menyaksikan Kawasaki akhirnya akan perkenalkan paparan digital berwarna pada ZX-10R dan ZX-10RR.

Kawasaki akan melancarkan enam model baharu itu pada 23 November ini. – Asphalt & Rubber

Honda Malaysia dengan rasminya melancarkan Honda City Generasi Ke-5 untuk pasaran tempatan, hari ini.

Honda City RS i-MMD

Honda City Generasi ke-5 yang didatangkan dengan empat varian ini pastinya akan merevolusikan kereta segmen B dengan rekaan moden, pecutan mantap di samping ciri pemanduan yang lebih maju.

Model ini juga kini tampil 111mm lebih panjang dan 54mm lebih lebar dan 10mm lebih rendah berbanding Generasi ke-4.

Honda City Generasi ke-5

Sementara itu, varian tertinggi, RS merujuk kepada Road Sailing yang didatangkan dengan pengayaan lebih sporty dan menonjol dengan beberapa kombinasi serba baharu antaranya gril depan gloss black, front lip bercorak karbon, bumper baharu dengan diffuser, spoiler baharu dan cermin pintu gloss black.

Enjin E:HEV dengan i-MMD

Julung kalinya di Malaysia, City RS 2020 ini dikuasakan dengan i-MMD – sistem yang dikenali dunia sebagai e:HEV – yang akan memacu generasi baharu teknologi hibrid Honda yang mengutamakan alam sekitar tanpa mengorbankan pengalaman pemanduan.

Meskipun i-MMD telah pun diperkenalkan ke model Honda yang lebih premium namun para jurutera di Honda R&D telah berjaya menghasilkan platform yang lebih kompak bagi dimuatkan ke dalam kenderaan yang lebih kecil.

Lampu LED

Sementara itu varian RS dan V menawarkan lampu depan dan belakang LED dan Daytime Running Light (DRL) serta lampu fog.

Senario ini sekaligus menyaksikan City RS dengan i-MMD menawarkan 106hp dan 253Nm, tork yang lebih baik dari kenderaan Segmen-C dan setaraf Segmen-D atau enjin 2.5L.

Pada masa sama, Honda City serba baharu ini juga didatangkan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang terdapat pada tiga varian lain; V, E dan S yag menghasilkan 120hp dan 145Nm.

Honda City 1.5 V

City serba baharu juga akan didatangkan dengan teknologi Honda Sensing yang merangkumi ciri keselamatan berkelas dunia seperti berikut :

Honda Lane Watch
  • Honda LaneWatch (varian RS dan V)
  • Electric Parking Brake (varian RS)
  • Lampu LED baharu dengan DRL (varian RS dan V)
  • Rim aluminium dua tona 16 inci (varian RS dan V)

Honda City 2020 boleh didapati dengan harga berikut:

  • Honda City RS i-MMD – *Januari 2021
  • Honda City 1.5 V – RM89,800
  • Honda City 1.5 E – RM84,800
  • Honda City 1.5 S – RM76,800

Suzuki Hayabusa akan kembali dengan rekaan lebih ‘segar’ dan enjin lebih berkuasa bagi tahun 2021.

Khabar angin mengenai Hayabusa baharu mula bertiup kencang kebelakangan ini selepas jentera itu dihentikan penjualan di Eropah pada 2018 dan beberapa negara lain susulan peraturan emisi yang ketat.

Suzuki Hayabusa julung kalinya diperkenalkan pada tahun 1999 sebelum generasi kedua dilancarkan lapan tahun kemudian.

Namun 10 tahun berlalu, hanya warna dan grafik Hayabusa dikemaskini lantas jentera ikonik itu terus kekal dengan imej ‘lama’ tanpa paparan digital, lampu LED dan sistem traction control yang kini ditawarkan secara standard pada jenama lain.

Bagaimanapun, segalanya bakal berubah tahun depan selepas Suzuki telah pun memfailkan beberapa paten di Jepun termasuk kerangka baharu, sistem ekzos serta butang start/stop.

Bukan itu sahaja, enjin 1,340cc sedia ada juga dijangka akan dipertingkat kepada 1,440cc yang akan menawarkan kuasa sekitar 190hp di samping menerapkan penggunaan lampu LED, cornering ABS, traction control dan mod menunggang.

Menurut laporan media antarabangsa, Suzuki dijangka memperkenalkan Hayabusa dinaik taraf ini pada pertengahan 2021.

Kerajaan membuat keputusan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB akan berkuatkuasa bermula 12.01 malam daripada 14 hingga 27 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan sendiri, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 dalam negara.

Perlaksanaan PKPB menyaksikan pergerakan rentas daerah adalah tidak dibenarkan namun pekerja yang perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Pada masa sama, hanya dua orang dari isi rumah dibenarkan untuk keluar memberi barangan keperluan.

Sementara itu setiap institut pengajian termasuk sekolah, pegajian tinggi, latihan kemahrian, tadika, taska, pusat dan tahfiz ditutup.

Rumah ibadat termasuk masjid dan surau juga ditutup manakala segala majlis tidak dibenarkan untuk diadakan termasuk segala pusat hiburan.

Bagaimanapun, segala aktiviti ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berjalan seperti biasa.

Bukan lagi satu rahsia bahawa Aprilia bakal melancarkan RS660 di Itali, hujung minggu ini.

Sempena pelancaran itu, pengeluar motosikal Itali tersebut mendedahkan info kuasa mengenai jentera sportsbike segmen ‘middleweight’itu.

Aprilia RS660 yang membuat penampilan sulung menerusi jentera konsep di EICMA pada 2018, tampil dalam bentuk ‘production’ setahun kemudian di platform sama.

Acid Gold

Aprilia RS660 yang mendapat inspirasi daripada RSV4 1100 menawarkan lampu LED, daytime running light (DRL) dan fairing yang memberi penekanan terhadap aerodinamik.

Enjin 659cc (foward-facing) parallel-twin DOHC itu menawarkan 100hp pada 10,500rpm dan 67Nm pada 8,500rpm di samping hanya seberat 169 kilogram (kering)!

Jentara ini juga menawarkan tangki berkapasiti 15 liter (termasuk tangki simpanan 4 liter).

Sementara itu menurut Aprilia, RS660 ini turut didatangkan dengan pelbagai teknologi dan sistem terkini antaranya traction control, cruise control dan lima mod tunggangan (tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar).

Sistem penyerap hentakan hadir menerusi fork depan USD boleh laras 41mm dari Kayaba dan monoshock boleh laras (rebound dan spring preload).

Sistem membrek pula dikendalikan kaliper radial Brembo 4 piston dengan brek cakera berukuran 320mm dan kaliper Brembo dua piston belakang termasuk cakera brek 220mm.

Pada masa sama, Aprilia turut mendedahkan RS660 akan ditawarkan dengan warna Acid Gold (terbaru), Lava Red dan Apex Black.

KTM Malaysia hampir pasti melancarkan KTM 390 Adventure selepas jentera itu dirakam menjalani ujian jalan raya.

Beberapa imej yang memaparkan jentera tersebut menjalani ujian jalan raya tular di media sosial baru-baru ini.

Meskipun terselindung di sebalik warna serba gelap namun jelas memaparkan susuk motosikal adventure bersesaran kecil, KTM 390 Adventure.

Model tersebut walaupun belum dilancarkan di Malaysia namun telah pun didapati di negara lain awal tahun ini.

KTM 390 Adventure yang berkongsi enjin sama dengan 390 Duke merupakan jentera ADV yang diilhamkan daripada versi yang lebih besar, 790 Adventure yang telah pun dilancarkan awal 2019.

Meskipun sekadar bersesaran 373.2cc satu silinder yang menawarkan 43hp dan 37Nm namun masa yang diberikan terhadap pembinaan jentera tersebut membuktikan KTM memberi tumpuan sepenuhnya dalam menghasilkan jentera adventure segmen entry-level yang berkualiti.

Model baharu ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya:

  • Kerangka steel trellis
  • ABS dan Cornering ABS (Street dan Off-Road)
  • Paparan TFT
  • Rantai x-ring
  • Kaliper brek empat piston ByBre (By Brembo)
  • Fork depan WP boleh laras
  • Sistem KTM My Ride

Sementara itu, kami menjangkakan 390 Adventure ini akan didapati selewatnya hujung tahun ini.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube