Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Motorrad didapati telah memfailkan paten terbaru pada Ogos 2021 yang jelas memaparkan sistem ShiftCam pada enjin satu silinder. 

Berdasarkan paten tersebut, sistem ShiftCam itu akan membantu mengurangkan berat, meningkatkan tahap efisien penggunaan bahan api di samping memperbaiki kuasa dan tork enjin sama seperti teknologi ShiftCam yang terdapat pada enjin Boxer ketika ini. 

Ini bermakna terdapat kemungkinan besar jentera satu silinder seperti BMW G 310 R, G 310 RR dan G 310 GS akan dikemas kini dengan sistem ShiftCam tidak lama lagi.

Buat masa ini tiada pengumuman rasmi daripada pihak BMW mengenai perkembangan terbaru ini namun mengambil kira BMW sering menaik taraf jentera sedia ada, tidak hairanlah jika sistem ShiftCam ini akan direalisasikan pada enjin satu silinder dalam masa terdekat ini. 

JIka benar, maka kemungkinan besar generasi seterusnya BMW G 310 akan mendapat naik taraf yang signifikan. 

KTM dengan rasminya mengesahkan bahawa motosikal sport touring popular, SMT bakal kembali bagi tahun 2023 menerusi KTM 890 SMT. Pengesahan itu dibuat menerusi perkongsian di laman media sosial. 

Menurut KTM, 890 SMT itu akan diperkenalkan secara rasmi pada 24 April ini.

Meskipun tarikh pelancaran adalah dua bulan dari sekarang namun sebarang info terperinci mengenai model tersebut masih tidak didedahkan.

Bagaimanapun, Cycle World pernah memuat naik gambar ’spy shot’ yang memaparkan KTM 890 SMT itu menjalani ujian di Eropah. 

*Sumber: Cycle World

Sekali imbas, terdapat beberapa perubahan ketara antara 890 SMT dan 890 Adventure terutamanaya di bahagian tangki dan panel badan di bahagian depan yang tampak lebih kompak. 

Dalam pada itu, sebagai motosikal ‘sport tourer’ 890 SMT didatangkan dengan rim aloi berbanding rim lidi (wire-spoked) pada 890 Adventure. 

Selain itu, kami menjangkakan 890 SMT akan turut menawarkan 100hp dan 95Nm ekoran dihidupkan enjin parallel-twin 890cc yang sama seperti 890 Adventure. Ini secara tidak langsung meletakkan KTM 890 SMT dalam kumpulan sama dengan Yamaha Tracer 9 GT dan Ducati Multistrada V2. 

Sempena ulang tahun ke-50 siri Kawasaki Z, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) memperkenalkan ‘Z-Anniversary Box (Z-Box) istimewa bagi pemilik baharu Modenas Z250. 

Kotak khas itu merangkumi pelbagai barangan rasmi jenama ‘Z’ termasuk; buku, baju dan bandana khas Kawasaki ‘Z’. 

Menurut pihak EMOS, seramai 300 pemilik baharu Modenas Z250 akan menerima kotak khas itu. 

Untuk rekod, sejarah model Z bermula pada tahun 1972 menerusi Kawasaki 900 Super4 yang diberi jolokan Z1 yang merupakan motosikal 4-inline pertama dalam kelasnya dengan sistem DOHC. 

Dalam pada itu, Modenas Z250 merupakan motosikal jenis ‘naked’ yang digerakan enjin parallel-twin 249cc yang berupaya menghasilkan 36hp dan 23Nm.

Dibangunkan dengan DNA ‘Sugomi’, Modenas Z250 ini juga amat ringan dengan berat hanya sekitar 165kg.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik 41mm
  • cakera brek 310mm depan
  • ABS dengna kaliper brek Nissin
  • ketinggian tempat duduk 785mm
  • skrin separa digital

CFMoto telah menaik taraf motosikal ‘adventure touring’ 800MT bagi tahun 2023 dengan memperkenalkan edisi Explore.

Menurut pengeluar motosikal dari China itu, CFMoto 800MT Explore Edition merupakan naik taraf daripada model 800MT (Sport dan Touring) yang dilancarkan tahun lepas. 

Bagi tahun 2023, 800MT Explore Edition tampil dengan sistem ‘traction control’ yang telah dikemas kini, radar RDS belakang baharu dan panel meter 8-inci MMI serba baharu. 

Bukan itu sahaja, 800MT Explore Edition juga kini didatangkan dengan tayar Michelin Anakee Adventure secara standard berbanding sebelum ini. 

Dalam pada itu, spesifikasi lain masih lagi sama seperti 800MT Touring antaranya berat 231kg, tangki 19L, kaliper brek J. Juan dengan cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang serta ABS. 

Enjin juga kekal sama dengan platform parallel-twin 799cc 8-valve DOHC dengan penyejukan cecair yang menghasilakn 90hp pada 9,250rpm dan 75Nm pada 8,000rpm. Untuk rekod, ini adalah enjin sama yang menggerakan KTM 790 Adventure. 

Buat masa ini, CFMoto masih belum mengumumkan harga rasmi bagi 800MT Explore Edition di Eropah namun kami jangkakan perkara itu akan dilakukan tidak lama lagi. 

KTM dilaporkan sedang membangunkan transmisi semi-automatik bagi barisan model 1290 yang membolehkan pertukaran gear dilakukan tanpa bantuan klac. 

Pendedahan itu dibuat berdasarkan paten yang telah difailkan syarikat motosikal Austria itu. 

Meskipun transmisi semi-automatik telah pun diperkenalkan Honda menerusi sistem DCT sebelum ini namun sistem yang dibangunkan KTM adalah berbeza. Ini kerana transmisi semi-automatik KTM mengguna pakai klac sentrifugal, ‘rocker arms’ dan unit kawalan gear berasingan bagi menukar gear. 

*nombor bahagian jelas merujuk pada enjin KTM LC8. (sumber: Cycle World)

Menariknya, paten tersebut juga mendedahakna bahawa sistem transmisi semi-automatik KTM itu juga merangkumi ‘parking brake’ yang berfungsi dengan menghalang motosikal daripada bergerak ke belakang sewaktu di permukaan berbukit. 

Bagaimanapun, paten tersebut tidak memaklumkan sama ada sistem semi-automatik KTM itu membolehkan penunggang menukar gear secara manual sepertimana yang ditawarkan DCT dengan bantuan butang naik dan turun gear. 

Buat masa ini, tiada info terperinci bila sistem tersebut akan mula diperkenalkan pada model 1290 namun pastinya ini adalah perkembangan yang menarik daripada KTM. 

Penunggang motosikal dari Malaysia yang ke Singapura atas tujuan kerja dan sebagainya perlu mematuhi peraturan emisi terbaru yang akan dikuat kuasakan 6 April ini. 

Perkembangan terbaru ini sekaligus penting untuk diambil tahu terutamanya bagi mereka yang ulang-alik ke negara jiran itu. 

Memetik laporan Paultan.org, setiap motosikal di Singapura (dan dari Malaysia) wajib mematuhi had emisi karbon monoksida (CO) dan hidrokarbon (HC).

Menurut National Environment Agency (NEA) had terbaru bagi CO telah ditetapkan pada 4.5 peratus. Sementara itu,  had HC pula berada pada 7,800ppm (bahagian per sejuta) bagi motosikal 2-storke dan 2,000ppm bagi motosikal 4-stroke. 

Dalam pada itu, bagi memastikan penguatkuasaan itu berjalan lancar, NEA juga akan menjalankan pemeriksaan emisi di pintu masuk sempadan Singapura. 

Motosikal yang didapati gagal mematuhi peraturan emisi tersebut akan dikenakan kompaun serta-merta dengan jumlah nilai yang sama bagi motosikal dari Singapura dan Malaysia. – Paultan.org

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube