Modenas, pengedar dan pemasang rasmi produk Kymco di Malaysia sejak tahun 2016, telah memperkenalkan model maxi-scooter AK550 Premium.
Model maxi-scooter ini menggunakan enjin 550cc dengan kuasa 51hp, 52Nm. Enjin jenis liquid-cooled ini menggunakan silinder kembar dan menggunakan belt untuk penyampaian yang lancar.
Tangki bahan api pula berukuran 15 liter, dan akan menelan belanja sekitar RM30.75 untuk tangki penuh berdasarkan harga RON95 sekarang (RM2.05).
Ciri-ciri yang ditawarkan juga sangat mengagumkan seperti fork terbalik, dua disc berukuran 280mm di bahagian depan dan 260mm di bahagian belakang yang digenggam oleh caliper Brembo dengan sistem ABS.
Sistem ABS ini dikatakan adalah sistem paling cepat bertindak di pasaran dan juga menggunakan sistem Cornering ABS. Selain itu, terdapat juga dua mod kuasa – Power dan Rain. Ini berfungsi bersama-sama dengan sistem Traction Control yang memastikan anda tidak akan kehilangan cengkaman dalam apa jua situasi.
Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di lebuh raya, terdapat juga sistem cruise control serta skrin angin yang boleh diatur secara elektronik untuk keselesaan tambahan.
Dan hanya untuk memastikan phone anda tidak kehabisan bateri, AK500 dilengkapi dengan port USB juga.
Kemudahan mengguna tentu dijangkakan untuk skuter dalam kategori ini, dan AK550 tidak mengecewakan dengan storage bawah seat yang sesuai untuk helmet full face dan satu helmet biasa. Selain itu, terdapat juga dua kompartmen sarung tangan di bahagian hadapan yang boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil.
Teknologi juga merupakan aspek penting dalam pengalaman AK550 dengan sistem bernama Noodoe yang pada dasarnya adalah sistem navigasi. Tetapi sentiasa ada Waze dan Google Maps jika anda tidak mahu memuat turun sistem navigasi yang lain.
Satu teknologi berguna adalah fungsi Find My Ride yang merupakan sebahagian daripada aplikasi Noodoe. Ini membolehkan anda mencari AK550 anda dalam tempat letak kereta yang sesak, sesuatu yang pasti dialami oleh kita semua di pusat membeli-belah yang sesak.
Kymco AK550 Premium kini berada di Malaysia dengan harga RM65,600.