Bikesrepublic

Berita Terkini

Sempena sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma bagi semua pemilik kenderaan persendirian.

Kempen tersebut berjalan hari ini (10 April) hingga 20 April 2023. 

Pemilik kenderaan persendirian boleh hadir secara ‘walk-in’ ke cawangan PUSPAKOM terlibat (kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 

PUSPAKOM turut menyediakan perkhidmatan Unit Pemeriksaan Bergerak di lokasi berikut bagi memudahkan orang ramai yang akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

  • Wisma DRB-HICOM (11 April)
  • MMU Cyberjaya (11 April) *kakitangan sahaja
  • Setia Alam Impian (15 April)
  • Lotus Ara Damansara (19 April)

”Kempen pemeriksaan percuma sempena perayaan Aidilfitri ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan berkomputer PUSPAKOM yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya.

”Pada kempen kali ini, kami beri layanan VIP kepada pelanggan yang menjalani pemeriksaan sukarela di mana mereka boleh hadir terus ke PUSPAKOM tanpa perlu temujanji dan turut diberi keutamaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail. 

Menurut PUSPAKOM, kempen kali ni akan memberi fokus pada aspek keselamatan termasuk brek, tayar, suspensi, asap, lampu, cermin gelap dan pelbagai lagi. 

Baru-baru ini, Harley-Davidson telah pun memperkenalkan model X350 hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJ Motor. 

Kemunculan model itu telah pun dijangka berdasarkan beberapa paten dan dokumen pensijilan yang difailkan di China dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Harley-Davidson tidak berhenti disitu kerana pengeluar motosikal dari Milwaukee itu turut mendedahkan model 400cc serba baharu hasil kerjasama dengan pengeluar India, Hero MotorCorp.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, motosikal tersebut – yang dianggarkan bersesaran 400cc – tampil dengan rekaan ‘flat track’ mirip Harley-Davidson XR1200 namun dengan sistem penyejukan udara/minyak. Difahamkan enjin tersebut mampu dipulas sehingga 8,000rpm. 

Ada laporan yang mendakwa model tersebut dikuasaken enjin Hero XPulse 400 namun tiada pengesahan rasmi setakat ini. 

Antara ciri ditawarkan termasuk lampu LED penuh, panel meter TFT berwarna, fork depan jenis USD, kaliper brek ByBre dan tayar jenama CEAT Zoom Cruz. 

Melihat kepada keseluruhan rupa model 400cc itu hampir siap sepenuhnya, kami jangkakan Harley-Davidson akan memperkenalkan model tersebut tidak lama lagi. 

Benelli Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Benelli TNT25N untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM12,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Berkonsepkan motosikal ‘naked’, TNT25N ini dikuasakan enjin satu silinder 249cc DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.5hp pada 9,250rpm dan 21.2Nm pada 8,000rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk lampu LED penuh, panel meter digital, cakera brek tunggal dengan 260mm depan dan 240mm belakang. 

Pakej suspensi pula terdiri daripada fork jenis ‘inverted’ di bahagian depan dan penyerap hentakan tunggal di belakang sekaligus menghadirkan tunggangan yang stabil dan tepat. 

Dengan berat (kering) 155kg dan ketinggian tempat duduk pada 780mm, Benelli TNT25Nm ini juga sesuai untuk penunggang baharu dan berpengalaman. Selain itu, model ini juga praktikal untuk kegunaan harian ekoran hadir dengan tangki 13.5L. 

Menurut Benelli Malaysia, TNT25N ini datang dengan tiga warna pilihan termasuk Power Black, Strength Red dan Golden Yellow.

FLUX, syarikat perkhidmatan langgan kereta di Malaysia kini memperkembangkan lagi servis sedia ada dengan turut menawarkan langganan motosikal. 

Tawaran terbaru itu menjadikan FLUX sebagai syarikat langgan kenderaan pertama di Malaysia yang menawarkan bukan sahaja kereta malah motosikal. 

Anda boleh melanggan sama ada motosikal elektrik atau dengan enjin pembakaran dalaman bagi tempoh (dari) 24 bulan hingga 60 bulan. 

Dalam pada itu, perkhidmatan langgan motosikal ini juga ditawarkan secara komprehensif di mana pelanggan bukan sekadar menerima motosikal malah FLUX turut menanggung insurans, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan.

Tidak cukup dengan itu, FLUX juga membuka peluang kepada pelanggan yang melanggan motosikal sedia ada untuk membelinya di penghujung setiap langganan yang telah dibuat. 

Menurut FLUX, terdapat pelbagai model motosikal ditawarkan antaranya Yamaha Y15ZR, Honda RS150R, Vespa dan motosikal elektrik BlueShark R1. Perlu diingatkan bahawa anda boleh melanggan skuter elektrik BlueShark R1 serendah RM358 sebulan. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan panggilan semula (Product Recall) membabitkan motosikal jenis Suzuki Hayabusa. 

Berdasarkan notis yang dikongsikan, panggilan semula itu melibatkan model 15 unit keluaran 2021 hingga 2023. 

Meskipun tidak dinyatakan secara terperinci sebab utama panggilan semula itu namun berdasarkan notis panggilan semula di Amerika Syarikat, isu tersebut melibatkan brek ‘master cylinder’. 

Pemilik Suzuki Hayabusa boleh membuat semakan menerusi pautan berikut; https://www.suzuki.com.my/recall dan memasukan nombor ‘vehicle identification number’ (VIN). 

Sebelum ini, JPJ turut mengeluarkan notis panggilan semula membabitkan motosikal jenis Honda X-ADV 750. 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu notis terbaru telah mengumumkan panggilan semula bagi motosikla jenis Honda X-ADV 750.

Panggilan semula itu babitkan model keluaran 2021 hingga 2021 dan melibatkan sejumlah 261 unit kesemuanya. 

Meskipun notis panggilan semula itu tidak dinyatakan sebabnya namun siasatan mendapati pengumuman tersebut membabitkan isu Electronic Steering Lock (ESL). 

Difahamkan, isu ESL tersebut boleh menyebabkan kunci pemegang tersangkut dan sukar dibuka. 

Dalam pada itu, orang ramai boleh membuat semakan menerusi laman sesawang berikut; https://recall-campaign.boonsiewhonda.com.my

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube