Bikesrepublic

Berita Terkini

Menteri Kerja Raya Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof, mewakili kementeriannya pada sesi parlimen baru-baru ini berkata PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan syarikat konsesi lebuh raya lain telah diarahkan mengkaji semula keperluan membina lebih banyak tempat berteduh untuk penunggang motosikal, serta keperluan lain yang lebih selamat.

“Terdapat sejumlah 186 tempat perlindungan hujan motosikal di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Lokasi tempat perlindungan hujan ini ditanda pada papan tanda jalan di lebuh raya untuk mengarahkan penunggang motosikal ke lokasi dengan selamat,” katanya.

Selain dari itu, beliau berkata papan tanda juga harus diperbaiki untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dan sebagai cara mengelak daripada kemalangan.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telahpun mengetengahkan isu ini beberapa kali sejak beberapa tahun yang lalu, akibat kejadian penunggang motosikal yang berteduh di bawah jambatan dilanggar kenderaan.

Malah, dari tahun 2017 lagi Jabatan Kerja Raya mengarahkan syarikat-syarikat konsesi untuk membina tempat berteduh di jalan raya untuk penunggang motosikal dan juga cara-cara lain untuk meningkatkan keselamatan untuk mereka.

Namun begitu, sehingga kini tiada tindakan kukuh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini. Adakah kita akan melihat perubahan dalam masa terdekat?

Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pencarum Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas yang berlangsung hari ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas melakukan penelitian mendalam dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dengan impak Covid-19 sebelum ini.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” jelasnya.

Sementara itu, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP itu akan dibuat pihak Kementerian Kewangan dan KWSP.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai untuk membuat pertimbangan secukupnya sebelum membuat pengeluaran tersebut. – BH

Royal Enfield telah pun memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga Himalayan menerusi Scram 411.

Royal Enfield Scram 411 ini lahir daripada Himalayan 411 dan hasilnya, model ini juga dikuasakan enjin 411cc SOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 24.3hp pada 6,500rpm dan 32Nm pada 6,500rpm.

Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 5-kelajuan.

Sistem suspensi pula hadir menerusi fork depan teleskopik 41mm dengan jarak pergerakan 190mm sementara monoshock belakang pula tawar pergerakan 180mm.

Spesifikasi tersebut adalah sama seperti yang terdapat pada Himalayan 411 2022.

Meskipun Scram 411 menawarkan ciri motosikal urban namun komponen brek juga sama seperti Himalayan 411, dengan kaliper brek dua-piston di depan dipadankan bersama cakera brek 300mm dan kaliper satu piston belakang dengan cakera brek 240mm.

Kawalan brek juga diselia dengan bantuan ABS dwi-saluran.

Pada masa sama, Scram 411 ini juga masih lagi didatangkan dengan rim jenis ‘wire spoke’ sama seperti Himalayan 411 sekaligus model baharu ini masih lagi boleh ditunggang di permukaan lasak.

Sementara itu, penghadang angin tinggi pada Himalayan 411 tidak lagi kelihatan sebaliknya Scram 411 ini dapat pelindung lampu depan berbentuk bulat.

Kenderaan yang memasuki Kuala Lumpur mungkin akan dikenakan caj kesesakan sebaik Mass rapid Transit Line 3 (MRT3) siap sepenuhnya pada 2030.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat, pada Selasa.

Menurut beliau, cadangan untuk melaksanakan caj kesesakan atau yuran alam sekitar akan diputuskan sebagai MRT3 beroperasi sepenuhnya dan Kuala Lumpur menerima jaringan pengangkutan awam lengkap berjaya diwujudkan.

Wee berkata projek MRT3 telah pun mendapat kelulusan Kabinet pada 4 Mac lalu dengan Fasa 1 akan dibuka kepada umum menjelang Disember 2028.

“Sebagai projek siap pada 2030, kami akan menilai semula struktur pembayaran bagi kenderaan yang memasuki kawasan bandar,” jelas Wee ketika menjawab soalan diajukan wakil PH-Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Pelaksanaan caj tersebut adalah trend semasa yang telah pun dilaksanakan di beberapa negara besar termasuk London yang ketika ini mengenakan yuran GBP15 sehari jika memandu pada waktu 7 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 12 tengah hari hingga 6 petang bagi Sabtu dan Ahad.

Khabar angin tentang kembalinya Honda Dax selepas menghilang lebih 40 tahun telah pun berkumandang sejak setahun yang lalu.

Majalah motosikal Jepun, Young-Machine, turut menerbitkan imej ‘render’ pada Februari lalu yang membayangkan rupa Dax tersebut.

Apa pun, Honda akhirnya merasmikan ST125 Dax untuk pasaran dunia menerusi pelancaran global yang berlangsung pada Isnin.

Diperkenalkan sebagai model 2023, Honda ST125 Dax itu akan sertai portfolio MiniMoto Honda yang dibarisi Monkey dan MSX125 Grom.

Generasi tebaru ST125 Dax ini dikuasaka enjin satu silinder 124cc SOCH dengna penyejukan udara yang berkemampuan menjana 9.25hp dan 10.8Nm. Kuasa enjin kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 4-kelajuan dengan bantuan klac ‘centrifugal’.

Dengan berat hanya 107 kilogram, ST125 Dax ini didatangkan dengan fork ‘upside-down’ 31mm, penyerap hentakan belakang berkembar, rim 12-inci, dan lampu LED penuh.

Motosikal terbaru Honda ini juga didatangkan dengan paparan digital LCD serta handlebar krom penuh.

Menariknya, berbanding Monkey 125 yang hanya boleh ditunggang oleh seorang sahaja, penggunaan frame besi membolehkan ST125 Dax ini menampung penunggang dan pembonceng .

Antara ciri menarik lain ditawarkan adalah:

  • cakera brek depan 220mm
  • cakera brek belakang 190mm
  • kaliper brek hidraulik
  • ABS saluran tunggal

Menurut Honda, ST125 Dax ini ditawarkan dengan dua pilihan warna; Pearl Nebula Red dan Pearl Cadet Grey.

Seorang isteri telah menghadiahkan suaminya sebuah kereta Lamborghini bernilai RM2 juta bagi menghargai jasa lelakinya yang akan menjaganya sewaktu berpantang nanti.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu video yang telah dimuat naik ke akaun TikTok milik Ayunieso24.

Dalam video tersebut, Ayunieso atau nama sebenar Anes Ayuni Osman membuat kejutan terhadap suaminya dengan kereta jenama Itali itu. Kejutan tersebut adalah bertujuan untuk hadiahkan suaminya sempena bakal menjaganya dalam berpantang.

Kereta tersebut yang hadir dalam warna ‘turqoise’ merupakan Lamborghini Huracan Evo.

Lebih mengejutkan si isteri baru berusia 19 tahun manakala si suami pula hanya setahun lebih tua.

Pasangan itu sebelum ini viral kerana si suami telah menghadiahkan sebuah kereta Mustang sebagai hadiah perkahwinan manakala Anes pula memiliki sebuah Lamborghini Aventador SV.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube