Bikesrepublic

Berita Terkini

Dua antara pelajar Malaysia meninggal dunia setelah terbabit di dalam sebuah kemalangan jalan raya di New Zealand, semalam. Kemalangan di sekitar Tasik Tekapo itu turut mencederakan 3 rakan mereka.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand telah memaklumkan Kementerian Luar Negari mengenai tragedi tersebut.

“Dua mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi sudah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan kesemua mangsa berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia.

“Kementerian Luar Negeri juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam insiden ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Negara, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya sedang menunggu keputusan pihak keluarga dua mangsa yang meninggal dunia itu untuk dibawa balik ke Malaysia atau sebaliknya.

“Pelajar kita di New Zealand yang kemalangan semuanya sudah diuruskan, yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital dan jenazah masing-masing akan diuruskan.

“Kita menunggu pihak keluarga untuk datang atau pun untuk minta apa juga bantuan yang diperlukan. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sana sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya.

Terdapat juga laporan bahawa turut terdapat sebuah lagi kemalangan maut yang membabitkan 2 kereta dan sebuah motosikal di jalan yang sama, hanya 2 jam selepas kemalangan yang membabitkan pelajar Malaysia. Kesemua kemalangan ini menyebabkan 20 kecederaan dan 3 kematian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata mereka tidak akan berkompromi dengan penyeludup.

Memetik penahanan terbaharu 34 pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Kargo yang disyaki terlibat dalam penyeludupan alat ganti kenderaan dan barangan terlarang, Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Azam Baki berkata mereka bukan sahaja akan bertindak terhadap pegawai-pegawai yang menerima rasuah ini tetapi juga memastikan hasil yang hilang dikembalikan kepada tabung negara.

Amalan rasuah itu disyaki berlarutan sejak 2017 yang menyebabkan kerugian hasil cukai lebih RM2 bilion.

“Apa yang juga penting ialah kita bertindak terhadap mereka ini untuk menghentikan ketirisan dan kerugian, dan untuk menjejaki wang itu supaya ia boleh dikembalikan kepada kerajaan,” sambungnya.

Azam memberi amaran bahawa mereka yang bersekongkol dengan penjawat awam yang rasuah juga akan dikenakan bayaran. “Kami akan membuat mereka memulangkan wang itu, termasuk melalui pembayaran cukai yang mereka elakkan membayar sebelum ini.”

SPRM juga telah menahan 27 orang tambahan termasuk pemilik perniagaan berhubung kes itu melalui operasi khas bernama Samba 2.0.

Azam berkata pasukan petugas terdiri daripada SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara ditubuhkan untuk menyiasat kes itu, sambil menambah bahawa kes itu disiasat selama enam bulan sebelum tangkapan dibuat.

“Pegawai-pegawai itu terlibat dengan pemeriksaan dan pencegahan. Kami percaya mereka telah menerima rasuah daripada syarikat dan ejen penghantaran untuk membiarkan barangan itu pergi tanpa pemeriksaan atau pengisytiharan.

“Walaupun mereka melakukan pemeriksaan, ia tidak akan menyeluruh,” tambahnya.

Setakat ini, siasatan mendapati pegawai-pegawai Kastam tersebut menerima RM4.7 juta daripada sindiket bagi memudahkan penyeludupan alat ganti kenderaan, tembakau kunyah, rokok, minuman keras dan produk kesihatan.

231 akaun bank dengan lebih RM17 juta milik suspek turut dibekukan oleh bahagian anti-pengubahan wang haram SPRM.

“Kami tidak melibatkan Jabatan Kastam dalam kes ini untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan,” katanya.

Pemandu di Malaysia akan menikmati tol percuma untuk dua hari di lebuh raya semasa Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, kerajaan tidak akan melanjutkannya lebih dari itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mereka tidak akan melanjutkannya kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM37.6 juta untuk menampung pengecualian itu. Jumlah itu akan dibayar kepada 33 syarikat konsesi lebuh raya.

“Ia kira-kira RM19 juta sehari. Ini adalah keputusan Kabinet dan ia muktamad,” katanya selepas meninjau persiapan PLUS Malaysia Bhd untuk Hari Raya Aidilfitri di Menara Korporat Persada PLUS di sini semalam.

Pada Khamis, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan tempoh dua hari bebas tol pada 8 dan 9 April untuk pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 di lebuh raya sempena Hari Raya. Langkah yang sama turut dilakukan semasa Tahun Baru Cina pada Februari tahun ini.

Ahmad Maslan menambah bahawa PLUS menjangkakan trafik harian kira-kira 2.1 juta kenderaan semasa cuti perayaan. Hari-hari yang paling sibuk yang dijangkan ialah 5, 6, 9, 12, 13, dan 14 April, berbanding 1.82 juta pada hari puncak biasa.

PLUS bersedia untuk menempatkan lebih 4,500 kakitangan di lebuh rayanya untuk memastikan tindak balas pantas dalam tempoh tersebut.

“PLUS mempunyai 70 kakitangan pada waktu puncak harian di pusat pemantauan trafiknya untuk memantau, mengumpul dan menyebarkan maklumat trafik terkini serta menyelaras bantuan kepada pengguna lebuh raya.

“Pemandu perlu merancang perjalanan mereka menggunakan jadual perjalanan digital yang terdapat pada aplikasi MyPLUS-TTA,” kata Ahmad Maslan.

Kerajaan telah mengumumkan sebelum ini bahawa monopoli Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) sebagai penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan komersial wajib akan berakhir pada September 2024, apabila konsesinya tamat pada 31 Ogos.

Justeru, pihak yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut dipelawa untuk menghantar permohonan mereka pada suku pertama 2025. Bengkel ini perlu melantik pekerja yang memenuhi syarat kelayakan, serta menggunakan peralatan pemeriksaan berkomputer yang diluluskan oleh JPJ. .

Menterinya Pengangkutan, Anthony Loke turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberikan bantuan dalam menyediakan kemudahan tersebut. “Kami tidak akan membelanjakan wang untuk membina sistem mereka,” katanya.

Loke juga menyatakan bahawa isu penyedia perkhidmatan tunggal, selain masa menunggu pemeriksaan yang panjang, telah wujud selama bertahun-tahun.

“Kenderaan besar, lori dan bas tergendala berjam-jam. Terdapat aduan bahawa beberapa negeri hanya mempunyai satu pusat perkhidmatan.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan bahawa mereka tidak menutup Puspakom. Sebaliknya, mereka ingin mewujudkan persaingan sihat di sektor pemeriksaan kenderaan mandatori. Kabinet semasa memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi bagi membuka sektor itu kepada semua pihak yang layak untuk menjalankan pemeriksaan bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menteri Pengangkutan Malaysia telah berkata bahawa langkah sedemikian “membolehkan persekitaran perkhidmatan yang lebih kompetitif dan memudahkan semua rakyat Malaysia.”

Puspakom telah menikmati monopoli selama tiga dekad walaupun wujudnya undang-undang anti-monopoli, kerana anak syarikat DRB-HICOM ini telah ditubuhkan pada tahun 1994 oleh kerajaan pada masa itu.

Projek LRT (Transit Aliran Ringan) di Bayan Lepas, Pulau Pinang dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.

Seorang penganalisa Kenanga Investment Bank Bhd., Teh Kian Yeong, berkata bahawa kontraktor utama, Gamuda Bhd. sudah dalam perbincangan peringkat akhir dengan kerajaan untuk memuktamadkan model pelaksanaan projek terbabit.

“Ini tertakluk kepada kelulusan kerajaan, manakala Jabatan Alam Sekitar telah menerbitkan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk segmen LRT ini pada 5 Mac lalu.

“Projek yang dibiayai kerajaan persekutuan ini terdiri daripada kos pengambilan tanah kira-kira RM1.5 bilion dan kos pembinaan di antara RM7 bilion hingga RM8 bilion.”

Projek ini berskala amat besar, menghubungkan Tanjung Bungah di bahagian utara sehingga Permatang Damar Laut di bahagian selatan pulau. Laluan ini merangkumi beberapa lokasi penting, antaranya:

  • Lapangan Terbang Pulau Pinang,
  • Bayan Lepas dan Bayan Baru,
  • Ayer Itam,
  • Bukit Bendara,
  • Terminal feri,
  • KOMTAR (stesen utama),
  • Pulau Tikus.

Terdapat juga laluan yang menghubungi tanah besar Semenanjung Malaysia, dengan stesen utamanya di Penang Sentral, melalui hubungan terowong sepanjang 7.2km di dasar laut.

Laluan ke utara sampai ke Kepala Batas, manakala laluan ke selatan tamat di Nibung Tebal. Laluan terjauh ke sebelah timur sampai ke Kulim South dan Kulim North.

Antara lokasi penting yang dihubungkan ialah:

  • Juru,
  • Tambun,
  • Batu Kawan,
  • Lunas (kampung mendiang ayah penulis ini),
  • Bukit Mertajam.

Projek LRT ini sudah lama diidamkan oleh penduduk di pulau kerana kesesakan trafik yang makin teruk. Projek ini turut akan memainkan impak dalam kemajuan pengujung ke negeri tersebut, selain daripada mengembangkan lagi ekonomi beberapa bandar dan pekan yang dihubungi.

JPJ memberi amaran jangan hiasi kenderaan masing-masing dengan lampu hiasan, apatah lagi ketika musim perayaan.

Kita sebagai rakyat Malaysia ini secara amnya memang amat kreatif dan semangat ini dibawa sehingga menghiasi atau custom-kan kenderaan kita, tidak kira kereta, motosikal, lori, beca, basikal dan sebagainya. Namun, pihak berkuasa tidak hargai kreativiti kerana mereka mempunyai tugas untuk memastikan bahawa setiap kenderaan kita selamat bukan bagi kita sahaja, tetapi juga buat semua pengguna jalanraya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Syahmi Abdul Latif menjelaskan perbuatan menghias kenderaan dengan lampu hiasan itu sebenarnya adalah perbuatan yang salah. “Walaupun niatnya hanya untuk menyambut Ramadan, pemilik kenderaan boleh diberi amaran supaya menanggalkan lampu hiasan berkenaan dan mengembalikan ia kepada asal atau dikenakan denda.”

“Apa pun, keputusan terletak pada pegawai yang bertanggungjawab. Bagi kesalahan jenis ini, denda biasanya dikenakan antara RM100 dan RM200,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sebuah video yang dimuat naik ke aplikasi Tik Tok oleh seorang pengguna yang bergelar @kaksuemeow, yang menunjukkan keretanya yang dihiasi penuh dengan lampu hiasan.

@kaksuemeow mendakwa dia pernah terjumpa dengan polis beberapa kali ketika memandu di Bukit Bintang tetapi tidak didenda.

“Sebaliknya, polis berkenaan hanya menunjukkan tanda bagus. Saya sudah menanggalkan lampu hiasan dari kereta tetapi masih ada kemungkinan saya akan menghiasnya semula. Saya mengambil masa kira-kira enam jam untuk memasang semua lampu dan membalutnya di sekeliling kereta saya,” tambahnya.

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube