Bikesrepublic

Berita Terkini

Pemilik F1, Liberty Media dikatakan hampir membuat kesimpulan untuk membeli MotoGP daripada pemilik hak semasa, Dorna dengan harga lebih €4 bilion (RM20.5 bilion).

The Financial Times melaporkan bahawa kedua-dua Liberty Media dan Dorna sedang dalam perbincangan eksklusif untuk menyatukan kejuaraan perlumbaan kereta dan motosikal terulung dunia di bawah satu payung.

Liberty telah menang terhadap bidaan lain termasuk satu daripada TKO yang memiliki UFC dan WWE. Terdapat satu lagi bidaan daripada Qatar Sports Investments yang juga merupakan pemilik kelab bolasepak Paris-Saint Germain, yang telah mengadakan perbincangan dengan Bridgepoint.

Bridgepoint, bersama Lembaga Pelaburan Pelan Pencen Kanada ialah pemegang saham Dorna, di mana Carmelo Ezpeleta bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Dorna bukan sahaja memiliki MotoGP, malah MotoE dan World Superbike juga.

Bagaimanapun, perjanjian itu akan diteliti oleh pengawal selia persaingan sekiranya ia berlaku. Kesatuan Eropah mempunyai undang-undang persaingan untuk menghalang syarikat daripada mewujudkan kartel dan monopoli. (Malaysia mempunyai Akta Persaingan Malaysia, 2010 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2012, tetapi tiada siapa yang nampaknya menguatkuasakannya.)

Sebagai contoh, CVC Capital Partners pernah memiliki kedua-dua F1 dan MotoGP tetapi terpaksa menjual MotoGP kerana undang-undang persaingan di Eropah.

Satu kelebihan untuk MotoGP mungkin ialah Liberty Media telah membantu pertumbuhan F1 sejak mengambil alih daripada CVC Capital Partners pada 2017.

Beberapa program mereka termasuk siri Netflix ‘Drive To Survive’ telah meningkatkan lagi jumlah peminat sukan itu, selain mengakui dan menggunakan kuasa media sosial. Kalendar F1 juga telah berkembang menjadi termasuk perlumbaan di Las Vegas, Miami, Jeddah dan Doha.

The Financial Times melaporkan bahawa keuntungan operasi F1 pada 2023 ialah USD392 juta (RM1.85 bilion), peningkatan 64% daripada 2022. Hasil meningkat daripada USD2.5 bilion (RM11.84 bilion) kepada USD3.2 bilion (RM15.15 bilion).

Sebaliknya, hasil Dorna ialah €483 juta (kira-kira RM2.5 bilion) pada 2023.

Laporan itu mendakwa bahawa pengumuman perjanjian antara Liberty Media dan Dorna boleh dibuat seawal minggu depan.

Suzuki sedang membangunkan sistem VVT (variable valve timing/pemasaan injap boleh ubah) untuk enjin kecil.VVT dan pengangkat injap boleh ubah (VVL) bukanlah teknologi baharu kerana banyak pengeluar sudah menggunakannya dalam produk mereka, tetapi sistem Suzuki nampaknya untuk enjin 250cc. Ini memberi petanda baik kerana terdapat sama ada motosikal berkapasiti besar dan berkapasiti kecil menggunakannya tetapi tiada dalam segmen 250cc.

Sistem Suzuki pada asasnya serupa dengan VVA (Variable Valve Actuation) Yamaha yang digunakan pada skuter NVX, Y16ZR dan YZF-R15. Ia menggunakan aci sesondol dengan dua profil sesondol, satu untuk julat RPM rendah dan aplikasi pendikit yang kecil, serta satu lagi profil sesondol yang dikunci pada RPM yang lebih tinggi atau pembukaan pendikit yang besar.

Oleh itu, ia adalah yang terbaik untuk dua alam: Tork RPM rendah dan pertengahan yang baik dengan kuasa maksimum yang tinggi. Sebaliknya, jurutera terpaksa memilih satu ciri: Samada tork RPM rendah, atau tork julat pertengahan, atau kuasa maksimum yang tinggi.Pengunaan VVT juga membolehkan enjin menghasilkan pelepasan ekzos yang lebih bersih kerana ia mengurangkan bahan api yang tidak terbakar.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembangunan Suzuki tertumpu pada enjin 248cc berkembar selari. Aplikasi paten menunjukkan enjin dengan bahagina bawah yang sama, serta kepala silinder dengan aci sesondol tunggal didorong oleh rantai yang dipasang di tengah. Ia adalah enjin sama yang digunakan pada GSX-250R dan V-Strom 250.

Enjin ini yang diperbesarkan kepada 298cc turut digunakan oleh rakan kongsi Suzuki Haojue di China. Haojue ialah firma yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan V-Strom 250 dan GSX-250R.

Buat masa ini, Suzuki tidak mempunyai sebarang model di antara banjaran model GSX-R125 dan 650cc (V-Strom 650, SV650) di Amerika Syarikat kerana kawalan pelepasan ekzos, jadi rangkaian motosikal 250cc dengan VVT membolehkan Suzuki memasukki semula pasaran tersebut.

QJMotor ialah salah satu daripada beberapa jenama di bawah empayar Qianjiang yang sering menghasilkan model demi model motosikal, antaranya yang menjadi Benelli, atau sekurang-kurangnya berkongsi platform. Contohnya, QJMotor SRT600 ini yang bakal menggantikan SRT550.

Model SRT550 berdasarkan satu platform yang amat penting. Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, enjin dan casisnya adalah sama dengan Benelli TRK 502. TRK 502 telah dihentikan produksinya tetapi masih boleh didapati di Malaysia. Platform ini juga digunakan oleh MV Lucky Explorer 5.5, hasil kerjasama Qianjiang dan MV Agusta.

Tetapi di sini ada sesuatu yang agak mengelirukan. Walaupun dokumen kelulusan jenis adalah untuk QJMotor SRT600 baharu, ia menggunakan kapasiti 554cc yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan besar dalam kuasa daripada 47 hp kepada 60 hp. Melihat katalog, kami mendapati bahawa tahap kuasa itu same dengan model sportbike SRK550RR dan RS, bermakna enjin SRT600 “baru” sebenarnya adalah unit berspesifikasi lebih tinggi.

Satu kelegaan yang dialu-alukan (jika motosikal ini itu menjadi Benelli dan dijual di Malaysia), ialah pengurangan berat. Dokumen itu menyenaraikan 220kg, berbanding 234 kg yang lama.

Reka bentuk SRT600 juga menunjukkan satu lagi perubahan yang dialu-alukan, iaitu tanpa rupa mudguard depan seakan GS yang murahan. Sebaliknya, QJMotor merekabentuk semula motosikal itu untuk mirip model adventure SVT650 yang menggunakan enjin V-Twin.

Ciri-ciri lain yang boleh dilihat dalam gambar ialah kaliper brek depan Brembo dengan pemasangan jejari. Saiz tayar ialah 110/80-19 untuk hadapan dan 150/70-17 di belakang.

Adakah ini akan menjadi kelas pertengahan Benelli baharu untuk menggantikan TRK 502 yang sudah terlalu lam? Masa akan menentukan.

Walaupun kita sebagai dewasa memahami kepentingan memakai helmet (topi keledar) ketika kita menunggang motosikal, kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan helmet motosikal dan basikal kanak-kanak di Malaysia gagal piawaian keselamatan.

Tinjauan itu dijalankan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kelab Marsyal Keselamatan Jalan Raya Malaysia (RSMC).

Topi keledar motosikal kanak-kanak

Kedua-dua badan itu telah membeli 10 topi keledar kanak-kanak dari kedai runcit, dengan tambahan 10 daripada platform dalam talian. Topi keledar itu kemudiannya dihantar ke Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk ujian.

Keputusan ujian membimbangkan. Daripada kumpulan terdahulu, hanya 5 yang lulus standard keselamatan. Kumpulan yang dibeli dalam talian lebih teruk kerana 7 gagal.

Semua topi keledar telah diuji terhadap piawaian topi keledar MS 1-2:2023 baharu. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan dan SIRIM telah mencadangkan untuk melaksanakan piawaian baharu itu.

Topi keledar basikal kanak-kanak

Bagi topi keledar basikal kanak-kanak pula, 11 dibeli dari kedai runcit dan 10 lagi dari kedai dalam talian. Mereka juga dihantar ke SIRIM untuk ujian piawaian topi keledar basikal MS 1763: 2004 semasa.

6 daripada kedai runcit gagal manakala 7 daripada kedai dalam talian gagal.

MMA dan RSMC menyatakan bahawa peruncit pada umumnya mengetahui keperluan standard untuk topi keledar motosikal kanak-kanak tetapi tidak begitu untuk topi keledar basikal kanak-kanak.

Keadaan yang membimbangkan

“Sesetengah peruncit tidak mengetahui kualiti topi keledar yang mereka jual. Beberapa peruncit secara lisan mengatakan topi keledar itu memenuhi piawaian sedangkan tiada label pada topi keledar.

“Sesetengah topi keledar yang dijual mempunyai label QC yang membayangkan bahawa ia memenuhi piawaian pengeluar,” kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa majoriti topi keledar basikal tidak mempunyai label pensijilan piawaian manakala sesetengahnya mempunyai label piawaian asing yang boleh diterima, seperti piawaian USCPSC dan EU.

“Sesetengah topi keledar dilabel ‘mainan’. Ada yang nipis,” katanya.

MMA dan RSMC menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan bagi memastikan semua topi keledar motosikal dan basikal yang terdapat di kedai runcit dan dalam talian menepati piawaian Malaysia (SIRIM) atau antarabangsa (EC/UN R22).

Mereka juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan memastikan mereka membeli topi keledar motosikal dan basikal yang mengikut piwaian.

MMA berkata ia akan menjemput Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Mei untuk membentangkan penemuan itu kepada kumpulan pengurusan dan membincangkan langkah selanjutnya ke arah melindungi orang ramai daripada topi keledar yang tidak selamat.

Nasihat daripada BikesRepublic.com

Pelaksanaan standard SIRIM baharu akan menjadi perkembangan yang amat dialu-alukan dari segi keselamatan topi keledar, kerana beberapa – jika tidak semua – pengeluar topi keledar tempatan masih mengeluarkan produk yang mematuhi piawaian MS 1:1996 yang terlalu lama.

Sebagai perbandingan, piawaian Eropah yang turut diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kini ECE/UN R22.06 yang berkuat kuasa tahun ini. Piawaian ECE/UN R22.05 sebelum ini telah dilaksanakan pada tahun 2000. Jadi itu menunjukkan kepada anda usia piawaian SIRIM semasa! Terdapat semakan kepada MS 1:2011 namun tidak semua topi keledar tempatan mematuhi perkara ini.

Sekali lagi, beli dan hanya pakai topi keledar yang sama ada diluluskan oleh SIRIM (untuk topi keledar keluaran tempatan) dan/atau oleh ECE/UN R22.05 atau ECE/UN R22.06 (untuk topi keledar import). Topi keledar yang diluluskan oleh DOT sahaja tidak diluluskan untuk dijual di Malaysia melainkan ia mempunyai kelulusan tambahan ECE/UN.

Triumph Trident 660 Special Edition (2025) telah didedahkan, sebagai penghormatan kepada Tridentyang memenangi perlumbaan IoM TT (Isle of Man TT) dari 1971 hingga 1975.

Sebagai edisi khas, ia menggunakan skema warna putih, biru dan merah bersejarah dengan grafik, lengkap dengan nombor 67. Skema warna ini adalah warna pada basikal yang memenangi TT tersebut, yang digelar “Slippery Sam.”

Walaubagaimanapun, ia bukan sekadar skema cat kerana Triumph telah menambahkan beberapa komponen yang sebaliknya hanya tersedia sebagai pilihan. Pertama, terdapat skrin kecil yang dipadan warna di atas lampu depan. Seterusnya, pelindung bawah enjin aluminium, dan quickshifter Triumph Shift Assist dengan blipper automatik, sebagai standard.

Bahagian mekanikal lain Triumph Trident 660 Special Edition (2025) kekal tidak berubah. Enjinnya ialah jenis tiga silinder 660cc yang menghasilkan 80 hp pada 10,250 RPM dan 63.7 Nm tork pada 6,250 RPM. Itu adalah sebaran 4,000 RPM yang amat besar antara tork maksimum dan kuasa maksimum, bermakna enjin boleh memecut dengn cemerlang di mana-mana dalam julat RPM!

Fork depan masih jenis Showa terbalik yang tidak boleh laras, manakala monoshok Showa di belakang boleh laras untuk prabeban sahaja. Kaliper brek dua omboh Nissin menyandang tugas membrek di hadapan. Malah tayar masih kekal tidak berubah dari Michelin Road 5.

Ciri elektronik termasuk ABS sebagai standard, mod tunggangan ROAD (jalan) dan RAIN (hujan), skrin TFT berwarna, kawalan cengkaman boleh dihidupkan/dimatikan, sistem keselamatan kunci immobilizer.

Harga bermula dari USD 8,595 (RM40,645.76) iaitu harga yang sama dengan Trident 660 standard. Bagaimanapun, terdapat harga yang berbeza di negara lain, kerana ia dijual pada harga yang lebih tinggi sedikit di Kanada.

Triumph Trident 660 Special Edition (2025) atau juga dikenali sebagai Triumph Trident 660 Tribute (2025) pastinya akan sampai ke Malaysia kelak.

Satu-satunya persoalan yang kami ada ialah: Mengapa Triumph tidak melancarkan Tribute Daytona 660?

Sebuah kapal kargo melanggar jambatan dan menyebabkannya runtuh, di Baltimore, Amerika Syarikat. Laporan menganggarkan 20 kenderaan terjunam ke dalam sungai di bawah jambatan.

Sebuah video yang tular di internet menunjukkan kapal tersebut, Dali, kehilangan kuasa dua kali dan mengakibatkannya hilang kawalan. Ia juga jelas dalam video itu terdapat kepulan asap hitam daripada cerobong asap kapal apabila ia hidup semula selepas gelap buat kali pertama, mungkin disebabkan oleh pengemudi kapal itu cuba mengundur kapal dengan kuasa penuh.

Bagaimanapun, Dali berlanggar dengan salah satu penyokong Jambatan Francis Scott Key itu dan menyebabkannya terputus di beberapa bahagian.

Terdapat juga laporan bahawa pengemudi kapal itu telah menghubungi pihak berkuasa pelabuhan yang menyatakan bahawa kapal itu berada di luar kawalan. Malangnya, pihak berkuasa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bertindak balas untuk menghalang lalu lintas dan mengosongkan jambatan.

Peta laluan yang diterbitkan dalam The Virginian Pilot menunjukkan bahawa kapal itu telah bergerak dengan kelajuan hanya 7 knot (13 km/j).

Perjalanan kapal Dali – The Virginian Pilot

Tragedi itu berlaku pada kira-kira jam 1.30 pagi, waktu tempatan, mujurlah beberapa jam sebelum jambatan itu sesak dengan lalu lintas pagi yang sibuk.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan, tetapi setakat ini, hanya dua orang daripada kru pembinaan telah ditarik keluar dari air sejuk dengan enam masih tidak dapat dikesan.

Foto oleh WJLA melalui AP

Dali telah meninggalkan Pelabuhan Baltimore ke Colombo, Sri Lanka di bawah bendera Singapura. Ia diuruskan oleh Synergy Marine Group dan dimiliki oleh Grace Ocean Private Ltd. tetapi disewa oleh konglomerat perkapalan Denmark Maersk untuk membawa kargo pelanggan mereka. Tiada krew dan kakitangan Maersk berada di dalamnya.

Jambatan itu dibuka pada tahun 1977 dan dinamakan sempena penulis lagu kebangsaan Amerika “The Star-Spangled Banner.” Ia merupakan jalan raya utama yang merentangi Sungai Patapsco.

All pictures by AP.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube