Bikesrepublic

Berita Terkini

Vespa dengan rasminya memperkenalkan skuter edisi terhad hasil kerjasama dengan selebriti terkenal, Justin Bieber.

Jenama skuter Itali itu mengumumkan tahun lalu bahawa Bieber menjadi nama terbaru untuk berkerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan sebuah skuter khas.

Vespa sebelum ini turut pernah berkolaborasi dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal antaranya, Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon.

Menurut Vespa, Bieber X Vespa merupakan model yang unik dan berinspirasi.

Bieber juga merupakan antara peminat jenama itu.

“Kali pertama yang menunggang Vespa adalah di Eropah dan saya ingat lagi sebaik ternampak skuter tersebut di jalan raya, saya terus berhajat memilikinya.

“Pengalaman menunggang Vespa sangat mengujakan, terasa bebas.

“Saya cintakan Vespa dan berupaya berkolaborasi dengan jenama klasik ini sangat menyeronokan,” jelasnya.

Bieber X Vespa tampil dengan pilihan warna serba putih dengan nama Bieber turut dipaparkan di bahagian sisi panel belakang yang dipadankan bersama corak berapi.

Bieber X Vespa ini ditawrakan dalam tiga varian; 50, 125 dan 150cc dan dilengkapi skrin TFT, lampu LED penuh dan rim 12-inci.

Pelangan juga boleh menambah pakej aksesori khas yang merangkumi beg, sarung tangan dan helmet serba putih.

Pra-tempahan bagi Bieber X Vespa ini akan dibuka kepada umum pada 20 April ini.

Sempena sambutan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, UMW Toyota melancarkan peraduan Pandu Uji dan Menang Duit Raya.

Berlangsung hingga 1 Mei ini, pelanggan hanya perlu hadir ke mana-mana pusat pameran Toyota terdekat dan pandu uji sebarang model untuk berpeluang memenangi duit raya.

Setiap pandu uji adalah penyertaan untuk menang duit raya sebanyak RM100 manakala pandu uji dan membuat tempahan berpeluang menerima RM200. Seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

Sementara itu, Toyota akan teruskan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ pada 16 dan 17 April ini di setiap pusat pameran Toyota seluruh negara. Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran bulan puasa menarik pada tempoh tersebut.

Dalam perkembangan berlainan, UMW Toyota melancarkan pusat 3S baharu di Cyberjaya sekaligus meningkatkan pengalaman pelanggan Toyota di kawasan itu.

Dioperasikan oleh Otomobil Sejahtera Sdn Bhd, pusat serba baharu itu akan menawarkan jualan, servis, alat ganti dan servis cat.

Suzuki dengan rasminya memperkenalkan V-Strom SX 2022 untuk pasaran India.

Suzuki V-Strom SX merupakan model pertama dari keluarga V-Strom yang menawarkan kapasiti enjin 250cc.

Pelancaran tersebut menyaksikan India menjadi negara pertama yang menyambut kehadiran model serba baharu itu sekaligus memberi bayangan bahawa Suzuki bakal membawa model itu ke pasaran Asia lain tidak lama lagi.

V-Strom SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm.

Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

Menurut laporan di India, Suzuki V-Strom SX 2022 ini ditawarkan pada harga INR211,600 (RM11,700).

Boon Siew Honda telah melancarkan Dash 125 yang telah dikemas kini bagi tahun 2022.

Kemas kini itu menyaksikan Dash 125 kini mencapai emisi Euro4 berserta EEV (Energy Efficient Vehicle).

Antara naik taraf lain yang turut dilaksanakan adalah rekaan dan grafik lebih segar, meter dail baharu dan jelas dan visor depan lebih sporty.

Bagi menjaminkan tahap penglihatan penunggang yang lebih baik, Dash 125 2022 kini juga menampilkan lampu LED.

Bagaimanapun, naik taraf terbesar adalah bahagian enjin, dengan platform satu silinder 124.3cc SOCH dengan penyejukan udara, 4-stroke 2-valve itu kini berstatus Euro4 lantas lebih bersih untuk persekitaran.

Enjin tersebut juga menghasilkan 9.8hp pada 8,000rpm dan 9.54Nm pada 6,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 4-kelajuan.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 4L
  • electric starter/tendang
  • PGM-Fi (suntikan bahan api)
  • berat 105kg (dengan tangki penuh)
  • fork depan teleskopik
  • tayar 70/90-17 depan
  • tayar 80/90-17 belakang
  • cakera hidraulik depan dan belakang

Menurut BSH, Honda Dash 125 2022 ini didatangkan dengan tiga warna pilihan; Pearl Nightfall Blue, Candy Scintillate Red dan Clipper Yellow.

Honda Dash 125 2022 ini boleh dimiliki pada harga RM6,449.

Polis telah menahan lapan individu dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, hujung minggu lalu.

Lapan individu terbabit berusia seawal 14 tahun hingga 24 tahun dengan masing-masing dikesan menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘superman’.

Antara yang ditahan termasuk seorang imam muda sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang yang berusia 20 tahun.

Lelaki tersebut ditahan ketika masih mengenakan jubah dalam satu operasi khas yang dilaksanakan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Turut ditahan bersama adalah rakannya yang berusia 22 tahun dengan masing-masing melakukan aksi ‘Superman’ dan berlumba sesama sendiri.

“Kedua-dua penunggang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” jelas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain. – Kosmo

Enea Bastianini menampilkan aksi cemerlang di GP Amerika apabila berjaya mengungguli pusingan kelima MotoGP, pada Ahad.

Pelumba Gresini Racing itu juga muncul pemenang berganda pertama musim ini selepas mendominasi GP Qatar, Mac lalu.

Keputusan itu juga menyaksikan Bastianini kembali mendahului kejuaraan dengan 61 mata, diikuti Alex Rins (56 mata) dan Aleix Espargaro (50 mata).

Bastianini berada di belakang Jack Miller di kebanyakan masa perlumbaan namun ketika aksi berbaki lima lap, Miller mula melakukan kesilapan dan terlepas beberapa apex.

Menyedari perkara itu, Bastianini berjaya memintas Miller di Turn 12 dan terus meninggalkan pelumba Ducati itu.

Miller juga terus terkesan dan pada lap akhir berjaya dipintas wakil Suzuki, Alex Rins. Rins sah tamatkan aksi di tempat kedua diikuti Miller, ketiga.

Sementara itu, enam kali juara dunia MotoGP, Marc Marquez turut mencuri tumpuan apabila berjaya bangkit dari tempat terakhir (P24) untuk menamatkan aksi di kedudukan keenam.

Meskipun terlepas dua pusingan (GP Indonesia, GP Argentina) ekoran kecederaan namun Marquez kembali menunjukan taring sebenar.

Walaupun bermula di petak ke-9, jentera Honda RC213V miliknya seakan alami masalah dan berada pada kedudukan terakhir menuju ke selekoh pertama.

Dia bagaimanapun berjaya memintas tujuh pelumba pada lap sama untuk memulakan misi memperbaiki kedudukan.

Dia kemudiannya memancung Maverick Vinales, Brad Binder, Takaaki Nakagami dan rakan sepasukan Pol Espargaro untuk tempat ke-10.

Menariknya, walaupun berada di kelompok pertengahan, Marquez beberapa kali merekodkan masa lebih pantas berbanding kelompok depan.

Pelumba Sepanyol itu terus mengasak dan memintas (Aleix Espargaro), Johann Zarco, Jorge Martin dan Fabio Quartararo untuk mengambil tempat keenam.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube