Bikesrepublic

Berita Terkini

Susulan daripada Surat Niat (Letter of Intent) bertarikh 1 Mac 2021, Honda Motor Co, KTM F&E, Piaggio Group dan Yamaha Motor Co, dengan rasminya menandatangani perjanjian penubuhan Konsortium Batteri Boleh-Tukar Motosikal (SBMC).

Honda dalam satu kenyataan menyebut, “penubuhan konsortium adalah bertujuan mempromosikan penggunaan kenderaan eletrik di samping mencari solusi terbaik bagi pengurusan bateri dalam konteks polisi iklim antarabangsa.

“Ahli Konsortium percaya ketersediaan sistem bateri boleh-tukar adalah kunci pembangunan elektro mobility berkuasa rendah.”

Menurut kenyataan itu lagi, objektif utama Konsortium adalah seperti berikut:

  • Membangunkan spesifikasi teknikal bagi sistem bateri boleh-tukar
  • Mengesahkan penggunaan bateri boleh-tukar
  • Menghasilkan serta mempromosikan spesifikasi mengikut standard ditetapkan badan Eropah dan Antarabangsa
  • Memperkembangkan spesifikasi ke peringkat global

Sementara itu, Konsortium akan turut bertemu dengan pihak berwajib dalam pembangunan infrastruktur stesen mengecas setelah mengambil kira perbezaan ketersediaan stesen mengecas seluruh negara.

Pelumba muda negara, Hakim Danish, merekodkan dua kemenangan berturut-turut dalam Kejuaraan MiniGP Junior Coppa Italia yang berlangsung di Pomposa, Itali.

Pelumba berusia 14 tahun itu turut merekodkan catatan masa terpantas bagi kategori junior GP-2 190 sebelum terus memenangi perlumbaan 1 dan 2.

Hakim merupakan hasil daripada pembangunan bakat baru negara selepas muncul juara keseluruhan SIC MiniGP 2020 kategori 160cc.

Kejayaan itu menyaksikan dia layak ke Kejohanan Idemitsu Asia Talent Cup 2021 sebelum menempah tiket ke Kejuaraan FIM CEV 2021 bagi kategori European Talent Cup (ETC) bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team.

Peluang untuk Toprak Razgatlioglu menyapu bersih pusingan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) di Magny-Cours, Perancis, tidak kesampaian apabila kemenangan di Superpole telah dibatalkan gara-gara protes dari Kawasaki.

Kawasaki mendakwa pelumba Yamaha itu telah melebihi had litar (track-limit) sewaktu melakukan pintas terhadap Jonathan Rea.

Penganjur kemudiannya mengambil masa lebih empat jam sebelum memutuskan protes Kawasaki itu berasas lantas menghadiahkan kemenangan kepada Rea.

Keputusan itu turut menyaksikan jurang antara Razgatlioglu selaku pendahulu kejuaraan dan Rea dipisahkan hanya tujuh mata.

Ini juga menyaksikan Razgatlioglu masih berputih mata dalam melakukan kemenangan berganda di pusingan WorldSBK.

Sementara itu, prinsipal pasukan Pata Yamaha, Paul Denning, meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut.

“Minggu ini kami disajikan dengan saingan hebat antara dua calon kejuaraan,

“Bagi pasukan kami, ini kali pertama kami menang ketiga-tiga perlumbaan. Bagi Toprak, ini adalah pencapaian sulung dalam kariernya.

“Saya kecewa dengan protes dari Kawasaki kerana kami sesekali tidak akan mengambil jalan itu,” jelasnya.

Difahamkan, Race Direction telah pun memutuskan diakhir perlumbaan bahawa tiada kesalahan dilakukan Razgatlioglu kerana situasi itu tidak memberikan sebarang kelebihan pada pelumba itu.

Bagaimanapun, protes dari Kawasaki termasuk rakaman ‘onboard’ dari Rea meletakkan tayar belakang Razgatlioglu cecah had litar kurang 5mm.

Pos Malaysia Terima ‘Walk-In’ Bagi Urusan Pembaharuan Lesen Dan Cukai Jalan

Pos Malaysia kini menerima ‘walk-in’ bagi semua urusan pembaharuan lesen dan cukai jalan di semua kaunter operasi seluruh negara bermula Isnin ini.

Pada masa sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee ka Siong memaklumkan bahawa orang ramai yang sebelum ini telah membuat janji temu boleh terus mengikut tarikh ditetapkan atau terus ‘walk-in’ ke mana-mana kaunter Pos Malaysia berdekatan untuk berurusan.

Sebelum ini, Wee Ka Siong turut menjelaskan bahawa kaunter urusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan beroperasi secara kapasiti penuh bermula Isnin bagi pelanggan yang telah lengkap dua dos vaksin.

Moratorium pembaharuan lesen dan cukai jalan juga telah pun dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Boon Siew Honda dijangka akan melancarkan Honda CBR150R 2021 pada 7 September ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Honda Motorcycle Malaysia dengan slogan ‘Bersedia Untuk Sesuatu Ketangkasan’.

Meskipun tidak mendedahkan rupa jelas model tersebut namun berdasarkan siluet yang ditayangkan, jangkaan kami merujuk kepada CBR150R yang sebelum ini telah pun dipasarkan di negara Asia Tenggara lain antaranya Indonesia, Filipina dan Laos.

Sekiranya benar, maka segmen motosikal sportsbike 150cc bakal bertambah rancak apatah lagi sebelum ini orang ramai hanya disajikan dengan Yamaha YZF-R15.

Bagaimanapun, semakan di ruangan komen Honda Motorcycle Malaysia, rata-rata masih mempersoalkan bilakah Winner X akan diperkenalkan di Malaysia.

Apa pun, segalanya akan terjawab pada 7 September ini jam 8 malam di Facebook Honda Motorcycle Malaysia.

Kerajaan bakal mengumumkan kebenaran rentas negeri serta beberapa kelonggaran lain dalam tempoh terdekat.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan juga sedang pertimbang kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Saya sudah bincang perkara ini (pergerakan rentas negeri dan kelonggaran tertentu) dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan kita sudah putuskan beberapa siri cadangan,” jelasnya.

Difahamkan, perkara tersebut akan dibentangkan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

“Ada harapan (untuk rentas negeri), cuma saya (minta) sabar sekejap lagi, sikit saja masa lagi,” tambahnya. – HM

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube