Bikesrepublic

Berita Terkini

Saingan MotoGP kembali bersambung hujung minggu ini yang menyaksikan para pelumba bertandang ke Amerika Syarikat bagi pusingan ketiga musim 2023. 

Bagaimanapun, peminat telah pun disajikan dengan berita buruk apabila dua pelumba disahkan akan terlepas saingan kali ini. 

Pelumba Honda, Marc Marquez dan Ducati, Enea Bastianini disahkan akan terlepas pusingan kali ini ekoran masih lagi dalam proses pemulihan. 

Pemeriksaan kesihatan mendapati Marquez masih lagi belum pulih sepenuhnya akibat daripada kemalangan ketika di GP Portugal. HRC dalam satu kenyataan mendedahkan tulang ‘metacarpal’ lapan kali juara dunia itu masih belum pulih dan akan meneruskan program pemulihan di rumah. Marquez turut terlepas aksi GP Argentina sebelum ini. 

Dalam pada itu, selepas melakukan beberapa lap di Misano dengan jentera Panigale V4S, doktor mengesahkan Bastianini masih memerlukan beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya selepas turut mengalami kecederaan di Portugal.

Ducati turut mengesahkan pelumba uji, Michele Pirro, akan menggantikan Bastianini di GP Amerika hujung minggu ini. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan beberapa mat rempit yang dirakam menunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor.

Video berdurasi 20 saat itu memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi ‘wheelie’ di samping menunggang secara berbahaya. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, pihaknya menerima rakaman video tersebut pada jam 12.20 tengah hari semalam. 

“Dua daripada mereka melakukan aksi ‘wheelie’ iaitu mengangkat tayar dan bersaing sesama sendiri.

“Aksi itu dirakam oleh seorang lagi penunggang motosikal,” Ramli Kasa memberitahu Harian Metro. 

Berdasarkan rakaman tersebut, jelas menampakkan beberapa motosikal jenis Ducati Panigale sedang meluncur laju sambil melakukan aksi tidak bertanggungjawab. 

Dalam pada itu, polis juga mencari si perakam yang turut kelihatan menunggang jentera jenis Ducati Panigale. – Harian Metro

Seorang individu telah merekodkan pembelian nombor plat paling mahal didunia apabila membeli nombor plat P7 dengan harga AED55 juta (RM66.16 juta).

Memetik laporan Piston.my, pembeli tersebut (identiti tidak didedahkan) membuat pembelian nombor plat tersebut di Emirates Auction LLC pada Sabtu. Difahamkan, wang pembelian nombor plat tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan milik Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid. 

Untuk rekod, pembelian terbaru ini memecahkan rekod yang dilakar pada 2008 selepas usahawan Dubai, Saeed Abdul Ghaffar Khouri membelanjakan AED52.2juta (RM62.8 juta) bagi membeli nombor plat Abu Dhabi dengan angka 1. 

Difahamkan, membeli nombor pendaftaraan kenderaan pada harga tinggi sudah menjadi kebiasaan di Dubai. 

Baru-baru ini tular satu perkongsian di Twitter di mana seorang pemandu lori telah mengambil gambar pasangan di dalam sebuah Perodua Myvi sedang ‘bermesra’ ketika dalam perjalanan dari Alor Gajah ke Pedas Linggi. 

Memetik laporan Piston.my, kereta Myvi tersebut sedang memandu sekitar 70km/j di lorong tengah. 

Bagaimanapun, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pemandu lori tersebut yang mengambil kira untuk tujuan menjadi viral semata-mata. Sementara itu, ada juga yang mengecam pemandu lori tersebut kerana memandu sambil menggunakan telefon dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain. 

Apa yang pasti, pemandu kenderaan bermotor perlu berhati-hati di jalan raya dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan pemanduan. 

Mahkamah Rayuan sebulat suara membebaskan Sam Ke Ting atas insiden kematian laparan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017. 

Panel dibarisi tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah memutuskan untuk mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi. 

Ketika keputusan dibacakan, Hadhariah menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi hanya beri fokus pada pemandu dan bukannya kumpulan basikal lajak tersebut. 

Hadhariah juga memaklumkan bagaimana Mahkamah Majistret membuat penilian secara maksimum dan lebih tepat di samping mengambil kira bagaimana kemalangan tersebut tidak dapat dielakkan. 

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah terjejas teruk akibat daripada cuaca ribut yang melanda baru-baru ini. 

SIC dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa beberapa fasiliti dan kawasan sekitar telah rosak akibat daripada hujan lebat dan ribut yang berlaku pada Sabtu. 

Bagaimanapun, SIC mengesahkan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan yang menimpa petugas yang berada di kawasan sekitar termasuk pihak sekuriti yang sedang berkhidmat ketika kejadian. 

Dalam pada itu, SIC mendedahkan antara kerosakkan yang dikenal pasti melibatkan kanvas bumbung, papan tanda dan pokok di kawasan sekitar.  Ketika ini SIC masih lagi sedang menilai jumlah kerosakkan. 

SIC ketika ini sedang menjalani proses turapan semula beberapa bahagian litar dalam usaha memperbaharui lesen FIM sempena penganjuran MotoGP. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube