Bikesrepublic

Berita Terkini

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menjalankan penilaian keselamatan pada Perodua Axia. 

Keputusan tersebut dibuat setelah Perodua Axia antara empat model yang terpalit dengan kontroversi Daihatsu Co. Ltd baru-baru ini yang berkait dengan salah laku ujian keselamatan. 

Memetik laporan MalaysiaKini, MIROS menerusi pengerusinya, Wong Shaw Voon memaklumkan bahawa pihaknya mahu memastikan dakwaan Perodua bahawa Axia tidak terjejas dengan kontroversi tersebut. 

Perodua dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa model Axia adalah selamat untuk dipandu dan tiada notis panggilan semula akan dikemukakan kerana model tersebut masih mencapai piawaian UN-R95. – MalaysiaKini 

UMW Toyota akan tetap meneruskan penjualan Toyota Vios untuk pasaran Malaysia meskipun terpalit dengan kontroversi Daihatsu Co. Ltd yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. 

UMW Toyota dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa isu keselamatan dan kualiti Vios tidak terjejas. 

“Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota Vios atau berminat untuk membelinya, kami beri jaminan bahawa Toyota Vios serba baharu itu mencapai segala peraturan keselamatan dan kualiti kenderaan tersebut tidak terjejas,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. 

Ujian keselamatan susulan dijalankan mendapati Toyota Vios terus mencapai piawaian UN-R95 sekaligus tiada keperluan membuat panggilan semula. 

Sebelum ini, Perodua turut menyuarakan kenyataan sama dan memberi jaminan bahawa model terbaru, Perodua Axia turut mencapai piawaian UN-R95. 

Toyota Vios dan Perodua Axia antara empat model yang terpalit dengan kontroversi Daihatsu sebelum ini yang mengakui memalsukan ujian keselamatan melibatkan panel sisi kiri dan kanan. 

Perodua dalam satu kenyataan pada Ahad memberi pencerahan akan situasi melibatkan model Perodua Axia yang terpalit dengan kontroversi ujian keselamatan membabitkan empat model keluaran Daihatsu. 

Menurut kenyataan tersebut, Perodua telah menghubungi pihak bertanggungjawab termasuki agensi yang terlibat ketika ujian keselamatan tersebut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia terjejas. 

“Kami telah diberi jaminan – walaupun selepas pendedahan oleh Daihatsu – pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia masih lagi kekal.

“Ini bermakna Perodua Axia selamat untuk dipandu dan tiada sebarang notis panggil semula (recall) akan dikeluarkan sekaligus penyerahan model ini kepada pelanggan kami akan terus berjalan,” jelas Perodua. 

Bagaimanapun, Perodua memohon maaf atas keraguan dan kebimbangan yang tercetus daripada insiden tersebut dan memberi jaminan bahawa setiap aspek keselamatan model ditawarkan sudah pun disahkan pihak berwajib. 

Daihatsu mengesahkan bahawa pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan membabitkan bahagian panel sisi pintu bagi 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Apa yang mengejutkan, empat model yang terlibat adalah Perodua Axia 2023 yang baru sahaja diperkenalkan di samping Toyota Vios baharu (dikenali sebagai Yaris Ativ di pasaran Thailand) dan Toyota Agya serta sebuah lagi model yang belum dilancarkan. 

Anak syarikat Toyota itu membuat pengakuan tersebut dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat. 

“Kami mohon maaf kerana mengkhianati kepercayaan pelanggan dan pemegang saham kerana menyebabkan kebimbangan ini,” ujar Daihatsu. 

Dalam pada itu, Toyota dalam satu kenyataan berasingan meluahkan rasa kesal dengan tindakan Daihatsu.

Memetik laporan Reuters, Pengerusi Toyota, Akio Toyota berkata kejadian itu tidak boleh diterima kerana melanggar kepercayaan pelanggan. 

“Kami akan melakukan siasatan terperinci tetapi menjanjikan fahaman penuh atas apa yang berlaku di samping menjaminkan siasatan yang telus,” jelas Toyota. 

Dalam perkembangan sama, Daihatsu berkata pihaknya dimaklumkan mengenai pemalsuan ujian keselamatan itu selepas menerima laporan ‘whistleblower’. Susulan daripada berbangkitkanya insiden tersebut, Daihatsu juga telah menghentikan bahagian logistik. 

Pada penghujung bulan Mac lalu, CFMoto telah memperkenalkan motosikal segmen ‘mini-moto’ menerusi Papio XO-1 di China. 

Pelancaran model itu menarik perhatian bukan sahaja pembaca kami malah turut mendapat reaksi positif di pasaran Eropah dan Amerika Utara. 

Dalam perkembangan terbaru, kami difahamkan bahawa terdapat perancangan untuk membawa masuk Papio XO-1 di Malaysia. Perkara itu disampaikan satu satu pengedar tempatan menerusi perkongsian di Facebook. 

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada pihak CFMoto Malaysia sendiri namun difahamkan motosikal tersebut – sekiranya dijual disini – akan dijual pada harga sekitar RM7,XXX hingga RM9,XXX. 

Menurut CFMoto, model ini dikuasakan enjin satu silinder 125cc dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api yang berupaya menghasilkan 9.5hp pada 8,500rpm dan 8.3Nm pada 6,500rpm. 

Meskipun bukanlah motosikal yang berkuasa namun rupa bentuk Papio XO-1 merupakan ciri utama yang harus diberikan perhatian.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 14,514 saman pelbagai kesalahan dari 18 hingga 25 April ketika Op Motosikal yang dijalankan sempena Aidilfitri 2023. 

Sepanjang operasi tersebut dijalankan, sebanyak 500 motosikal turut diita atas pelbagai kesalahan. 

Perkara itu disahkan Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan. Jelasnya, sebanyak 51,039 motosikal telah diperiksa dan tindakan sitaan dibuat setelah didapati tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain di seluruh negara. 

Sementara itu, tiada lesen memandu merekodkan kesalahan tertinggi dengan  4,583 notis dikeluarkan diikuti cukai jalan tamat tempoh (2,600 saman), tiada insurans (2,364 saman), lesen memandu tamat tempoh (168 saman), tidak memakai topi keledar (160 saman) dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat (120 saman). 

Dalam pada itu, JPJ turut menjalankan advokasi di setiap lokasi operasi dalam usaha meminiumkan kadar kemalangan dan kemalangan maut di musim perayaan. 

“Dipohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya,” jelas Datuk Lokman Jamaan. – BERNAMA

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube