Bikesrepublic

Berita Terkini

Royal Alloy dengan rasminya melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan menerusi GP125, GP180 dan GP250 Youth Edition. 

Edisi istimewa ini menyaksikan tiga model ini tampil dengan ciri menonjol dan unik bagi selaras dengan selera anak muda masa kini. 

Ciri paling mencuri tumpuan terarah kepada panel badan sisi yang menampilkan elemen telus (transparent) sekaligus menampakkan komponen dalam motosikal. Menurut Royal Alloy Malaysia, panel sisi tersebut mengguna pakai bahan jenis plastik ABS sekaligus tahan lasak. 

Selain itu, ketiga-tiga model masih menawarkan ciri dan kelengkapan sama seperti model sedia ada. 

  • Royal Alloy GP125 CBS Youth Edition – RM12,800

Atas kertas, Royal Alloy GP125 Youth Edition masih lagi dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc dengan penyejukan udara yang berupaya menjana 9.8hp pada 7,500rpm dan 9.2Nm pada 7,000rpm. Pakej lain ditawarkan termasuk tangki 10.5L dan sistem CBS (combined braking system).

Untuk rekod, GP125 Youth Edition ini tampil dengan pelbagai warna menarik termasuk Ivory White, Flame Red, Matte Black dan Pink. 

  • Royal Alloy GP180 ABS Youth Edition – RM17,300

Sementara itu, GP180 Youth Edition pula hadir dengan pilihan warna lebih banyak termasuk Pink, Modern Orange, High Class Grey, Sherwood Green Matte dan Matte Bronze. Namun, hanya pilihan warna Biru sahaja yang tampil dengan ciri telus (transparent). 

Selain itu, GP180 Youth Edition ini dikuasakan enjin silinder tunggal 169cc dengan penyejukan udara yang menawarkan 10.2hp dan 10.6Nm. Berbanding GP125 yang menggunakan brek CBS, versi GP180 ini lebih terkini dengan sistem ABS yang dipadankan bersama fork teleskopik dan penyerap hentak di belakang. 

  • Royal Alloy GP250 ABS Youth Edition – RM23,800

Varian perdana bagi Youth Edition merupakan  GP250 yang turut hadir dengan panel sisi telus (transparent) bagi warna Blue dan Green. Namun, pilihan warna Sherwood Green dan Scotland Grey masih lagi ditawarkan bagi model ini. 

Seperti namanya, GP250 ini dikuasakan enjin satu silinder 244cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24.8hp dan 19Nm. Pakej brek pula merangkumi cakera brek di depan dan belakang yang dipadankan bersama ABS secara standard. Model ini juga hadir dengan tangki berkapasiti 10.5L. 

GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan helmet terbaru, GIVI M33.0 Aria untuk pasaran tempatan. 

Menurut GIVI Malaysia, M33.0 Aria merupakan helmet untuk kegunaan harian terbaru yang ditawarkan untuk penunggang motosikal di Malaysia. 

Ini kerana helmet baharu ini cukup ringan (hanya 1,220g) sekaligus sesuai untuk diguna pakai setiap hari. Selain itu, M33.0 Aria ini juga mencapai standard keselamatan terkini iaitu ECE22.06 sekaligus lebih selamat berbanding sebelum ini. 

Bahagian ‘padding’ dalam juga boleh ditanggalkan dan dibasuh agar lebih tahan lama dan selesa untuk dipakai.  Tidak dilupakan, M33.0 Aria ini juga mengguna pakai bahan anti-alergi sekaligus sesuai untuk semua jenis kulit. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • visor anti-calar
  • tiga corong udara
  • tali ikat jenis micrometric

Menariknya, GIVI M33.0 Aria ini hadir dengan enam warna pilihan;  Graphic Rush Blue Turquoise, Graphic Rush Red Blue, Graphic Union Black Blue, Graphic Union Grey Yellow, Dark Blue, dan Dark Grey.

Berikut senarai harga (Semenanjung/Sabah & Sarawak)

  • tanpa grafik – RM195/RM215
  • dengan grafik – RM200/RM245

Harapan peminat sukan permotoran tempatan untuk menyaksikan pelumba negara beraksi di Kejuaraan Dunia MotoGP bakal menjadi kenyataan menerusi Azroy Hakeem dan Helmi Azman. 

Memetik laporan media sukan permotoran tempatan Two Wheels, Azroy dan Helmi dikatakan akan mendapat tiket wildcard bagi saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama pasukan Petronas MIE Racing. 

Bagaimanapun, buat masa ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dkeluarkan pihak MIE Racing serta SIC. Bagaimanapun, difahamkan senarai pelumba ‘wildcard’ itu masih dalam proses kelulusan FIM dan pengumuman akan dibuat tidak lama lagi. 

MotoGP Malaysia akan berlangsung dari 10 hingga 12 November ini di SIC. – Two Wheels

Pengeluar tayar terkemuka, Bridgestone dengan rasminya memperkenalkan produk baharu menerusi Bridgestone Battlax Hypersport S23 untuk pasaran global bagi tahun 2024. 

Battlax Hypersport S23 merupakan kemas kini terbaru selepas S22 dan dibangunkan khas sebagai tayar berprestasi tinggi yang menjaminkan pengalaman menunggang yang jitu di jalan raya mahupun litar lumba. 

Bagi tahun 2024, Bridgestone telah menyuntik peningkatan besar bagi S23 termasuk kompaun yang dipertingkat agar menawarkan cengkaman lebih baik ketika di selekoh. Bridgestone mendakwa Battlax Hypersport S23 ini mampu membuatkan penunggang berasa lebih yakin dalam apa jua keadaan. 

Senarai saiz tayar ditawarkan:

  • 120/70ZR-17 *tayar depan
  • 160/60ZR-17
  • 180/55/ZR-17
  • 190/50ZR-17 
  • 190/55ZR-17
  • 200/55ZR-17

Selain meningkatkan prestasi di litar, tayar baharu ini juga berfungsi baik di jalan raya di waktu kering mahupun basah (hujan). Seperti Battlax Hypersport S22, versi S23 ini juga mengguna pakai pelbagai kompaun. 

Bridgestone juga telah menerapkan teknologi Pulse Groove pada Batlax Hypersport S23 ini yang berfungsi meningkatkan kestabilan dan cengkaman terutamanya dalam keadaan mencabar. Menariknya, Bridgestone juga mendakwa S23 ini menawarkan ketahanan lebih baik. 

Menurut Bridgestone, Battlax Hypersport S23 ini akan mula memasuki pasaran global bermula Januari 2024. 

Pasukan penguatkuasa Unit Taktikal dan Serbuan di bawah Seksyen Siasatan dan Serbuan, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah berjaya merampas lebih 4,000 unit produk tiruan yang menggunakan jenama GIVI dalam satu serbuan di sebuah premis di Puchong, Selangor. 

Hasil risikan dan pemantaun selama tiga bulan itu dengan kerjasama GIVI Malaysia menyaksikan premis tersebut didapati menjual produk tiruan GIVI. Antara yang disita adalah 4,046 unit baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan kedua-duanya menggunakan cap pemerdagangan GIVI. 

Menurut GIVI Malaysia dalam satu kenyataan, premis tersebut menjadi tempat pembungkusan barangan yang dibeli pelanggan menerusi platform atas talian seperti Shopee, Lazada dan TikTok. 

Dalam pada itu, pasukan penguatkuasa juga telah menahan dua individu di premis terbabit termasuk menyita peralatan dan dokumen berkaitan bagi tujuan siasatan. 

Kes kini disiasat dibawah Akta Cap Dagangan 2019. 

MForce Bike Holdings memulakan langkah sulung dalam segmen skuter elektrik tempatan  dengan memperkenalkan Yadea E8S Pro. 

Skuter elektrik tersebut yang sebelum ini telah pun dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, Mei lalu, merupakan antara usaha MForce dalam mendukung inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang telah diumumkan kepada dalam Belanjawan 2024 sebelum ini. 

Menurut MForce, Yadea E8S Pro ini ditawarkan pada harga RM5,999 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans) dan hadir dengan teknologi cekap tenaga TTFAR. Skuter elektrik ini juga mencapai standard ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh didaftarkan seperti motosikal ICE (enjin pembakaran dalaman). 

Atas kertas, E8S Pro ini dilengkapi dengan bateri 72v berkapasiti 38Ah dan dipadankan bersama motor elektrik 2000W yang mampu menjana 140Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi tali sawat (belting). Skuter ini juga mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 60km/j dan menawarkan jarak pergerakan sehingga 150km bagi setiap cas penuh.

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk lampu LED, panel meter digital dan ruang penyimpanan 32L. Menariknya, skuter ini juga hadir dengan dua mod; Eco dan Sport. 

Bagi yang berminat, Yadea E8S Pro hadir dengan tiga warna menarik; Space Gray, Matte Sea Blue dan Black. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube