Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda Racing Corporation (HRC) dengan rasminya mengumumkan pelumba tonggak pasukan Repsol Honda MotoGP, Marc Marquez, akan meninggalkan pasukan itu pada penghujung musim 2023. 

HRC membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan rasmi yang diterbitkan hari ini. Perkembangan terbaru itu bermakna kerjasama 11 tahun antara Honda dan Marquez berakhir dengan pelumba Sepanyol itu menyumbang enam kejuaraan dunia, 59 kemenangan dan 101 podium. 

Bayangan Marquez meninggalkan pasukan itu bertiup kencang beberapa minggu ini dengan Ducati menyatakan minat terhadap khidmat pelumba bintang itu. 

Meskipun begitu, Marquez dan Honda akan terus memberi saingan sengit bagi baki enam pusingan lagi. 

Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah menerima lapan unit motosikal berkuasa tinggi yang disumbangkan Kerajaan Sabah.

Penyerahan lapan motosikal jenis Harley-Davidson Low Rider ST itu telah diadakan dalam satu majlis khas yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor. 

Polis Sabah dalam satu kenyataan menjelaskan motosikal Harley-Davidson tersebut akan digunakan untuk penugasan khas selain daripada membantu mengatasi masalah kekurangan aset terutamanya motosikal dalam penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sabah.

Untuk rekod rekod, Harley-Davidson Soft Tail Low Rider ST itu dilengkapi enjin V-Twin 1,923cc dan menawarkan 105hp dan 168Nm pada 3,500rpm. 

Tayangan terbaru Ducati World Premiere 2024 dengan rasminya memperkenalkan Ducati DesertX Rally 2024.

Dibangunkan daripada Ducati DesertX sedia ada, versi Rally ini menawarkan pelbagai peningkatan terbaru terutamanya dalam aspek suspensi dan rim.

Pertamanya, Ducati DesertX Rally masih lagi dikuasakan enjin 937cc Testastretta 11-darjah yang menawarkan 110hp dan 92Nm.

Namun, segalanya tertumpu kepada pakej suspensi yang kini dinaik taraf dengan fork depan 48mm jenis ‘closed-cartridge’ dari KYB yang menawarkan tetapan ‘rebound dan compression’. Penyerap hentak KYB di belakang pula menawarkan tetapan ‘compression’ serta preload dan rebound.

Penggunaan suspensi baharu ini juga menyaksikan jarak kelegaan tanah yang lebih baik dengan 280mm. Bagi meningkatkan kecekapan kawalan, DesertX Rally ini juga dilengkapi dengan ‘steering damper’ dari Ohlins.

Sementara itu, DesertX Rally ini juga mengalami transformasi signifikan di bahagian roda yang kini menempatkan rim 21-inci depan dan 180inci belakang jenama Excel Takasago dengan lidi (spoked) karbon. Rim baharu ini juga 0.5kg lebih ringan berbanding rim stok pada DesertX standard.

Antara ciri tambahan lain ditawarkan termasuk ‘mudguard’ depan baharu dengan kabel brek terpisah selain daripada pedal brek dan gear boleh laras. Juga eksklusif pada varian Rally adalah penggunaan livery Iron Giant.

GALERI: DUCATI DESERTX RALLY 2024

Sebelum ini kami telah pun melaporkan bahawa Modenas akan melancarkan skuter maxi premium, KYMCO AK550 untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. 

Beberapa peminat Modenas Elegan EX250 telah pun menyaksikan model itu dengan lebih dekat ketika sesi lawatan yang diadakan pada Isnin. 

Berdasarkan tinjauan di Facebook pemilik Modenas Elegan 250, ada di antara mereka yang telah berkongsi pengalaman mengenai lawatan tersebut semalam. 

Menerusi perkongsian Fikry Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan memberitahu kumpulan lawatan tersebut bahawa pelancaran AK550 itu akan diadakan sekitar Januari 2024. Namun pada awalnya, model itu sepatutnya dilancarkan pada bulan Julai/Ogos. 

Menariknya, Roslan memberitahu bahawa model itu akan dijual sebagai model CBU (complete built unit). Namun tidak dinyatakan sama ada akan dijual sebagai model CKD selepas itu.

Pada masa sama, perkongsian itu juga menyatakan bahawa AK550 tersebut akan dijual pada harga lebih rendah berbanding Yamaha TMAX 560 yang ketika ini dipasarkan pada harga sekitar RM72k. 

Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki telah bertindak menumbung dan menendang seorang penghantar makanan di laman media sosial.

Insiden tersebut dipercayai berlaku pada Ahad apabila penghantar makanan berusia 21 tahun itu telah ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, polis kini sedang mencari lelaki dalam video berkenaan selepas menerima laporan pada tengah malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati pada hari kejadian sekitar 7.15 malam, mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon pada sebuah kereta kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggar mangsa.

Pemandu kenderaan itu kemudian menghalang pergerakan mangsa di persimpangan lampu isyarat. Salah seorang daripada lelaki berkenaan kemudian menolak mangsa sehingga jatuh dari motosikal serta mencekik, menumbuk muka serta menendang perut dan kaki mangsa beberapa kali,” jelasnya.

Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian hadir ke balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222.

Indonesia dengan rasminya memulakan langkah ke arah pemodenan baharu setelah melancarkan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) pada Isnin.

Menurut Presiden Joko Widodo, projek HSR yang mencecah RM36.7 bilion dan didokong oleh kerajaan China itu boleh mencapai kelajuan sehingga 350km/j dan hanya memerlukan 45 minit untuk bergerak dari Jakarta ke Bandung.

Sebelum ini, jarak 140km dari kedua-dua bandar itu memerlukan masa lebih tiga jam untuk sampai menggunakan kereta api konvensional.

Kereta api berkelajuan tinggi itu boleh memuatkan serami 600 orang dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China.

Untuk rekod, kereta api tersebut dinamakan sebagai ‘WHOOSH’ yang bermaksud Waktu Hemat, Operasi Optimal, Sistem Handal. Projek tersebut pada awalnya dijadualkan siap pada 2019 namun ditangguhkan susulan pandemik Covid-19. – Channel News Asia

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube