Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas beroperasi lebih 35 tahun, Kilang Honda di Swindon, United Kingdom, kini sudah ditutup selamanya.

Pihak Honda telah memutuskan untuk menghentikan operasi kilang itu sejak Februari 2019 lagi, disebabkan peralihan kepada kenderaan elektrik, selain menumpukan perhatiannya kepada pasaran yang lebih aktif.

Penutupan ini menjejaskan pekerjaan seramai 3,000 orang, dan juga bermakna pengeluaran Honda Civic Type R akan berhenti di UK sambil menanti penggantinya yang akan datang tahun hadapan.

Pada kemuncak operasinya, kilang Swindon itu mampu menghasilkan kira-kira 680 unit kenderaan dalam masa sehari dan telah pun menghasilkan hampir empat juta kenderaan baharu sejak beroperasi pada tahun 1985.

Tapak kilang tersebut kini dijual kepada syarikat pembangunan industri yang digelar sebagai Panattoni yang memiliki kepakaran di dalam bidang logistik.

Baru-baru ini, tular rakaman video dan imej yang didakwa sebagai Yamaha R15 V4 sedang giat jalani ujian di India.

Bagaimanapun, berdasarkan perkembangan terbaru, difahamkan model tersebut mungkin bukan merujuk pada R15 sebaliknya model yang lebih besar R25 atau R3.

Menurut laporan di India, motosikal tersebut dilihat sebagai terlalu besar bagi sebuah R15 malah panel depan juga menampilkan rekaan sama seperti R7.

Bahagian ekor juga tampak lebih “berisi” dan tidak kurus seperti yang terdapat pada R15 ketika ini.

Selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk laporan terkini di India, motosikal Yamaha tersebut hampir pasti merujuk kepada model R25/R3 baharu.

Bukan itu sahaja, ini juga membuktikan bahawa semua generasi baharu “sportsbike’ Yamaha akan mengikut acuan sama seperti R7 yang telah pun dilancarkan pada Mei lalu. – Rushlane

KTM akan terus memperkembangkan barisan model DUKE sedia ada dengan versi 990 setelah jentera itu dikesan jalani ujian jalan raya di Eropah.

Meskipun laporan antarabangsa mendakwa 990 DUKE ini adalah serba baharu namun melihat kepada imej dikongsikan ternyata terdapat elemen yang dikekalkan dari 890 DUKE.

Antaranya rekaan lampu LED depan dan beberapa bahagian panel yang telah dibawa dari KTM 890 DUKE.

Bagaimanapun, bahagian tangki, ekzos, radiator dan enjin adalah serba baharu.

Lebih mencuri tumpuan, terdapat laporan bahawa pengeluar motosikal Austria itu akan mengguna pakai platform enjin sama untuk melancarkan model adventure dan GT yang lebih kecil berbanding 1290 Super Duke dan 1290 Adventure sedia ada.

KTM 990 DUKE ini juga dijangka akan menggantikan 890 DUKE sedia ada, namun, tiada tarikh pelancaran didedahkan setakat ini.

Honda akan mengemaskini rangkaian CB500, seperti dalam kertas kerja EU yang menunjukkan beberapa perubahan untuk model 500cc kembar selari.

Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memfailkan dokumen membabitkan model CB500F, CBR500R & CB500X 2022.

Kelihatan seperti tiada perubahan besar, tetapi yang pastinya sesuatu evolusi pada jentera popular ini bakal datang.

Walaupun motor kembar selari 471cc ini tidak berubah, dengan pengeluaran 47hp dan tork 43Nm, beberapa perubahan dimensi dan berat menunhjukkan ada perubahan kecil di tempat lain.

Sementara CB500F dan CBR500R sama berat, CB500X lebih berat sebanyak 2kg, dan ini mungkin disebabkan penambahan kapasiti tanki minyak 17.7L.

Di tempat lain, dimensi tersenarai telah mengalami perubahan sedikit – ukuran lebar telah meningkat sebanyak 5mm untuk CB500X dan CBR500R, dan 10mm untuk CB500F, sementara panjang dan tingginya tidak berubah; kemungkinan besar disebabkan pemegang lebih lebar.

Kemas kini utama yang dirancang untuk rangkaian CB500 2022 datang daripada dokumen yang mencatat cakera tambahan di bahagian hadapan, dan brek baru bermaksud roda dan garpu baru.

Kemas kini pada kombo garpu dan roda depan juga akan menunjukkan perubahan pada penyerap hentakan bahagian belakang.

Bajaj ketika ini sedang membangunkan barisan model Pulsar dengan enjin baharu merangkumi enjin 150 hingga 250cc.

Model pertama yang dijangka akan diperkenalkan terlebih dahulu adalah Pulsar 250F.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, difahamkan pengeluar motosikal berpangkalan di Pune, India itu akan memperkenalkan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) pada model baharu Pulsar.

VVA merupakan teknologi yang membenarkan injap (valve) untuk beroperasi pada timing berbeza bergantung pada kelajuan enjin sekaligus membantu mencapai keseimbangan ketika di kelajuan rendah dan tinggi.

Bukan itu sahaja, Bajaj juga berjaya menghasilkan sistem bukan sahaja menjimatkan kos malah kompak dan versatil untuk dimuatkan ke dala enjin sedia ada tanpa perlu melakukan modifikasi besar.

Menurut laporan di India, teknologi VVA ini mampu membantu enjin sedia ada untuk mencapai prestasi lebih baik dan efisien terutamanya pada model Pulsar 250 akan datang. – ZigWheels

Syarikat Itali Deus Ex Machina telah mengeluarkan motosikal yang merupakan motosikal ‘adventure’ custom paling ‘cool’ kita pernah lihat.

Walau hanya dengan gaya standard sekalipun, Yamaha Ténéré 700 tetap merupakan sebuah jentera yang sangat kacak, dengan gaya moden.

Namun jika anda lebih suka gaya klasik pada motosikal adventure, anda mungkin tidak berapa berkenan dengan rupa motosikal ini.

Motosikal Dakar Rally klasik zaman dahulu lebih berbentuk kotak, dan bergaya, iaitu reka bentuk yang kini menaikkan nilai motosikal adventure klasik.

Deus Ténéré kelihatan mengubah semua itu, dengan menawarkan semua teknologi moden dan reka bentuk Ténéré 700 standard, dalam bentuk kit badan retro.

Kerja-kerja pada motosikal itu dilaksanakan oleh pelumba Perancis Jean-Claude Moussé yang menunjukkan karya itu semasa acara Wheels & Waves Swank Rally yang telah dijalankan dengan tertutup.

Pengemaskinian jentera ini merangkumi pelindung radiator baru, pemandu dan pelindung rantai, pelindung motor Yamaha dan kotak peralatan, dan pelindung tangan Acerbis.

Reka bentuknya dilakukan oleh Camel Studio dengan fairing, penutup tangki, tempat duduk, penutup belakang lumpur, dan penutup sisi, dan kini boleh didapati dalam bentuk kit.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube