Bikesrepublic

Berita Terkini

Ducati Malaysia menyediakan pelbagai tawaran dan promosi istimewa sempena sambutan bulan Kemerdekaan yang bakal berlangsung menerusi kempen “Massive Deals for Merdeka”. 

Sehingga 30 September ini, pelanggan yang membeli motosikal Ducati serba baharu berpeluang menikmati rebat tunai sehingga RM8,000 bagi model terpilih. 

Jika tidak tahu model mana yang sesuai, Ducati Malaysia juga menyediakan beberapa unit untuk ditunggang uji agar pelanggan boleh merasai sendiri kemampuan motosikal Ducati. 

Dalam pada itu, pelanggan yang mahu melengkapkan diri dengan barangan Ducati boleh menikmati diskaun sehingga 35 peratus bagi barangan rasmi, aksesori dan alat ganti Ducati. Tawaran ini juga merangkumi servis Desmo terpilih. 

Suzuki Malaysia merupakan antara jenama yang menghangatkan Kuala Lumpur Bike Show 2023 yang sedang berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 24 hingga 27 Ogos ini. 

Meskipun tiada program pelancaran model baharu di KLBS’23 itu namun Suzuki Malaysia telah menempatkan beberapa model baharu yang akan dipasarkan di Malaysia kelak. 

Selain daripada V-Strom 250 SX yang telah pun kami laporkan sebelum ini juga terdapat kelibat skuter kompak, Avenis 125. 

Tampil dengan berat hanya 106kg, Avenis 125 merupakan skuter kompak yang cukup popular di beberapa pasaran dunia lain termasuk di Jepun dan India. 

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, Suzuki Malaysia merancang untuk memperkenalkan model itu pada 2024 sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dan akan dijual sekitar RM7k. Lantaran itu, Avenis 125 bakal berrdepan saingan sengit daripada beberapa model antarnaya Yamaha Ego Gear dan Honda Vario 125. 

Untuk rekod, Suzuki Avenis 125 dikuasakan enjin satu silinder 124cc dengan sistem penyejukan udara yang berupaya menghasilkan 8.5hp pada 6,750rpm dan 10Nm pada 5,500rpm. Sistem transmisi pula menempatkan kotak gear jenis CVT. 

*Suzuki Burgman 125

Dalam pada itu, kami juga dimaklumkan bahawa turut akan dipasarkan bersama awal tahun depan adalah skuter Suzuki Burgman 125. 

Bagi yang hadir ke Kuala Lumpur Bike Show 2023 wajib singgah di ‘booth’ Suzuki Malaysia kerana mereka menyajikan pratonton khas beberapa model baharu yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. 

Bagaimanapun, model yang paling mencuri tumpuan adalah Suzuki V-Strom 250SX yang disahkan akan dipasarkan di Malaysia pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian. Menurut info yang kami perolehi, motosikal ‘adventure’ 250cc itu dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini. 

Menariknya, kami juga diberitahu bahawa V-Strom 250SX itu akan dipasarkan sekitar RM18 ribu. Sekiranya benar, kami menjangkakan model ini akan menjadi antara yang popular di Malaysia apatah lagi terdapat permintaan tinggi terhadap jentera ‘adventure’ ketika ini. 

Untuk rekod, V-Strom 250 SX dikuasakan enjin satu silinder 250cc dengan penyejukan minyak, SOCH 4-valve F1 yang berupaya menghasilkan 26hp pada 9,300rpm dan 22.2Nm pada 7,300rpm. Kuasa enjiin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan.

Menariknya, V-Strom SX ini juga mengikut acuan rekaan seakan ‘abang besar’ V-Strom 1050 XT.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • fork depan teleskopik
  • suspensi bekalang tungga
  • cakera brek depan dan belakang
  • tayar 100/90-19 depan
  • tayar 140/7-17 belakan
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • jarak kelegaan tanah 205mm
  • berat 167kg
  • lampu LED penuh

Pada masa sama, model ini juga dilengkapi dengan sistem elektronik menarik antaranya Suzuki Ride Connect Edition dengan fungsi ‘Bluetooth’ serta Suzuki Easy Start System yag memudahkan enjin dihidupkan.

MForce terus merancakkan hari pertama Kuala Lumpur Bike Show 2023 berlangsung di WTC Kuala Lumpur pada Khamis dengan pelancaran Brixton CrossFire 150 XS.

Kemunculan CrossFire 150 XS telah pun dijangka berdasarkan ‘teaser’ yang dimuat naik di media sosial sebelum ini. Namun menariknya, ketika pasaran global lain menawarkan jentera dengan sesaran enjin 125cc, pasaran Malaysia menerima enjin 150cc. 

Untuk rekod, CrossFire 150 XS merupakan motosikal gaya mini-scrambler dan akan bersaing dengan Honda MSX 125 (Grom) dan Honda Monkey. Enjin satu silinder 150cc itu menawarkan 13.4hp @ 9,500rpm dan 11.9Nm pada 6,500rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fork jenis USD, monoshock, cakera brek 220mm depan (tunggal) dan 190mm belakang (tunggal), tayar 12-inci depan dan belakang, serta tangki 11L. Bagi memastikan motosikal ini mudah diakses semua jenis penunggang, ketinggian tempat duduk selesa pada 770mm dan berat 111kg. 

MForce selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia telah memperkembangkan tawaran model disini dengan pelancaran SYM Tuscany 150 di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) bertempat di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Menariknya, Tuscany 150 dipasarkan di Thailand dibawah jenama GPX kerana pembangunan skuter itu merupakan usahama antara GPX dan SYM. Jadi tidak hairanlah skuter itu dijual dibawah jenama SYM disini. 

Bagi pasaran Malaysia, hanya satu varian ditawarkan iaitu varian tertinggi yang dilengkapi dengan sistem tanpa kunci (keyless). 

Dalam pada itu, Tuscany 150 dikuasakan enjin satu silinder 149.6cc SOHC, 2-valve dengan penyejukan udara yang menawarkan 11hp dan 11.4Nm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi automatik jenis CVT. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik depan
  • penyerap hentakan belakang (berkembar)
  • cakera brek depan 
  • sistem brek CBS (combine braking system)
  • tayar 110/70-12 depan
  • tayar 120/70-12 belakang

Meskipun tampak retro, Tuscany 150 ini masih lagi datang dengan ciri moden seperti panel meter digital LCD, lampu LED dan pengecas USB. 

Pada masa sama, skuter ini juga dilengkapi tangki bahan api 5.7L dan ruang letak barang (bawah tempat duduk) 27L. 

MForce Bike HJoldings selaku pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia telah merasmikan pelancaran QJMotor SRK600RC untuk pasaran tempatan di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23), pada Khamis. 

QJMotor SRK600RC  merupakan varian tertinggi bagi model SRK600RR namun dibezakan dengan penggunaan komponen yang lebih premium serta livery yang diinspirasikan daripada pasukan QJMotor Gresini Racing di Moto2. 

Jika SRK600RR datang dengan pakej suspensi KYB, SRK600RC pula hadir dengan fork depan jenis USD dari Marzocchi dan monoshock (preload adjustable) juga dari Marzocchi. 

Pakej brek juga tampil premium dengan Brembo master-cylinder dipadankan bersama kaliper brek 4-pot berkembar Brembo M4 di depan dan kaliper brek 2-pot Brembo di belakang. Sistem brek juga menampilkan ABS dwi-saluran bersama cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang. 

Sementara itu, bahagian enjin pula menampilkan platform 4-silinder 600cc 16valve dengan sistem penyejukan cecair yang menawarkan 81hp pada 11,000 rpm dan 51Nm pada 10,500rpm. Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter TFT
  • tayar 120/70-17 depan
  • tayar 180/55-17 belakang
  • ketinggian tempat duduk 800mm
  • berat 225kg
  • tangki 16.4L

Menurut pihak MForce, QJMotor SRK600RC ini datang dengan dua warna pilihan. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube