Bikesrepublic

Berita Terkini

Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) dengan rasminya mengumumkan barisan pelumba bagi saingan WorldSBK dan WorldSSP musim 2023.

Kedua-dua kejuaraan dunia itu kembali mencuri tumpuan peminat sukan permotoran tempatan ekoran terdapat penglibatan dua pelumba negara, Hafizh Syahrin (WorldSBK) dan Adam Norrodin (WorldSSP).

Untuk rekod, meskipun beraksi di kelas berbeza namun Hafizh dan Adam masing-masing mewakili pasukan MIE Racing Honda Team.

Namun, begitu perkembangan menarik berlaku di kem Adam Narrodin apabila Petronas disahkan sebagai penaja utama pasukan MIE-MS Racing Honda Team. 

Meskipun begitu, senarai tersebut tidak pula menyebut Petronas sebagai penaja utama MIE Racing Honda Team di kelas WorldSBK diwakili Hafizh Syahrin. 

MIE Racing dan Petronas pernah jalin kerjasama di MotoGP sebelum ini sebagai pasukan wildcard di Moto2 dan dari situ ramai yang mengjangkakan kerjasama berterusan akan berlaku. 

Namun, persoalan yang dibangkitkan kami ketika ini adalah kebarangkalian Petronas akan turut menaja pasukan Hafizh kelak? Jika itu berlaku, pastinya perkembangan pelumba negara terutamanya Hafizh cukup menarik untuk dipantu di WorldSBK musim ini. 

Adam akan beraksi dengan jentera Honda CBR600RR manakala Hafizh akan terajui Honda CBR1000RR-R Fireblade. 

Pengeluar motosikal UK, Triumph Motorcycles merupakan antara nama besar yang masih belum mempunyai pasukan di MotoGP.

Meskipun terlibat sebagai pembekal enjin di Moto2 di samping turut beraksi di SuperSport World Championship dan bakal sertai perlumbaan motocross dan enduro pada 2024, misi bersaing di Kejuaraan Dunia MotoGP masih tiada dalam perancangan. 

Perkara itu disampaikan Ketua Pegawai Produk Triumph Motorcycles, Steve Sargent, dalam temu bual terbaru bersama Crash.net.

Jelasnya, MotoGP merupakan dunia yang cukup berbeza berbanding kejuaraan dunia lain.

“MotoGP merupakan permainan yang berbeza terutamanya dari segi kewangan. 

“Tetapi ia bukan sahaja melibatkan faktor kewangan sahaja untuk berlumba malah perbelanjaan R&D dan usaha yang harus disertakan.

“Jadi fokus kami ketika ini adalah Moto2, SuperSport dan seterusnya motocross dan enduro,” jelasnya. 

Tidak dinafikan, Yamaha bergelut dalam saingan kejuaraan dunia MotoGP musim 2022.

Jentera Yamaha YZR-M1 ditunggang juara dunia 2021 Fabio Quartararo, gagal memberi saingan terhadap kuda merah Ducati yang dikuasakan platform V4. 

Quartararo juga beberapa kali bersuara jenteranya tidak cukup pantas musim ini sehinggakan menggangg fokusnya di awal musim 2022. 

Pelumba kelahiran Perancis itu hanya menamatkan saingan di tempat kesembilan pada aksi pembukaan di Qatar, kelapan di Argentina dan ketujuh di Austin, Amerika Syarikat sebelum bangkit semula pada pusingan di Eropah dengan tiga kemenangan.

Namun, senario itu tidak cukup untuk menyekat kemaraan Ducati dengan Francesco Bagnaia muncul juara dunia bagi musim 2022. 

Disebabkan itu, ada yang mula bangkitkan cadangan agar Yamaha perlu beralih ke enjin V4 apatah pengeluar motosikal Jepun itu bakal menjadi satu-satunya pasukan dengan enjin ‘inline-four’ bagi musim 2023 selepas penarikan diri Suzuki. 

Bagaimanapun, Ketua Projek Yamaha MotoGP, Kazutoshi Seki, menjelaskan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pada platform ‘inline-four’ sedia ada.

“Kami memahami apa yang ‘rider’ mahukan daripada jentera mereka, terutamanya ‘top speed’.

“Tetapi ada aspek lain yang juga perlu diberikan perhatian antaranya ketahanan dan perwatakan enjin. Jika kami hanya beri fokus pada ‘top speed’ sahaja, enjin itu mungkin menjadi terlalu agresif.

“Pada masa sama, memastikan enjin kekal di tahap optimum bukan kerja mudah, sebaliknya amat sukar,” jelas Seki. 

Selain daripada enjin, Seki juga menjelaskan bahawa pasukan itu juga perlu memandang serius pembangunan chasis dan aerodinamik. 

Namun, Seki akui sukar untuk memenangi perlumbaan ketika ini ekoran pengeluar lain semakin kuat. 

“Saya rasa amat sukar untuk menang dengan mengekalkan konsep sama kerana pengeluar lain memberi saingan kuat jadi kami cuba mewujudkan keseimbangan antara enjin berkuasa namun dengan aliran kuasa yang lebih lancar,” tambahnya. 

Meskipun begitu, Seki akui pasukan itu tidak menolak kemungkinan untuk mencuba platform lain. 

“Ketika ini masih banyak ruang untuk diperbaiki pada enjin ‘inline-four’ tetapi jika kami rasa enjin lain mempunyai kelebihan yang lebih baik berbanding ‘inline-four’ sudah tentu kami akan pertimbangkan.

“Saya rasa kami sedang menuju ke arah itu,” tambah Seki lagi.

Penjelasan itu secara tidak langsung memberi bayangan bahawa Yamaha akan beralih ke platform V4 tidak lama lagi. Bagaimanapun, langkah itu pastinya menjadi satu cabaran besar apatah lagi pengeluar motosikal Jepun itu tidak pernah membangunkan enjin dengan konfigurasi V4 setakat ini. 

Apa yang pasti, MotoGP musim 2023 bakal menjadi penentu sama ada perlunya Yamaha beralih ke V4 bermula dengan Sepang Shakedown yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Februari sebelum ujian rasmi pada 10 hingga 12 Februari depan di Litar Antarabangsa Sepang. 

Dalam usaha menangani angka kematian tinggi babitkan kemalangan motosikal, kerajaan akan mengusulkan supaya pembinaan jalan persekutuan dan negeri yang baharu wajib ada laluan khas bagi motosikal.

Perkara itu disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Isham Ishak.

Memetik laporan Berita Harian, usul itu telah pun dibawa kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dibentangkan kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), tahun depan.

Usaha tersebut merupakan antara objektif Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022-2030 dalam mengurangkan angka kematian nahas jalan raya sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030.

Antara sebahagian daripada rangka pelan terbabit termasuk mewajibkan pemasangan ABS pada motosikal 150cc ke atas bermula 2025.

“Bila melihat statistik kemalangan, selalu berlaku kegagalan mengawal motosikal bila tergelincir, dengan adanya ABS, kawalan kenderaan boleh dibuat dengan lebih baik,” katanya kepada Berita Harian.  

Minggu lalu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaan di tengah Jalan SS 8/2, Petaling Jaya. 

Lelaki tersebut bukan sahaja dilihat memarahi pemandu kereta malah dirakam mengambil batang kayu dan cuba menghayun. 

Dalam perkembangan terbaru, Polis Daerah Petaling Jaya telah pun mengesahkan lelaki terbabit telah pun ditahan 26 Disember lalu.

Ketua Polis PJ, ACP Mohamad Fakharudin Abdul Hamid memaklumkan lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemandu van itu telah ditahan ditepi jalan di Jalan Penchala Petaling Jaya, tiga hari selepas video itu tular.

“Pada 26 Disember, lebih kurang jam 3.20 petang, pasukan polis dari bahagian siasatan jenayah IPD PJ telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan di tepi jalan di Jalan Penchala, yang terlibat dalam kes yang diadukan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Pemohonan reman dibenarkan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember 2022,” jelasnya. 

Ogos lalu, kami telah pun melaporkan bahawa jenama motosikal baharu di Malaysia, Aveta bakal memperkenalkan model 250cc sulung. 

Pada waktu itu, info model tersebut disampaikan Pengarah Urusan Aveta, Hon See Long dan Timbalan Pengarah Urusan Aveta, Caden Gan.

Dalam perkembangan terbaru, kami telah pun menerima maklumat bahawa model ‘full fairing’ itu akan dilancarkan pada 12 Januari depan. 

Dinamakan Aveta VZR 250, model tersebut dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD) dan bakal tampil dengan harga mampu milik, jangkaan bawah RM20,000. 

Untuk rekod, Aveta juga bakal memperkenalkan skuter 250cc serba baharu namun info terperinci termasuk tarikh pelancaran masih belum diumumkan lagi. 

Buat masa ini, Aveta telah pun berada di pasaran tempatan menerusi beberapa model antaranya Aveta VS110, V13R dan terbaru SVR180. 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube