Art of Speed Malaysia 2024 (AOS) akan lebih besar daripada sebelumnya. Dengan slogan “Stop The Violence” (“Hentikan Keganasan”) tahun ini, ia memupuk cinta tanpa kebencian, dan perpaduan tanpa sempadan.
Acara tahunan Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia ini kembali ke Taman Ekspo Agro Malaysia, Serdang (MAEPS). Tapak ini mempunyai kawasan pameran dalaman seluas 42,000 meter persegi (452,084 kaki persegi) dan kawasan pameran luaran seluas 3.5 hektar (8.6 ekar). AOS berkata bahawa setiap dewan acara telah dipenuhi serta akan menampilkan banyak aktiviti dan pameran yang menyeronokkan untuk peminat dan pelawat pada hujung minggu. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2024 (AOS 2024) pada 27 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 28 Julai 2024 (10:00 pagi – 7:00 malam).
Daripada siaran media AOS:
Senarai tetamu yang diketengahkan AOS 2024 daripada komuniti custom dan media antarabangsa akan termasuk:
- Shige Suganuma, Shinotsuka “NATQQ” Michihisa & Hey Murakamii daripada MOONEYES, Jepun.
- Ikon drift terkenal dunia Daigo Saito dari Toyota Gazoo Racing akan menghadiri AOS 2024! Daigo ialah pemandu yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dan telah memenangi pelbagai kejuaraan, termasuk siri Grand Prix D1 dan siri Formula Drift. Beliau juga telah mengasaskan kedainya sendiri bernama Fat Five Racing, di mana beliau telah membina banyak kereta drift yang unik. Satu contoh yang ketara ialah Lamborghini Murcielago (drift-spec) miliknya. Sejak itu beliau telah mengembangkan kedainya – kini dikenali sebagai Fat Five Land – yang merangkumi ruang istirahat/bar, pameran kereta dan kawasan drift di mana anda boleh menunggang bersama Daigo.
- Katie’s Customs; Jepun – akan menampilkan motosikal kustom Vincent Black Shadow (https://en.wikipedia.org/wiki/Vincent_Black_Shadow). Ditubuhkan pada tahun 2005, Katie’s Custom Shop beroperasi di Daerah Nishitama di Tokyo. Pemiliknya Encik Katsuya Tasaki, adalah seorang yang pakar dalam Harley-Davidsons, dan visi kreatifnya adalah untuk mencipta satu silhouette dimana orang yang tidak berminat dengan budaya kustom akan tertarik dengannya! Beliau juga telah memenangi pelbagai anugerah di Yokohama Hot Rod Custom Show.
- STOOP Motorcycles; Jepun – Masato Ikemori dari STOOP Motorcycles akan hadir ke AOS 2024 dengan Harley-Davidson Panhead miliknya. Panhead pertama kali diperkenalkan pada tahun 1948 dan telah dikeluarkan sehingga tahun 1965, dibuat dalam dua versi (61 and 74 cubic inch displacements). Nama panggilan “Panhead” merujuk kepada bentuk penutup injap aluminium yang ditekan yang menyerupai kuali memasak. Panhead terletak tinggi dalam hierarki enjin Harley-Davidson klasik bersama-sama enjin terulung lain seperti Flathead, Knucklehead dan Shovelhead.
- EVILACT, Jepun – Dilahirkan dan dibesarkan di Yokohama, Jepun, Minato Yamamoto dibesarkan di bawah pengaruh counterculture yang terkenal di kampung halamannya. Selain mengasaskan EVILACT, Minato juga seorang bekas pelukis dan kini merupakan pereka fesyen. Minato akan membawa Harley-Davidson Knucklehead EL 1947 miliknya ke AOS 2024.
- Nigel Petrie dari Engineered To Slide; Australia – Nigel Petrie terkenal dengan kerja-kerjanya bersama kereta kustom. Minatnya yang mendalam terhadap kereta dan motosikal telah mendorongnya untuk menjadi pengimpal dan pereka, dengan rekaanya yang paling terkenal iaitu space frame drift Toyota Hilux, yang dibina di bawah jenamanya Engineered To Slide. Nigel kekal komited mengasah kemahirannya untuk mencipta kereta serta motosikal kustom untuk dipadankan dengan gaya uniknya.
- Spinny, Thailand – Pemenang Best European Custom Bike di Bangkok Hot Rod Show 2024.
- Little Boy Cycles, Thailand – Pemenang Best of Show di Bangkok Hot Rod Show 2024.
- Dino Dalle Carbonare & Alexander Iain dari Speedhunters.com; Global.
- ONE LOW, Masashi Tasaki; Japan – One Low ialah kedai Volkswagen Speed Shop yang ternama dari Jepun, terkenal kerana membina MOONEYES Volkswagen Beetle drag car – Moon Bug.
- Tengku Djan, The Prince of Drift – Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel ialah seorang pemandu drift profesional Malaysia yang telah bertanding dalam siri D1 Grand Prix Racing sepanjang beberapa siri drift dan perlumbaan. Beliau mempunyai banyak pencapaian dalam kerjaya perlumbaan profesionalnya seperti memenangi perlumbaan Merdeka Millennium Endurance selama 12 jam berturut-turut pada 2005 dan 2006.
- Makoto from Makoto M&K Custom Signs – Makoto ialah artis yang menghasilkan poster AOS 2024 dan juga pereka untuk kereta die-cast di Hot Wheels Japan Collectors Convention.
- 2 Percenter, Jepun
- Masanari Kobyashi dari Jepun
- Burnout Magazine, Jepun
- Majalah Vibes, Japan – Tahun ini pemilik majalah Vibes, Encik Tosihiro, akan mengunjungi AOS 2024
- Majalah Ignite, Thailand
- Cynar, Jepun
- Mow, Australia
- Choppajoop, Singapore
- Hisa Artes 66 Paintlab, Indonesia (a collective group of 15 pinstripe artists)
- Fahmi Freeflow, Indonesia
- Mill Art, Indonesia
- Mr. Pinman, Thailand
- Irvine Jasta, Indonesia
- Cherry Bomb Pin-Up Parlour, Singapore
- Bangkok Hot Rod Show, Thailand
- Mooneyes Bangkok, Thailand
- Kustomfest, Indonesia
- Borneo Kustom Show, Brunei
- BBQ Ride, Indonesia
- Wicked Wallop, Singapore
- Ya Seat, Thailand
- Wheelspin, Thailand
- Von Dutch, Indonesia
Sorotan khas AOS 2024 bakal merangkumi:
- Terbaharu Untuk 2024! – SoundCircus Takeover oleh Art of Speed kali ini berbeza dari tahun sebelumnya. Bukan lagi festival di luar dewan, SoundCircus kini mengambil alih Dewan A! Kugiran musik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, Jemson X Forcesparkbois, Slatan, 53 Universe dan ramai lagi akan menggegar AOS kali ini! SoundCircus akan diadakan sepanjang acara berlangsung dari 27 ke 28 Julai 2024 dari jam 4:00 petang hingga lewat di MAEPS Serdang. Tiket kini boleh didapati di https://scf.artofspeedmy.com/ticket/ (Tiket Early Bird sudah habis dijual).
*PENTING* Memandangkan SoundCircus Takeover ialah acara tertutup, ibu bapa perlu mengawasi anak-anak yang hadir!
- Terbaharu Untuk 2024! – Art of Speed akan berkolaborasi dengan Selangor FC (SFC) dalam menyokong kempen SFC yang sedang berjalan; “Stop The Violence”, melayari daripada bola sepak kepada gaya hidup automotif.
- Terbaharu Untuk 2024! – Komuniti Moto4sale untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
- Terbaharu Untuk 2024! – Kolaborasi Art of Speed bersama IGL Coatings akan mempamerkan coating edisi terhad yang dibuat khas untuk penunggang motosikal dan motosikal.
- Terbaharu Untuk 2024! – AOS berkolaborasi bersama 4 jenama tahun ini! Pertama, Art of Speed X Zippo. Kedua, Art of Speed X Von Dutch (baju kerja dan topi). Ketiga, Art of Speed X Selangor FC, dan kolaborasi yang ditunggu-tunggu tahun ini ialah Art of Speed x MOONEYES.
- Terbaharu Untuk 2024! – AOS Invitational Build-Off kembali dengan 10 orang pembina binaan khas yang akan merebut hadiah wang tunai dan juga peluang untuk menghantar motorsikal kustom mereka ke Jepun untuk acara The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024. Pembina binaan khas yang tepilih adalah;
- Abah & Sons (Padin Musa)
- Nodie Cycles
- Acid Welding
- Zuhalfast
- RGF
- Flying Loser
- Chaos Customs
- FNG Works
- Son of Abdul
- The 2nd Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia kembali lagi di Dewan C selepas mendapat sambutan yang hangat dari pelawat dan pengumpul kereta figura tersebut pada tahun 2023. Kali ini pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels – yang termasuk Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy And Sell, sesi perkongsian pengumpul, Pertandingan Kustom Hot Wheels dan banyak lagi! Dan untuk satu malam, majlis makan malam juga akan diadakan untuk Hot Wheels Collector Convention di Hotel Concorde, Kuala Lumpur. AOS 2024 akan melancarkan modal die-cast eksklusif konvensyen pertama untuk Malaysia bersama-sama Pengurus Pereka – Kenderaan Hot Wheels, Dwayne Vance.
- Kembali di AOS juga ialah Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk “ride-in” mega dan pengumpulan kumpulan motosikal dari sekitar rantau ini.
- Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan NEAT Fest di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia. Kereta yang diketengahkan adalah beberapa yang diubah suai menarik daripada kategori tempatan, Jepun, Eropah dan supercar.
- Daripada menjadi sebahagian AOS kepada acaranya tersendiri – Off The Grid akan kembali semula di Dewan C. Menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin, Off The Grid akan mempamerkan banyak aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga. Jenama-jenama tempatan dan antarabangsa juga tersedia buat peminat “gaya hidup outdoor” cuci mata dan membeli belah!
- Hail Vintage dan Streetware Con menampilkan fesyen pakaian jalanan dan thrift di Hall D. Kini dengan lebih banyak vendor untuk 2024. Tahun ini menampilkan Backdoor Soundsystem Collective untuk menghiburkan orang ramai sepanjang hujung minggu.
- Christopher Ng dari Motoqar akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
- Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 32nd Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2024 nanti.
Aktiviti tambahan AOS 2024 merangkumi:
- Roda Rumble 2024 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang dianjurkan oleh Retro Mania.
- La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
- Food Park- Vendor dan foodtruck makanan kini di LUAR!
- Bazar vintaj automobil.
- Pelancaran produk di atas pentas.
- Test Ride Zone untuk motorsikal (Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Lambretta, Harley-Davidson, dan lain-lain).
Cabutan bertuah tahun ini akan berlangsung pada hari Ahad dan ianya istimewa kerana hadiahnya merupakan kolaborasi antara AOS X QARTEL TV. Seorang pemegang tiket bertuah akan pulang dengan hadiah cabutan bertuah dengan SATU (1) Honda yang telah dimodifikasi. Kereta ini merupakan kenderaan “moden” pertama yang dipilih sebagai hadiah, dipilih kerana berfungsi serba boleh dan kecakapannya. Oleh itu, AOS telah bekerjasama dengan pakar Honda, Qaqal Jeffry dari QARTEL TV.
Pas hujung minggu AOS 2024 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. Baharu untuk tahun 2024 adalah pilihan untuk mendapatkan parkir tiket valet VIP. Dengan bayaran RM30.00, pengunjung boleh meletakkan kereta mereka di aras bawah di Dewan D dan ia sah untuk kemasukan sehari. *Tidak termasuk yuran pemprosesan RM3.
“Kami amat bersyukur kerana dapat menganjurkan Art of Speed Malaysia selama 13 tahun. Ia bukan sahaja untuk merealisasikan sebuah impian tetapi juga untuk kekal dengan cita-cita asal kami iaitu mengadakan acara yang mengumpulkan peminat-peminat di bawah satu bumbung untuk meraikan segala yang berkaitan dengan seni, gaya hidup, budaya dan permotoran,” kata Encik Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).
“Kami dengan sedaya upaya telah mencipta acara kami dengan dasar dan cara yang betul untuk diikuti, yaitu menyediakan ruang yang selamat, selesa dan inklusif, kandungan untuk semua deria manusia, aspirasi yang berpatutan, persaudaraan, dan sentiasa meraikan masa yang baik. Kesimpulannya, Art of Speed adalah untuk semua orang; sentiasa ada dan akan sentiasa ada. Terima kasih kerana bersama dengan kami sekali lagi untuk tahun 2024 dan jom kita sama-sama nanti meraikan AOS 2024!”
Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/