Bikesrepublic

Berita Terkini

Zontes sedang membangunkan enjin dan motosikal tiga silinder ketika kami melawat kilang itu pada 2019. Mereka telah membangunkannya tanpa henti dan terdapat beberapa prototaip sejak itu. Kini, selepas hanya tiga tahun (tidak mengira dua tahun yang dihabiskan akibat pandemik Covid-19), mereka telah melancarkan motosikal pengembaraan tiga silinder Zontes 703F.

Zontes 703F kini menjadi motosikal tiga silinder keluaran China yang pertama. Bos syarikat itu telah menyatakan bahawa dia lebih suka format enjin tiga silinder kerana ia memberikan tork yang kuat dalam julat RPM peringkat rendah dan pertengahan, serta kuasa maksimum yang senang dicapai oleh penunggang dalam julat RPM atas.

Dan dengan itu, motosikal ini dilancarkan di EICMA tahun ini apabila motosikal itu telah pun dikeluarkan sepenuhnya di kilang mereka, tidak seperti pengeluar lain yang mengambil masa setahun lagi untuk menghasilkan produk akhir mereka.

Tetapi Zontes sebagai Zontes, motosikal ini bukan sekadar enjin dan tidak banyak ciri lain. Oleh itu, ia dilengkapi dengan amat banyak ciri-ciri menarik.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin 699cc, tiga silinder, DOHC, suntikan bahan api yang menghasilkan 97hp pada 10,000 RPM dan 76Nm pada 7,500 RPM. Itu adalah sebaran RPM yang baik antara tork maksimum dan kuasa maksimum.
  • Transmisi enam kelajuan dengan quickshifter.

  • Kerangka aluminium tuang (tidak dikimpal di mana-mana).
  • Lengan hayun aluminium tuang.

  • Subframe‘ aluminium tuang satu keping.
  • Pelindung perut enjin dengan perlindungan penuh.

  • Pelindung tangan.
  • Fork terbalik Marzocchi bolehlaras untuk pemampatan dan redaman lantunan.
  • Monoshok Marzocchi bolehlaras untuk mampatan dan redaman lantunan.

  • Terdapat dua varian. Satu ialah versi jalanan yang dilengkapi dengan roda depan 19 inci. Satu lagi ialah varian pengembaraan yang dilengkapi dengan roda depan 21 inci. Roda belakang adalah 18-inci untuk kedua-duanya. Roda-rodanya dipasang dengan tayar Michelin Anakee.
  • Cakera brek berkembar 310mm dicengkam oleh kaliper 4 piston J.Juan di hadapan. J.Juan ialah anak syarikat Brembo.

  • Ketinggian pelanana hanya pada 825mm.
  • Skrin bolehlaras dengan kawalan elektrik.

  • Skirn TFT berwarna 8-inci.
  • Lampu depan automatik dengan ciri lampu selekoh.

  • Kawalan traksi dan ABS adalah standard.
  • ‘Dashcam’ depan dan belakang sebagai standard.

  • Penghidupan dan penutup tangki tanpa kunci.
Rebiu tunggangan pertama

Sebagai permulaan, tempat duduk adalah rendah dan membenarkan penguji yang paling pendek di kalangan kami meletakkan kaki dengan selamat di atas tanah. Walaupun spesifikasi mengatakan ketinggian tempat duduk ialah 825mm, ia terasa jauh lebih rendah daripada itu. Ketinggian tempat duduk yang rendah itu menjadikan mengangkat motosikal daripada topang tepi agak mudah walaupun beratnya 240kg, basah. Keberatan motosikal ini hanya terasa apabila kami menolaknya.

Enjin berbunyi deruan raungan tiga silinder apabila dihidupkan, dan sistem ekzos yang sedia ada sebenarnya cukup kuat dan mengeluarkan bunyi gemuruh. Kemudian gemuruh itu digabungkan dengan lolongan pada RPM yang lebih tinggi seperti yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah enjin tiga silinder. Ia memeranjatkan kami kerana motosikal baharu yang mematuhi Euro5+ telah menjadi terlalu senyap.

Lepaskan klac dan motosikal berjalan tanpa seperti hendak semput-semput. Enjinnya sangat lancar untuk sebuah unit tiga silinder, dan diberitahu oleh kilang ia disebabkan oleh kerangka baharu itu. Malah, ia adalah triple paling lancar yang kami tunggangi setakat ini, selain kedengaran lancar juga.

Anda hendaklah berhati-hati di sini, kerana kami telah memerah pendikit secara mengjut dan motosikal ini bertindak balas serta-merta dan berlepas seperti seekor kerbau yang terlepas daripada kandang. Kami menunggang di atas jalan sempit di atas empangan yang dan ia dikongsi dengan orang kampung yang menaikki motor tiga roda mereka, jadi kami terpaksa berhati-hati. Bagaimanapun, penguji yang terpantas dalam kumpulan kami serta seorang pelumba dari Zontes Malaysia berjaya membawa Zontes 703F ini sehingga 200km/j dalam hanya 500 meter.

Suspensinya juga telah banyak diperbaikki berbanding dengan yang lama yang dibina secara dalaman. Kadar redaman adalah lebih lembut tanpa mengira jenis permukaan yang kami naiki.

Kebimbangan kami adalah terutamanya pada tayar hadapan 21-inci pada varian pengembara, atau lebih khusus sama ada ia mahu membuang ke bawah ketika membelok. Tetapi itu tidak berlaku.

Penutup

Motosikal ini menunjukkan bahawa Zontes telah menghabiskan beberapa tahun ini dalam pembangunan tanpa henti. Panel badan semuanya dipasang dengan baik. Panel badan yang sama dicat dengan robot dan tidak mempunyai sebarang cela padanya. Tiada kabel dan wayar yang longgar di mana-mana, nat dan bolt disembunyikan. Kualitinya menyaingi motosikal Jepun dan Eropah terbaik yang dua kali ganda harganya.

Malangnya kami tidak dapat menunggang Zontes 703F sebanyak yang kami mahukan pada satu hari itu tetapi semua penunjuk ke arah sebuah motosikal yang dibangunkan dengan baik. Ia hanya menunjukkan sejauh mana pembuat motosikal premium China boleh dipertingkatkan dalam masa yang singkat sahaja.

Kami amat berharap Zontes Malaysia akan memberikan sebuah Zontes 703F untuk ujian lanjutan apabila ia tiba di sini.

Dalam satu lagi bab saga masalah kewangan KTM, terdapat laporan yang mencadangkan bahawa KTM ‘berputus’ dengan MV Agusta hanya selepas 9 bulan mereka ‘berkahwin’.

Pemilik KTM, Pierer Mobility Group (PMG) mahupun MV Agusta belum mengesahkan langkah itu pada masa ini tetapi terdapat beberapa sumber melaporkan bahawa MV Agusta telah dilepaskan oleh KTM. KTM telah memperoleh 50.1% kepentingan dalam jenama motosikal mewah Itali itu.

Sumber termasuk Motorrad dan GP-One, berkata bahawa pegawai KTM telah bertemu dengan kesatuan sekerja Itali CISL. Pegawai KTM dilaporkan berkata bahawa MV Agusta bukan lagi “aset yang penting secara strategik.” Sebaliknya, dilaporkan juga bahawa Agostino Casati dari CISL telah berkata bahawa “KTM akan menarik diri sepenuhnya daripada MV Agusta,” dan bahawa “MV Agusta mesti berdiri di atas kakinya sendiri semula pada masa hadapan.”

Jika ia menjadi benar, keputusan KTM agak dijangka, memandangkan mereka telah membuat pengambilalihan sebelum keadaan semasa mereka. Firma Austria itu perlu melabur sejumlah besar dana untuk mencergaskan dan menghasilkan lebih banyak MV Agustas pada masa hadapan.

Kami telah melawat kilang Guangdong Tayo Motorcycle Technology di China lima tahun lepas sebelum dunia memasukki kancah pandemik Covid-19. Sejak itu, kami telah melihat kehadiran barisan motosikal Zontes 155 dan Zontes 310 di Malaysia. Lima tahun kemudian, kami bertemu semula kali ini dengan Zontes 368G (2025)

Apakah motosikal ini?

Zontes 368G merupakan sebuah skuter yang dibina menggunakan platform Zontes 368 yang serba baharu. Ia juga ialah pencabar terbaharu di dalam segmen scooter ‘crossover,’ iaitu skuter ‘dua alam.’ Ini bermaksud ia mencirikan tayar berpetak yang dipasang pada rim berjejari wayar, dan boleh digunakan di atas jalan off-road yang ringan. Tetapi kita akan lihat apa yang membezakan skuter ini di kalangan pesaingnya.

Zontes berkata mereka mendapatkan inspirasi rekabentuk daripada siri ‘anime‘ (animasi) Gundam.

Ia mula-mula dilancarkan di China pada Mei 2024 dan terus mendominasi pasaran-pasaran China, Eropah, dan Thailand. Kilang Zontes kini terpaksa bekerja lebih masa bagi memenuhi permintaan. Kenapanya tidak memandangkan pengedar Thailand mendapat 9,000 tempahan pada hari yang sama apabila ia dilancarkan pada September!

Ciri-ciri utama

Bersedia, kerana ciri-ciri motosikal ini berpotensi melawan ciri-ciri pada motosikal yang lebih besar dan mahal, apatah lagi pencabar-pencabarnya yang terdekat.

  • Enjin 368cc, disejukan cecair, DOHC, silinder tunggal yang menghasilkan kuasa maksimum 38.8hp dan tork maksimum 40Nm. Hanya satu enjin lain dalam kategori motosikal 350cc-400cc yang lebih berkuasa iaitu enjin LC4c 399cc daripada KTM 390 Duke (2024). Namun Duke 390 bukanlah sebuah skuter, jadi enjin Zontes ini merupakan yang paling berkuasa di dalam kelasnya.
  • Fork depan jenis terbalik 41mm yang boleh dilaras untuk redaman mampatan dan redaman lantunan.

  • Penyerap hentakan berkembar di belakang yang boleh dilaras untuk prabeban dan redaman lantunan.
  • Cakera brek depan 300mm yang digenggam oleh oleh kaliper brek empat piston J.Juan. J.Juan merupakan anak syarikat Brembo.

  • ABS depan dan belakang. Fungsi ABS belakang boleh ditutup bagi tunggangan off-road.
  • Ketinggian pelana yang standard ialah 790mm tetapi pemilik boleh memilih pelana yang lebih rendah berukuran 770mm.

  • Kelegaan bumi ialah 180mm.
  • Rim depan berukuran 17-inch, manakala yang belakang ialah 14-inci.

  • Ruang simpanan di bawah pelana yang amat besar pada 52 liter! Ia boleh menampung dua topi keledar full face. Bahagian belakang ruang itu boleh memuatkan sebuah topi keledar jenis ‘adventure.”
  • Ada tiga, ya 3 port pengecas USB.

  • Skrin TFT besar 8-inci yang berwarna. Ia sekarang lebih jelas dan paparannya senang dipandang walaupun di bawah matahari terik.
  • Terdapat dua mod kuasa enjin iaitu Sport dan Economy.

  • Suis-suis dengan lampu latar.
  • Pengaktifan dan nyalaan tanpa kunci. Penutup tangki minyak juga tidak memerlukan kunci.

  • Skrin angin boleh dilaras tujuh kedudukan.
  • Tuil brek depan dan belakang boleh dilaras.

  • Pelindung tangan adalah ciri standard.
  • Sepasang pemijak kaki yang ekstra yang membolehkan penunggang berdiri ketika dia menunggang off-road ataupun hendak menunggang secara agresif.
  • Kamera ‘dashcam‘ depan dan belakang sebagai ciri standard.
Rebiu tunggangan pertama

Pihak media telah dibawa dengan bas ke suatu kawasan yang terpencil di pedalaman. Di sini terdapat satu jalan di atas sebuah empangan. Beberapa minit kemudian, sebuah lori tiba dan menghantar motosikal-motosikal Zontes 368G, 368D, 368E, serta 703F yang berenjin tiga silinder. Ketiga-tiga 368G kelihatan seperti baharu sahaja meninggalkan barisan pemasangan kerana beberapa bahagian masih dilitupi dengan plastik.

Kami memulakan tunggangan di atas satu jalan yang amat berbonggol melalui sebuah perkampungan. Ia merupakan suatu peluang yang baik untuk menguji prestasi suspensi. Kami tidak pun terfikir untuk menunggang di atas bahagian jalan yang tidak rosak kerana suspensi 368G ini meredamkan semua bonggol dan lubang di atas jalan.

Kami terus memecut setibanya di atas jalan empangan yang telah diturap dengan cantik. Skuter ini memecut terus serta-merta tanpa bergegar seperti motosikal berenjin silinder tunggal yang lain. Ia juga memasukki selekoh dengan tangkas.

Oh ya, saya membawa pembonceng ketika ini. Salah seorang media dapat mencapai 166km/j pada sesi kemudiannya. Harap anda ingat: Motosikal ini masih baharu dan belum membuat run-in lagi!

Tetapi saya lebih gemar kepada tunggangan santai dan lagipun jalan ini amat sempit. Kita tidak ingin berenang dengan motosikal di dalam air empangan itu, kan? Apapun, tindakbalas terotelnya amat lancar. Enjin ini akan memecut kuat apabila diperah dan ‘lajak’ dengan lancar apabila terotel ditutup. Selain itu, breknya amat kuat tetapi masih memberikan tindakbalas yang baik kepada jadi yang menekan brek.

Walaupun ia kelihatan seakan Honda X-ADV, Zontes 368G ini lebih ramping dan kompak. Papan pemijak kakinya juga lebih kecil dan ia membenarkan penunggang menurunkan kaki dengan lebih yakin.

Kami terkejut apabila terjumpa sepasang pemijak kaki tambahan. Pasangan ini ialah untuk penunggang berdiri di atasnya ketika menunggang di jalan off-road. Pad getah di atasnya boleh ditanggalkan dan membolehkan pancang-pancang di atas pemijak itu untuk menggenggam tapak kasut penunggang. Kaedah ini jauh lebih baik berbanding jika penunggang cuba berdiri di atas papan pemijak kaki untuk berdiri!

Pemijak kaki bagi pembonceng juga diletakkan pada posisi yang lebih tinggi dan kebelakang berbanding dengan skuter lain demi keselesaan.

Daripada segi elektronik pula, skrin TFT ini telah dikemaskini sepenuhnya. Lampu di belakang suis-suis tangan juga lebih terang sekarang dan berwarna merah agar tidak kelihatan menyilau di waktu malam.

Faktor-faktor lain yang membuat kami kagum ialah kualiti binaannya serta perhatian kepada butiran-butiran halus pada skuter ini. Malangnya ia tidak kelihatan dalam gambar. Contohnya panel-panel yang disambung dengan rapat, kerja cat yang amat halus (Zontes menggunakan robot untuk tugas mengecat). Bahagian-bahagian plastik yang lain tidak terasa murahan atau mereka akan menjadi rapuh. Kemasan pada tuil brek dan batang cermin pandang belakang adalah yang terbaik kami pernah temui.

Secara jujurnya, Zontes 368G (2025) ini jauh lebih maju daripada siri 155 dan 310, dan ia menunjukkan kegigihan Zontes dalam masa hanya 5 tahun ini. Bandingkanlah ia kepada pembuat yang sekadar mengeluarkan warna dan grafik baharu setiap tahun.

Harga dan ketersediaan

Zontes Malaysia berkata skuter ini akan dijual pada harga “di bawah RM29,000” dan menyasarkan pelancaran rasmi dalam suku tahun pertama 2025, memandangkan JPJ akan mengambil masa 2 bulan untuk membuat ujian Kelulusan Jenis Kenderaan sebelum ia dibenarkan untuk dijual.

Kesimpulan

Kami amat berharap dapat menguji motosikal ini dengan menyeluruh apabila ia tiba di Malaysia. Kami semua amat kagum dengan Zontes 368G (2025) ini. Enjin, suspensi, ciri-ciri, kemasan, dan akhirnya harga skuter ini akan membuatkannya skuter paling popular di sini kelak.

 

Ducati Panigale V4 Tricolore (2025) telah dilancarkan di Miami, Amerika Syarikat pada Ahad. Motosikal edisi khas ini berharga £48,000 (RM270,277.84) dan terhad kepada hanya 1,000 unit di seluruh dunia.

Berdasarkan Panigale V4 S, ia dibezakan oleh skim warna Tricolore merah, putih dan hijau oleh Aldo Drudi. Drudi adalah pereka yang bertanggungjawab untuk grafik topi keledar Valentino Rossi. Terdapat juga nombor “1” yang besar di depan motosikal. Edisi ini menyertai koleksi edisi khas Ducati Tricolore yang lain sejak 851 pada tahun 1988.

2025 Ducati Panigale Tricolore

Walaupun berharga mahal, enjinnya ialah Desmosedici Stradale 1103cc yang dikongsi bersama Panigale V4/S, yang menghasilkan 213hp pada 13,500 RPM.

Di Miami dan di Art Basel khususnya, kami berasa seperti di rumah sendiri,” kata Pengarah Pusat Strategi dan Gaya Ducati, Andrea Ferraresi. “Ducati adalah satu-satunya jenama motosikal yang bukan sahaja mampu menggabungkan teknologi canggih dan kecantikan sensual, tetapi juga untuk keluar daripada skema tipikal liveri sukan untuk mencipta karya seni, menggunakan motosikal sebagai kanvas.

2025 Ducati Panigale Tricolore

Walaupun enjin standard, terdapat pelbagai komponen dan aksesori khas tambahan.

Ducati Panigale V4 Tricolore (2025) dipasang dengan rim gentian karbon lima jejari yang mengurangkan 950 gram jika dibandingkan dengan rim asal Ducati Panigale V4. Menurut Ducati, ini mengurangkan lagi momen inersia sebanyak 12% di hadapan, dan 19% di belakang bagi membantu motosikal menukar arah dengan lebih tangkas.

2025 Ducati Panigale Tricolore

Selain itu, terdapat juga sepasang cakera brek Brembo T-Drive depan bersirip berukuran diameter 338.5mm dan tebal 6.2mm. Ducati Panigale V4 Tricolore (2025) ialah motosikal jalanan pertama yang menggunakan cakera brek ini.

Cakera dicengkam oleh kaliper Brembo Hypure, ditambah dengan silinder induk MCS 19.21 – seperti yang digunakan dalam MotoGP dan World Superbike.

2025 Ducati Panigale Tricolore

Terdapat juga kit klac kering untuk bunyi Ducati yang berdesing yang terkenal itu, serta pemijak kaki aluminium boleh laras, dan modul GPS untuk merekodkan data tunggangan anda.

Plat gentian karbon untuk pendakap plat nombor juga disertakan sebagai standard – ditambah animasi khusus pada pemuka TFT 6.9-inci, tempat duduk Alcantara dan papan nombor aluminium yang dimesin.

2025 Ducati Panigale Tricolore

Sentuhan kemas lagi termasuk kunci pencucuh yang direka khas, penutup motosikal dan sijil ketulenan.

2025 Ducati Panigale Tricolore

TVS Ronin 2025 telah dilancarkan pada Hari Ke-2 Motosoul 4.0. MotoSoul ialah acara tahunan pembuat tersebut.

Siaran akhbar itu tidak mendedahkan spesifikasi tentang motosikal selain daripada ceramah pemasaran biasa, jadi berikut adalah:

  • Jenis: Retro moden yang ringan.
  • Enjin: 225.9cc, silinder tunggal, SOHC, disejukkan minyak.
  • Kuasa: 20hp pada 7,750 RPM dan 19.9Nm pada 3,750 RPM.
  • Transmisi: 5-kelajuan dengan klac bantuan dan ‘slipper‘.
  • Rangka: Keluli.
  • Suspensi: Fork terbalik 41mm di hadapan, monoshock dengan pelarasan pramuat 7 langkah di belakang.
  • Brek: Cakera tunggal 300mm (depan), cakera 240mm (belakang), ABS dwi saluran.
  • Roda: 17-inci (depan dan belakang).
  • Warna: Glacier Silver dan Charcoal Ember.
Daripada Siaran Akhbar:

TVS MotoSoul 4.0, perayaan utama motosikal yang dianjurkan oleh TVS Motor Company, berakhir di Vagator, Goa dengan paparan inovasi yang mengagumkan, pelbagai format perlumbaan dan kerjasama perintis. Pada hari terakhir festival, TVS RONIN (2025) yang baharu dan diperbaharui telah diumumkan. Motosikal itu, kini tersedia dalam dua pilihan warna yang menarik—Glacier Silver dan Charcoal Ember—mengimbangi reka bentuk retro abadi dengan sempurna dengan ciri moden yang canggih. Ia telah mengemas kini warna-warna terang, grafik, teknologi tersambung terkini dan prestasi yang disesuaikan untuk memenuhi sebarang mood.

Hari terakhir di TVS MotoSoul 4.0 membawa kemuncak yang dipacu adrenalin kepada format perlumbaan motosikal baharu yang mendebarkan yang mendorong penunggang ke had. Daripada perlumbaan trek rata berkelajuan tinggi dan cabaran trek tanah berpasir kepada laluan berhalangan yang sengit dan banyak lagi, persaingan adalah sengit dan keseronokan dapat dirasai. Acara oktana tinggi ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran penunggang tetapi juga meningkatkan tenaga festival, menghimpunkan komuniti yang disatukan oleh rasa cinta mereka terhadap jentera itu. Dengan setiap perlumbaan, keseronokan tunggangan mencapai tahap baharu, mengukuhkan TVS MotoSoul sebagai sambutan muktamad keghairahan bermotosikal.

Mengulas mengenai hari terakhir festival, En. Vimal Sumbly, Ketua Perniagaan – Premium, TVS Motor Company berkata, “TVS MotoSoul 2024, dengan temanya ‘Feel the Adrenaline, Feel the Inspiration, Feel the Groove,’ telah menjadi kenyataan perayaan semangat, kreativiti dan komuniti. Dengan setiap edisi, kami berhasrat untuk meningkatkan semangat bermotosikal, menawarkan pengalaman menarik untuk penunggang dan peminat. Ia memberi inspirasi untuk melihat komuniti motosikal berkembang maju, dan kami tetap berdedikasi untuk mencipta pengalaman unik yang mengukuhkan ikatan antara manusia dan mesin.

Pelancaran Motosikal Baharu (TVS RONIN Serba Baharu):

 

TVS Ronin Baharu kagum dengan pendedahan dua pilihan warna baharu yang menarik: Glacier Silver dan Charcoal Ember. Warna-warna ini menggantikan Delta Blue dan Stargaze Black sebelumnya. Warna baharu itu meningkatkan barisan motosikal dan menaik taraf varian pertengahan, mengukuhkan komitmen TVS Motor terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan.

Buat pertama kalinya, varian pertengahan akan dilengkapi dengan ABS Dwi-Saluran, yang meningkatkan keselamatan dan kestabilan untuk penunggang. Peningkatan ini mencipta pembezaan yang lebih konsisten merentas ketiga-tiga varian TVS Ronin, memberikan perbezaan yang jelas bukan sahaja dalam warna dan grafik tetapi juga dalam fungsi.

TVS telah melancarkan platform enjin TVS RT-XD4 yang baharu. Ia menjanjikan penghasilan kuasa dan tork yang lebih tinggi, bersama dengan ketahanan yang dipertingkatkan.

Syarikat itu menghasilkan platform Apache 310 yang juga merupakan asas bagi siri BMW G 310. Enjin itu ialah  313cc, satu silinder, empat lejang yang menghasilkan 34hp pada 9,250 RPM dan 28Nm pada 7,500 RPM.

Daripada Siaran Akhbar TVS:

TVS Motor Company (TVSM) – pembuat kereta global terkemuka yang beroperasi dalam segmen dua dan tiga roda – melancarkan platform enjin TVS RT-XD4 generasi baharu pada Hari Pertama TVS MotoSoul 4.0. TVS RT-XD4 ialah inovasi transformatif baharu yang mengambil inspirasi daripada warisan perlumbaan syarikat selama beberapa dekad. Platform ini memberikan prestasi yang mendebarkan, kehalusan dan ketepatan yang tiada tandingan, untuk perjalanan yang sangat selesa.

Mengumumkan platform enjin baharu, Sudarshan Venu, Pengarah Urusan, TVS Motor Company, berkata, “TVS RT-XD4 merupakan pencapaian utama, hasil tumpuan kami untuk mencipta pengalaman menunggang TVS yang unik, menarik. Dikonsepkan, direka bentuk dan dibangunkan secara dalaman, di Pusat R&D kami di Hosur, TVS RT-XD4 ialah demonstrasi keupayaan kejuruteraan dan penyelidikan kami. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, TVSM telah menetapkan penanda aras dalam kecemerlangan tunggangan, yang dimungkinkan melalui pendedahan kepada trek perlumbaan selama berdekad-dekad, cerapan pengguna yang meluas, pelaburan ke hadapan, dan keupayaan teknologi dan digital yang mantap. Kami akan terus membawa penyelesaian mobiliti yang boleh mengubah kualiti hidup orang di seluruh dunia.”

Platform enjin TVS RT-XD4 memberikan keseronokan perlumbaan melalui empat ‘Dual Technology’:
  • Dwi Aci Sesondol Atas (‘Dual Overhead Cams‘) dengan port ‘downdraft‘ yang memberikan putaran tinggi dan prestasi puncak yang unggul.
  • Dua pam minyak (‘dual oil pumps‘) dengan kotak engkol ruang berasingan yang memberikan pelinciran optimum dan tork semua RPM.
  • Jaket penyejuk kepala silinder berganda (‘dual cylinder head cooling jacket‘) dengan jaket air di atas dan jaket minyak di bawah yang meningkatkan lagi penyejukan, untuk meningkatkan penghasilan kuasa.
  • Sistem pernafasan berganda (‘dual breather system‘) yang berkesan menghalang pencemaran minyak dan mengurangkan penggunaan minyak, untuk prestasi yang konsisten dalam tempoh yang lama.
Enjin ini dilengkapi dengan ciri-ciri lain untuk prestasi yang lebih baik dan keselesaan penunggang:
  • Salutan semburan plasma.
  • Pengurusan haba/haba yang unggul.
  • Aci engkol galas cengkerang inersia tinggi.
  • Sistem pengimbang dipacu gear kon.

Platform generasi baharu ini memberikan kecekapan tinggi, sambil menyokong bahan api campuran etanol, pengurangan pelepasan dan keutuhan yang dipertingkatkan.

Ciri-ciri Utama Enjin TVS RT-XD4:
  • Kapasiti: 299.1 cc, satu silinder, enjin condong ke hadapan.
  • Output Kuasa: 34.5hp 9,000 rpm, dengan tork 28.5 Nm @ 7,000 rpm.
  • Sistem Penyejukan: Disejukkan cecair dengan dwi penyejukan (jaket air dan minyak).
  • Kotak gear 6 kelajuan.
  • Sistem pendikit ride-by-wire.
  • Klac jenis ‘assist‘ dan ‘slipper‘.

Hari Pertama TVS MotoSoul 4.0:

Hari pengalaman unik, pengembaraan dan Rekod.

Hari Pertama TVS MotoSoul 4.0 ialah pameran kreativiti, komuniti, persahabatan dan sambutan kecemerlangan kejuruteraan yang mendebarkan. Binaan motosikal tersuai menjadi tumpuan utama, dengan tiga ciptaan luar biasa berdasarkan TVS Apache RTR 310 dan TVS RONIN, yang dihasilkan dengan kerjasama Smoked Garage (Indonesia) dan TVS Motor Factory Team (India). Perlumbaan Dirt Track, Pertandingan Stunt, Perlumbaan Berhalangan, Perlumbaan Basikal Perlahan dan Sesi Latihan Landasan Rata membuatkan para penunggang terpesona.

Mereka yang cenderung kreatif, lebih tertarik ke pentas tengah untuk melihat persembahan artis, gerai moto-seni, karikatur dan seni tatu, pertandingan tekan tubi, bilik permainan dan persembahan muzik.

Vimal Sumbly, Ketua Perniagaan – Premium, TVS Motor Company berkata, “TVS MotoSoul 4.0 ialah sambutan untuk semua yang kami perjuangkan, sebagai jenama motosikal premium — kreativiti, inovasi dan semangat penunggang. Selain platform enjin prestasi revolusioner kami yang kami perkenalkan, acara tahun ini juga menandakan asimilasi pelbagai budaya, komuniti penunggang basikal dan pelbagai bentuk seni. Pameran motosikal tersuai daripada beberapa pembina terbaik dalam industri, adalah kegemaran peribadi. Dengan aktiviti yang menarik, format perlumbaan yang mendebarkan dan persembahan yang menggembirakan, MotoSoul 4.0 menetapkan standard untuk acara bermotosikal.”

Menambahkan keterujaan, TVS Motosoul 4.0 meraikan pemecahan rekod perjalanan sejauh 6,300 kilometer di Golden Quadrilateral, di atas TVS NTORQ. Dua pelumba berprestasi – Syed Asif Ali dan Shamin Khan – kini mendapat pengiktirafan daripada Buku Rekod Asia kerana mencapai kejayaan itu.

Hari itu padat dengan pengalaman dinamik, termasuk perbincangan panel, aksi gaya bebas, zon interaktif dan persembahan yang menggembirakan oleh Kalamkaar dan DJ Akthar & Clement, yang menetapkan nada untuk perayaan itu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube