Bikesrepublic

Berita Terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan pengguna jalan raya yang didapati memiliki waran tangkap lampau sewatku pelaksanaan Op Selamat bermula 29 April hingga 8 Mei 2022.

Operasi yang akan berjalan selama 10 hari itu menyaksikan polis akan membawa individu dengan waran tangkap ke balai polis berhampiran manakala pengguna jalan raya dengan saman tertunggak akan diminta jelaskan saman.

“Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) juga akan menggunakan alat ‘Intelligent Compound Online Payment System’ (iCOPS) bagi mengesan pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak,” jelas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain.

Razarudin turut memberitahu pihaknya akan menggerakan penggunaan alat pengesanan had laju (In-Car Radar) di sepanjang lebuh raya dan jalan utama.

“Alat ‘In-Car Radar’ ini akan membolehkan semua kereta peronda polis mengesan mana-mana kenderaan yang terbabit dalam kegiatan jenayah serta pemilik yang memiliki rekod jenayah dikehendaki polis,” tambahnya.

PDRM menjangkakan terdapat lebih dua hingga empat juta kenderaan bakal memenuhi lebuh raya sempena perayaan Aidilfitri kali ini. – BH

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan melelong 30 kenderaan hasil sitaan bahagian penguatkuasaan pada 18 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff.

Menurut Firdaus, lelongan tersebut akan babitkan 21 kenderaan boleh daftar dan sembilan kenderaan skrap.

Lebih menarik, Firdaus mendedahkan  bahawa antara kenderaan yang akan dilelong adalah sebuah kereta jenis Honda Civic FD K20 yang akan ditawarkan pada harga bermula RM11,900.

Sementara sebuah Proton Saga akan dilelong pada harga terendah bermula RM337.50.

“Dokumen lelongan kenderaan berkenaan berharga RM50 mula dijual pada 5 Mei depan di JPJ Bukit Katil dan hanya pembeli buku dokumen berdaftar sahaja dibenarkan masuk untuk bidaan.

“Lelongan akan dibuat secara bersemuka di kawasan tempat letak kenderaan di JPJ Bukit Katil,” jelasnya. – Melaka Hari Ini

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan bahawa kenderaan mikromobiliti dilarang berada di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong yang menjelaskan larangan tersebut dikenakan mengikut pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang telah berkuat kuasa sejak 17 Disember lalu.

Berikut senarai kenderaan mikromobiliti yang dilarang digunakan di atas jalan raya:

  • Moped
  • Personal Mobility Devices (skuter elektrik, unicycle) atau mempunyai kelajuan maksimum 50km/j
  • Personal Mobility Aids

Sementara itu, Wee Ka Siong menegaskan hanya basikal elektrik yang mencapai Malaysia Standard MS2514: Electri Bicycles (Electric Pedal Asisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya.

Pada masa sama, Ka Siong memaklumkan bahawa pengguna yang didapati menggunakan kenderaan yang dilarang di atas jalan raya akan berdepan kompaun RM300 seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Walaupun kompaun yang dikenakan hanya RM300, namun Akta Pengangkutan Jalan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan,” tambahnya.

Ketika orang lain tengah meraikan bulan Ramadan dengan memenuhi hari-hari dengan amalam namun ada juga yang mengambil kesempatan.

Menurut perkongsian oleh akaun Facebook, Suhaili Sulaiman, motosikal milik abangnya, sebuah Honda RS-X telah menjadi mangsa kes kecurian.

Kejadian pagi tadi. Bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13 Dugaan allah. Motor abg saya kena kopak habis…

Posted by Suhaili Sulaiman on Monday, 25 April 2022

Sewaktu kejadian, motosikal tersebut diletakan di bawah blok perumahan penjawat awam Presint 18R13, Putrajaya.

Pencuri tersebut telah mencabut ‘coverset’, lampu depan dan meter pada Honda RS-X tersebut sehingga tinggal enjin dan kerangka.

Bagaimanapun, si adik mengharapkan agar pencuri tersebut memulangkan semula barangan yang dicuri dengan meletakkan semula dalam lif atau berhampiran dengan motosikal.

Menghasilkan helmet dengan sistem ‘head-up display’ (HUD) dan kamera pandang belakang bukanlah perkara baru kerana beberapa pengeluar helmet seperti Skully telah pun menghasilkan helmet seumpamanya.

Bagaimanapun, Skully terlibat dengan beberapa kontroversi sebelum jenama itu disahkan gagal sepenuhnya tahun lalu.

Namun, syarikat helmet Jepun, SHOEI bakal menjadi pengeluar helmet gergasi pertama dunia yang akan memperkenalkan helmat ‘futuristik’ menerusi SHOEI Opticson untuk pasaran global tidak lama lagi.

SHOEI telah pun membuat demonstrasi HUD sewaktu di CES 2019 bertempat di Las Vegas.

Sejak daripada itu, projek tersebut telah pun dibangunkan dengan pesat dengan SHOEI telah pun memfailkan tanda nama ‘Opticson’ di samping menayangkan beberapa helmet ‘Opticson’ sewaktu pameran motosikal Osaka dan Tokyo pada Mac lalu.

Sistem HUD itu membenarkan pemakai helmet melihat segala info dan maklumat yang diperlukan sewaktu menunggang.

Paling penting, sistem tersebut membolehkan si pemakai menyambung kepada telefon pintar bagi aplikasi navigasi dengan maklumat perjalanan akan disiarkan di HUD. Ini membolehkan si penunggang motosikal tidak lagi perlu tunduk untuk melihat skrin telefon sewaktu menunggang.

Kejayaan sistem itu hasil kerjasama dengan syarikat Hiroshima, NS West Inc memberi bayangan bahawa helmet Opticson akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil meminta Menteri Wilayah Shahidan Kassim untuk menggunakan sumber yang ada untuk melakukan pembersihan sewajarnya di sekitar Kuala Lumpur ekoran banjir kilat yang berlaku pada Isnin.

Insiden banjir kilat pada Isnin merupakan yang ketiga berlaku di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

Susulan kejadian berulang itu, Fahmi berkata masalah tersebut berkait dengan longkang tersumbat dan tidak diselenggara dan memaklumka nbahawa terdapat banyak sampah sarap muncul sebaik banjir mulai surut.

“Kolam tadahan banjir perlu diselenggara, Saya juga perasan banyak tanah atas yang dibawa daripada tapak pembinaan,” jelas Fahmi kepada FMT.

Pada masa sama, Fahmi juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelenggara sistem saliran di kawasan terjejas dan pastikan kawasan tapak pembinaan juga membantu dalam pembersihan.

Banjir kilat pada Isnin menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air dengan mendadak antaranya di Jalan Pudu, Jalan Kuching dan Jalan Ampang. – FMT

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube