Bikesrepublic

Berita Terkini

Beberapa tahun ini, anak syarikat Qianjiang Motorcycle, QJMotor telah pun memperkenalkan beberapa model baharu yang dijangka akan turut dibawa sebagai Benelli di pasaran lan.

Perkongsian ‘teaser’ terbaru dari Benelli juga mengesahkan perkara itu apabila mendedahkan Tornado 650 dan 550 serta TNT 550.

*Benelli Tornado 550

Menurut laporan, gambar ilustrasi model itu datang dari pihak Benelli sendiri.

QJMotor dan Benelli telah pun mengorak langkah berkongsi platform bermula dengan TRK 800 tahun lalu yang berkongsi enjin sama dengan QJMotor SRT 750.

Kedua-dua model bahkan berkongsi kerangka yang sama cuma dibezakan daripada aspek rekaan panel badan.

*Benelli Tornado 650

QJMotor juga telah memperkenalkan jentera empat silinder 600cc tahun lalu lantas lakaran terkini oleh Benelli itu mengesahkan TNT 650 itu akan dikuasakan enjin sama.

Berdasarkan imej dikongsikan, jelas model TNT 650 itu juga memaparkan kerangka yang sama.

Untuk rekod, enjin empat silinder 600cc oleh QJMotor itu berupaya menghasilkan 87hp sekaligus meletakan model itu lebih berkuasa dari Yamaha R7.

*Benelli TNT 550

Sementara itu, Tornado 550 dan TNT 550 juga akan dikuasakan enjin sama dari model QJMotor 550cc. Menariknya, enjin tersebut juga dijangka merupakan yang sama dipinjamkan kepada MV Agusta bagi model akan datang, Lucky Explorer 5.5.

Senario ini secara tidak langsung mendedahkkan jentera tersebut akan menawarkan sekitar 47hp seperti yang dimaklumkan MV Agusta sebelum ini.

Walaupun perkembangan dari Benelli cukup menarik namun ekoran model dimaksudkan masih lagi dalam bentuk lakaran awal memberi bayangan bahawa Tornado 650, 550 dan TNT 550 hanya akan didedahkan kepada umum setahun dua lagi.

Bayaran tempat letak kereta di seluruh negeri Selangor akan beralih kepada pembayaran digital (e-kupon) berkuat kuasa 1 April (esok).

Susulan pelaksanaan itu, orang ramai diminta untuk memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi memudahkan urusan pembayaran.

Aplikasi SSP itu boleh dimuat turun menerusi Google Playstore, Appstore dan Huawei AppGallery.

Sementara itu, pemegang kupon parkir yang masih mempunyai nilai baki perlu mendaftar sebagai pengguna SSP agar baki boleh dipindahkan kepada kredit.

Difahamkan, aplikasi SSP telah membantu menjimatkan penggunaan kertas hingga 1 juta kilogram sejak diperkenalkan pada 2018.

Setakat ini, terdapat 1.9 juta pengguna berdaftar SSP.

Dalam usaha mencapai kestabilan terbaik terutamanya sewaktu menunggang motosikal pada kelajuan tinggi, Yamaha sedang menguji prototaip sistem stering terbaru pada sebuah jentera ‘dirt bike’.

Dinamakan sebagai ‘Yamaha EPS Steering Support System’, sistem terbaru ini menggabungan fungsi ‘steering damper’ dan ‘power steering assist’.

Prototaip tersebut menggabungkan ‘torque sensor’, magnet dan ‘actuator’ (penggerak)  yang kemudiannya bertindak sebagai ‘steering damper’  pada kelajuan tinggi dan ‘steering assist’  pada kelajuan rendah.

Bukan itu sahaja, sistem tersebut juga boleh bertindak sebagai radas pengimbang kendiri apabila digabungkan bersama IMU.

Menariknya, Yamaha telah pun aplikasikan sistem tersebut pada barisan model motosikal elektrik dan langkah terbaru ini adalah percubaan mengenal pasti sama ada sistem sama sesuai diterapkan pada motosikal berkuasa tinggi lain.

Menurut Yamaha, pelumba  AllJapan Yamaha Factory Race Team, Jay Wilson sedang menguji sistem tersebut pada Yamaha YZ250 dan YZ450F.

Sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di negeri Selangor, kerajaan negeri bercadang untuk menggunakan bantuan dron.

Dron tersebut – merupakan sebahagian daripada inisiatif Sistem Pengurusan Aset Jalan Raya Selangor (SRAMS) – telah dilengkapi dengan kamera 360-darjah bagi tujuan memantau dan mengenal pasti jalan rosak yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari, SRAMS akan digabungkan bersama Intelligent Resposne Selangor (IRS) bagi membolehkan pengguna jalan raya membuat aduan jalan berlubang yang ditemui.

Tambah beliau, orang ramai juga boleh membuat laporan di media sosial menggunakan ‘hashtags’ tertentu yang akan dimaklumkan nanti.

Menariknya, sistem tersebut juga akan membenarkan laporan mengenai kerosakkan lampu dibuat.

Bagaimanapun, buat masa ni sistem tersebut hanya akan diterapkan pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor sebelum diluaskan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada pertengahan 2022.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat disahkan berapa pantas masa yang akan diambil JKR Selangor dalam menangani laporan jalan berlubang dan rosak sekiranya berjaya dikesan oleh dron yang telah digunakan.

Pada masa sama, adakah penggunaan dron berbanding pemantaun atas jalan raya oleh pihak berwajib lebih efektif dalam menangani masalah jalan raya di sekitar negeri Selangor?

Seorang pengguna Facebook dengan nama akaun Bat Jacko mencuri tumpuan apabila memuat naik iklan menjual motosikal jenis Yamaha RX-Z.

Berdasarkan perkongsian tersebut minggu lalu, pemiliknya, Izrul Nizam berniat untuk melepaskan RX-Z Millenium kesayangan demi melunaskan hasrat untuk membina sebuah surau di Gopeng, Perak.

Surau berkenaan bakal dibina di sebuah pusat rekreasi milik penjelajah negara, Datuk Muhammad Muqharabbin Moktharrudin (Qobin) yang terletak di Sungai itik.

Motosikal keluaran tahun 2001 itu juga dikatakan datang dengan nombor plat menarik (tiga angka).

Menurut Izrul, dia mahu menggunakan keseluruhan wang jualan untuk pembinaan surau berkenaan.

Assalammualaikum Jualan untuk membina sebuah surau d gopeng Moto tahun 2001 Plat 3 angka Sambil membeli niat tuk…

Posted by Bat Jacko on Tuesday, 22 March 2022

Difahamkan, Izrul baru sahaja membeli Yamaha RX-Z itu tahun lalu pada harga RM15,500 dan telah pun membaik pulih motosikal untuk kembali seperti baharu.

Lebih menarik, Izrul mahu pembeli membuat pembayaran terus kepada tuan tanah bagi pembuatan surau dan hanya perlu berjumpa dengannya untuk urusan ambil motor dan tukar nama sahaja. – Mstar

Honda Malaysia telah melakar sejarah baru di Malaysia apabila berjaya mencapai angka 1,000,000 unit pegeluaran kenderaan sejak kilang pemasangan di Pagoh, Melaka beroperasi pada 2003.

Honda Malaysia meraikan pencapaian tersebut dengan mendedahkan unit 1,000,000 yang berupa Honda Civic FE serba baharu.

“Sudah 20 tahun sejak Honda Malaysia beroperasi di Malaysia. Kami telah merekodkan pelbagai kejayaan sejak itu.

“Pada Mac 2021, kami menjual lebih 1 juta unit di Malaysia dan setahun kemudian, kami meraikan satu lagi pencapaian, pengeluaran unit ke-1,000,000 yang merupakan sebuah Honda Civic,” jelas Pengara Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

Kilang pemasangan Honda Malaysia di Pagoh, Melaka telah beroperasi sepenuhnya pada Januari 2003 dan mampu menghasilkan 50,000 unit kenderaan setiap tahun.

Kenderaan pertama yang dihasilkan di kilang tersebut merupakan CR-V generasi kedua.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube