Bikesrepublic

Berita Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) yang dinanti-nantikan telah diperkenalkan di Malaysia. Lebih dikenali dengan nama singkatan “Africa Twin,” ia menampilkan beberapa semakan penting, termasuk enjin yang lebih berkuasa dan keselesaan yang lebih baik.

Ciri-ciri utama:
  • Enjin 1084cc, sejukan cecair, OHC, berkembar selari menghasilkan tork 7% lebih tinggi. Kuasa maksimum ialah 75 kW (100.5) pada 7,500 RPM dan tork maksimum 112 Nm tiba pada 5,500 RPM.
  • DCT (Dual Cluth Transmission) telah disemak semula untuk memberikan rasa yang lebih semulajadi seperti melepaskan sedikit-dikit (lebih dikenali sebagai “half-clutch“) semasa pecutan daripada berhenti, dan antara gear pertama dan kedua.

  • Seperti biasa, mod “M” (manual) biasa dikekalkan, membenarkan penunggang menukar gear dengan menekan butang yang dipasang pada bar hendal.
  • Penunggang boleh bertukar antara mod “D” (drive) dan “S” (sport).
  • Semakan lanjut DCT termasuk pengesanan sudut mereng motosikal bagi mengelakkan kotak gear menukar gear semasa motosikal berada di dalam selekoh.

  • Suspensi Showa Electronically Equipped Ride Adjustment (Showa EERATM) kini merupakan ciri standard, berbanding menjadi ciri pilihan pada Africa Twin sebelumnya.
  • Sistem ini melaraskan redaman suspensi secara automatik berdasarkan keadaan tunggangan dan bergantung pada  lima mod suspensi (MID, HARD, SOFT, OFFROAD, USER) yang dipilih.
  • Pendikit ride-by-wire dikekalkan justeru menyediakan bantuan elektronik dalam ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC), kini diuruskan dengan sistem ukuran inersia enam paksi (IMU).

  • Penunggang boleh memilih salah satu daripada empat mod tunggangan: TOUR, URBAN, GRAVEL, atau OFF-ROAD.
  • Terdapat juga Wheelie Control dengan 3 tahap yang boleh dipilih.
  • Sistem ABS juga berfungsi bersama-sama dengan IMU untuk menyediakan penyelesaian brek yang lebih selamat pada semua sudut mereng.
  • ABS belakang boleh dimatikan untuk tunggangan off-road.

  • Roda depan 19-inci untuk kestabilan di atas jalan yang lebih baik sambil mengekalkan keupayaan off-road.
  • Kelegaan tanah minimum 220 mm.
  • Ketinggian pelana boleh dilaraskan antara 820 mm dan 840 mm tanpa alatan.

  • Pelana baharu dengan kusyen lebih tebal 15mm dan keluasan tambahan 8% untuk lebih selasa semasa perjalanan jauh.
  • Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports E 2024 menonjolkan fairing hadapan yang direkabentuk semula untuk memesong angin dengan lebih baik bagi mengurangkan kesan angin pada badan penunggang.
  • Paparan Maklumat Berbilang (MID) TFT 6.5-inci menyepadukan Apple CarPlay dan AndroidAuto.

Honda CRF11000L Africa Twin Adventure Sports ES (2024) boleh didapati mulai 19 Jun 2024 dalam dua pilihan warna iaitu Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Glare White. Harga jualan (bukan di atas jalan) ialah RM 119,388.

Honda CBR250RR (2024) telah dilancarkan di Malaysia, bersama beberapa kemas kini tertumpu kepada prestasi enjin dan pengendalian.

Ciri utama baharu:
  • Nisbah mampatan dinaikkan kepada 12.5:1 daripada 12.1:1 dengan mengurangkan isipadu kebuk pembakaran daripada 7.55 cm3 to 70.0 cm3.
  • Diameter tekak port masuk telah dibesarkan daripada 21.4 mm kepada 21.6 mm.
  • Pemasaan injap kemasukan dikemas kini.

  • Piston dan ketegangan gelang minyak yang dioptimumkan untuk mengurangkan geseran.
  • Kemas kini ini menghasilkan peningkatan kuasa maksimum sebanyak 1 kW (1.34 hp) berbanding model sebelumnya, dan membawanya kepada 31 kW (41.6 hp) pada 13,000 RPM dan tork 25 Nm pada 11,000 RPM.
  • Ciri Assist dan Slipper Clutch dikekalkan, tetapi kini dilengkapi dengan quickshifter.

  • Suspensi depan dinaik taraf dengan fork jenis terbalik Showa Separate Function Fork -Big Piston – Big Piston (SFF-BP) 37mm.
  • Di sebelah ciri elektronik, Honda CBR250RR (2024) mempunyai pendikit ride-by-wire yang seterusnya menawarkan tiga mod tunggangan, iaitu Sport+, Sport, dan Comfort.
  • Bentuk fairing telah dirombak untuk apa mengikut konsep yang panggil “bentuk pantas agresif”, yang membawa kepada pengurangan rintangan udara sebanyak 6%.

“Dengan CBR250RR baharu, kami menyasarkan untuk memberikan pengalaman tunggangan yang tiada tandingan yang menggabungkan kuasa, ketepatan dan gaya,” kata Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda. “Ia adalah bukti komitmen Honda terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam segmen motosikal supersport. Kami yakin peningkatan dalam prestasi dan reka bentuk akan memikat peminat motosikal di seluruh pasaran Malaysia.”

Honda CBR250RR 2024 hadir dalam dua warna – Mat Zodiac Blue Metallic dan Honda Tricolor, kedua-duanya dijual harga daripada RM27,999.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga dikenali dengan PMX, memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menaikkan harga perkhidmatan atau barangan akan dikenakan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen mereka. Amaran itu turut merangkumi pihak yang berhak mendapat subsidi diesel.

Tindakan tersebut harus diambil kerana penyasaran subsidi bahan bakar itu dilaksanakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Sebenarnya ingat kita dalam Jemaah Menteri senang nak lakukan, tak ada hati perut, tak peduli orang susah, naikkan harga…tidak.

“Saya sendiri berpuluh kali bermesyuarat supaya jangan terbeban, maka nelayan dikecualikan, maka subsidi diteruskan untuk nelayan, pekebun kecil, bas sekolah.

“Bas sekolah naik (harga perkhidmatan), tapi kita bagi amaran, kamu diberi subsidi dan kamu naik, kamu jaga, saya tak tahu orang lain, kalau saya, jika kamu naik juga dalam keadaan kamu dapat subsidi, kami tarik lesen kamu, batalkan syarikat (kamu),” katanya.

Perkhidmatan bas sekolah, bas ekspress, dan bas pelancongan tidak patut naik harga

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke berkata kenaikan tambang bas sekolah tidak seharusnya berlaku memandangkan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan pengangkutan awam darat kekal pada harga RM1.88 seliter.

Loke menyarankan meskipun Kerajaan tidak mengawal kadar tambang bas sekolah, pengusaha seharusnya mengadakan perbincangan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kementerian turut sedia membantu pelbagai sudut untuk meringankan beban pihak terlibat.

Selain daripada itu, beliau juga berkata kerajaan tidak menyediakan subsidi untuk perkhidmatan bas persiaran memandangkan ia membabitkan sektor swasta.

“Jadi ini kita kena faham… kalau bas persiaran tujuannya untuk pelancongan (dan) ini untuk pelancong asing, bukan untuk kegunaan harian. Jadi ini kita tak (beri) subsidi untuk sektor pelancongan.

Pengusa bas sekolah dan bas ekspress masih diberikan subsidi melalui penggunaan kad ‘fleet‘, dan harga diesel bagi mereka ialah RM1.88 seliter berbanding dengan RM2.15 sebelum ini.

Syarikat trak tunda diberi notis

Sebuah syarikat perkhidmatan trak tunda kenderaan yang mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan engan alasan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel telah diberi notis.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo, berkata notis diberikan kepada syarikat berkenaan dan mereka mestilah memberi jawapan dalam tempoh antara 7 hingga 14 hari.

“Notis itu bagi syarikat berkenaan memberi maklum balas terutama bukti dokumentasi dan sebab kenaikan kos operasi mereka yang dikaitkan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel bermula Isnin lalu.”

Harley-Davidson Hydra Glide Revival (2024) telah tiba di Malaysia.

Seperti namanya, model itu adalah satu penghormatan, malah ia meraikan, Hydra Glide yang pertama pada tahun 1949. Model itu merupakan model yang penting buat The Motor Company, dengan menampilkan fork teleskopik redamana hidraulik bersama enjin Panhead menjadikannya bentuk motosikal Harley-Davidson yang bertahan hingga ke hari ini.

“Model Hydra-Glide Revival (2024) meraikan ulang tahun ke-75 pengenalan suspensi hadapan teleskopik Hydra-Glide pada tahun 1949 untuk model Harley-Davidson E dan F. Apabila model yang dilengkapi Hydra-Glide diperkenalkan, pelana motosikal Harley-Davidson FL yang ditunggang lancar merupakan cara yang menarik untuk ramai rakyat Amerika meneroka negara ini melalui rangkaian baharu lebuh raya antara negeri,” kata Harley-Davidson.

Warnanya serupa dengan model 1956 termasuk lencana tangki klasik “V.” Ia seperti menunggang melalui sejarah. Satu lagi sentuhan menarik ialah meter kelajuan ‘old school’, serta pengikat handel yang memaparkan logo Hydra-Glide dan nombor siri eksklusif setiap motosikal (hanya 1,750 unit akan dikeluarkan). Ia juga menampilkan cermin depan dua warna yang lebih tinggi (dan boleh tanggal) berbanding Heritage Classic, dengan bahagian bawah padanan warna yang anggun.

Pelana penunggang dihiasi dengan jumbai, kancing, dan jalur jahitan putih dengan jahitan kontras merah. Beg sisi memadankan suasana dengan rawatan berjumbai dan bertatah. Bagasi boleh dikunci dan tahan air.

Enjin Milwaukee-Eight V-twin 114 inci-persegi (1,868cc) dipasang dengan penapis udara bulat sama seperti zaman dahulu. Enjin itu menghasilkan 94 hp pada 4,750 rpm dan 119 lb.-ft. tork pada 3,000 RPM. Tidak cukup kuasa? Anda boleh carinya di dalam katalog Screamin’ Eagle.

Suspensi depan terdiri daripada sepasang fork teleskopik 49mm dengan teknologi injap dwi-lentur Showa. Penyerap hendakan boleh laras pra-beban tersembunyi di bawah madgad belakang manakala roda dan brek berjejari diambil daripada Heritage Classic.

Harga jualan Harley-Davidson Hydra Glide Revival (2024) bermula daripada RM176,900. Sila lawati halaman Facebook Harley-Davidson Asia untuk maklumat lanjut dan kemas kini.
 

Honda bersedia untuk mengeluarkan motosikal dan kereta elektrik sahaja mulai 2040. Dengan kata lain, tiada lagi enjin pembakaran dalaman (ICE) berkuasa petrol baharu daripada pengeluar motosikal terbesar di dunia itu.

Rancangan ini dipaparkan di dalam ringkasan Taklimat Perniagaan Honda mengenai Hala Tuju Inisiatif Elektrifikasi dan Strategi Pelaburan 2024.

Menurut ringkasan itu, “Honda tidak mengubah kepercayaannya bahawa EV ialah penyelesaian paling berkesan dalam bidang produk mobiliti kecil seperti motosikal dan kereta, dan sasaran elektrifikasi Honda untuk menjadikan EV dan FCEV 100% daripada jualan kenderaan globalnya bermula 2040 kekal tidak berubah. Honda mesti melihat ke hadapan kepada tempoh popularisasi EV dan membina jenama EV yang kukuh dan asas perniagaan EV yang kukuh dari perspektif jangka sederhana hingga panjang.”

Honda mempunyai penyelesaian untuk menangani jarak perjalanan yang disebut lebih lanjut dalam dokumen. Motosikal elektrik ini akan menggunakan Pek Kuasa Mudah Alih Honda e: (Honda Mobile Power Pack e:/MPP) akan datang. “Honda akan memperkenalkan produk mobiliti mikro yang akan dilengkapi dengan 4 MPP di Jepun sebelum penghujung 2026.” Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan dua motosikal elektrik baharu yang menggunakan 2 MPP hujung tahun ini.

Bagi bahanapi sintetik e-Fuels pula, Honda mengatakan bahawa mereka mendapati ia menarik tetapi teknologi itu masih belum matang untuk syarikat itu merancang produk masa depan mereka.

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa peralatan motosikal yang berjenama seperti jaket, seluar dan sut perlumbaan mempunyai “padding” yang diluluskan atau diperakui oleh CE. Terdapat juga piawaian CE untuk kasut motosikal.

Jawatankuasa piawaian Eropah sangat serius dalam soal keselamatan; sehinggakan piawaian mereka telah diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tanda CE bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, kerana syarikat insurans di beberapa negara Eropah akan menafikan tuntutan untuk penunggang motosikal yang didapati tidak memakai peralatan yang tidak ada perakuan piawaian CE.

Piawaian CE untuk kasut motosikal

Standard CE semasa untuk kasut motosikal ialah EN 13634:2017. Ini adalah semakan ketiga dan terbaharu selepas piawaian itu ditubuhkan pada tahun 2002. Semakan berkenaan dengan cara kasut itu diuji selain kriteria keselamatan lain.

  1. Label ini menunjukkan bahawa ia adalah alat pelindung diri (PPE) untuk kegunaan bermotosikal.
  1. Piawaian CE untuk kasut motosikal, EN 13634:20XX. Tahun pada penghujung menyatakan tahun standard EN 13634 telah disemak, dalam kes ini, 2017. Ia TIDAK menunjukkan tahun kasut itu dibuat.
  1. Ketinggian kasut. “1” adalah untuk ketinggian buku lali, manakala “2” adalah untuk but tinggi yang menutup betis. Sesetengah pengeluar tidak memaparkan digit ini.
  1. Tahap rintangan terhadap geseran. Kasut dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian A termasuk tapak kaki, depan dan belakang. Bahagian B pula termasuk semua kawasan selain Bahagian A. Tiga sampel dipotong dari setiap bahagian dan ia digeselkan pada tali sawat bergerak. Oleh itu, tahap rintangan geseran ditentukan dari berapa lama bahan itu membentuk lubang.
    • Level 1 (Tahap 1) bermakna sampel Bahagian A bertahan sekurang-kurangnya 1.5 saat manakala sampel Bahagian B bertahan sekurang-kurangnya 5 saat sebelum terbentuknya lubang.
    • Level 2 (Tahap 2) diperakui apabila sampel Bahagian A bertahan sekurang-kurangnya 2.5 saat, dan Bahagian B bertahan sekurang-kurangnya 12 saat sebelum berlubang.
  1. Rintangan daripada terpotong akibat hentaman pula menyatakan ketahanan kasut itu terhadap objek tajam. Bilah dipasang pada satu blok yang kemudiannya dijatuhkan pada kelajuan berbeza ke Bahagian A dan B kasut.
    • Untuk Bahagian A, bilah dijatuhkan pada 2 m/s. Bilah tidak boleh menembusi lebih daripada 25mm untuk memperoleh penarafan Tahap 1 dan Tahap 2.
    • Untuk Bahagian B, bilah dijatuhkan pada 2.8 m/s. Kelulusan Tahap 1 diberikan jika bilah tidak tembus lebih daripada 25mm. Kelulusan Tahap 2 diberikan jika bilah tidak tembus lebih daripada 15mm.
  1. Kekuatan melintang merupakan keupayaan kasut itu dalam menahan remuk, contohnya motosikal tumbang di atas kaki pemakai.
    • Bahagian terluas kasut diletakkan di antara dua plat mampatan yang menekan bersama pada 30 mm/min. Satu penderia merekodkan daya yang diperlukan untuk memampatkan tapaknya. Mesin dihentikan apabila plat berhenti memampat atau daya kekal malar atau tapaknya telah dihancurkan sebanyak 20mm. Ujian ini diulang tiga kali.
    • Jika daya kurang daripada 1kN memampatkan tapak kaki sebanyak 20mm, kasut itu gagal dalam ujian. Jika kasut itu tahan daya melebihi 1kN hingga 1.4kN, ia diperakui pada Tahap 1. Jika 1.5kN atau lebih tinggi diperlukan untuk memampatkan kasut sebanyak 20mm, ia diluluskan sebagai Tahap 2.
Ujian pilihan

Pengilang boleh memilih samada mereka hendak produk mereka menjalani ujian seterusnya kelulusan tambahan. Kriteria yang diluluskan akan dicetak pada label.

  1. IPS/IPS – Perlindungan hentaman (impact protection) untuk buku lali atau betis. Kasut dibuang tapaknya dan pelindung, dan diketuk dengan daya 10 joule. Pelindung tidak boleh melepaskan daya lebih daripada 5kN melaluinya. Sekiranya pelindung buku lali lulus ujian ini, IP akan dicetak pada label. Jika pelindung betis lulus, IPS akan ditunjukkan. (“S” bermaksud “shin” iaitu betis.)
  1. WR – Rintangan air (water resistance). Terdapat dua kaedah ujian untuk ini kriteria ini. Yang pertama ialah seseorang memakai kasut yang diuji dan berjalan sejauh 1km dalam air cetek. Kaedah lain ialah dengan memasang kasut pada mesin dengan bentuk jari kaki dan membuat simulasi 4,600 langkah di dalam lopak air. Kawasan kelembapan di dalam kasut mestilah tidak melebihi 3cm2.
  1. FO – Rintangan bahan api dan minyak (fuel and oil resistance) pada tapak kasut. Kasut sampel ditimbang terlebih dahulu sebelum direndam dalam bahan api selama 22 jam. Ia kemudian dikeluarkan dan ditimbang semula. Berat baru tidak boleh meningkat lebih daripada 12%.
  1. SRA/SRB/SRC – Rintangan gelinciran tapak kaki (sole slip resistance). Ujian dijalankan dengan tumit mekanikal diletakkan pada sudut 7 darjah. Jika label kasut menunjukkan “SRA”, ia melekap pada permukaan jubin seramik yang dilitupi dengan sabun cair. “SRB” bermaksud lantai keluli yang dirawat dengan gliserol. “SRC” bermaksud kasut lulus kedua-dua ujian SRA dan SRB.
  1. B – Kebolehnafasan bahagian atas (breathability of upper parts). Ia telah lulus ujian untuk pelepasan wap lembapan.
  1. WAD – Penyerapan air/penyahserapan (water absorption/desorption)  bahagian dalam. Kasut diuji untuk melihat berapa banyak air yang diserap ke dalam dan berapa banyak yang dilepaskan.
Penutup

Kami berharap anda pertimbangkan pemakaian kasut yang diuji CE semasa anda menunggang motosikal kerana ia telah diuji secara menyeluruh sebelum diluluskan untuk dijual.

Ya, terdapat juga kasut motosikal di pasaran tanpa kelulusan CE tetapi kita tidak tahu sejauh manakah ia akan melindungi kaki kita dalam sebarang kemalangan.

Dan tidak, Nike Air Jordan tidak diperakui CE untuk kegunaan menunggang motosikal.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube