Bikesrepublic

Berita Terkini

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan projek Lebuhraya EKVE (Lebuhraya Lembah Klang Timur) antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Menurut beliau, keputusan pemantauan mendapati projek pembinaan tersebut telah menyebabkan sistem perparitan tersekat lantas mengganggu saliran air.

“Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi (mendapati) kerana projek EKVE.

“Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin turut berkata bahawa tanah dari projek EKVE juga masuk ke Sungai Ampang lalu mengakibatkan sungai lebih cetek.

Menurut laporan media tempatan, pembangunan projek Lebuhraya EKVE sebelum ini turut menyebabkan sistem perparitan menjadi sempit seperti yang diadukan penduduk di Lembah Jaya. – MG

Yamaha Cares mengadakan kempen servis percuma kepada pemilik motosikal Yamaha terkesan dengan banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini.

Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kempen tersebut berjalan hari ini (27 Disember) hingga 31 Disember di pusat servis serta pengedar rasmi Yamaha terpilih sekitar Lembah Klang.

HLMY dalam satu kenyataan menjelaskan mangsa yang terkesan dinasihatkan membuat janji temu terlebih dahulu.

“”Sebagai langkah berjaga, anda dinasihatkan untuk membuat temu janji sebelum ke pusat servis.

“Selain daripada pemeriksaan motorsikal secara percuma, kami juga menawarkan minyak enjin, minyak gear, penapis minyak dan penapis angin serta palam pencucuh secara percuma.

“Perkhidmatan adalah tertakluk pada terma dan syarat.”

Berikut adalah senarai pengedar sah yang terlibat dengan kempen servis percuma:

Seorang penunggang motosikal maut selepas kepalanya terkena batu yang jatuh dari lereng bukit dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 35.4 Jalan Tranum ke Bukit Fraser, pada Sabtu.

Sewaktu kejadian tersebut, mangsa, Nor Eaffendi Mohammad Samsi, 51, bersama isterinya, Asfalillah Abu Hassan, 39, sertai konvoi motosikal bersama 30 penunggang lain dari Johor Bahru.

“Mereka menginap di Jerantut sebelum meneruskan perjalanan ke Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan singgah ke Bukit Fraser sebelum kejadian berlaku.

“Menurut isteri mangsa, kejadian berlaku dengan pantas, dia hanya terdengar bunyi hentakan kuat di kepala suami motosikal mereka terbabas ke bahagian kanan jalan,” jelas Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Kama Azural Mohamed.

Pasukan perubatan yang tiba dilokasi telah pun mengesahkan mangsa meninggal dunia sementara isteri alami kecederaan ringan.

Sementara itu, hasil bedah siasat dapati punca kejadian adalah pendarahan di otak selain alami keretakan tempurung kepala. – BH

Pengeluar motosikal India, TVS Motor Company telah pun melanarkan Apache RTR 165 RP, model pertama dari divisyen Race Performance TVS.

Terhad kepada 200 unit, Apache RTR 165 RP ini menawarkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.2Nm pada 8,750rpm yang terhasil daripada enjin satu silinder 164.9cc 4-valve.

Kuasa kemudiannya disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 5-kelajuan.

Edisi RP ini juga menyaksikan TVS mengemaskini ruang enjin dengan penggunaan cylinder head baharu yang meningkatkan tahap kemasukan udara hingga 35 peratus.

Bahagian valve (injap) juga 15 peratus lebih besar bagi meningkatkan prestasi enjin dengan lebih ketara.

Selain itu, Apache RTR 165 P ini juga datang dengan lampu LED penuh serta cakera brek depan dan belakang yang pertama dalam kelasnya.

Zontes Malaysia telah pun membawa masuk tiga model baharu bagi tahun 2022 dengan satu daripadanya adalah ZT155-G.

Zontes ZT155-G merupakan motosikal jenis scrambler yang didatangkan dengan rim jenis aloi untuk pasaran tempatan.

Model ini digerakan dengan enjin 155cc satu silinder 4-injap SOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18.8hp pada 9,250rpm dan 16Nm pada 7,500rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Bagaimanapun, ciri paling mengagumkan bagi model ini adalah kapasiti tangki yang diletakkan pada 20L.

Ini sekaligus menjadikan ZT-155G satu-satunya motosikal dengan tangki besar dalam segmennya.

Zontes turut mendakwa ZT-155G ini mampu berjalan sejauh 1,000km.

Selain itu, ZT-155G ini juga datang dengan pelbagai lagi ciri menarik antaranya ‘crash bar’, klac assist/slipper, dua mod tunggangan (ECO dan SPORT), dan dua port pengecas USB (Fast Charging).

Tidak cukup dengan itu, ZT-155G ini juga didatangkn dengan bantuan brek ABS dwi-saluran.

Menurut Zontes Malaysia, ZT-155G sudah boleh didapati di pasaran pada harga RM10,888 dan datang dengan dua pilihan warna Piao Black dan Yellow.

Jika anda seorang peminat ‘kipas susah mati’ Suzuki dan seorang pengumpul, koleksi sedia ada mungkin lebih lengkap dengan tawaran terbaru daripada kilang Hamamatsu.

Suzuki bakal melancarkan sebuah helmet edisi terhad sempena Ulang Tahun ke-100 jenama itu tidak lama lagi.

Mengguna pakai helmet Arai RX-7, helmet edisi khas tersebut hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia sahaja dengan 30 unit hanya akan dijual di pasaran Jepun.

Bagi yang berminat, terdapat ruang permohonan di laman web Suzuki Japan namun terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Pertamanya, pembeli perlu tinggal di Jepun dan mempunyai kad kredit yang sah dengan hanya satu permohonan diterima.

Cabutan akan dibuat antara 11 hingga 25 Januari 2022 dengan pemenang terpilih akan diumumkan pada 31 Januari 2022.

Sementara itu, peminat Suzuki di luar Jepun termasuk di Malaysia yang berminat perlu menghubungi pengedar rasmi Suzuki untuk mendapatkan maklumat.

Menurut info, helmet Suzuki edisi ulang tahun ke-100 itu ditawarkan pada harga JPY143,000 (RM5,314).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube