Bikesrepublic

Berita Terkini

Kurang 24 jam setelah membantu Monster Energy Yamaha melengkapkan kemenangan satu-dua di Assen, Maverick Vinales membuat keputusan untuk berpisah dengan pasukan itu hujung musim ini.

Perkara itu diumumkan pihak Yamaha sendiri yang mendedahkan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan kontrak Vinales yang masih lagi berbaki setahun.

Vinales telah merekodkan lapan kemenangan sejak menyertai Monster Energy Yamaha pada 2017 dan tidak pernah gagal menamatkan setiap musim dalam kelompok enam teratas.

Hubungan Vinales bersama Yamaha mulai suram apabila pelumba Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan tindakan pasukannya menggantikan ketua kru, Esteban Garcia dengan bekas ketua kru Valentino Rossi, Silvano Galbusera.

Dia kemudian meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak mendapat kerjasama yang diharapkan dari pihak Yamaha ekoran jentera YZR-M1 miliknya masih berdepan masalah sama berbanding rakan sepasukan, Fabio Quartararo.

“Kerjasama ini cukup penting buat sama dalam tempoh lima tahun ini. Keputusan untuk meninggalkan Yamaha bukan mudah.Kami telah mencapai pelbagai kejayaan bersama.

“Sebagai penghormatan terhadap tindakan Yamaha yang menghormati keputusan ini, saya tekad untuk berikan yang terbaik sehingga penghujung musim ini,” jelas Vinales.

Meskipun berjaya menaiki podium di Assen, Vinales akui dia tidak mencapai potensi yang sebenar setakat ini bersama Yamaha.

Dalam perkembangan sama, berita ini membuka peluang kepada Aprilia untuk memancing pelumba berusia 26 tahun itu untuk digandingkan bersama Aleix Espargaro musim depan.

Pengeluar skuter, KYMCO, telah melancarkan AK550 yang telah dinaik taraf dengan ciri baharu bagi 2021.

Antara kemaskini terbaru dilaksanakan adalah menaik taraf enjin bagi mencapai standard emisi Euro 5.

Menurut KYMCO, enjin 550cc silinder berkembar dengan penyejukan cecair ini kekal menawarkan 51hp pada 7,500rrpm dan 51.9Nm paa 5,750rpm dan mampu merekodkan kelajuan maksima sekitar 160km/j.

Sementara itu, naik taraf ke Euro 5 membenarkan AK550 merekodkan jarak 23km/seliter dengan emisi karbon dioksida berada pada 105g/km.

Menariknya, AK550 juga tampil dengan ciri baharu antaranya Electronic Throttle System (ETS) yang lebih dikenali sebagai Ride-by-Wire yang meningkatkan tahap efisien pengurusan kuasa enjin.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • penghadang angin boleh laras
  • lampu LED penuh
  • paparan digital LCD
  • dua mod tunggangan
  • Tire Pressure Monitoring System
  • keyless
  • sistem navigasi Noodoe

Pada masa sama, AK550 2021 ini didatangkan dengan tayar 15″ dengan rim aloi sementara sistem brek dikendalikan Bosch ABS 9.1 (dwi-saluran) dngan cakera brek 270mm dengan dan 260mm belakang yang dipadankan bersama kaliper brek Brembo.

Sistem ‘suspension’ pula merangkumi fork teleskopik 41mm dengan single-sided swingarm 48mm belakang.

KYMCO AK550 ETS ini sudah pun dipasarkan di pasaran Eropah sekitar EUR8,790 (RM43,500).

Monster Energy Yamaha mendominasi GP Belanda minggu ini menerusi Fabio Quartararo dan Maverick Vinales yang melengkapkan kedudukan satu-dua di podium.

Tempat ketiga jadi milik juara dunia musim lalu, Joan Mir dari Suzuki Ecstar.

Bagaimanapun, gerak tubuh Vinales mencuri tumpuan apabila dia kelihatan tidak gembira meskipun menduduki tempat kedua.

Senario tersebut disyaki berkait dengan ketidakpuasan hati pelumba itu terhadap pasukannya minggu lalu ekoran gagal memberi kerjasama yang diharapkan.

Apatah lagi Vinales turut kecewa dengan keputusan Yamaha menggantikan ketua kru, Esteban Garcia dengan bekas ketua kru Valentino Rossi, Silvano Galbusera.

Dalam perkembangan terbaru, timbul laporan mengatakan Vinales bakal meninggalkan Yamaha hujung musim ini.

Meskipun masih terikat kontrak sehingga hujung 2022, namun Vinales didakwa bakal menuju ke Aprilia untuk digandingkan bersama Aleix Espargaro.

Berdasarkan situasi Vinales dan Yamaha setakat ini, apatah lagi senario kekok ketika menaiki podium di Assen hari ini, dakwaan pelumba itu angkat kaki dari Yamaha mungkin diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, keputusan di GP Belanda menyaksikan Fabio Quartararo terus menerajui kejuaraan dunia dengan 156 mata diikuti Johann Zarco (122 mata) dan Francesco Bagnaia (109 mata) manakala Vinales menduduki tempat keenam dengan 95 mata selepas sembilan pusingan setakat ni. – MotoGP

Pelumba Moto2, Raul Fernandez akan beraksi di kelas premier musim depan bergandingan dengan Remy Gardner di KTM Tech3.

Gardner terlebih dahulu mengesahkan slot ke MotoGP bersama KTM Tech3 awal bulan ini.

*Remy Gardner

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan Fernandez akan sertai Gardner di MotoGP dengan kontrak dua tahun bermula musim depan.

Fernandez sebelum ini dilaporkan berminat untuk kekal di Moto2 semusim lagi sepertimana didedahkan bos KTM Motorsport, Pit Beirer.

*Raul Fernandez

Pengurus pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Johan Stigefelt juga menyuarakan minat terhadap khidmat Fernandez sebagai pengganti Valentino Rossi musim depan.

Fernandez terikat dengan kontrak dengan KTM sehingga 2022 dan perlu membayar penalti sekitar setengah juta Euro sekiranya mahu berpindah ke pasukan lain.

*Iker Lecuona

Keputusan Fernandez dan Gardner melangkah ke Tech3 2022 bermakna pelumba sedia ada, Danilo Petrucci dan Iker Lecuona tidak mempunyai pasukan musim depan.

Petrucci sebelum ini turut memaklumkan akan beralih ke Rali Dakar sekiranya tidak ada tempat baginya selepas ini. – motorsport.com

Petronas Sepang Racing Team (SRT) dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Raul Fernandez di Moto2 sebagai pengganti Valentino Rossi musim 2022.

Kontrak Rossi di SRT bakal berakhir hujung musim ini dengan pelumba itu dikhabarkan bakal meninggalkan pasukan itu.

Dalam perkembangan terbaru, SRT dikatakan berminat dengan pelumba KTM Ajo di Moto2, Fernandez.

“Sudah tentu kami berminat dengannya, kerana dia pelumba yang sangat laju.

“Tetapi jika dia mahu bersama kami (di SRT), dia perlu menyelesaikan situasinya terlebih dahulu,” jelas pengurus pasukan SRT, Johan Stigefelt.

Bagi meninggalkan KTM, Fernandez perlu membayar penalti sekitar setengah juta Euro, jumlah yang sukar untuk dipersetujui pihak SRT.

Pada masa sama, Stigefelt turut menjelaskan SRT tidak merancang untuk menggangu hubungan antara KTM dan Fernandez.

Fernandez bakal memasuki tahun terakhirnya bersama KTM Ajo musim depan sementara rakan sepasukan, Remy Gardner telah pun mengesahkan slot ke MotoGP bersama KTM Tech3.

Bagaimanapun, bos KTM Motorsport, Pit Beirer, mendakwa Fernandez berminat untuk kekal di Moto2 semusim lagi. – autosport

BMW Motorrad didapati sedang giat menjalankan ujian terhadap model baharu yang didakwa sebagai R 1300 GS yang bakal dilancarkan pada 2023.

BMW R 1300 GS itu didapati sedang menjalani ujian di fasiliti khas BMW di Enduro Park yang menawarkan pelbagai permukaan jalan yang sesuai untuk sebuah motosikal adventure.

Bagaimanapun, R 1300 GS itu tidak berada dalam keadaan siap sepenuhnya dengan rata-rata rupa keseluruhan ditutup namun masih lagi memaparkan bayang yang mirip sebuah GS.

Apa yang menarik, kedudukan lampu ternyata jauh berbeza denga R 1250 GS sedia ada yang kini terletak di bahagian muncung dan jauh dari penghadang angin.

Sementara bahagian atas lampu depan dijangka menempatkan teknologi radar.

Sementara itu, radiator tampak lebih besar berbanding yang terdapat pada GS sedia ada dan terlindung bawah tangki.

Menurut laporan, enjin R 1300 GS kali ini mengguna pakai sistem penyejukan cecair sepenuhnya berbanding gabungan penyejukan udara dan cecair secara bersasar di bahagian kepala silinder.

Pada masa sama, BMW Motorrad juga dijangka memperkenalkan varian lebih premium, setelah memfailkan tanda nama M 1300 GS sebelum ini. – Moto.it

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube